PDA

View Full Version : Apa itu Neuro Linguistic Programming (NLP)



spycat
06-03-2011, 04:20 AM
Assalamualaikum kawan2
nak tanya sikit la:
- apa itu Neuro Linguistic Programming (NLP)
- apa kegunaan NLP

syuxx
06-03-2011, 05:53 AM
Ilmu psikologi. Banyak kegunanya khususnya untuk improve diri sendiri dalam pelbagai aspek.

MyIkhtiar
06-03-2011, 11:46 AM
Ilmu psikologi. Banyak kegunanya khususnya untuk improve diri sendiri dalam pelbagai aspek.

yup betul tu.. saya ada belajar sikit2 pasal NLP..
cara macam mana kita nak tahu orang tu cakap jujur atau tak.. dan dia leh bantu kita hilangkan fobia tentang sesuatu benda...

spycat
06-04-2011, 04:43 AM
ooo.. macam tu..
@ikhtiar2u
dekat mana belajar NLP ni?

MyIkhtiar
06-04-2011, 08:32 AM
ooo.. macam tu..
@ikhtiar2u
dekat mana belajar NLP ni?

masa saya belajar kat selangor.. bukan kursus NLP, tapi kursus kepimpinan mahasiswa. tapi kebetulan slot tu ada satu ustaz yg amik, dia gunakan NLP utk isikan slot tu.. tapi kalau ikutkan kursus ni mahal, beratus kalau tak silap...

ezek
06-04-2011, 09:46 AM
Assalamualaikum kawan2
nak tanya sikit la:
- apa itu Neuro Linguistic Programming (NLP)
- apa kegunaan NLP

Kalau tak silap sayalah dua belas tahun dulu iaitu pada 1998 pernah dikeluarkan buku yang menerangkan dengan panjang lebar pasal "NLP" nih. Dalam bahasa Malaysia bertajuk: "Kuasa Infiniti" dalam bahasa English pulak "Unlimited" power. saya beli tapi buku tu dah hancur rosak. baru baru ni saya cuba cari di sekitar "KL" tapi tak dapat yang English masih ada dalam simpanan saya. Ia dikarang oleh "Anthony Robbins" tapi dia bukan pengasas "NLP" cuma pengamal yang dekat rapat dengan orang yang mengasaskannya.

Pengasasnya pulak ialah "Richard Bandler" dan John Grinder". rasanya diaorang menemukan pada sekitar lapan puluhan lagi!. masa tu kaedah terapi untuk apa apa masaalah psikologi memerlukan masa yang lama. iaitu klien kena hadir terapi untuk tempoh yang panjang. kadang kadang memerlukan masa sehingga beberapa bulan atau tahun.

Jadi mereka pulak menemukan kaedah terapi dalam masa beberapa minit sahaja. tapi cara mereka memang banyak berbeza dengan kaedah asal. Anthony Robbins pulak menemukan bahwa kaedah ni bukan saja untuk masaalah jiwa semata mata tapi jugak berguna untuk pelbagai perkara, seperti Motivasi, atau seseorang itu boleh menjadi apa sahaja yang diinginkan. Kalau benda ni dipahamkan dengan betul "This thing is most Powerful". Jadi kena hati hati jugak bila mengamalkan kaedah ni.

Diaorang mengatakan dalam salah satu petikan dari buku:"The mind and body are totally linked" iaitu maksudnya salah satu kaedahnya ialah dengan "Meletakkan fisiologi diri kita dalam keadaan berkuasa untuk mendapatkan diri kita dalam keadaan berkuasa!" Ia banyak bermain dengan "Deria" dan keadaan tubuh badan kita (fisiologi).

Setelah saya praktikkan kaedah "NLP" ni hasilnya memang "umpph". kadang kadang merasa takut jugak kerana ia menjadi melampau lampau dari apa yang kita bayangkan. Saya berpesan pada anda yang mendapat kunci membuka rahsia "NLP" ni supaya menggunakan dengan sebaik baiknya dan pada jalan yang memberi kebaikkan sahaja. Jangan lah mengambil kesempatan diatas kelemahan orang lain.

Dua belas tahun dulu pada masa tu saya sering menceritakan pada orang lain tentang "NLP" nih. saya ingat masa tu orang Malaysia ramai yang dah tahu. Jadi macam macam lah tindak balas yang saya dapat, ada yang menganggap bukan bukan dan macam macam lagilah. Selepas tu takde sorang saya ceritakan balik pasal NLP nih sampai la sekarang. Setelah sekian lama baru sekarang saya jumpa orang Malaysia bertanya pasal "NLP" nih.

Tapi kalau ambik tahu pun bagus jugak untuk kebaikkan diri.

VaX
06-04-2011, 10:02 AM
Kursus nie mmg mahal apatah lagi nak belajar.
Makan riban2 jugak lar tpi ada baiknya benda nie.
Banyak permintaan kursus camnie kat malaysia :)

spycat
06-04-2011, 11:39 AM
Dalam bahasa Malaysia bertajuk: "Kuasa Infiniti" .

sampai sekarang sy masih lagi mencari buku nih tak jumpa2.
sy pernah jumpa buku unlimited power ni..
tapi nak beli tu seboleh2 sy nak yg bahasa malaysia punye
lagi 1 buku tulisan Anthony Robbins ni "awaken the giant within"
tak sure plak buku ni berkisah tentang apa...
antara buku NLP yg ada dekat saya tapi belum dibaca lagi
- aura intuisi NLP
- SELLING with NLP

kalau ada kursus NLP ni sy nak pergi..
sebab nak praktikkan di dalam kerja sales sy sebagai ejen...

ada jugak jumpa org malaysia anjurkan kursus ni.. tapi tengok website penganjur macam tak aktif je..

MyIkhtiar
06-05-2011, 01:45 AM
Program Neuro Linguistic Programming (NLP)

1-Program Pengenalan & Asas NLP ( 2 hari): RM 1400/seorang.
2-Program Pengamal NLP Bersijil (NFNLP, USA) (6 hari) : RM 3,780/seorang.
* Bayaran termasuk manual program, tag nama,tenaga jurulatih dan sijil akan dikeluarkan oleh pihak penganjur.

Tarikh, Masa & Tempat : Akan diberitahu.
Tempat terhad kepada : 15 orang (minima )
Jurulatih : Hj Md. Taib bin Mat, Akademi NLP Malaysia.

Testimoni :-

1- Awesome,Terrific,Very Good for Everyone in every field. Hj.Taib is a very knowledgeable NLP trainer & subject matter expert.
(Prof Madya Dr.Hishamuddin bin Md SomPensyarah Fakulti Pengurusan, UTM,Skudai )

2- Impak amat besar kepada keseluruhan cara saya bertindak,berfikir dan memandang kepada kehidupan.Program yang dapat membantu saya mengenali potensi diri dalaman dan luaran. Minda sebenarnya boleh dikuasai untuk mencapai apa jua cita-cita,impian dan kejayaan dalam hidup. Play with your mind.
( Ahmad Fuad bin Mat Ali , Programming Executive ASTRO)

Pendaftaran dibuka sekarang !
Call segera untuk pendaftaran & pertanyaan : 019-2044036 En Mustaqiim, AMC

Rujukan : http://cemerlangbersamamuabqari.blogspot.com/

Dulu ust mustaqim kerja kat bahagian hal ehwal islam pelajar kampus saya.. tapi dia berenti dan beralih bidang trainer..
saya blajar dengan dialah dia sikit2 pasal NLP..

spycat
06-05-2011, 04:43 AM
kalau neuro selling dgn NLP macam mana plak bro?

MyIkhtiar
06-05-2011, 11:30 PM
kalau neuro selling dgn NLP macam mana plak bro?

tak tau pulak bro.... hehe.. mungkin neuro selling more kepada usahawan kot..

spycat
06-07-2011, 07:40 AM
tak tau pulak bro.... hehe.. mungkin neuro selling more kepada usahawan kot..

sebab tu teringin nak belajar neuro selling tu

MyIkhtiar
06-07-2011, 10:49 PM
owh yang tu tak tau la pulak kursus tu ada kat mana... :)

spycat
06-09-2011, 01:20 AM
lagi2..
ada sape2 pernah belajar NLP?
mcm mana diri anda selepas belajar dan menggunakan NLP

kukumalu789
11-17-2012, 01:55 AM
NLP is an approach to explaining human excellence in behavior, thoughts, and communication skill. It is an art, explaining and studying how top performers in different fields obtain their outstanding results. Itís a series of skills and philosophy to cause internal change in human mind.

awlia80
11-17-2012, 02:25 PM
info yg bagus..

dewdrop
11-22-2013, 04:22 AM
nlp ialah teknik pukau orang mengikut cakap kita.

Contoh, anda nak guna dalam jualan kan? kalau guna nlp, maksudnya anda ingin "paksa" pelanggan beli, tapi cara paksaan tu adalah secara "halus" atau "indirect" iaitu menggunakan teknik2 nlp.

dengan kata lain, nlp boleh membantu anda secara sengaja mengaktifkan "keinginan" prospek untuk membeli produk anda sedangkan produk anda itu belum tentu berguna kepada prospek tersebut.

contoh ayat nlp.

"Jangan fikirkan warna biru. Jangan fikirkan warna biru. anda tahu warna biru??? JANGAN FIKIRKAN WARNA BIRU!"

Baik beritahu saya, apakah yang anda fikirkan tadi? Anda tidak boleh TIDAK memikirkan warna biru sebelum terlebih dahulu mengetahui apa itu warna biru. Oleh itu, mahu tidak mahu, anda tetap juga akan memikirkan warna biru walaupun berkali-kali saya suruh jangan fikir warna biru. ;)


Contoh kedua:

"Anda tidak perlu rasa terlalu kagum dengan saya terlalu cepat, dan anda tidak semestinya sayang saya secepat yang anda sangkakan... sebab kita baru kenal, oleh itu, anda lebih-lebih lagi tidak patut ada rasa nak add saya sebagai kawan atau pm saya untuk mengenali saya dengan lebih lanjut..."


hehehe... sila baca berkali-kali... adakah anda rasa sesuatu? ;)

nota: PM saya, dan kita boleh sembang lebih banyak tentang NLP dan lain2 perkara menarik :)