Results 1 to 4 of 4
Bookmark and Share

Thread: Kod Etika Forum

  1. #1
    WC Premium
    Join Date
    Dec 2005
    Location
    SmartUsaha.com
    Posts
    3,786
    Thanks
    1
    Thanked 58 Times in 32 Posts

    Default Kod Etika Forum



    Mulai sekarang, pihak moderator / admin akan mengemaskini dan menambah kod etika ber-forum. Juga, beberapa tindakan tegas akan dilakukan tanpa amaran terlebih dahulu. So, sila baca semua peraturan forum di sini dahulu sebelum melakukan apa-apa posting terutama yang baru join forum ini.

    KOD ETIKA / PERATURAN & TINDAKAN
    ==========================


    1. Mana-mana posting yang salah tempat akan di-alih tanpa diberitahu terlebih dahulu oleh pihak moderator.

    2. Jika anda salah posting berkali-kali, kami berhak delete sahaja posting anda itu kerana kami letih nak layan anda sorang.

    3. Mana-mana IKLAN yang tidak bagus untuk manfaat bersama, kami akan delete terus. So, kalau iklan anda hilang, maksudnya iklan anda tu mungkin tak baik untuk manfaat bersama.

    4. IKLAN yang dilarang adalah skim piramid, skim binari, derma-menderma, autosurf, pelaburan entah apa-apa, HYIP dan Forex. Anda perlu sedar, kita di forum ini hanya fokus kepada PERNIAGAAN INTERNET sahaja.

    5. SILA CARI & BACA persoalan yg ingin anda tanya SEBELUM bertanya, melainkan anda urgent dan betul2 memerlukan jawapan dengan cepat. Ingat!! Nak berjaya kena rajin.

    6. Sebelum buka topik baru, sila cari adakah topik anda tu dah ada orang buka atau belum.. hehe, kena rajin sikit. Jangan malas..

    * Gunakan fungsi search di forum ni. Menunya kat atas sekali bersebelahan dengan menu FAQ.

    Lain-lain kod etika dan peraturan akan ditambah dari semasa ke sama.

    TINDAKAN TEGAS ADALAH MUKTAMAD UNTUK KEBAIKAN SEMUA.

    Moderators.

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  3. #2
    SZAB Network
    Join Date
    May 2006
    Posts
    1,684
    Thanks
    0
    Thanked 2 Times in 1 Post

    Default

    Tambahan dari saya

    7. Saiz maksimum untuk image signature ialah 500 width dan 100 height. Video klip dalam signature tidak dibenarkan. Untuk text signature, font yang digunakan janganlah terlalu besar

    8. Jika anda menulis tentang sesuatu yang menarik di blog / laman web anda dan ingin membincangkan di sini, COPY & PASTE keseluruhan artikel tersebut di dalam thread berkenaan ataupun jika ianya terlalu panjang, copykan bahagian yang penting supaya semua orang faham apa yang ingin anda bincangkan. Jika anda membuka thread untuk berbincang dengan hanya link ke blog / laman web anda, thread tersebut akan didelete tanpa sebarang amaran. Jika anda artikel tersebut bukan dari blog / laman web anda, pastikan anda meletakkan url dari mana artikel tersebut diperolehi.

    9. Maklum balas iTrader hanya boleh diberikan apabila adanya urusniaga iaitu jual beli barang ataupun perkhidmatan. Ia tidak boleh diberikan kepada seseorang yang hanya membuat tawaran untuk menjual / membeli / memberi perkhidmatan kepada anda.

    10. Sila jangan pm / email pihak admin /mod untuk bertanyakan tentang siapa yang memberikan anda Reputation kerana ia tidak akan dilayan.

  4. #3
    WC Premium
    Join Date
    Dec 2005
    Location
    SmartUsaha.com
    Posts
    3,786
    Thanks
    1
    Thanked 58 Times in 32 Posts

    Default

    Sedikit tambahan mengenai peraturan forum. Benda sama, tapi cara penerangan lain sikit.

    --------------------------------------

    Saya tengok, dah ada beberapa orang cuba buat style forum digitalpoint. Kalau nak satu benda, kena PM. Walaupun tak ada peraturan berkaitan hal ni di forum WC ni, tapi bagi saya, tak ada salahnya bagitahu terus sesuatu benda atau bagi link terus. Malah, ia lebih mudah. Kenapa agaknya perlu PM? Kan letih nak melayan.

    Alasannya mudah. Kalau sesiapa aktif di forum digitalpoint, biasanya link yg mereka bagi adalah link affiliate atau suruh buat itu dan ini.

    Sepatutnya, offer2 yg seperti link affiliate dibuka di ruangan iklan, bukan di ruangan perbincangan.

    Saya menegur ni bukan sebab apa. Saya takut nanti perkara sebegini dah tak terkawal kelak.

    So, jika nak kongsi sesuatu, tiada halangan nak buka topik, malah digalakkan sangat-sangat kongsi benda yang baik. Tapi:

    1. Jika nak berahsia, amat sesuai buka topik di ruangan iklan. Lagi-lagi kalau nak bagi link affiliate.

    2. Jika tak nak berahsia, maka boleh buka topik di ruangan yang berkaitan. Tapi, link affiliate tidak dibenarkan.

    3. Jika nak bagi ebook free, terus bagi link download yang direct. Jangan suruh opt-in. Kalau nak suruh optin, maka buka topik di ruangan iklan.

    4. Jika suruh PM dan nak bagi link affiliate atau promote something, maka wajib buka di ruangan iklan. Sebab ia adalah promosi, bukan perbincangan.

    Ruangan lain adalah untuk perbincangan, bukan untuk promosi. Amat mudah nak faham kat mana perlu buka topik: Kalau topik anda ada unsur promosi, maka tempatnya ruang pengiklanan. Kalau topik anda adalah perbincangan dan perkongsian ilmu, maka bukalah di mana-mana ruangan yang berkaitan.

    Saya bagitahu perkara ni untuk semua orang. Sebagai moderator, saya perlu memantau dan menegur apa yang patut. Malah, tak adillah kalau orang lain ikut rules, tapi sorang dua terlepas.

    Jika perasan, pihak WC dah sedikit longgar dan open minded dah sikit skrg. Tapi janganlah ambil peluang pulak dengan keterbukaan pihak admin dan mods WC.

    Harap2 semua warga WC membuka topik di ruangan yg sepatutnya. Ini demi kebaikan bersama.

    Yang ikhlas,
    Moderator.

  5. #4
    Kawan WC Premium
    Join Date
    Jul 2007
    Location
    AkuSeorangBlogger.com
    Posts
    6,571
    Thanks
    74
    Thanked 324 Times in 100 Posts

    Default

    Terkini;
    Nak collect list , ppl, dan whatsover;
    sila buka thread di WTS.
    Thread akan didelete terus jika peraturan tidak diikuti.

    Nak announce cabaran, sila dapatkan pengesahan daripada Admin/Mod.
    Thread akan dikunci jika tidak berbuat demikian.

 

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •