PDA

View Full Version : Apakah perniagaan yang menjadi rebutan pelanggan.. (yang halal)



zahidana
06-06-2011, 03:29 AM
Ok, saya nak mulakan kolum ini dengan ucapan salam pada semua. Untuk warm-up saya nak tanya sesiapa yang expert di luar sana apakah perniagaan yang baik sekarang ni, yang customer datang kat kita bukan kita tersua-sua kat customer. :D
Apakah jenis produk yang menjadi rebutan.. hi..mana expert-expert di luar sana..:)

meezwan
06-06-2011, 03:46 AM
rasanya untuk first time memang kita kena sua-sua muka dulu untuk cari customer..dah mantop nanti baru customer sua-sua muka kat kita..tak gitu? melainkan dia buka stokis.. :D

shuth
06-06-2011, 05:00 AM
kalau ikut nasihat chef li, ada 4 bidang perniagaan yang memang akan sentiasa evergreen dan mendapat permintaan ramai..
1 - bidang makanan (restoren, food processing, gerai makan, frozen food)
2 - bidang pakaian (kedai baju, kilang baju, fesyen dll)
3 - bidang berkaitan tempat tinggal ( rumah, hotel, hartanah)
4 - bidang berkaitan ilmu & pendidikan (seminar, kolej , kursus, kedai buku dll)

tapi apa-apa pun, semua perniagaan jika dilakukan dengan sungguh2, pasti berjaya..
bak kata mentor saya.. "Tiada perniagaan yang gagal.. yang ada hanyalah orang yang gagal (putus asa)"..

aidil sahipaludin
06-06-2011, 05:25 AM
Betul, gagal merancang itu adalah merancang untuk gagal.
Buatlah apa-apa pun bidang, keberhasilannya akan nampak jika perancangannya mantap.

Namun, saya sangat setuju dengan niche sepanjang zaman yang bro shuth beritahu.
Mudahnya, cari niche setiap hari manusia perlukan :
Makanan, perlindungan (tempat tinggal, pakaian), pendidikan dan satu lagi PERASAAN (niche cinta) hehehe..

Setuju x kwn-kwn wc? :D

zaqray
06-06-2011, 05:39 AM
setiap cabaran yg datang bukan penghalang/masalah... tapi,ia memotivasikan kita utk terus mengecapi kejayaan,kebahagiaan & kekayaan...

Hanafi Wawi
06-06-2011, 07:18 AM
Senang jer berniaga benda yang diperlukan oleh orang ramai terutamanya keperluan diri dan keluarga seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan, kesihatan, keselamatan dll.

ashaidi
06-06-2011, 08:22 AM
setiap mereka yg berusaha dgn ikhlas akan mendatangkan hasil..

AnakkuSayang
06-06-2011, 09:03 AM
Untuk menceburi bidang-bidang tertentu, memang perlu kajian...
Akan tetapi, tindakan perlu dilakukan, bukan semata-mata mengkaji
lepastu lepas tangan.

4 bidang di atas memang takkan expired. Sebab semua orang perlukannya
pada setiap zaman. Cuma, mengikut kemampuan kita, yang mana yang
mampu untuk kita ceburi.

sofianms
06-06-2011, 03:26 PM
Ramai yg telah memberikan pandangan tentang jenis2 perniagaan yg mendapat sambutan. Saya nak tau berapa lama kita perlu kekal dgn satu2 perniagaan sebelum kita boleh dikatakan berjaya atau patut gulung tikar? Katakan hari ini saya memulakan perniagaan nasi lemak di satu kiosk/food court. Saya target utk dapat utg bersih RM100 sehari (RM3,000 sebln). Selepas 6 bulan saya cuma dpt untung bersih RM1,000 aje. Adakah perlu saya tunggu hingga RM3,000 tercapai atau perlu gulung tikar dan buat perniagaan lain?

shuth
06-06-2011, 04:01 PM
anda perlu buat sampai anda dah tak tahu nak buat apa lagi.. baru pindah/tukar kepada perniagaan lain..

antara usaha2 yg boleh dilakukan jika perniagaan kurang memberangsangkan..
- baca buku
- gi kursus
- tanya orang / dapatkan khidmat nasihat

kalau dah buat semua tu masih tak menjadi..
mungkin perniagaan tu memang tidak sesuai dengan anda..
tukar kepada perniagaan lain..

tetapi kalau dah tutup.. kemudian,
tiba2 baru tahu mana silap / baru dapat idea baru..
cuba lagi sekali...

tapi kalau dah cuba sampai 3 kali masih tetap gagal..
confirm kena tukar perniagaan/bidang lain..

mengikut statistik....
secara purata... kebanyakkan orang akan gagal sebanyak 2.3 kali sebelum
mereka menjumpai perniagaan yang betul2 bersesuaian dengan mereka..

Abang Internet
06-06-2011, 04:47 PM
pernah jugak tengok.baru aje ni.
kedai makan.jenama terkenal jugak.bukak kat dalam pasaraya jenama terkenal.

tetapi.entah mengapa bilangan pelanggan kurang.
lepas 2 tahun.tutup kedai jugak.

sesuatu yang perlu diambik iktibar/pengajaran oleh ahli perniagaan macam kita ni...

johari
06-06-2011, 05:37 PM
Permulaanye kena kita sua muka lu kat pelanggan bgi org kenal lu produk anda...then da knal baru jatuh cinta..x gitu cek...

zahidana
06-07-2011, 03:56 AM
Sy pernah tgk seorg peniaga di pasar mlm jual sop tulang n daging... dia punya customer memang tak berenti dari buka kaunter smpi pkl 10 mlm.. memang hebat abg tu tpi periuknya besar tayar lori tanker tiga lapis.. haah larat ke... tapi rm memang lebat. Sekadar memberi idea...

bertong
06-07-2011, 02:12 PM
minat gak ngan niaga pakaian...tapi susah mau cari tempat yg bleh deal betoi2...

alfatihstudio
06-08-2011, 04:13 PM
Antara ciri-ciri perniagaan yang baik :

1. Ada big player yang dah kekal dalam bisnes tu melebihi 100 tahun. Maknanya bisnes ni tetap dapat bertahan walaupun dalam kegawatan ekonomi. Contoh : Coca-cola sejak 1886 (minuman botol). Pakaian pun sama juga, banyak syarikat pakaian yang masih lagi bertahan lebih 100 tahun.

2. Margin untung besar. Contoh : Makanan - boleh dapat margin untung dalam 300% dari harga kos. Contoh yang kurang baik - kedai runcit. Sebabnya apabila kurang permintaan, kita tak akan terus rugi, cuma kurang untung. Sebab itu apabila ada pasaraya yang buka, biasanya kedai runcit akan gulung tikar, sebab margin keuntungan mereka sangat rendah.

3. Tak perlu sentiasa research dan upgrade. Sebab masa dan duit akan banyak habis di situ. Seperti Syarikat General Motor, walaupun sangat besar, akan tetapi kebanyakan masa dan duit perlu dihabiskan dalam research. Jadi bila ekonomi jatuh, mereka pun turut jatuh. Sebaiknya perniagaan yang produknya tak perlu upgrade dari dahulu sampai sekarang seperti Coca-Cola, resepinya masih kekal sama meskipun dah lebih 100 tahun. Kalau dari contoh ini, syarikat yang berasaskan teknologi agak kurang baik kerana sifat teknologi yang bergerak pantas.

4. Anda boleh berikan suatu yang orang lain tak dapat beri. Keunikan itu membolehkan anda meletakkan harga yang lebih tinggi, jadi margin keuntungan akan lebih berbanding biasa. Bisnes begini lebih tahan lasak berbanding bisnes lain. Jadi perniagaan yang baik adalah perniagaan yang susah ditiru oleh orang lain.

p/s : Tak semestinya semua ciri mesti ada dalam satu bisnes untuk menjadikan bisnes tu baik. Tapi kalau semuanya ada, maknanya bisnes tu memang ada potensi yang besar.

bertong
06-08-2011, 11:06 PM
http://youtu.be/zHzgaH3U5n8

tak jadi nak buat nampak vedeo..tolong sket

faiz88
06-09-2011, 10:53 AM
betol,tgk kebanyakan kuasa-kuasa besar kat dunia ni,atau orang-orang kaya kat industri makanan.bkn ja laku kat domestik tp kat international.tgk kicap cap kipas udang dah la.dah pegi london dah.haha

zaqray
06-11-2011, 06:36 AM
tips yg bguz nih... ape pndpt semua ahli wc.. sy hnya jd dealer utk aksesori... cth:baju,kasut,sweater,pfumes n byk lg... tp,sy dpt buat on9 jek coz modal xde lg.. apa pendapat semua??

bertong
06-11-2011, 11:34 AM
niage je apa2...janji alal....jual murah sket..baru laku cepat

amrirazali
06-14-2011, 03:24 AM
ini cadangan sahaja yer..

buka kedai kosmetik n jamu2..
ala apa dah org panggil kedai ni..
modal mcm biasa kene ada la kan..

yg bestnya permintaan mmg dah sedia ada
marketing pun syarikat kosmetik n jamu2 ni yg buat
kita just tolong jual jadi agent..
untung2 nama kedai ada dlm marketing diorg
langsung x kuar modal marketing
satu brg untung bersih 30% slalunya la kan
kalau ada syarikat baru
diorg akan bagi sample barang2 diorg
kalau deal cantik x kuar modal pun atas angin jer

selalunya kedai2 mcm ni
mesti ada kat pasaraya
x kira la giant ker tesco ker
booth kecik jer

saya bg cadangan ini
bila tgk member saya yg buat produk kecantikkan sendiri
kwn saya ni pergi kat kedai2 mcm ni
minta diorg jual produk dia

boleh nampak?bkn customer jer cari kita
owner brg pun cari
hehehe..
ini cuma apa yg saya fikir
mungkin x sempurna

alfatihstudio
06-14-2011, 08:03 PM
Satu ilmu yang saya belajar dari seorang "guru" perniagaan adalah sekiranya suatu perniagaan itu ada banyak di merata-rata tempat, maka perniagaan itu ada permintaan yang tinggi.

Kita tak perlu cari sesuatu yang orang belum buat lagi, mungkin orang tak buat sebab tak ada permintaan. Jadi cari perniagaan yang ada dimerata-rate tempat, itu tandanya perniagaan itu sentiasa mendapat permintaan.

bertong
06-14-2011, 09:25 PM
Satu ilmu yang saya belajar dari seorang "guru" perniagaan adalah sekiranya suatu perniagaan itu ada banyak di merata-rata tempat, maka perniagaan itu ada permintaan yang tinggi.

Kita tak perlu cari sesuatu yang orang belum buat lagi, mungkin orang tak buat sebab tak ada permintaan. Jadi cari perniagaan yang ada dimerata-rate tempat, itu tandanya perniagaan itu sentiasa mendapat permintaan.

init tips yang bagus ni..sebelum ni saya dok cari perniagaan yg orang tak buat lagi..haha..silap2..rupa2 kena cari perniagaan
yang ramai dok buat ye...

farhanisz
06-15-2011, 02:35 PM
Betul3... terutama bg yang malas pikir... atau xde kemampuan macam saya... heheheh

ekien81
06-17-2011, 08:26 AM
bagi servis..rsnyer tue tak byk kuar modal..yang penting skill kena ada

alfatihstudio
06-17-2011, 09:26 AM
Modal dari segi masa untuk meggilap skill yang ada, masa dan tenaga yang diperlukan untuk perbincangan awal, kemudian memberikan servis yang sebaik mungkin, dan memberikan support selepas jualan.

Servis memang tak perlukan banyak modal wang ringgit, tetapi banyak modal masa dan tenaga. Berbanding menjual produk, kurang masa dan tenaga, lebih kepada wang ringgit.

Terpulang pada anda mahukan bentuk perniagaan yang macam mana.

Daus_F
06-25-2011, 05:05 PM
erkkk??? ni thread tips2 perniagaan offline ke thread perniagaan yg jd rebutan??:D

sekadar berkongsi penglaman sebagai student yg mna bila difikirkn balik, dpt diapplykn kt luar. try jual sosej cucuk pada harga 50sen stiap 1. jika anda bijak cri peluang, anda mmpu dapat RM500 untung bersih utk 1 mlm! yup, utk 1 mlm!!!;)

sya bniaga untuk 1 mlm je dlm 3 buah blok asrama dlm 1 universiti jer dah bleh dpat RM100. so pndai2 la anda pikir, sya dah bgtaw.

cuma bckap drpd pnglaman, kita perlu bijak mngambil stiap pluang yg ada utk maju dlm perniagaan.;)

Hairul WC
06-27-2011, 11:24 AM
suka dgn pandangan bro alfatih.. menjual produk biarlah sesuatu yg sedia ada dipasaran..
dengan kata lain permintaannya pun sudah sedia ada....

cuma untuk bersaing, kita perlu buat sedikit kelainan pada produk...
mungkin mengabung dua atau tiga produk sedia ada...
kelainan menjadi satu daya tarikan untuk org ramai membeli produk anda...

sebab jika org ramai dah biasa beli kat kedai A.. mustahil mereka akan mencuba
dikedai anda kecuali anda mencipta sebab untuk mereka mencuba produk anda....

kelainan nie tak semesti pada produk tapi mungkin pada packaging, presentation produk atau kedai anda..
yg penting dalam perniagaan, anda perlu bijak menarik perhatian bakal pembeli...

satu lagi.. kelainan juga akan menjadi perbualan org ramai yg akan menyebarkan bisnes anda... kuasa viral tu...
tapi jangan terlalu berbeza.. takut pulak org nak mencuba nanti...he.he.he

bertong
06-27-2011, 11:29 AM
menarik semua pengalaman tuan tuan...

Iceberg
06-27-2011, 02:19 PM
Salah satu cara, jual produk tu dgn harga yg rendah skit dari pesaing anda..bila dh ramai dlm list ia akan dpt cover blk kerugian anda tu. Biar rugi sekejap utk keuntungan yg berpanjangan...

Disclaimer: Ini pendapat peribadi saja, anda dinasihatkan jgn ikut nasihat ini. Segala kerugian tanggung sendiri hu hu hu :D

zahidana
06-28-2011, 03:09 AM
:) Salam,
Di Selangor ni, tak tau la di negeri lain, sy dpati satu peniagaan yang sangat baik ialah Kedai 2 rm atau 3 rm. Sy dapati apa yang dijual tu menarik hati pelanggan yang sukakan gifts, produk kecil kecil spt gelas, beg, produk plastics, bunga, pen, ukiran, hadiah, jam dsb yang unik dan mempunyai design yang tersendiri. Kebanyakan diimport dari China tapi perniagaan ni tak dibuat oleh orng Melayu lagi (tak pernah jumpa lagi) Mereka ni import dalam bulk tapi untung besar kerana produk ni sebenar nya berapa sen saja tapi sebab unik ia dijual dengan mahal skt.. dlm 2 atau 3 rm. Tapi produk kena varieties. Sapa-sapa yang takda idea tu boleh la mencuba ya... sy tak pernah tgk yg rugi lagi.. serius..

vc2216
08-07-2011, 12:08 PM
Banyak gak pendapat/tips yg berfaedah ni,..

paksu07
08-12-2011, 02:41 PM
setiap yg berusaha dgn ikhlas pasti akan mendatangkan hasil..

alhawariyyun
08-24-2011, 05:15 PM
Salah satu cara, jual produk tu dgn harga yg rendah skit dari pesaing anda..bila dh ramai dlm list ia akan dpt cover blk kerugian anda tu. Biar rugi sekejap utk keuntungan yg berpanjangan...

Disclaimer: Ini pendapat peribadi saja, anda dinasihatkan jgn ikut nasihat ini. Segala kerugian tanggung sendiri hu hu hu :D

saya pernah mengikuti kursus dalam Worldwidebrands.com, Chris Malta, dia kata kalau nak jual produk lebih rendah dari pesaing, maknanya boleh bungkus cepat bisnes tu. Harga bukanlah faktor utama kejayaan, tetapi produk yang dijual, promosi dan promosi (bab kata irfan khairi). Paling penting ialah customer service, harga mahal skit takpe, asalkan customer puas hati dengan servis yang kita bagi. Cutting price dalam bisnes boleh menyebabkan bisnes hancur. Hatta untuk promosi sekalipun, penjual sudah berhati2 dan berkira2 supaya untung tetap dapat walaupun bagi diskaun itu dan ini.

nmtarmizi
08-27-2011, 02:29 AM
Satu ilmu yang saya belajar dari seorang "guru" perniagaan adalah sekiranya suatu perniagaan itu ada banyak di merata-rata tempat, maka perniagaan itu ada permintaan yang tinggi.

Kita tak perlu cari sesuatu yang orang belum buat lagi, mungkin orang tak buat sebab tak ada permintaan. Jadi cari perniagaan yang ada dimerata-rate tempat, itu tandanya perniagaan itu sentiasa mendapat permintaan.



pendapat ini mungkin benar mungkin juga tidak...apabila ramai persaingan dalam 1 produk dan tempat yang sama, persaingan sangat sengit untuk mendapatkan pelanggan, harga pasti akan jatuh kerana perniagaan bersaing antara satu sama lain, siapa yang rugi akhirnya ahli perniagaan..jika kita menjalankan satu perniagaan, yang kurang orang berniaga tapi permintaan tinggi...KEJAYAAN menanti kita...

dalam mencari perniagaan yang sesuai dengan diri kita seperti mencari emas yang hilang, sangat sukar, tapi bila kita decide nak berniaga, cari satu perniagaan, terus bukak, jangan tunggu lagi....baru tahu result dia mcm mana..angap JIHAD kerana allah...biar kita mati dengan perniagaan kita, ini adalah sifat perniaga sejati...sama sama kita JIHAD EKONOMI....last pendapat perniagaan yang susah adalah perniagaan yang mendapat tempat dlm masyarakat

matnor
08-30-2011, 11:48 AM
betul tuan shuth...untuk berjaya , memrlukan usaha yang sepenuhnya..andaikata gagal...cuba lagi..cuba lagi

amilia
08-30-2011, 11:59 AM
Oleh kerana biznes online sya agak slow,sya buat biz popia mini utk hari raya..sya buat 2-3 bulan sbelum bulan puasa...sya buat byk2,kmdian jemur smpai kering,taruk dlm tin,bila ada pelanggan beli,baru goreng...alhamdulillah dpt sambutan..lumayan krn xda ramai org sanggup buat popia mini ni..sakit tengkuk asyik tunduk je...sya kata lumayan sbb kos utk buat hanya rm13 lebih utk 500gm tapi sya jual rm25..jadi untung yg sya dpt......:D

Lamanutama
09-02-2011, 03:15 AM
salam.. kepada pembuka topic :)

okayy.. saya cerita lahh sikit dari pengalaman saya. ramai orang kata. jual barang wanita bagus.. prodak kecantikan bagus.. tetapi cuba anda tengok banyak mana yang menjual kain baju yang berjaya? manusia sekarang pelik.. mereka mahukan sesuatu yang lain dari lain.. contoh nya.. anda nak jual baju.. jangan jual baju yang sudah ada di tempatan.. anda reka baju terserbut.. dan jualkan.. insyallah orang akan membeli.. lagi satu.. anda perlu mengkaji sesuatu tempat itu.. apa yang takde lagi.. dan apa yang takde lagi..

contoh lahh perniagaan yang tak ramai orang buat.. jual batu nisan.. ada ramai orang jual tak? ko orang tahu berapa satu set untuk kubur? termasuk dapur? mencecah 5000+ tau tak.. jadi tak pelik lahh tukang buat nisan boleh dapat bawak bmw heheh :) ini adalah pengalamman saya sendiri :)

alhawariyyun
09-04-2011, 03:48 PM
salam.. kepada pembuka topic :)

okayy.. saya cerita lahh sikit dari pengalaman saya. ramai orang kata. jual barang wanita bagus.. prodak kecantikan bagus.. tetapi cuba anda tengok banyak mana yang menjual kain baju yang berjaya? manusia sekarang pelik.. mereka mahukan sesuatu yang lain dari lain.. contoh nya.. anda nak jual baju.. jangan jual baju yang sudah ada di tempatan.. anda reka baju terserbut.. dan jualkan.. insyallah orang akan membeli.. lagi satu.. anda perlu mengkaji sesuatu tempat itu.. apa yang takde lagi.. dan apa yang takde lagi..

contoh lahh perniagaan yang tak ramai orang buat.. jual batu nisan.. ada ramai orang jual tak? ko orang tahu berapa satu set untuk kubur? termasuk dapur? mencecah 5000+ tau tak.. jadi tak pelik lahh tukang buat nisan boleh dapat bawak bmw heheh :) ini adalah pengalamman saya sendiri :)

Jual batu nisan tu....statistik yang mati setiap hari skit ajo, tak hairan laa kena letak harga tinggi, kalau takde kematian dalam sebulan..penat juga tu.

Kaji pun kaji juga, tapi jangan duk kaji ajo last2 terkena penyakit 'analysis paralytic'.

Apa pun aku setuju tentang jual barangan lain dari yg lain...cuma nak come out dengan idea baru dan design baru, bukannya senang, kalau berjaya pun, kena patent dan branding cepat2, nanti kang kena ciplak pulak.

Internetmal
09-07-2011, 03:05 AM
Pada pendapat saya, perniagaan yang baik adalah

a) Perniagaan yang hanya memerlukan modal yang sangat kecil dan mampu memberi pulangan yang paling besar
b) Memiliki proses transaksi yang ringkas, mudah dan pantas
c) Pengusahanya bebas untuk bergerak ke mana-mana pada bila-bila masa
d) Pengusaha boleh berpakaian kemas atau kasual semasa berniaga
e) Pendapatan tetap mengalir masuk dan berkembang siang dan malam
f) Pelanggan berpuas hati dan gembira sehingga sanggup menyebarkan perniagaan kita dan mendoakan kesejahteraan dan memohon rahmat Allah untuk kita kerana faedah yang mereka perolehi daripada produk atau perkhidmatan kita

Isu pengusaha atau pelanggan tersua-sua muka dahulu tidak penting. Yang penting ialah, kita sebagai pengusaha minat, suka dan berpuas hati dengan perniagaan kita dan sentiasa jujur dengan pelanggan. Jika produk kita memang baik dan berkualiti dan kita sukakan perniagaan kita, ceritakan yang benar dan kongsikan manfaatnya. jika tidak baik, jangan dijual dan jangan dikongsikan.

Sentiasa fokuskan kepada faedah yang bakal diperolehi pelanggan jika mereka ingin mendapatkan produk dan perkhidmatan kita. Jangan biarkan mereka membeli daripada kita kerana kasihankan kita. Jaga maruah diri semasa berurus niaga. Hormati diri kita dan produk kita dan hargai sedalam-dalamnya pengetahuan kita mengenai produk dan perkhidmatan kita. Kita juga perlu sentiasa bersabar dan jangan terlalu mengharapkan untung besar yang cepat daripada perniagaan kita.

Jika pelanggan telah yakin dan percaya dengan kita, jangan hampakan mereka. Buktikan seperti yang dipromosikan. Cakap mesti serupa bikin. Adakalanya kita perlu sanggup berkorban dan rugi sedikit sedikit asalkan Allah gembira dengan kita. Itu jauh lebih baik. Sentiasa berikan yang terbaik kepada pelanggan. Dengan prinsip ini, Insya Allah, apa pun yang kita jual, pelanggan-pelanggan kita akan sentiasa mencari kita untuk membeli produk kita secara berterusan.

myvipapa
09-07-2011, 04:16 AM
Satu ilmu yang saya belajar dari seorang "guru" perniagaan adalah sekiranya suatu perniagaan itu ada banyak di merata-rata tempat, maka perniagaan itu ada permintaan yang tinggi.

Kita tak perlu cari sesuatu yang orang belum buat lagi, mungkin orang tak buat sebab tak ada permintaan. Jadi cari perniagaan yang ada dimerata-rate tempat, itu tandanya perniagaan itu sentiasa mendapat permintaan.

ya saya setuju dengan pendapat ini..tidak semestinya kita mesti mencari atau mewujudkan perniagaan yang lain..dengan pasaran dan pernigaan yang sedia ada mungking kita boleh melakukan sedikit modofikasi atau bertindak lebih inovatif di dalam perniagaan tersebut untuk bersaing dengan peniaga lain.

alhawariyyun
09-08-2011, 02:04 PM
Pada pendapat saya, perniagaan yang baik adalah

a) Perniagaan yang hanya memerlukan modal yang sangat kecil dan mampu memberi pulangan yang paling besar
b) Memiliki proses transaksi yang ringkas, mudah dan pantas
c) Pengusahanya bebas untuk bergerak ke mana-mana pada bila-bila masa
d) Pengusaha boleh berpakaian kemas atau kasual semasa berniaga
e) Pendapatan tetap mengalir masuk dan berkembang siang dan malam
f) Pelanggan berpuas hati dan gembira sehingga sanggup menyebarkan perniagaan kita dan mendoakan kesejahteraan dan memohon rahmat Allah untuk kita kerana faedah yang mereka perolehi daripada produk atau perkhidmatan kita



kalau nak ringkaskan:
1. perniagaan yang mempunyai profit margin yg tinggi, physical item biasanya profit margin secara bersihnya paling bagus pun sampai sekitar 20% ajo. Tetapi paling tinggi profit ialah information business: ebook.
2. bebas pakaian dan pengusaha bebas bergerak kemana : kriteria ini fit kepada sebarang online business yang tidak perlu kita ada inventory atau stok. Ebook juga memenuhi kriteria ini.
3. berkembang siang dan malam dan pelanggan berpuas hati kerana faedah : ebook yg berguna dan sebarang produk yang memberi manfaat. sekali lagi perniagaan informasi juga menepati kriteria ini. Maknanya jual ebook yang bermanfaat dan berguna utk pelanggan

ashraf
09-09-2011, 02:34 PM
salam perkenalan..:)

saya cadangkan kita cuba perniagaan Affiliate ia mudah dibuat dan dipelajari...:)

uncle dee
09-09-2011, 10:54 PM
Topik yg menarik. Saya telah mengenali Internet seawal 1995..masa tu intenet masih "terhegeh2".Telah banyak ilmu yg saya dapat sehingga kini,tapi kejayaan masih belum tercapai dalam erti kata sebenar. Pada penilaian saya, kegagalan saya dan orang lain ialah ATTITUDE..apa pun produk yang di pasarkan, kejayaan ialah terletak kapada ATTITUDE atau SIKAP kita sendiri.Banyak dari kita suka PROCRASTINATE atau pun suka MELENGAH LENGAH kan pekerjaan. Lambat mempraktik kan ilmu, akhir nya terlupa nak buat. Saya sedan membuat "pembetulan " sikap saya sekarang. Matlamat saya sekarang mencapai kejayaan sebenar sebagai IM by the of 2011!

bertong
09-09-2011, 11:18 PM
hohoho..saya hari tu bukan main bersemangat nak buat biz online...layan memacam..last2 terjebak ngan MLM online..semua lingkop..
tahun 2011 jumpa ngan forum WC. terus terjebak sini selama sebulan lebey kot rasanya..buat pos join ppl..tapi tak lama semua tu..
semangat luntur kembali dah...hari ni baru nak join cari ilmu semula dalam ni..apa biz online dapat saya buat lagi ye..
tolong otai2 bizz...bantulah aku...aku dahagakan jalan untuk biz online ni

Hazli Khalim
09-13-2011, 02:49 PM
Bagi permulaan internet marketing saya cadangkan buat Affiliate Marketing. Sebab mudah. Tak perlu bwt produk sendiri atau customer support. Just promote, kalau ade sales dapat commission. Hehe. :D

kekalbahagia
10-15-2011, 06:38 AM
memang setuju sangat dengan semua bidang perniagaan kecuali yang jenis tipu sana tipu sini dan bukan jenis perniaagaan yang dilarang seperti arak, judi,pelacuran dang yang seangkatan dgnnya. Perniaagaan adalah cara terbaik seseorang itu berdikari, memupuk diri memimpin, jenis orang yang suka explore. lebaih kreatif dari org yang hanya makan gaji. tidakbebas. Apa2 pun bidang perniaagaan memang luas untuk diceburi. Tapi mestilah dengan ilmu dan kemahuan yang tinggi.

m13jump
10-25-2011, 09:23 PM
klau yang dengar investment roi tggi berminat?

Jutawan Gold
11-10-2011, 04:52 AM
klau yang dengar investment roi tggi berminat?

investment roi tinggi...emas kot

dropshipdealer.com
11-15-2011, 05:11 AM
thread yg menarik!

Jutawan Gold
11-16-2011, 12:29 PM
ni biz gerai yg diusahakan oleh suami sy..mula dri bwh ttg biz..tp smpi skrh masih bljr lagi mcm mana nk kmbangkan biz..perancangan jangka msa pjg:
1.nk tmbh cwangan gerai
2.buka restoran
3.kedai emas
4.pusat pndidikan awal kanak2

http://nangkamadu916.blogspot.com/

khairulmkn
11-16-2011, 02:52 PM
Sy pernah tgk seorg peniaga di pasar mlm jual sop tulang n daging... dia punya customer memang tak berenti dari buka kaunter smpi pkl 10 mlm.. memang hebat abg tu tpi periuknya besar tayar lori tanker tiga lapis.. haah larat ke... tapi rm memang lebat. Sekadar memberi idea...

Alamak tt kat ne brader jual sup tu..pasar malam kat ne..macam best nak try je..bagitau ek:-O

khairulmkn
11-16-2011, 02:59 PM
erkkk??? ni thread tips2 perniagaan offline ke thread perniagaan yg jd rebutan??:D

sekadar berkongsi penglaman sebagai student yg mna bila difikirkn balik, dpt diapplykn kt luar. try jual sosej cucuk pada harga 50sen stiap 1. jika anda bijak cri peluang, anda mmpu dapat RM500 untung bersih utk 1 mlm! yup, utk 1 mlm!!!;)

sya bniaga untuk 1 mlm je dlm 3 buah blok asrama dlm 1 universiti jer dah bleh dpat RM100. so pndai2 la anda pikir, sya dah bgtaw.

cuma bckap drpd pnglaman, kita perlu bijak mngambil stiap pluang yg ada utk maju dlm perniagaan.;)


ha!ha! memang bijak cari duit..kreativiti tu pun kena ada gak:>

Master Zuheir
12-15-2011, 03:55 PM
nk try bisnes mknn la..tpi supply je kot kt dak2 asrama..biasa dyeorg tgah mlm berjaga n lapor katanya..hahaha.lubuk3!
drpd pengalaman.teamwork aq bisnes jual mknn kt asrama..time mule2 jual choki2 je.harga kt luor biasa 20sen sebatang..tpi kteorg jual 30sen..hahaha
lau nk,beli..klu xnk beli,xpayah nk kate mahal..nk murah beli sendiri kt luor..budak2 asrama xde pilihan.kene beli gak sbb choki2 sedap best lau mkan time blaja..xngantok..haha
best la jual mknn ni..tpi syg bile kt dunia luor.bisnes mknn sukar sikit nk wat..nk masuk asrm pun kene ade hitam putih..mampuihh..kah3


sekadar perkongsian~~~

kekalbahagia
12-21-2011, 07:10 AM
Hehehehe..teringat masa duk asrama...selalu order meggi sup...sedap siut..mahal pun takper!!!!

re3ze
12-22-2011, 11:43 AM
bagi saya, mengikut trend skrg, ade dua jenis perniagaan yang klau dibuka perniagaan akan long-term (tak akan mati) iaitu bidang makanan dana hiburan (cyber cafe, karaoke, games, etc). Walau bagaimanapun, ikut keadaan tempat dan keperluan di kawasan itu sendiri. Bukak perniagaan yang mmg da byk kt sesuatu tmpt susah nak naik.

mawfiz
12-22-2011, 12:52 PM
Menarik2! saya setuju yg bidang makanan antara biz yang lumayan. semua orang nak makan untuk hidup. jual beli pun cash and carry. tp nak buat biz ni kena ada ilmu, kemahiran, dan resepi yang sedap :D jadi saya cadangkan mulakan secara kecil-kecilan.. cuba try buat ni http://goo.gl/Idzc7 , antara produk yg sgt popular di malaysia

Taufan
12-22-2011, 01:20 PM
bidang makanan dan pakaian ..

mamatpenang
01-29-2012, 06:02 AM
Jom buat produk seks

Benda yang paling manusia suka di dunia seks

bila seks anda hebat hidup anda automatik jadi hebat

Majoriti wanita malaysia tak puas seks sebab jantan diorang bagi servis tak puas jadi produk nie sentiasa laku di mana mana di Malaysia

tripleU
02-03-2012, 06:12 AM
salam sekadar berkongsi info...ada satu bisnes yg berisiko rendah dgn modal yg rendah...tp hasil yg lumayan...sewa kedai n bil electric di tanggung....product stok akan di tanggung company...konsep kedai adalah 3 dalam 1...iaitu organic, serbaneka dan farmasi...

Zafrin
02-03-2012, 08:31 AM
usaha tangga kejayaan

Hanafi Wawi
02-03-2012, 06:34 PM
Pada saya banyak cuba kita rujuk Teori Abraham Maslo tentang hiraki keperluan manusia
Dari teori ini banyak produk dan perkhidmatan boleh dibuat
http://www.manasclerk.com/blog/wp-content/uploads/2008/05/800px-maslows-hierarchy-of-needs3.png

Fazs
02-08-2012, 03:28 PM
pilih perniagaan yang banyak permintaannya dan kita sendiri minat melakukannya...just my 2 cents..:)

zam(wmits)
02-10-2012, 08:28 AM
kebanyakan yang telah berjaya dalam perniagaan telah menghadapi saat2 kesusahan,kesukaran&cabaran yg amat menduga hidup...sbb itulah mereka telah berjaya kerana pengalaman mengajar erti sebenar kejayaan

m0rFez
06-07-2012, 02:18 AM
kebanyakan yang telah berjaya dalam perniagaan telah menghadapi saat2 kesusahan,kesukaran&cabaran yg amat menduga hidup...sbb itulah mereka telah berjaya kerana pengalaman mengajar erti sebenar kejayaan

betol tu bro..saya stuju sgt2..

norish
06-14-2012, 05:50 AM
Memulakan perniagaan mmg bagus...tp ade bbrp aspek penting perlu nilai...yg mane kajian ttg perniaggan yg nk diceburi..keuntungan dan kerugiaan yg akan dhadapi...lokasi dan market itu sendiri...dan paling asas adalah modal itu sendiri...

wildmike
06-18-2012, 01:51 AM
kalau saya, saya lebih minat dengan produk berasaskan kesihatan.....

tapi kadang2 masyarakat kita ni lebih mengutamakan benda lain berbanding kesihatan...ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit utk beli gadgets, tapi kedekut kalau sampai bab2 kesihatan...

tapi itulah cabaran dalam biz produk kesihatan....

Dato' Bandar
06-19-2012, 03:32 PM
Yang pnting halal

zahidana
06-25-2012, 03:46 PM
Semonyih.. dkt Semenyih Central hari sabtu ptg.

Alamak tt kat ne brader jual sup tu..pasar malam kat ne..macam best nak try je..bagitau ek:-O

Mujahadah
07-02-2012, 06:04 PM
^__________^

Mysterio Agogo
07-02-2012, 06:15 PM
saya tak reti jual barang..tp saya hanya tahu jual perkhidmatan.. :)

wildmike
07-05-2012, 01:28 AM
saya tak reti jual barang..tp saya hanya tahu jual perkhidmatan.. :)

perkhidmatan apa tu bro???

baik1807
07-05-2012, 01:50 AM
Belajar Belajar

Mujahadah
07-06-2012, 09:15 AM
Nak tahu.....

japari
07-11-2012, 02:42 PM
yg paling murah....

Zafrin
07-12-2012, 01:17 PM
nak bisnes hati mau kuat, semangat mau kental, setakat rugi tu memang tak boleh nak lari dah,

zahidana
11-21-2012, 10:35 AM
Alamak tt kat ne brader jual sup tu..pasar malam kat ne..macam best nak try je..bagitau ek:-O

sabtu Semenyih, Ahad Kajang Prima. itu yg sy tahu.

Nashraf Norasmi
12-18-2012, 02:19 PM
antara kuasa yg hebat dlm dunia ni adalah kuasa minda. bak kata mentor saya,sentiasa positifkn pemikiran kita,,usaha n if u believe then u will achieve!

shahzam8
12-29-2012, 06:57 PM
tentunya pelaburan

kekalbahagia
01-04-2013, 01:44 AM
Ini pun sekarang menjadi rebutan ramai....mudah dipraktik & mudah dikongsikan

Disini saya ingin menawarkan kepada anda untuk menggunakan
Talian prabayar (Prepaid) TuneTalk melalui program ToneExcel.

Dengan hanya bertukar menjadi pengguna talian prepaid TuneTalk/ToneExcel, anda akan mendapat banyak kelebihan.

Pertama:
Anda akan dilindungi dengan insuran kemalangan (PA) dari Oriental Capital Insuran sebanyak RM100,000. Wow! Dengan satu kelebihan sahaja, ia sudah membezakan dengan telco yang lain. Dulu anda pakai handphone, kalau apa-apa berlaku, ada telco handphone anda nak bagi duit pada anda atau keluarga anda?

Kedua:
Setiap kali anda topup, anda akan dapat point dan apabila dikumpulkan boleh ditukarkan kepada tiket kapal terbang AirAsia. Siapa nak bagi? Selama ini ada topup, ada ke dapat point yang boleh bawa anda jalan2 secara percuma?

Ketiga:
Anda boleh kekalkan no lama kedalam simkad tunetalk ini. Mungkin ada sedang pakai no telipon dari telco yang lain, dan anda sangat sayang no tersebut, anda boleh kekalkan no tersebut kedalam simkad toneexcel ini, asalkan no lama itu diregister dengan nama anda.

Keempat:
Anda boleh top-up dimana2 kedai yang jual topup di seluruh Malaysia dan juga secara online. Walaupun TuneTalk masih baru berbanding dengan telco yang lain, tetapi kemudahan untuk mendapatkan Topup adalah setaraf dengan mereka.

Kelima:
anda boleh dapat komisyen jika anda mempromosikan simkad ini kepada orang lain. Seorang sahaja anda anda promote anda dapat RM20, kalau ada promote 10 orang anda akan dapat RM200. Kalau anda promote 100 orang anda akan dapat RM2,000. Kalau promote 1000 orang anda akan dapat RM20,000.00
Siapa nak bagi? Pernah telko anda sebelum ini beri komisyen jika anda promote produk mereka pada orang lain? Rasanya tak pernah.

Bukan itu sahaja, setiap kali mereka topup, anda dapat lagi komisyen sebanyak 6% untuk level pertama. Maknanya jika mereka topup tiap-tiap bulan, maka tiap2 bulanlah anda akan dapat komisyen. Mereka topup bukan perlu jumpa anda, mereka boleh topup di mana-mana kedai seluruh Malaysia, seolah-olah semua kedai diseluruh Malaysia tersebut jadi kedai anda. Ini bukan bisnes jual topup, ini bisnes TuneTalk / ToneExcel.

Suruh ahli keluarga anda juga pakai simkad ini, bila mereka topup anda akan dapat komisyen, kalau pun tidak memang suami/isteri dan anak2 anda pakai handphone juga, mereka top up juga, tapi sekarang ini jika mereka topup siapa yang makin kaya?

Anda tidak akan jumpa bisnes yang lebih mudah daripada bisnes ini, kerana apa, untuk mengembangkan bisnes dan empire anda ini, anda HANYA PERLU TAHU SMS sahaja. Anda TIDAK PERLU ADA PENGETAHUAN KOMPUTER langsung. Jika anda ada handphone dan tahu SMS, maka anda boleh menjalankan bisnes ini. Jika anda jalankan bisnes ini anda sudah berpeluang menjana pendapatan setiap bulan. Berminat hubungi 0194466881 untuk dapatkan Sim Card Anda. http://toneexcel.biz/index.php?id=126354

cariir ng
01-04-2013, 02:25 AM
hi, i orang baru, i can't post any new thread, can anyone helping?

Kirito Asuna
01-05-2013, 08:20 PM
Ada modal dan semangat, apa2 perniagaan boleh buka... :)

gewcash
01-07-2013, 04:20 PM
Ada modal dan semangat, apa2 perniagaan boleh buka... :)

Betul2.. tapi sy pilih juga, apa biz yg nak buat...
Sy pilih biz yg sah, mudah, murah, resiko minima dan yang penting utk longggg term biz<:-P<:-P<:-P

pinkbundle
03-27-2013, 09:43 AM
amik masa sebenarnya.... kena kuat dari segi modal... atleast 6 bulan pertama jangan harap ada untung.... itulah yang susah kita nak buat dengan komitmen2 lain, utang2 etc.....

ina_shafiena09
03-30-2013, 06:55 AM
salam...saya orang baru kat sini...saya nak kongsi sikit lar pengalaman saya...saya ada gak buat bisness sikit2...saya jual on9 rumpai laut dan tumpang letak kat kedai kecantikan rumpai laut saya...berdasarkan pengalaman saya yang setahun jagung nie...memang banyak cabaranye...coz persaingan memang sengit...kalo berniaga on9 kita terpaksa bersaing harga yang paling menawan hati pembeli dengan tak mengakibatkan kita rugi... dan bisness di luar kita terpakse bersaing gak gan orang lain...macam saya sendiri pernah barang saya dikatakan haram kerana tak ada cop dan stiker dari kkm dan halal...sedangkan rumpai laut yang saya n seller ambik datang dari satu sumber yang sama...cuma ke kreatifan masing2 nak mencantikkan lagi jualan...tapi tidak lar sampai nak fotostet logo kkm n logo halal...coz rumpai laut nie seumpama kita beli ikan di pasar...

sebulan gak lar rumpai laut saya tak boleh terjual lepas dari orang kata yang saya punya rumpai laut haram...dalam masa yang sama saya bertahan jer...alhamdulillah selepas 7 bulan saya bisness kecil2lan rumpai laut saya mampu bertahan...tak untung banyak kerana saya pun jual tak mahal...janji dapat untung sikit serta membina keyakinan diri saya yang menjadi suri rumah sepenuh masa...bak kata suami saya...kalau saya tak bekerja pun tak mengapa tapi cuba cari ruang2 yang boleh meningkatkan kemahiran saya sendiri...n yang bestnye semua hasil jualan saya suami saya tak sentuh pun...:D

dalam masa yang sama saya rasa perasaan rendah diri tak bekerja selepas behenti keje dah berkurangan...saya rasa kita yang duk dirumah pun mampu menjana ekonomi kita sendiri...kalo orang pandai buat kek punboleh buat bisness jual kek dlm internet nie...coz kawan sekolah saya ada yang jual kek dari internet...n hasilnye lumayan gak...yang penting rajin,semangat juang yang tinggi n tabah menghadapi rintangan n cabaran:>

kekalbahagia
04-02-2013, 08:26 AM
jika ikut rating makanan dan minuman lah yang banyak sambutan. Sekarang ni telekomunikasi pun tak kurang sambutan juga.

limyh
04-09-2013, 09:49 AM
bidang makanan dan minuman amat diminati orang ramai. dari pemerhatian saya, makanan yg popular ialah burger, char kuew teow, nasi kandar, nasi ekonomi, mee kari, ayam goreng, dll.

afif99
04-09-2013, 10:34 AM
pakaian kot income msyuk..

kekalbahagia
04-10-2013, 01:19 AM
SIMKAD PREPAID YANG MEMBAYAR KPD ANDA Pun okey gak....buat sampingan jer :
Dapatkan simkad prepaid dari tone excel tune talk yang membolehkan anda dan komuniti anda dibayar. Tukar liabiliti bulanan dari telefon anda kepada aset kewangan yang menguntungkan. Bila anda merujuk komuniti anda, anda di bayar, bila komuniti anda top-up, anda di bayar, bila komuniti anda pula merujuk anda juga di bayar. Bayaran keuntungan dari top-up komuniti anda dari 6% sehingga 13%. Bonus intensif rujukan setiap rujukan dari anda RM20 diberi. Lain-lain kelebihan diberi perlindungan insuran kemalangan sebanyak RM100K dan tiket Air Asia Percuma dari nilai mata top-up peribadi anda. Detail sila layari :
http://toneexcel.biz/?id=127611

afif99
04-10-2013, 09:41 AM
demand tinggi ke simkad dari tone excel tu?

matnor79
05-01-2013, 04:20 PM
kalau ikut nasihat chef li, ada 4 bidang perniagaan yang memang akan sentiasa evergreen dan mendapat permintaan ramai..
1 - bidang makanan (restoren, food processing, gerai makan, frozen food)
2 - bidang pakaian (kedai baju, kilang baju, fesyen dll)
3 - bidang berkaitan tempat tinggal ( rumah, hotel, hartanah)
4 - bidang berkaitan ilmu & pendidikan (seminar, kolej , kursus, kedai buku dll)



tapi apa-apa pun, semua perniagaan jika dilakukan dengan sungguh2, pasti berjaya..
bak kata mentor saya.. "Tiada perniagaan yang gagal.. yang ada hanyalah orang yang gagal (putus asa)"..

Saya pernah baca buku yang dikarang oleh chef li tu sempoi je....sesiapa yang nak tahu baik beli satu buku yang ditulis oleh chef li..chef li beri contoh perniagaan yang sempoi -sempoi je contoh perniagaan pasar malam yang mana setiap hari wang tunai masuk ke dalam poket.

uncomplicated
05-08-2013, 01:18 AM
anda perlu buat sampai anda dah tak tahu nak buat apa lagi.. baru pindah/tukar kepada perniagaan lain..

fk7
06-05-2013, 11:00 AM
best2!!! :D

ashaidi
06-05-2013, 11:54 AM
terima kasih kepada yg pm dan telah membeli produk BSY ekstrak asli mengkudu noni..

fk7
06-23-2013, 02:19 PM
pampers! sentiasa ada permintaan setiap ari...:):D