PDA

View Full Version : 11 cara seorang Pakcik menjual Nasi Lemak untuk pusing Modal.

muhdsuhaily
04-28-2011, 05:34 AM
Direct to the point,

Ada 11 cara dan strategi menjual Nasi Lemak yang boleh dapat untung.
1. Delivery Order

Anda perlu merekabentuk iklan ringkas bagi tujuan untuk pengedaran di kawasan anda sahaja. Dalam iklan tersebut, perlulah diterangkan mengenai servis penghantaran juadah pagi seperti Nasi Lemak, kuih muih dan sebagainya dalam masa 10 30 minit. Anda perlu sasarkan di setiap kawasan rumah anda dengan penghantaran serendah RM1.00 dan untuk kuih muih janganlah terlalu mahal berbanding dengan tempat lain. Sasarkan target hanya dikawasan anda dahulu. Pelbagaikan jenis Nasi Lemak anda dan yang paling penting sambal anda perlulah mempunyai 2 jenis untuk kepuasan pelanggan anda samada yang pedas, kurang pedas dan berperasa masam sedikit.

Tetapkan masa penghantaran anda untuk kawasan kejiranan mungkin seawal 7 8 pagi sebab ini adalah masa yang sesuai untuk mereka yang keluar berkerja dan bagi mereka yang baru bangun tidur tetapi menghadapi masalah untuk keluar untuk sarapan. Sudah pasti dengan kehadiran anda akan memudahkan segala kemahuan pelanggan anda. Servis anda dalam bentuk SMS atau telefon. **** banyak lagi strategi yg boleh dilakukan**** 2B Con't....

JenamaOnline
04-28-2011, 05:46 AM
Huhhuhuhu Tips perniagaan yang mantop? :D

fly2high
04-28-2011, 06:24 AM
Ni boleh jot down note nim, buleh apply lepas2 nie. :)

muhdsuhaily
04-28-2011, 06:35 AM
Katanya lagi, dgn 11 cara itu dia boleh jual lebih dari 100 bungkus sebelum jam 1 tghari...

Wan Haffiz
04-28-2011, 06:47 AM
hoho..tips mantap ne..menunggu tips yg seterusnya pula..:)

muhdsuhaily
04-28-2011, 07:00 AM
Satu cara yg menarik perhatian saya bagaimana dia boleh sampai 10 minit yg dijanjikan, memang tepat! Dia kata, esok sebelum penghantaran, petang ni dia survey dgn basikal jalan yg perlu dilalui.

Jadi, pakcik tu survey jln short cutnya utk mudah dia sampai ke rumah setinggan, rumah teres dan flat yg berhampiran. Esoknya dia tidak perlu mencari jalan utk terus sampai kesitu.. maka pengantaran memang tip top! huh....

muhdsuhaily
04-29-2011, 01:20 AM
PENGIRAAN PERLU BETUL

Dalam perniagaan anda perlu mempunyai sasaran jika tidak segala apa yang anda usahakan akan menjadi sia-sia sebab ianya secara tidak langsung akan memotivasikan diri anda untuk mencapai sasaran tersebut. Setiap cara, anda perlu sasarkan 10 bungkus jualan dan jika dilihat dengan kemampuan anda tidak mustahil untuk menjual 10 bungkus untuk setiap strategi yang diberikan dan setiap strategi ini juga boleh melebihi 10 bungkus jualan jika anda lebih bertenaga dari saya, katanya..

10 bungkus setiap cara, bermakna anda berjaya menjual 110 bungkus dalam sehari, 110 x 5 hari utk yg fulltimelah (tolak sabtu & ahad) = RM550 (5 hari) x 4 = 2200 (sebulan) Ini hanya yang biasa-biasa saja, untung pun biasa juga tapi boleh melebihi 100 bungkus tidak sampai sehari.

2. Siang Malam Jaga Pintu

Saya pun pelik juga apa yg dimaksudkan dengan Siang Malam Jaga Pintu. Rupanya siang dan malam pun dia boleh dapat hasil dari cara tersebut. Sasaran yang dimaksudkan adalah JAGA a.k.a Security Guard. Dia buat macam ni, Dia saja saja sembang dengan orang tu, dia sembang time dekat dekat nak lunch tghari. Apa yang diborak pun saya tidak tahu cuma dia bagi saja iklan ringkas tadi, Iklan penghantaran Nasi Lemak untuk setiap JAGA. Headline, ORDER SAJA!

Betul juga, JAGA tidak perlu susah paya nak kuar, jln jauh untuk beli Nasi Lemak, dengan ORDER SAJA pakcik tu datang dgn motor tiga tayar untuk deliver pada semua JAGA di shoping complex, tukang jaga REST ROOM dan macam macam jenis JAGA.

Dengan cara yang kedua ni saja boleh melebihi 10 bungkus, fikir punya fikir saya rasa masuk akal juga caranya...

abelljefrry
04-29-2011, 03:14 AM
hehe. thanks TT share ilmu yang berguna.

sebenarnya, family saya pun buat bisnes Nasi Lemak Bungkus satu masa dulu. sekitar tahun 1996-2003. zaman tu, keuntungan bersih buat nasi lemak, mencecah RM30,000 - RM40,000 sebulan.

satu hari dalam 2,000 - 3,000 bungkus. mengikut musim.

dan time tu, pekerja dibayar gaji RM800 untuk bekerja selama 2-3 jam sehari. sebab nasi lemak ni memang laris dan top di sekitar KL. buka meja pukul 6, pukul 8 dah habis jual semua (dalam 150 bungkus satu tempat). lepas pukul 8 diorang dah boleh pergi kerja harian diorang lah kan. sebab tu senang nak cari pekerja. gaji lumayan.

ada beberapa formula yang ayah saya pakai, nanti kalau berkesempatan, boleh lah saya share kasi tambah lagi ilmu dalam thread ni. :)

sniperzboys
04-29-2011, 03:48 AM
cayalah....leh bukak jual nasi lemak gak nanti...

muhdsuhaily
04-29-2011, 08:00 AM
hehe. thanks TT share ilmu yang berguna.

sebenarnya, family saya pun buat bisnes Nasi Lemak Bungkus satu masa dulu. sekitar tahun 1996-2003. zaman tu, keuntungan bersih buat nasi lemak, mencecah RM30,000 - RM40,000 sebulan.

satu hari dalam 2,000 - 3,000 bungkus. mengikut musim.

dan time tu, pekerja dibayar gaji RM800 untuk bekerja selama 2-3 jam sehari. sebab nasi lemak ni memang laris dan top di sekitar KL. buka meja pukul 6, pukul 8 dah habis jual semua (dalam 150 bungkus satu tempat). lepas pukul 8 diorang dah boleh pergi kerja harian diorang lah kan. sebab tu senang nak cari pekerja. gaji lumayan.

ada beberapa formula yang ayah saya pakai, nanti kalau berkesempatan, boleh lah saya share kasi tambah lagi ilmu dalam thread ni. :)

Waa.. kira bagus tu, bolehlah kongsi kongsikan dlm dicus ni, moga manfaat utk kita semua.. terima kasih :)

faris_jayz
04-29-2011, 01:17 PM
Thx for sharing...menarik tu...sangat berguna untuk spe2 yg nk bt bisnes nasi lemak... ;)

muhdsuhaily
04-29-2011, 02:12 PM
3. STRATEGI PETANG JUMAAT

Maksudnya, seperti biasa iklan yang mudah dan ringkas. Dia mengedarkan iklannya bukan seperti org lain tapi iklan diedarkan hanya pada petang jumaat bagi tujuan ALERT MINDA pada pembeli esok pagi.

Edarkan iklan untuk kawasan kejiranan, SAPA MAU ORDER NASI LEMAK esok pagi. Penghantaran Nasi Lemak panas sampai ke pintu dari jam 7 - 9 am. Malam sabtu, pelanggan sudah siap order by SMS dan TEL. Siap order berapa yang diaorg nak.

Esok pagi Pakcik cuma hantar je...

nimosy87
05-01-2011, 03:36 PM
nak share kat blog boleh tak?.. sangat berguna

Chief
05-01-2011, 03:50 PM
Jangan pandang sebelah mata pada penjual nasi lemak. 20K - 40K sebulan. Perghhh, kalah gaji seorang CEO SMI.

muhdsuhaily
05-02-2011, 06:12 AM
nak share kat blog boleh tak?.. sangat berguna

Boleh tidak ada masalah.. share utk semua. Terima kasih..

rrhomebiz
05-05-2011, 02:42 AM
Menarik tip-tip ni..Masa attend Workshop Marketing Power hari tu ada diceritakan pasal bagaimana penjual nasi lemak transform bisnes beliau drpd beberapa ratus menjadi beribu-ribu bungkus sehari hanya dgn sedikit perubahan dalam cara pemasaran.
Jadi bg mereka yang nak kembangkan bisnes memang ada caranya.
Namun ada juga peniaga yang ala kadar saja tak mau susah-susah walaupun peluang tu ada.

muhdsuhaily
05-05-2011, 02:57 AM
Thanks WC for the Update!

4. Warung Kopi Kedai Mamak

Apa maksudnya pakcik? Dia kata, guna cara ini pun boleh jual 50 bungkus dalam 2 - 3 jam. Bagaimana?

Pakcik: Petang sebelum tu saya pergi tanya setiap warung kedai kopi, kedai mamak dan kedai yang berkaitan. Nak tak saya letak Nasi Lemak sambal 3 rasa kat kedai ini? Saya jual RM1, tuan kedai juallah dalam RM1.50 sen.

Saya letak 10 bungkus, 3 bungkus lagi tuan kedai jual harga RM1.50 dan untungnya tuan kedai punya 100%. Tuan kedai angguk dan senyum tanda setuju. Kawasan deretan, pekan ada lebih kurang 10 warung. Pakcik sudah letak 10 bungkus setiap warung, belum kira kedai mamak lagi.

Tuan kedai semua setuju, isi borang petang tu. Malam tu pakcik sekeluarga masak, standby semuanya. Esok pagi tinggal hantar saja. Pakcik balik umah tunggu sampai tghari. Selalunya 10 bungkus setiap kedai/warung abis!

Pakcik tumpang je nak...tak bayar sewa pun...

muhdsuhaily
05-05-2011, 03:10 AM
Menarik tip-tip ni..Masa attend Workshop Marketing Power hari tu ada diceritakan pasal bagaimana penjual nasi lemak transform bisnes beliau drpd beberapa ratus menjadi beribu-ribu bungkus sehari hanya dgn sedikit perubahan dalam cara pemasaran.
Jadi bg mereka yang nak kembangkan bisnes memang ada caranya.
Namun ada juga peniaga yang ala kadar saja tak mau susah-susah walaupun peluang tu ada.

Tepat sekali tu, setiap bisnes ada caranya...

jaisensei
05-05-2011, 03:59 AM
marketing = success key

Dang
05-05-2011, 04:12 AM
menarik....menarik....nak jual nasik lemak la pasni...tau ke saye buat...

muhdsuhaily
05-05-2011, 04:33 AM
menarik....menarik....nak jual nasik lemak la pasni...tau ke saye buat...

Tak pa, tak da masalah... sempat pakcik bercerita, kalau tak tau masak, discus dgn family, diaorg yang masak. Tugas kita cari market saja guna cara pakcik..

Nak cuba sendiri, tak da masalah juga sebab boleh cari resipi mana-mana sumber. Dalam berniaga ini katanya, tiada rahsia yang ada hanya RESIPI,CAYA dan TEKNIKNYA.

Semua org tahu cuma tak tahu mengimplimentasi saja...

Rushaidin
05-05-2011, 07:27 AM
Tips yg menarik TT.... tak sabar rasanya nk tunggu tips2 seterusnya

ExceeDs
05-05-2011, 02:22 PM
ohh.. keep it up tt.. nak follow thread nie.. hehe

muhdsuhaily
05-06-2011, 12:26 AM
ohh.. keep it up tt.. nak follow thread nie.. hehe

Boleh, dipersilakan.. ada bnyk cara, kalau nak cuba 1 cara yg rasanya agak sesuai nak buat.. boleh start hari ini... buat betul2x, mesti menjadi..

muhdsuhaily
05-06-2011, 02:53 AM
BANNER GANTUNG ~ Jika menjual di tepi jalan, perlu lakukan kelainan sedikit berbanding dengan jiran penjual nasi lemak.

1. Warung anda, letaklah sambal 3 rasa agar yang datang membeli boleh memilihnya, buat survey warung sebelah anda apa yang tidak dijual.

2. Ini jarang penjaja lakukan, gantung banner warna terang di warung anda. Letakkan service anda spt:
- Penghantaran nasi lemak jam 7 - 8 ( waktu berkerja), sabtu & ahad (8 - 9am)
- order by SMS, Telefon dan online (kawasan kejiranan anda)
- by offline, letakkan borang tempahan utk subscriber anda, jarang org buat tapi sangat efektif...

Jika nak save budget, guna kertas melukis, A3 size dan kreatif sedikit utk deco iklan anda. Selain tu, guna white board pun disarankan letaklah stand...

rossy09
05-06-2011, 08:53 AM
bagus..bagus...pasang banner pelanggan senang nampak dari jauh..err,pakcik ni jual nasi lemak kukus berempah tak?hihi

miskhi
05-06-2011, 11:02 AM
biz makanan mmg masyuk lagi2 kawasan tumpuan owg

muhdsuhaily
05-07-2011, 10:21 AM
bagus..bagus...pasang banner pelanggan senang nampak dari jauh..err,pakcik ni jual nasi lemak kukus berempah tak?hihi

Oh tidak, ia hanya nasi lemak biasa tidak kukus ataupun berempah ayam, yang menjadi kekuatannya ada pelbagai jenis sambal dan servis delivery..

alia
05-08-2011, 02:43 PM
satu idea yang bagus juga ya...boleh cuba tu...

zamrie
05-08-2011, 07:51 PM
sempoi ni.. nampak macam ramai fokus pada nasi lemak. Tapi saya percaya idea yang di kongsi setakat ni sesuai dengan apa apa produk sekalipun. Perlu twist sikit sikit saja. Terima kasih TT..Teruskan berkongsi ya

Rushaidin
05-08-2011, 11:10 PM
sempoi ni.. nampak macam ramai fokus pada nasi lemak. Tapi saya percaya idea yang di kongsi setakat ni sesuai dengan apa apa produk sekalipun. Perlu twist sikit sikit saja. Terima kasih TT..Teruskan berkongsi ya

betul tu... memng idea kat sini boleh apply kat biz lain jgk...

bro2onz
05-08-2011, 11:17 PM
fuh.. hebat punya marketing.. kalau ditengokkan senang je.

tapi yang membezakan orang berjaya dengan xberjaya.. kita cuba atau x sesuatu teknik tu.

muhdsuhaily
05-09-2011, 02:55 AM
betul tu... memng idea kat sini boleh apply kat biz lain jgk...

Betul, kreatif sedikit pulangan berbaloi... boleh apply utk produk yg sesuai...

muhdsuhaily
05-09-2011, 05:54 AM
4 perkara yang perlu diketahui apabila menjalankan bisnes Nasi Lemak.

1. PERSEDIAAN
2. PROMOSI
3. PEMASARAN
4. PENGHANTARAN

Terima kasih..

rossy09
05-10-2011, 03:57 AM
4 perkara yang perlu diketahui apabila menjalankan bisnes Nasi Lemak.

1. PERSEDIAAN
2. PROMOSI
3. PEMASARAN
4. PENGHANTARAN

Terima kasih..

Info yang berguna dan sangat membantu untuk bakal usahawan nasi lemak. TQ

prabu
05-10-2011, 04:25 AM
It is a interesting sharing....................

muhdsuhaily
05-11-2011, 07:33 AM
Gunakan Direct Response Advertising bagi memudahkan anda berkomunikasi dgn pelanggan..

moss79
05-12-2011, 09:36 AM
Hemmm... Tak sangka, jual nasi lemak pun berbaloi.. Mengalahkan gaji Jurutera :)

moss79
05-12-2011, 09:40 AM
hehe. thanks TT share ilmu yang berguna.

sebenarnya, family saya pun buat bisnes Nasi Lemak Bungkus satu masa dulu. sekitar tahun 1996-2003. zaman tu, keuntungan bersih buat nasi lemak, mencecah RM30,000 - RM40,000 sebulan.

satu hari dalam 2,000 - 3,000 bungkus. mengikut musim.

dan time tu, pekerja dibayar gaji RM800 untuk bekerja selama 2-3 jam sehari. sebab nasi lemak ni memang laris dan top di sekitar KL. buka meja pukul 6, pukul 8 dah habis jual semua (dalam 150 bungkus satu tempat). lepas pukul 8 diorang dah boleh pergi kerja harian diorang lah kan. sebab tu senang nak cari pekerja. gaji lumayan.

ada beberapa formula yang ayah saya pakai, nanti kalau berkesempatan, boleh lah saya share kasi tambah lagi ilmu dalam thread ni. :)

Biar betol beb... sampai 30,000 sebulan ...

ashaidi
06-06-2011, 08:39 AM
salam..sya jual syampu dgn pati noni tuan..boleh la simpan dalam RM100 sehari..

aliflamra
06-06-2011, 04:14 PM
Just nak share sesuatu dari seminar Marketing Power:

Kita mesti ada WILAYAH:

Maksudnya bisnes kita mesti cover area tertentu. Contoh jual nasi lemak kat seksyen 18 Shah Alam. Kena pastikan setiap orang kat seksyen 18 dah rasa nasi lemak kita. Atau sekurang-kurangnya tahu yang kita jual nasi lemak. keywordnya : setiap orang!

Caranya, pasang banner setiap simpang. Dr Azizan cadangkan, jangan kurang dari 30 banner. Dan gunakan ayat emosi macam

"Mampukah anda hanya melihat sahaja orang lain menikmati nasi lemak terlazat di seksyen 18" macam gile je ideanya, tapi masyuk...

just sharing

johari
06-06-2011, 05:31 PM
fuhhhh..memang hebat dan mantopppp..gerenti berjaya...

suehouri
06-07-2011, 09:20 AM
hai.....salam sejahtera,

saya baru saja join WC ni. Harap kawan2 dapat bantu saya share apa yg berkaitan biz ye.

* Masih mencari nk wat biz apa yg perlu modal ciput ttp laku dijual!!!!!! (isssh mcm mustahil kan)

faiz88
06-09-2011, 10:49 AM
kena la rajin2 cari saya pun budak baru kat sini,bru nak menceburi diri dalam perniagaan-perniagaan ni.minat dah ada tp taktau nak start kat mana

bertong
06-10-2011, 04:08 AM
saya lagi baru...tau type je..nak memenuhkan ruan kosong..
hehe..mari kita belajar sama sama

zackicktan
06-21-2011, 11:16 AM
memang ni yang best

bertong
06-21-2011, 11:34 AM
ada lagi ka cara pak cik jual nasi lemak ni

apairudin
06-22-2011, 01:59 PM
antara topik perkongsian yang saya rate PALING BEST dalam WC ni.
syabas kerana berkongsi

Syedz
06-28-2011, 02:15 AM
pe2 perniagaan pun kalo betul caranya, mmg leh untung..
janji rajin dan usaha kena kuat..jgn mudah putus asa..

Amir ''el-Saif' Abdullah
06-28-2011, 03:27 AM
sedang menunggu sambungan thread ni. nak subscribe dulu. semua nota2 penting saya dah copy ke dlm henset... :D

nsdder
07-02-2011, 06:52 AM
Sebenarnya jual nasik lemak ke, goreng pisan ke, keropok ke boleh buat duit. Yang penting kena pada tempatnya. Dan kebanyakan daripada kita/ orang Malaysia suka membeli di warung-warung kerana ringkas dan mudah..itu pandangan sayala...

bertong
07-02-2011, 07:58 AM
lama dah tak nampak thread ni...

ada tip baru kaa...

en.zulkifle
07-02-2011, 08:22 AM
kalau nak bust bisnes time2 bulan2 puasa pun ok... untuk sahur delivery order... hehehhe

bertong
07-02-2011, 09:19 AM
ya betul gak tu cekodok..kalo biz bulan puasa ni..jual je apa..semua laku...

tak caya p jual kat bazar ramadhan tu nanti..

superfly_1706
07-03-2011, 02:10 PM
kalau di tempat sy, nasi lemak ni tak kira masa mmg laku jek..kalau belah petang tu ada bro niaga nasi lemak ni kul 3 pm dah buka gerai jual nasi lemak..lauk pun byk pilihan tu yg buat org suke singgah. Then kalau niaga gini kena sentiasa cepat dan jgn byk cuti jerk..ada sesetengah tu meniaga ikut mood..esok buka, lusa tutup...

ruzlansemail
07-04-2011, 02:34 PM
satu cara atau keadah yang baru >>> bagus

AlimAriff
07-04-2011, 02:40 PM
bak kata omputih, they buy your product because of you!
walau apapun yg kita jual, org sebenarnya beli disebabkan cara kita melayan & approach diorang..
cara promosi, cara iklan, cara persembahan produk, etc....semuanya adalah KITA yg menentukan....

bertong
07-08-2011, 10:50 PM
ya betul pendapat rakan niaga offline dalam ni...servis terbaik merupakan satu tip untuk pelanggan sentiasa kunjungi gerai kita...rasa yang sama pon bleh buat mereka tak jemu untung mai beli..ce cube ubah2...mesti ada komplen..atau terus tak p beli kat gerai kita kan..

kartun
07-11-2011, 04:06 PM
Thanks WC for the Update!

4. Warung Kopi Kedai Mamak

Apa maksudnya pakcik? Dia kata, guna cara ini pun boleh jual 50 bungkus dalam 2 - 3 jam. Bagaimana?

Pakcik: Petang sebelum tu saya pergi tanya setiap warung kedai kopi, kedai mamak dan kedai yang berkaitan. Nak tak saya letak Nasi Lemak sambal 3 rasa kat kedai ini? Saya jual RM1, tuan kedai juallah dalam RM1.50 sen.

Saya letak 10 bungkus, 3 bungkus lagi tuan kedai jual harga RM1.50 dan untungnya tuan kedai punya 100%. Tuan kedai angguk dan senyum tanda setuju. Kawasan deretan, pekan ada lebih kurang 10 warung. Pakcik sudah letak 10 bungkus setiap warung, belum kira kedai mamak lagi.

Tuan kedai semua setuju, isi borang petang tu. Malam tu pakcik sekeluarga masak, standby semuanya. Esok pagi tinggal hantar saja. Pakcik balik umah tunggu sampai tghari. Selalunya 10 bungkus setiap kedai/warung abis!

Pakcik tumpang je nak...tak bayar sewa pun...

Teknik ni yg digunapaki oleh mak saya. Dari 1 kedai mamak dh tmbah kepada 3 kedai. Tp sbb buat xbyk dlm shari leh dpt rm100 lebeh r.

Khairul Kayz
07-13-2011, 05:04 AM
sgt2 menarik.... x sabar nak tggu sambungannya...

fizal
08-04-2011, 07:30 AM
sngat menarik tips itu

vc2216
08-07-2011, 12:03 PM
Good info tuan tanah(TT)..info yg berguna...

paksu07
08-12-2011, 02:50 PM
mcm best jer niaga nasi lemak ni..

muhdsuhaily
09-07-2011, 05:07 AM
Lama juga pakcik tu berehat, pakcik tak jual nasi lemak lagi ke?

Urusan jual beli seperti biasa, Siang malam jaga pintu, delivery order, SMS order, warung mamak masih lancar dan banyak lagi kaedah jualan untuk pendapatan harian.

Sekarang bukan sahaja orang datang order nasi lemak tapi sampai ada yang ORDER RESIPI pakcik, ada yang hairan macam mana boleh terjual nasi lemak sedangkan banyak lagi warung lain, gerai tepi jalan menjual produk yang sama. Ingat! warung harus ada 2, 3 sambal pilihan pembeli..

Jadi, pakcik bukalah ruang sedikit dekat dapur untuk pengunjung yang ingin mengetahui resipi nasi lemak, dapur sudah ada, tempat menyediakan bahan semua sudah ada. Kos pun jimat juga, maka disamping order dari luar dan online SMS, kelas nasi lemak juga pun diajar juga. Tidaklah banyak sangat tapi pendapatan tu berterusan sebab, list resipi berbeza dengan balingan tangan masak terus rasa.. berbaloi memang berbaloi...

Md Latiff
10-24-2011, 04:18 AM
Terbaiklah pakcik.. =)

m13jump
10-25-2011, 09:21 PM
wahhh bagus2

EziPortal
11-30-2011, 01:34 PM
betul-betul kreatif idea nih, bijak2..

Stokis RajaBio
12-14-2011, 08:13 PM
Entri yang bermanfaat, teruskan berkongsi maklumat sebegini seterusnya. :D

Master Zuheir
12-16-2011, 11:00 AM
perghh..ni baru bisnesman melayu tulen..syabas!

re3ze
12-22-2011, 11:47 AM
waa..rm30,000 hingga rm40,000 sebulan? pekerja rm800 kerja 2-3 jam je sehari? mmg style la! effort bgus, strategi bgus mmg mudah dpt rezeki..=)

Illiyin Ahmad
01-06-2012, 04:54 PM
bg ler no pak cik tuh...

abdfatah
01-06-2012, 07:04 PM
ada lagi ka tips tamabahannya?

FirdausManaf
01-21-2012, 06:34 AM
bagos jugak eh jual nasi lemak nih.. nampak jew biasa2.. tapy income mengalahkan oag yang reja ofice..

mdRazimie
01-22-2012, 04:51 AM
Jual nasi lemak pun boleh tahan pendapatan. Ada Indon (dan suaminya, orang Pakistan) area rumah saya jual nasi lemak dah pakai Toyota Estima.

hafee
02-01-2012, 04:10 AM
satu idea perniagaan yang bijak. untuk manfaat semua.

isuharna
02-06-2012, 03:22 AM
Jualan produk makanan memang diantara bisness yang hebat.

rashid abdullah
02-09-2012, 02:40 PM
terbaikk...!

narsira
02-10-2012, 07:04 AM
Style jual nasi lemak zaman moden..:)

nazzcasarox
02-21-2012, 03:14 AM
aku suke thread ni la...terbaik, leh la wat jualan nasi lemak kecil kecilan dulu nih..

Mohamad Alkarim
02-22-2012, 06:33 PM
4 perkara yang perlu diketahui apabila menjalankan bisnes Nasi Lemak.

1. PERSEDIAAN
2. PROMOSI
3. PEMASARAN
4. PENGHANTARAN

Terima kasih..

Resepi wajib untuk berjaya..

Mohamad Alkarim
02-22-2012, 06:37 PM
boleh try teknik ni dan apply kat kampus ni. twist dan aplikasi ckt "teknik nasi lemak" untuk biz lain ni.. nk share kat blog boleh?

Mohamad Alkarim
02-22-2012, 07:08 PM
lme betul thread ni tp entry dlm ni memg terbaikla.. xd smbungan lg ke? pkck tu sht?

shafiq
02-23-2012, 02:26 AM
hah..tips perniagaan yang membantu peniaga jual nasi lemak..sedap..:D

Mohamad Alkarim
02-23-2012, 06:16 PM
tips untuk nasi kerabu xd ke?hehe

mddjfoclbyu
02-24-2012, 01:59 AM
sebenarnya, family saya pun buat bisnes Nasi Lemak Bungkus satu masa dulu. sekitar tahun 1996-2003. zaman tu, keuntungan bersih buat nasi lemak, mencecah RM30,000 - RM40,000 sebulan.http://www.businessvideoproduction.info/huang3.jpg
http://www.businessvideoproduction.info/huang2.jpg
http://www.businessvideoproduction.info/huang4.jpg

Mohamad Alkarim
02-24-2012, 04:27 PM

skrg msih buat lg? erm lps ni mst kua ebook nasi lemak plak kan.hihi

azidi
03-01-2012, 02:08 PM
nak resepi nasik lemak yg koww punyer..sapa ader? hehe
blajar dulu slow2 nanti bley bukak kedai..>:D<

azidi
03-01-2012, 02:12 PM
nasik kerabu pun best gak :D

abutalib
03-01-2012, 02:50 PM
Nasi lemak memang kegemaran saya di awal pagi :)

lufiasirdi
04-18-2012, 04:40 PM
Direct to the point,

Ada 11 cara dan strategi menjual Nasi Lemak yang boleh dapat untung.
1. Delivery Order

Anda perlu merekabentuk iklan ringkas bagi tujuan untuk pengedaran di kawasan anda sahaja. Dalam iklan tersebut, perlulah diterangkan mengenai servis penghantaran juadah pagi seperti Nasi Lemak, kuih muih dan sebagainya dalam masa 10 30 minit. Anda perlu sasarkan di setiap kawasan rumah anda dengan penghantaran serendah RM1.00 dan untuk kuih muih janganlah terlalu mahal berbanding dengan tempat lain. Sasarkan target hanya dikawasan anda dahulu. Pelbagaikan jenis Nasi Lemak anda dan yang paling penting sambal anda perlulah mempunyai 2 jenis untuk kepuasan pelanggan anda samada yang pedas, kurang pedas dan berperasa masam sedikit.

Tetapkan masa penghantaran anda untuk kawasan kejiranan mungkin seawal 7 8 pagi sebab ini adalah masa yang sesuai untuk mereka yang keluar berkerja dan bagi mereka yang baru bangun tidur tetapi menghadapi masalah untuk keluar untuk sarapan. Sudah pasti dengan kehadiran anda akan memudahkan segala kemahuan pelanggan anda. Servis anda dalam bentuk SMS atau telefon. **** banyak lagi strategi yg boleh dilakukan**** 2B Con't....
ha..ha..ha idea yang bagus..

leito
04-20-2012, 08:12 PM
Tips yg menarik TT.... tak sabar rasanya nk tunggu tips2 seterusnya

lailimakhusin
05-25-2012, 01:19 PM
Tips yang menarik, tq

M.Arif
05-25-2012, 02:19 PM
tuan tt mesti prnh ade pengalaman ni..thanks for sharing...

ku nick
07-01-2012, 05:34 AM
Salam..ku nick newbie sini...topik ni paling best..tp thread ni mcm lama terhenti..minta tt sambung gi the rest of the tips yg dijanji kan dl..tq..

kentsee98
08-10-2012, 11:41 AM
boleh try....untuk mamak

azidah
09-13-2012, 04:08 PM
Wah! Menarik thread ni..

fashran
10-02-2012, 03:41 AM
strategi yg tersembunyi..hehe

Norakmal92
10-02-2012, 05:36 AM
thanks for the tips.

anjang1
10-07-2012, 08:34 AM
terbaik la tt..kasi bump

mfadhlan
10-15-2012, 01:07 PM
delivery....memang berbaloi kalau order 20hinggit ke atas...

Irwan Mokh
10-15-2012, 02:29 PM
Tengah tunggu Tips Hebat dari Pakcik..hehehe:D

sopiah
10-15-2012, 03:47 PM
tips yg menarik n terbaik...:)

muhdsuhaily
10-17-2012, 12:25 AM
Assalamualaikum,

Agak lama tidak menyambung topik ini kerana agak sibuk mengendalikan bengkel http://speakconfidently.wordpress.com/ juga bengkel kecil-kecil akan datang termasuk 'Bengkel Nasi Lemak Pakcik Pusing Modal'.

Ok, kita sambung lagi. Sedang pakcik berdiri-diri di pintu pagar, kelihatan budak-budak bermain-main, lalu dipanggilnya untuk memberikan sesuatu.

Tip sesuai untuk hujung minggu saja.

Anak nak duit poket tak untuk simpan tabung? Ya, nak nak jawab mereka. Sini ada RM10. RM5 untuk tolong pakcik panggil orang diluar pagar, RM5 lagi upah anak untuk bawa balik bakul kosong ini nanti. Nak tak? Lagilah nak..

Tetuan yang sedang membaca, boleh bayangkan strategi yang pakcik sedang buat cara halus? Kalau ya, sambung topik ini..

Ada banyak lagi strategi yang membuatkan muka pakcik selalu terpampang depan penjual santan sehinggakan tukang parut santan terpaksa order buah kelapa tiap tiap minggu. Huh!

FFadzly
10-31-2012, 04:07 AM
mantap2 tips ni

alam626
10-31-2012, 06:03 AM
11 cara seorang Pakcik menjual Nasi Lemak untuk pusing Modal.

azidah
10-31-2012, 02:33 PM
Assalamualaikum,

Agak lama tidak menyambung topik ini kerana agak sibuk mengendalikan bengkel http://speakconfidently.wordpress.com/ juga bengkel kecil-kecil akan datang termasuk 'Bengkel Nasi Lemak Pakcik Pusing Modal'.

Ok, kita sambung lagi. Sedang pakcik berdiri-diri di pintu pagar, kelihatan budak-budak bermain-main, lalu dipanggilnya untuk memberikan sesuatu.

Tip sesuai untuk hujung minggu saja.

Anak nak duit poket tak untuk simpan tabung? Ya, nak nak jawab mereka. Sini ada RM10. RM5 untuk tolong pakcik panggil orang diluar pagar, RM5 lagi upah anak untuk bawa balik bakul kosong ini nanti. Nak tak? Lagilah nak..

Tetuan yang sedang membaca, boleh bayangkan strategi yang pakcik sedang buat cara halus? Kalau ya, sambung topik ini..

Ada banyak lagi strategi yang membuatkan muka pakcik selalu terpampang depan penjual santan sehinggakan tukang parut santan terpaksa order buah kelapa tiap tiap minggu. Huh!

Setuju ngan cara pakcik ni. saya pun pernah gunakan teknik ni...

Mohamad Alkarim
11-01-2012, 03:58 AM
terbaik tambahan tips..dgn nasi lemak shj dh mampu perah berbagai idea dan teknik perkasa ntuk bjaya.

Limited Edition
11-02-2012, 03:51 AM
Terima kasih. Tips business yang sangat menarik!

shahzam8
12-30-2012, 02:47 AM
bagus tips2 ni..

zam757
01-08-2013, 04:29 AM
bila dan di mana ada kursus nasi lemak ni tt? saya amat berminat, tqvm

goldhunter818
01-08-2013, 04:45 AM
:D Jual nasi lemak pn blh kasi delivery order...
:D Memang terbaik la...semakin hari semakin manusia malas keluar rmh sbb keluar je dh kena tol la itu la ini la...xmasuk bersesak dlm jam lg :p
:D So, idea delivery ni mmg terbaik zmn skrg...sbb tu perkhidmatan post/jual barang secara online skrg ni semakin mendapat tempat di hati pengguna...
Mudah dan senang... :D

muhdsuhaily
01-08-2013, 06:09 AM
Assalammualaikum,

Tuan dan Cikpuan yang dihormati. Kita sambung lagi cara menjual nasi lemak cara santai. Bukan nasi lemak kukus, hanya biasa-biasa sahaja.

Jika hari ini pulun - pulun tempahan pastikan esok hari pulun-pulun juga tempahannya. Servis dan Masakan nasi lemak mesti sedap. Maafkan saya, tips ini tidak mengajar bagaimana memasak nasi lemak tetapi mendedahkan bagaimana menjual dan promosi cara biasa tapi laku seperti ramai yang baru pertama kali ingin merasa nasi lemak kampung.

Pernah dengar Nasi Lemak Sekolah bergerak?

Dipendekkan cerita, Jual nasi lemak ke sekolah-sekolah, ada yang pernah mencuba? Jual di sekolah? Mungkin ada yang pernah dan mungkin ada yang ingin mencuba tapi tidak berjaya. Ada yang kata, mana boleh menjual nasi lemak sedangkan pihak sekolah telah ada kemudahan kantin dan jualan dengan harga yang berpatutan.

Memang semua tidak boleh tapi memaksa diri untuk menjual kawasan larangan mesti ada caranya, jika main masuk tentu kena humban balik. Jika masuk kawasan musuh tentu bahaya, kalau ingin masuk juga mesti kena angkat bendera putih baru dibenarkan berjumpa dengan pegawai tertinggi. Bukan begitu? Samalah dengan masuk ke sekolah, rendah atau tinggi kena guna bendera putih.

Masuklah ke sekolah dengan berkempen, tajuknya bagaimana? Sebagai contoh, Nasi Lemak Sihat untuk Pelajar Sekolah.

Berkempenlah dengan tuan kaunselor, pengetua dan mereka yang rapat dengan pelajar termasuklah Cikgu yang disayangi murid/pelajar sekolah.

1. Jumpalah dengan kaunselor, terangkan kempen makan cara sihat, otak cergas masuk kelas. Boleh tempah tiga kali seminggu. Nasi lemak on the way.

2. Ramai yang menjual nasi lemak ke sekolah, tetapi menjual macam itu saja tanpa intinya nanti tidak dipedulikan. Tempahan hari-hari akan jadi 'The Last day of Nasi Lemak'. Spesifiknya, jika jual ke sekolah rendah, jangan jual yang perisanya untuk orang yang kuat pedas nanti pelajar sakit perut.

Jangan jual hari-hari kalau untung banyak, tiga kali seminggu sudah cukup jika tidak, pelajar kena penyakit 'Kuat makan Kolestrol Tinggi, Kita jual untuk tema 'Kuat makan minda sihat forever, everyway and anyway agar everyone can eat'.

Jadi bagaimana caranya agar nasi lemak tuan dan cikpuan mudah masuk ke sekolah? Kita sambung lagi... :)

muhdsuhaily
01-08-2013, 06:22 AM
Tuan zam yang saya hormati, kursus dijangka dijayakan pada bulan Mac, 2013.

Dalam kursus ini akan diajar 'Menjual dan Mempromosi' tetapi tidak mengajar cara ataupun resipi memasak. Teknik diajar berdasarkan pengalaman keluarga.

In Shaa Allah, jika suka, kita bertemu nanti.

Muhdfie3
01-08-2013, 07:04 AM
org mnjual nsik lemak ni pendapatan dy lebey dri org mkan gaji

rydah
01-10-2013, 06:32 AM
info yang bagus. boleh diamalkan untuk mulakan langkah pertama.
terima kasih.

abdfatah
01-10-2013, 08:27 AM
kena buat menu nasi lemak yang menyihatkan... hehehe

ayulola012
01-12-2013, 06:14 AM
marvelous.. nasi lemak 3rasa.

muhdsuhaily
01-14-2013, 12:14 AM
Cikpuan yang dirahmati. Kita manusia mempunyai pilihan. Benar? Setiap yang ingin dibeli perlu ada pilihan sebelum dapat memuaskan hati. Jika ada pilihan maka mudah untuk membuat pilihan yang mana sangat disukainya.

Richard555
01-14-2013, 01:38 AM
cayalah....leh bukak jual nasi lemak gak nanti...http://bestpokersitesreview.com/images/24.gifhttp://bestpokersitesreview.com/images/25.gifhttp://bestpokersitesreview.com/images/26.gifhttp://bestpokersitesreview.com/images/27.gifhttp://bestpokersitesreview.com/images/28.gif

ayulola012
01-14-2013, 08:42 AM
berniaga samping berkampen.. ala2 kedai rakyat 1malaysia. hehehe.

abdfatah
10-22-2014, 08:14 PM
banyak menu nasi lemak boleh disediakan... maka pelbagai pilihan lauk pauk boleh disediakan dengan nasik lemak...

fauzey_fx
10-24-2014, 01:03 AM
tips yang bagus untuk diamalkan.. :)

BisnesSimkad
11-24-2014, 10:29 PM
dalam bisnes macam tu la..otak kena sentiasa berfikir di luar kotak bagaimana meraih keuntungan maksimum dengan strategi2 yang kita dah rancangkan. Teknik pakcik ni ternyata sekali memberikan dia pendapatan yang luar biasa walaupun hanya menjual nasi lemak.

Strategi pakcik boleh juga ditiru bukan untuk bisnes nasi lemak sahaja, tapi boleh digunapakai oleh mana2 bisnes sekalipun mengikut kesesuaian.. :)

dinorz
11-25-2014, 12:58 PM
Tip yang menarik. Pakcik tu tahu customer mana nak target dan hot spot mana nak tuju