PDA

View Full Version : Handphone Android PertamaKu - Pening Nak Beli Yang Mana Satu?

faizal.ahmad
08-09-2011, 04:08 PM
http://i83.photobucket.com/albums/j297/izalsyah/akuTT.jpg Salam & selamat menjalani ibadah puasa Ramadan buat semua warga WC sekalian.
Izinkan saya perkenalkan diri; saya Faizal Ahmad TT untuk Thread ini.

Saya sebenarnya berimpian untuk memiliki sebuah handphone android sempena Aidilfitri yang akan datang ni. (Itupun kalau-kalau ada bajet lebih :D). Oleh kerana ini kali pertama saya berniat untuk membeli handphone android, maka banyaklah persoalan yang tenggelam timbul dalam kepala saya ini;

1. Apakah jenis/brand handphone android yang sesuai dibeli oleh mereka yang baru pertama kali ingin mencuba seperti saya?

2. Jika bajet sekitar RM600 - RM750, handphone android yang bagaimana boleh beli?

3. Apakah handpone android terbaik bagi tahun 2011 mengikut pandangan kawan-kawan?

Pandangan dan komen kawan-kawan sekalian memang saya harapkan. Jika tidak kemalasan untuk menaip, sudilah kiranya rakan-rakan sekalian bercerita tentang handphone android kawan-kawan itu dan pengalaman menggunakannya. Semoga thread ini memberi manfaat kepada semua.

Terima kasih.

mnf
08-10-2011, 04:25 AM
kalau bajet camtu..sony ericson bule dapat dah kot..cuma xtau model yg mana yg ok..banyak sgt..aku pun tgh usha samsung s2...

blitz5755
08-10-2011, 04:31 AM
samsung galaxy ace leh dpt dh kot

Imabiz
08-10-2011, 04:34 AM
jeles je.. imabiz nak beli samsung galaxy tab tak dapat2 lagi...

mnf
08-10-2011, 04:41 AM
jeles je.. imabiz nak beli samsung galaxy tab tak dapat2 lagi...

bukan xdpt beli cuma xsampai seru lagi..hehe

shuth
08-10-2011, 04:55 AM
1. Saya cadangkan samsung.. dulu saya guna HTC.. tapi saya rasa, HTC macam ada masalah phone sebagai sebuah handphone..
connection line selalu terputus2 (seperti antenna dia tak berapa power), dan suara pemanggail tak seclear handphone lain.

2. Samsung galaxy gio

3. Samsung galaxy S2..

mnf
08-10-2011, 04:58 AM
1. Saya cadangkan sambung.. dulu saya guna HTC.. tapi saya rasa, HTC macam ada masalah phone sebagai sebuah handphone..
connection line selalu terputus2 (seperti antenna dia tak berapa power), dan suara pemanggail tak seclear handphone lain.

tambah lagi yg pakai window 6.5...aduyai~..setiap kali incoming kol asik hang..

meezwan
08-10-2011, 04:59 AM
galaxy ace dalam 800 lebih lagi rasanya..kalau nak android yang sekitar harga 600-750 boleh ambil samsung galaxy mini :)

mnf
08-10-2011, 05:06 AM
tt pun dah pening kopala nak pening yg mana..hehe..

mintak tt try usha kat www.gsmarena.com

kat situ semua hp..tgk feedback past user dan spec hp..

tryje
08-10-2011, 05:59 AM
Saya pengguna HTC Desire Hd .. setakat nie ok.. tak da masalah apa-apa

Wife saya guna LG Optimus One P500

Kedua-duanya ialah HP jenis android.

kalau budget macam TT boleh cuba LG Optimus one --- antara yang terbaik budget android phone.

LG Optimus One pun boleh di root dan macam-macam aplikasi android boleh dicuba di market atau di ehem-ehem.

Terima kasih

Irham Dhani
08-10-2011, 10:02 AM
saya cadangkan beli galaxy mini. mmg berbaloi dgn harga..klo x silap just around RM560-570 camtu jek.

abutalib
08-10-2011, 11:20 AM
Atau boleh guna sony ericsson xperia8

ok gak la

mnf
08-10-2011, 12:11 PM
tt senyap je ni..mesti pening dia nak buat pilihan ni..hehe

faizal.ahmad
08-10-2011, 03:00 PM
Terima kasih atas respons kawan-kawan sekalian. Setakat nie belum decide lagi nak beli handphone yang mana. Jika ada yang sudi berkongsi info lagi, amat-amatlah saya hargai. Terima kasih.

faizal.ahmad
08-10-2011, 03:06 PM
saya cadangkan beli galaxy mini. mmg berbaloi dgn harga..klo x silap just around RM560-570 camtu jek.

Ade cek kat mudah.my td harga dlm RM550.00 kalo bodek2 tokey tue, ingt boleh diskaun lg dlm RM50.00. Terima kasih sudi berkongsi bro.

Atau boleh guna sony ericsson xperia8

Ada gak try belek2 member punya 2 bulan lepas. Tp mcm tak bpe serasi la ngan sy :D Terima kasih sudi berkongsi info bro.

ok gak la

tt senyap je ni..mesti pening dia nak buat pilihan ni..hehe

Memang pening pun. Banyak sangat pilihan. Nak beli semua bajet ciput jer :D

faizal.ahmad
08-10-2011, 03:16 PM
kalau bajet camtu..sony ericson bule dapat dah kot..cuma xtau model yg mana yg ok..banyak sgt..aku pun tgh usha samsung s2...

Dr dlu lg tak minat sony ericson. xtau nape :D

tt pun dah pening kopala nak pening yg mana..hehe..

mintak tt try usha kat www.gsmarena.com

kat situ semua hp..tgk feedback past user dan spec hp..

Tq bro. mmg byk info. byng2 hanphone android pertamaku mula nmpk dah nie :D

faizal.ahmad
08-10-2011, 03:19 PM
samsung galaxy ace leh dpt dh kot

Antara dlm pertimbangan. Terima kasih sudi berkongsi bro.

faizal.ahmad
08-10-2011, 03:23 PM
jeles je.. imabiz nak beli samsung galaxy tab tak dapat2 lagi...

Nak belajar 'main-main' dengan handphone android dulu. Samsung Galaxy Tab mmg teringin nak beli. Tapi.....biar dulu la..... :D

faizal.ahmad
08-10-2011, 03:28 PM
1. Saya cadangkan samsung.. dulu saya guna HTC.. tapi saya rasa, HTC macam ada masalah phone sebagai sebuah handphone..
connection line selalu terputus2 (seperti antenna dia tak berapa power), dan suara pemanggail tak seclear handphone lain.

2. Samsung galaxy gio

3. Samsung galaxy S2..

Saya sangat berbesar hati founder WC JUGA turut sudi berkongsi info. Terima kasih Tn Shuth. Nampaknya saya akan fokus pada brand Samsung nie.

faizal.ahmad
08-10-2011, 03:32 PM
galaxy ace dalam 800 lebih lagi rasanya..kalau nak android yang sekitar harga 600-750 boleh ambil samsung galaxy mini :)

Lagi cadangan yang mempengaruhi saya fokus pada brand Samsung. Terima kasih bro. Samsung Galaxy Mini akan jadi perhatian saya.

faizal.ahmad
08-10-2011, 03:38 PM
Saya pengguna HTC Desire Hd .. setakat nie ok.. tak da masalah apa-apa

Wife saya guna LG Optimus One P500

Kedua-duanya ialah HP jenis android.

kalau budget macam TT boleh cuba LG Optimus one --- antara yang terbaik budget android phone.

LG Optimus One pun boleh di root dan macam-macam aplikasi android boleh dicuba di market atau di ehem-ehem.

Terima kasih

Terima kasih atas perkongsian bro. HTC Desire Z memang menjadi idaman tapi bajet pula tidak mengizinkan buat masa ini :D

p/s : Apa agaknya maksud 'di ehem-ehem' tue yea. Maklum la newbie sgt dlm android nie. Hehehe~

Silver Spear
08-10-2011, 04:51 PM
Saya dulu pun pening jugak. Hampir2 nk beli blackberry...dah siap kumpul duit dah pun + studi sampai nk jadik expert walaupun tak de lagi phone blackberry. Sekali samsung kluar galaxy ace terus bertukar haluan. Tak pikir panjang beli 2 bijik terus...1 hadiah utk diri sendiri n 1 lagi utk wife.

Sbb utama beli, spec nmpk mcm hebat dan murah. 1 lagi masa tu ada offer 3 thn warranty. Dan 1 lagi sy mmg pengguna samsung yg setia dari dulu lagi...;)...sekarang tak tau la berapa harga dia...kena survey la dulu kot seblm beli. Tapi mmg puas hati la.

faizal.ahmad
08-11-2011, 02:15 PM

Romantiknya husband & wife gne hp yg sme. Lebih suami mithali bile hadiahkan isteri hp! :D Samsung Galaxy Ace hrga dlm RM800++. Kalo 2nd dpt la kalo ikot bajet sy tue. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman.

faizal.ahmad
08-11-2011, 02:58 PM
Rata-rata mencadangkan hanphone android jenama Samsung. Adakah Samsung akan menjadi handphone android pertamaku? Perkongsian info & pengalaman kawan-kawan WC memang dialu-alukan. Terima kasih.

meezwan
08-11-2011, 03:40 PM
samsung terbaik kot setakat ni sampai europe pun dah banned samsung :))

deedee87
08-17-2011, 11:16 AM
bro le daptkn mid range android cm
samsung - galaxy mini, ace .
SE - xperia x8 and walkman .
HTC - wildfire .
samsung r terbaeekkk and puasati.. hehehee

mnf
08-17-2011, 11:24 AM
aku baru angkat samsung corby 2. oklah dalam rm300++..boleh touch screen cam iphone..ok je aku guna..cuma 3g je xde..wifi ada..stakat ni berbaloi la sebab aku cari yang ada wifi. bajet pon xla tinggi sgt..dia bukan guna android..aku pon xtau os apa..nak kata bada xde lak kat kotak dia cakap bada..

review sikit..

kamera 2mp
wifi
radio
thread sms
packet data edge je kot..
widget..
fb twitter youtube im..

stakat ni bagi aku boleh tahan samsung corby 2 ni..berbaloi-baloi...

faizal.ahmad
08-22-2011, 03:51 PM
samsung terbaik kot setakat ni sampai europe pun dah banned samsung :))

Nampaknya memang macam confirm beli handphone Samsung.

bro le daptkn mid range android cm
samsung - galaxy mini, ace .
SE - xperia x8 and walkman .
HTC - wildfire .
samsung r terbaeekkk and puasati.. hehehee

aku baru angkat samsung corby 2. oklah dalam rm300++..boleh touch screen cam iphone..ok je aku guna..cuma 3g je xde..wifi ada..stakat ni berbaloi la sebab aku cari yang ada wifi. bajet pon xla tinggi sgt..dia bukan guna android..aku pon xtau os apa..nak kata bada xde lak kat kotak dia cakap bada..

review sikit..

kamera 2mp
wifi
radio
thread sms
packet data edge je kot..
widget..
fb twitter youtube im..

stakat ni bagi aku boleh tahan samsung corby 2 ni..berbaloi-baloi...

Terima kasih kepada deedee87 & mnf atas perkongsian kalian. Cuma saya teringin sangat nak guna handphone android la. Kalo Samsung Corby 2 handphone android, esok juga saya p beli :D

faizal.ahmad
08-22-2011, 04:00 PM
Boleh ke dapat handphone android Samsung dengan bajet tak lebih RM 500.00? Respons kawan-kawan WC memang saya sangat harapkan memandangkan handphone yang saya guna sekarang telah menunjukkan tanda-tanda riwayatnya akan berakhir :D

p/s : Bajet terpaksa dikurangkan sebab overdose shopping raya :D

mnf
08-22-2011, 04:00 PM
samsung ace pon ok bro..dengar cite android pun dah ade vaber..

shuth
08-23-2011, 06:09 AM
jadi apakah keputusan faizal.ahmad ?
sudah belikah belum?

Booz
08-23-2011, 06:54 AM
rasa budjet bro kalau nak beli satu hp android yang KUALITI sikit rasa agak susah sikit. kalau u cuma nak test hp jenis android sebenarnya boleh cuba brand XXXX dari China, harga bukan saja murah, tapi ada juga yang berkualiti. cuba search kat lelong, banyak u boleh sapu kat sana.
good luck :)

p/s i juga ada sebiji hp android china brand, so far ok.. cuma hardware kurang sekit je

Silver Spear
08-23-2011, 07:25 AM
rasa nya ada android murah yg entry market punye...dlm 600. tak igt la brand apa...tapi bukan china made la...yg branded punye.

iter
09-04-2011, 02:00 PM
sony erricson pun ada anroid dah.. murah je... dalam 5 ratus

blueskuitu
09-05-2011, 02:04 AM
Wah...seronoklah dpt android tt

ferdyfauzi
09-05-2011, 02:22 AM
Untuk bajet TT tu boleh dapat Samsung Galaxy Mini. Tapai kalau ada bajet lebih sikit boleh la angkat Samsung Galaxy Ace.

Kualiti Samsung memang terbaik!

zalnet
09-05-2011, 05:08 AM
Saya baru beli samsung galaxy mini sebelum raya aritu, sy dapat dalam harga RM480 dengan sd card 4gb, sajer nak cuba2 android lak. sesuai utk mereka yang nak merasa android tapi nak bajet hehe, dan boleh juga di root froyo tu...Dan saya dengar galaxy mini ni terhad sebab dengar ura2 samsung nak hentikan pengeluarannya...

CharisMY
09-27-2011, 03:32 AM
galaxy mini lebih kurang rm500 sekarang, extra rm100+ punya budget boleh beli case dan accesories yg bagus lah

bobbuloh91
09-29-2011, 03:28 AM
sony ericsson xperia x10 pon dah cukupwankamil67@yahoo.comhttp://vitaminb17baikuntukkesihatanbadan.blogspot.com

mohdazim
09-29-2011, 03:08 PM
Tambah ar sikit beli samsung galaxy ace. Syok tau.

broFami
10-01-2011, 04:29 AM
saya pun teringin juga nk beli satu hp android ni.. tgh usya2 samsung galaxy mini (RM550) & galaxy tab(RM1300) (kalau ada bajet lebih).. hehe

mohdazim
10-01-2011, 05:05 AM
Tamabah sikit je untuk Galaxy Ace. Ataupun beli yang 2nd hand. Pun ok. Just nak try2 kan. Dalam Rm500 dah dapat dah skng.

maxpda
10-13-2011, 03:47 AM
ambik huawei ideos s7 104 bro..saya jual rm620 je..:D

abe1983
10-13-2011, 03:54 AM
aku pun baru pakai htc incredible s....just nice lah

vincelimch
10-18-2011, 01:50 PM
iphone4s dah kelur

mohdazim
10-18-2011, 05:21 PM
iphone 4s tak guna android kan.

aktechpage.com
10-27-2011, 09:17 AM
My 1st Android Handpone , GARMIN ASUS A10 (http://www.aktechpage.com/my-1st-smartphone-garmin-asus-a10)

michaeleng
11-11-2011, 02:20 PM
Galaxy ACE laaaa....

Led54Vale
11-26-2011, 12:46 AM
tt pun dah pening kopala nak pening yg mana..hehe..
http://www.tara-mediumss.com/jie1.jpg
http://www.tara-mediumss.com/jie2.jpg

broFami
08-23-2012, 04:55 AM
dah byk da table yg murah2 guna android skg nie..

Muhdfie3
11-08-2012, 04:29 PM
samsung galaxy ace bgus untuk pengenalan android