PDA

View Full Version : Punca penceraian di Malaysia



ezek
05-25-2011, 04:18 AM
3 Punca Utama Perceraian Yang Tidak Anda Sedari.

Terdapat banyak sebenarnya punca yang boleh menyebabkan berlakunya perceraian dalam sesebuah rumahtangga.

Berikut saya kongsikan bersama anda 3 diantaranya. Punca-punca ini dipetik dari ebook “99 Punca Perceraian” puncacerai.19aboveit.com

Punca yang pertama ialah kelemahan dalam berkomunikasi sesama pasangan.

Ini merupakan salah-satu punca dan faktor berlakunya perceraian di kalangan pasangan suami-isteri yang paling utama. Ia boleh dikatakan terletak di tangga teratas senarai punca-punca perceraian yang lain.

Komunikasi yang lemah dan tidak berkesan boleh mengundang salah-faham. Ini akan membuatkan samada salah-satu pihak kurang jelas serta kurang faham apa yang disampaikan oleh satu pihak lagi.

Seterusnya membuatkan tafsiran tepat atau pemberian output ketika berkomunikasi itu tidak seperti yang dimaksudkan oleh pemberi mesej.

Dalam bahasa mudahnya, “Lain yang dicakap, lain yang difaham.”

Punca kedua pula ialah tidak bijak mengurus kewangan keluarga dan diri sendiri

Mengikut statistik dan laporan yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Perlis tahun 2010, masalah dalam pengurusan kewangan keluarga merupakan punca nombor 1 kes perceraian kian meningkat di negeri itu.

Masalah utama dalam hal pengurusan kewangan terjadi akibat daripada wang bulanan yang keluar lebih banyak jumlahnya berbanding wang yang masuk (pendapatan) setiap bulan.
Ini boleh berlaku kerana menanggung hutang yang terlalu banyak dan di luar kemampuan.

Punca yang ketiga ialah tidak mengambil berat tanggungjawab solat 5 waktu sehari semalam.

Walaupun anda fikir perkara ini nampak macam remeh, tapi kesannya memang amat mendalam jika tidak diambil serius.

Pasangan suami-isteri tak kira dua-dua pihak mahupun salah-satunya yang ambil mudah dengan perintah Allah ini, hidup keluarga mereka memang tidak akan sesekali tenteram dan tidak akan mendapat lindungan rahmat Allah.

Hukum solat 5 waktu sehari adalah WAJIB. Jika anda tinggalkannya, anda akan berdosa.

Jika pasangan suami-isteri itu tidak melakukan solat, hati mereka akan mula menjadi ‘hitam & keras’. Lalu teramat mudahlah untuk terjadinya pergaduhan dan konflik yang akan membawa kepada pertimbangan yang tidak rasional seperti cepat melatah.

Lebih teruk lagi, tak mustahil akan berakhir dengan perceraian.

Untuk mengetahui lebih banyak lagi punca perceraian agar diri anda lebih bersedia untuk elakkan daripada ianya berlaku, layari laman puncacerai.19aboveit.com

abutalib
05-25-2011, 10:32 AM
Terima kasih ezek

akulelaki
06-11-2011, 10:49 AM
tq for sharing...........

bertong
06-11-2011, 11:55 AM
syukron.....kerana sudi tepek ssini

redfar
06-11-2011, 02:52 PM
Hehe.. Sekarang ni ramai orang kahwin pastu cerai.. Hurmm..

Kena g kursus balik rasanya..

Mohd Firdaus
06-16-2011, 08:01 AM
Kekadang bila kita lihat dunia hari nie isu cerai ini dah jadi kebiasaan.......
hai kene keluarkan ebook nie elak cerai.....

golet2007
06-24-2011, 06:31 AM
Secara umumnya, perceraian merupakan tindakan terakhir yang menjadi penamat kepada hubungan rumahtangga. Perceraian terpaksa dilakukan sekiranya tidak wujud lagi persefahaman antara suami isteri yang berumahtangga. Terdapat tiga peringkat utama yang dilalui sebelum sahnya terjadi perceraian iaitu permulaan konflik, kemuncak konflik dan perleraian konflik (apabila sahnya perceraian terpaksa dilakukan).


PERINGKAT 1: PERMULAAN KONFLIK
- peringkat lebih kepada tanda-tanda awal yang menjurus kepada kemuncak konflik. Misalnya perselisihan/ pertengkaran kecil antara pasangan, pasangan mula pandai berbohong/ berubah-ubah kata, kurang setia atau tidak taat serta sefahaman dan mula mengabaikan tanggungjawab keluarga, serta disyaki curang.


PERINGKAT 2: KEMUNCAK KONFLIK
- pada peringkat ini, pasangan mula bertengkar secara terus menerus, kekerasan dan penderaan secara fizikal/emosi, dan mula nekad untuk memilih haluan sendiri.
- masing-masing tidak mahu mengalah.


PERINGKAT 3: PELERAIAN KONFLIK (PERCERAIAN)
- semuanya sudah tidak dapat dipulihkan lagi meskipun wujud pihak ketiga yang bersifat neutral untuk memulihkan hubungan pasangan itu. Tak kiralah samada pihak ketiga ini adalah kaunselor, ahli-ahli pakar agama dan pakar motivasi keluarga.
-semuanya telah terlambat. Bak kata pepatah "nasi sudah menjadi bubur". Yang pastinya, anak-anak akan menjadi mangsa akibat perbuatan ibubapanya.

Peringkat-peringkat yang saya sebutkan ini bukanlah teori semata-mata tetapi adalah hasil daripada pengalaman sebenar yang pernah saya lihat berlaku keatas teman-teman atau sabahat, serta saudara saya sendiri.