PDA

View Full Version : Bagaimana saya selesaikan pinjaman perumahan dalam jangkamasa 5 tahun.



Jeedai
02-14-2008, 07:13 AM
Sekadar berkongsi pengalaman dengan warga WC, khasnya yang mempuyai simpanan KWSP. Rasanya masih ramai yang tak berapa nak ambil tahu tentang skim-skim yang KWSP perkenalkan untuk kemudahan dan membantu ahlinya. Pembentangan Belanjawan negara juga selalu memperkenalkan inisiatif dan skim baru yang melibatkan ahli KWSP.

Kalau tak silap, dalam pembentangan belanjawan 2006, diumumkan Akaun 2 dan Akaun 3 digabungkan.... lebih senang faham, amaun boleh guna untuk 'perumahan' menjadi lebih besar.

Tahun-tahun sebelumnya, pengeluaran KWSP untuk perumahan dibenarkan setahun sekali untuk tujuan mengurangkan atau menyelesaikan pinjaman perumahan. Isteri/Suami juga dibenarkan mengeluarkan simpanan dari akaun "perumahan" untuk membantu mengurangkan atau menyelesaikan pinjaman perumahan pasangan mereka.

Ini antara skim-skim dan kemudahan yang telah lama ada tapi kurang diselidik & dikaji, atau malas difikirkan sebagai satu cara untuk mengurangkan beban membayar 'hutang' setiap bulan.

Untuk berkongsi pengalaman, saya dan isteri dah berjaya menyelesaikan pinjaman perumahan kami dalam tempoh 5 tahun (perjanjian dengan bank adalah 15tahun) menggunakan simpanan KWSP kami..... dan kami jimat hampir RM 33,000.00 dari jumlah penuh yang sepatutnya kami bayar kepada bank dengan memendekkan tempoh pembayaran kami. (Bayangkan, berapa banyak anda dapat jimat kalau berjaya pendekkan tempoh pembayaran pinjaman anda dari 20 tahun ke 5 ~ 10 tahun).

Jika anda adalah ahli KWSP, terbeban untuk membayar ansuran bulanan pinjaman perumahan (dengan kos sara hidup yang semakin meningkat), periksa Akaun 2 KWSP anda. Mungkin jumlahnya sudah cukup untuk membuat penyelesaian penuh. Kalau tak cukup untuk penyelesaian penuh, dapat mengurangkan jumlah pinjaman pun sudah cukup bagus sebab biasanya Bank akan menawarkan anda untuk 'rest'(tak perlu bayar untuk tempoh tertentu) memandangkan anda sudah membayar in advance. Bagi saya ini pun sudah cukup melegakan bebanan perbelanjaan bulanan.

Bermula Jan 2008, KWSP membenarkan anda mengeluarkan wang dari Akaun 2 untuk membayar ansuran rumah secara bulanan. Maklumat lanjut, klik kat sini (http://www.kwsp.gov.my/).

Tetapi saya kurang berkenan kalau bayar ansuran bulanan pakai duit KWSP ni..... tak ada penjimatan pada kita. Kalau jumlah simpanan anda cukup untuk penyelesaian penuh, kenapa tak selesaikan saja. Contoh saya tadi, sebenarnya baki pinjaman tinggal lebih kurang RM 58,000.00 (berdasarkan pinjaman 15 tahun), tapi bila saya buat penyelesaian penuh pada Januari 2008, saya cuma perlu bayar lebih kurang RM 25,000.00 saja..... penjimatan RM33,000 tu.

Wuih...panjang pulak menulis kali ni. Harap susunan bahasa saya ni senang orang nak paham. Cuma nak berkongsi pengalaman dengan warga WC. Yang mendorong saya untuk menulis pengalaman ni, bila Bank Officer yang menguruskan semua dokumen untuk application pengeluaran KWSP ni tak tau yang simpanan KWSP boleh digunakan untuk selesaikan pinjaman perumahan...... dan beberapa kawan lain juga terperanjat bila kami habis bayar pinjaman perumahan kami dalam masa 5 tahun, dan mereka tak pernah ambil tau pasal simpanan KWSP masing-masing. Kesimpulannya, ramai yang tak tau dan tak mau ambil tau.

Dalam merancang kewangan keluarga, kena fikir secara kreatif juga.

cimok
02-14-2008, 08:07 AM
wow bagus informasi ni

kalau pasangan kita tu loan dengan kerajaan. kita ada kwsp..boleh ke kita settle loan pasangan kita tu?

Jeedai
02-14-2008, 08:22 AM
Rasanya boleh. Tak ada syarat pulak pasangan anda mesti pencarum KWSP. Cuba Cimok check dengan KWSP ..... boleh call 03-87326000 (Pusat Pengurusan Panggilan Telefon KWSP).

Pengalaman saya, layanan KWSP ni bagus jugak. Nak berurusan dengan kaunter diorang pun senang. Biasanya diorang mintak surat nikah le + dokumen dari bank.

cimok
02-14-2008, 08:39 AM
ok tq for info

ijamidayu
02-14-2008, 08:51 AM
satu informasi berguna walopong saya belum beli rumah lagi.. :) tapi ia perkongsian yang ramai kurang tahu... tapi saya boleh jelaskan perkara ni kepada mak abah saya..

code7
02-14-2008, 11:53 AM
info yg bagus.. saya pun agak tertanya-tanya, berapa minimum akaun 2 yg membolehkan kit buat kuar utk buat deposit bayar rumah ?

Jeedai
02-14-2008, 12:19 PM
Seingat saya, 5 tahun lepas.... jumlah kita boleh keluarkan untuk deposit pembelian rumah.....hingga 10% dari harga rumah.

Katakan harga rumah RM 100,000.00, biasanya developer mintak deposit 10%. Jadi kita bolehlah keluarkan RM 10,000.00 dari akaun 2. Kalau dalam akaun 2 cuma ada RM 9,000.00, kita boleh keluar semua tapi kena tambah sendiri le RM 1,000.00. ==> tapi ini 5 tahun lepas le. Tak tau le kalau ada perubahan drastik. Tapi rasanya, masih sama.

Untuk tahun-tahun berikutnya, bila kita mula bayar ansuran bulanan, bolehlah kita apply untuk membuat pengeluaran lagi dari akaun 2 lagi sekali, sama ada untuk full settlement ataupun mengurangkan jumlah pinjaman.

code7
02-15-2008, 09:49 AM
thanks.. ia amat membantu.. sbb kalo mcm saya ni masih muda better beli awal sbg long term investment terutamanya area lembah klang.. cuma nak pilih tempat yg sesuai sj..

TheReds
02-15-2008, 01:05 PM
info yg sangattttt2 bernilai....
ramai yg terlepas pandang perkara2 macam ni..
thanks jeedai..

meor30
02-15-2008, 01:55 PM
Bila baca thread ni rasa terpanggil untuk menulis sesuaut kat sini. Bagus info ni. Cuma nak kongsi skit jer jugak mengenai kwsp dan rumah. Kebetulan saya baru jer beli rumah dan loan gomen baru jer lulus, lega beb! Nak beli rumah kena letak 2 nama supaya dua-dua boleh claim kwsp. Apa yang saya buat adalah, saya keluarkan wang kwsp dari akaun 2 semuanyer sekali kerana jumlah akaun 2 kurang dari 10% jumlah akaun 2 tu. Kebetulan wife servis ngan gomen dah 3 thn lebih dan ambik skim pencen, so dia boleh keluarkan semua duit kwsp dia, di campur dgn kwsp saya, wow bayk tu.

Apa yg saya buat adalah, saya settlekan 2 bijik kerete yg. ada (kebetulan settlement dah tak byk) dan semua hutang-hutang termasuk kad kredit dan lain2. Lega rasanya. So walaupun kita beli rumah yg. agak mahal harganya, tapi hati dah senang sebab hutang lain dah settle, tinggal rumah jer kan...

Moral of the story, kita boleh beli rumah yg agak selesa kalau kena caranya...

TQ

ninjahitam
01-12-2010, 02:40 PM
akaun 2 bole keluarkan sume ye bro?

Jeedai
01-12-2010, 11:29 PM
Wah.... naik balik topik ni lepas hampir 2 tahun....:)

Boleh keluar semua rasanya..... cuba check website KWSP untuk kepastian.