PDA

View Full Version : Bank Rayat dapat lelulusan tambah syer - peluang pelaburan 15% setahun

saifuls
04-03-2011, 01:19 AM
KUALA LUMPUR, 2 April - Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) telah diberikan kebenaran oleh Bank Negara Malaysia pada bulan lepas untuk menambahkan modal syernya sebanyak satu bilion lagi kepada tiga bilion.

Keutamaan untuk melanggan syer-syer baru adalah kepada koperasi-koperasi dan juga ahli-ahli Bank Rakyat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Bank Rakyat.

Beliau menjangkakan perkara seperti pengagihan kepada yang berminat melanggan syer tersebut akan dapat diputuskan oleh Lembaga Pengarah Bank Rakyat pada Mei.

Beliau berkata senarai menunggu untuk melanggan syer tersebut, adalah panjang dan nilai permintaan melebihi RM1 bilion, sambil menjelaskan bukan ahli mewakili 40 peratus dari yang berada dalam senarai menunggu itu.

Apa yang jelas, menurut beliau, ialah tidak semestinya semua yang memohon akan mendapat syer dan tidak semestinya yang dapat syer akan mendapat dalam jumlah yang mereka pohon.

Beliau berkata permintaan untuk syer Bank Rakyat adalah kerana prestasinya yang memberansangkan, di mana ia telah berjaya mengekalkan pembayaran dividen tahunan sebanyak 15 peratus sejak 1999.

Terdahulu, semasa berucap merasmikan Mesyuarat Tahunan Bank Rakyat, beliau mengingatkan Bank rakyat supaya tidak lupa tentang sumbangan Kerajaan yang pernah memberikan suntikan dana apabila Bank Rakyat hampir muflis satu ketika dahulu.

Katanya deposit lebih RM30 bilion dalam Bank Rakyat sekarang datang dari Kerajaan, agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan.

Sementara itu, Pengerusi Bank Rakyat Tan Sri Dr Syed Jalaludin Syed Salim berkata Bank Rakyat merancang membuka tujuh lagi rangkaian Ar-Rahnu X'Change dan menyeru koperasi-koperasi mengambil peluang membangunkan perniagaan pajak gadai Islam itu bersama Bank Rakyat.

Ini selaras dengan sasaran pengeluaran pinjaman melalui rangkaian tersebut kepada RM200 juta dalam tahun ini, kata Dr Syed Jalaludin.

Setakat ini, katanya Bank Rakyat telah berkongsi kepakaran menerusi perniagaan francais Ar-Rahnu X'Change dengan 17 koperasi yang mencatatkan pengeluaran pinjaman RM121.702 juta hingga Disember 2010.

Mengenai sokongan Bank Rakyat kepada koperasi, beliau berkata sehingga akhir bulan Februari tahun ini, Bank Rakyat telah menyalurkan pinjaman RM1.027 bilion kepada koperasi iaitu sebanyak RM943.48 juta dalam bentuk modal kerja, RM57.62 juta untuk perniagaan Ar-Rahnu, dan selebihnya untuk membeli hartanah, pembinaan dan pengangkutan.

-- BERNAMA

Ini peluang pelaburan yg tak boleh dilepaskan. Tiap2 tahun Bank Rakyat bagi 15% setahun. Susah nak cari pelaburan yg macam ni.

mytrade
04-03-2011, 04:59 AM
ada bebrapa perkar yg aku nk komen....ahli yg hold RM2 billion modal skrg berjumlah 800,000....so dari statement diatas keutamaan kpd ahli sediada la nampaknyer...
dgn tmbahan 1 billion aku rasa fair nyer, ahli mgkin dpt offer 1 unit share baru bg setiap 2 share sediaada...
dan jika sblm ni dgn rm2 billion BR dpt bg 15% dividen apakah bila modal share naik ker RM3billion, dividen akan diluted ke 10% jika jumlah nilai RM dividen adalah kekal....mgkin tidak kerana pendapatan BR semakin bertmbah, dan pemberian dividen tertakluk kpd BNM...mgkin BR dpt kekalkan 15% dividen....kerana modal tmbahan 1 billion dpt menngkatkan peluang mnmbah pendaptan....
so aku rasa semua ahli akn dpt offer....cuma bg aku utk adil offer spt dia tas la...1 share baru bg setiap 2 share sediada..

mytrade
04-03-2011, 05:06 AM
terdouble post.....
aku rasa ahli sediada tkyah register kot....mmg dia akan bg offer....so klu ada lbh baru dia kasi pd yg register....sama mcm method new share kt BSKL....

saifuls
04-03-2011, 06:59 AM
2 billion share yg ada sekarang ijika diberi 15% setahun, cuma RM300juta sahaja sahaja diperlukan untuk bayar dividen kepada pemegang syer. Aku rasa sekarang ni, keuntungan Bank Rakyat dah jejak 1 bilion setahun, jadi kalau tambah lagi 1 bilion unit syer, pasti takde masalah untuk bank rakyat mengekalkan bayaran dividen sebanyak 15% setahun.

Ada sapa2 yg ada info macammana nak dapatkan syer2 yg baru di offer ni. Aku yakin kalau buka kat orang awam, pasti hari pertama je sudah habis dibeli atau mungkin tak sampai sejam buka dah habis. Orang akan sanggup keluarkan ASB untuk masuk syer Bank Rakyat.. ASB 8%.. Bank Rakyat 15%. semua orang tahu yg mana satu yg lebih untung.

saifuls
04-03-2011, 07:05 AM
terdouble post.....
aku rasa ahli sediada tkyah register kot....mmg dia akan bg offer....so klu ada lbh baru dia kasi pd yg register....sama mcm method new share kt BSKL....

Aku tak rasa dia akan offer kat ahli sedia ada, sebab tak fair pada yg baru nak jadi ahli. Tapi kalau dia kasi kat ahli.. bagus jugak, sebab aku pun memang ahli.. cuma dah lama tunggu untuk tambah pelaburan dalam Bank Rakyat ni.

Sebenarnya.. aku ada dengar2 yg bank rakyat nak bagi lebih dari 15% setahun kepada ahli.. cuma kerajaan tak luluskan. sebab apa, aku tak pasti. Tapi kalau tak silap aku, hujung tahun 90an dulu.. Bank Rakyat pernah bagi dividen 30% setahun. sekali je la untuk tahun tu. selepas tu cuma 15% je setahun.

mytrade
04-05-2011, 11:53 AM

forum sbelah kata arini dh boleh tmbah...tp maksima 500 jer la...ada sapa pegi tanya...
klu share dia diapungkan kt BSKL agak brapa la meroked lps listing...
HIBISCUS PETROLEUM BHD & GAS MALAYSIA BHDakan buat IPO...tunggu...

JenamaOnline
04-05-2011, 12:22 PM
hhuhuhuhu bertuah laa kalau dapat :)

highlander
04-06-2011, 06:45 AM
senarai yang menunggu dah melebihi jumlah yang ditawarkan
tu belum ditambah dengan kroni2 bank rakyat lagi

Since that Bank Rakyat ni boleh dikatakan 99% berurusan dgn orang gomen,
then saya rasa baik dijadikan sebuah jabatan kerajaan je..
khas untuk membuat pinjaman.
Bagi nama dia Jabatan Pinjaman Pegawai Kerajaan :)

Jihan
04-06-2011, 06:57 AM
Baru je beli saham Bank Rakyat tadi RM500. Punya la ramai yg beratur nk beli/tambah saham ni. Nasib baik dia buat limit utk individu RM500 kalau tak x smpai 1 jam habis kuota untuk 300 juta saham bagi individu. Yg selebihnya untuk Koperasi2

HeshRoon
04-06-2011, 08:49 PM
slm,
harini 7hb 4 adelah hai ke 3 dibuka...masih di buka lagi, individu yang tak pernah ade akaun kena buka akaun simpanan pastu buka akaun saham minima rm500, yuran koperasi rm5, lepastu...kalo ade duit tambahan lagi, anda boleh terus isi borang unt Que...berapa riban anda nak booking, terpulangla..maksima rm100k unt satu akaun je kali ni..Document y diperlukan adelah: IC photostat 2 keping...duit rm505 minima ...
dan juga kaki yg kuat unt berdiri lama ,almaklumlah ramai yg beratur berebut2 nak beli..

p/s : kepada sesiapa yg IC nya kad reader xleh baca, baiklah repair dulu coz ade sesetengah branch yg xmahu layan permintaan anda selagi IC tidak di repair..

p/s : bawa sekali buku akaun jika yg sudah ade..
tikius..

waje
04-08-2011, 02:34 AM
alhamdulillah semalam berjaya beli rm 500 dan tak perlu tunggu lama. dlm 10 minit je que di bank rakyat percint 8, putrajaya. tp kaunter utk bli saham ni ditutup pada pukul 3 ptg.

photostat ic 2 kpg utk bli RM 500 saham
dan photostat ic lagi 2 kpg utk masuk que.

DR_BISNES
04-09-2011, 03:16 PM
Gempak jugak Unit Trust Bank Rakyat nih. Tahun lepas berapa dividen die bagi? Ade sesiapa yang tahu?

uyin_85
04-09-2011, 04:25 PM
Halal tak ni? ikut syariah?

saifuls
04-10-2011, 01:59 AM
bank rakyat setiap tahun bagi 15% dividen dan dividen yg diberi telah dibayar zakat. maknanya kita dapat 15% bersih.

Pelaburan dalam bank rakyat ni bukannya unit trust tetapi kita beli syer bank rakyat. Maknanya kita adalah pemegang saham bank rakyat. cumanya saham ni tak diniagakan di bursa malaysia. sebab tu susah nak membeli syer bank rakyat ni. dan bila nak jual pun, kita kena tunggu mesyuarat bulanan koperasi barulah syer kita diluluskan untuk dijual. biasanya akan mengambil masa 2 minggu ke 1 bulan baru kita boleh dapat balik duit kita. Tapi untuk dividen, duit akan terus dimasukkan ke dalam akaun simpanan pelabur bila bank rakyat istiharkan dividen setiap tahun.

15% setahun... tunggu 7 tahun je dah balik modal hampir 100%. berbaloi tu. lepas tu.. tiap2 tahun, ambil untung je. lepas tu tunggu syer ni public listed kat bursa je.. sure boleh pergi 5-6 ringgit harga dia. tapi bila tak tau la. saya masuk syer bank rakyat ni 13 tahun dulu.. sebab ingatkan dia nak public listed la.. sampai sekarang tak listed lagi. walaumacammanapun, tiap2 tahun saya akan ambil bonus dari bank rakyat ni. Alhamdulillah.

DR_BISNES
04-10-2011, 04:36 AM

Kalau dah siap zakat. mmg terbaik la. 15% tu kira bnyk tu. unitrust pun susah smpi tahap tu. boleh la letak duit ckit kat sini. diversify ckit portfolio. tapi ade kuota lg tak nih? ke dah sold out? sape tahu?

Azharr
08-17-2011, 08:40 AM
mcmane nk join eh

saifuls
08-23-2011, 11:05 AM
mcmane nk join eh

pergi saja ke bank rakyat. kata nak beli syer, tapi RM500 je boleh beli. Sebab tu sampai sekarang tak habis2 lagi syer tambahan rm200 juta tu. mungkin bila dah betul2 takde orang nak beli, baru dia buka pada pemegang syer yg sedia ada untuk tambah pelaburan. masa tu kalau ada peluang, transfer sebanyak mungkin duit simpanan yg kita ada seperti di ASB atau unit trust ke dalam syer bank rakyat ni. pasti berbaloi.

saya dah buat dulu sebelum dia tutup beberapa tahun lepas. saya keluarkan semua duit asb & beberapa pelaburan yg lain, beli syer bank rakyat. sekarang, tiap2 tahun dalam bulan feb, saya dapat bonus. walaupun tak banyak macam pasaran saham tapi risk dia agak rendah. tak payah risau pasal ekonomi dunia naik atau turun. tiap2 tahun sure dia bagi 15%, selagi bank rakyat ada untung. alhamdulillah.

blueskuitu
09-05-2011, 02:47 AM
Bank Rakyat adik - beradik bank kerajaan

vincelimch
10-18-2011, 01:32 PM
bertuah laa kalau dapat