PDA

View Full Version : Rahsia murah rezeki



Mohd Firdaus
03-25-2011, 01:27 PM
Salam ceria daripada saya kepada semua warga WC...

Anda sihat hari ini? diharapkan sihat dan ceria sentiasa jikalau anda ceria gembira lakarkan senyuman macam ini :D

Ok apa yang saya ingin kongsikan dengan anda sekarang ini ialah, saya ingin mengupas Rahsia murah rezeki bagi orang yang berniaga sendiri ataupun bekerja di gedung perniagaan...

Mungkin dah ramai yang tahu tetapi ianya tidak diprektikkan kerana 1001 alasan yang ada dalam fikiran...apa yang diharapkan selepas anda tahu anda lakukan supaya anda lebih sukses ok...

Baiklah panjang lebar pulak jom saya huraikan satu persatu...

1) Setiap pagi seblum anda mulakan sesuatu kerja, anda solat dhuha 2 rakaat (sekurang-kurannya) yang terbaik 8 rakaat sebaik-baiknya dilakukan 2 rakaat 1 salam.
Kelebihan : Kebanyakkan orang tidak sempat nak lakukan solat ini, kerana kurang pendedahan tentang kelebihannya...bayangkan di waktu pagi yang tenang ada seorang hamba Allah tengah bersolat sedangkan waktu itu ramai orang sedang sibuk dengan urusan masing-masing...solat dhuha ini mampu membuka pintu rezeki yang luas dan di rahmati OlehNya....diharapkan lakukan walaupun 2 rakaat...

2) Setiap pagi pasang CD mengaji Al-Quran selama 30 minit sehingga 1 jam. sebab apa? dengan memasang bacaan Al-Quran dapat membuka pintu rezeki perniagaan anda....
A'ah tegok Mydin setiap pagi mesti pasang Bacaan Al-Quran selepas 1 jam barulah ia tukar yang lain....kenapa anda tidak prektikan @ tiru cara Mydin buat.....

3) Banyakkan sedekah pasti pintu rezeki anda terbuka....apa yang saya lihat bila seseorang memiliki perniagaan yang besar @ kaya payah sikit dia orang nak bersedekah kenapa? takut harta yang dikumpul habis? ataupun takut lambat jadi jutawan....? ingat setiap kali anda bersedekah pintu rezeki anda akan terbuka.....

4) Pergi menuanikan Haji @ umrah....mai saya citer sikit kelebihan selepas pulang daripada umrah?
rezeki abang ipar saya terbuka luas selepas pulang mengejarkan umrah di Tanah Suci....so sesiapa yang mampu mengejarkan umrah pergilah dengan ikhlas ok...

5) Banyakkan berdoa dan memohon pada Yang Maha Esa supaya dibukan pintu rezeki setiap masa ok..... ops satu lagi ini amat penting basahkan lidah anda dengan zikir kepada Yang Maha Esa....

Salam perkongsian daripada saya Md Firdaus
Diharapkan apa yang bermanfaat kita ambil sebagai amalan...
Sekiranya ada kekurangan itu datang dalam diri saya yang lemah ini, apa yang lebih dan yang terbaik daripada Allah yang Maha berkuasa....

MrEmas
03-25-2011, 03:10 PM
terima kasih...

wiraindrawan
03-26-2011, 01:27 PM
Selain itu, baca surah Al-Waqiah setiap malam kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda lebih kurang ayat nya begini barangsiapa yang membaca surah Al-waqiah setiap malam dirinya tidak akan ditimpa kefakiran.

inspirasicyber
03-26-2011, 01:59 PM
buat yang di suruh dan tinggalkan yang di larang...formula mudah..hehehe

wiraindrawan
03-26-2011, 02:36 PM
buat yang di suruh dan tinggalkan yang di larang...formula mudah..hehehe

sangat setuju, lakukan apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang...

Mohd Firdaus
03-26-2011, 04:49 PM
Apa yang paling penting ikhlaskan niat anda dalam apa jua pekerjaan ok....

zulduitinternet
03-27-2011, 06:01 AM
satu pengkongsian yang baik

aidil sahipaludin
03-27-2011, 08:12 AM
TQ TT! Perkongsian bermanfaat, kuasa solat sunat Dhuha memang tidak boleh dipertikai dalam urusan rezeki :)
saya menambah sedikit, petua dari orang tua-tua :

Setiap pagi amalkan ini sepanjang perjalanan ke kerja atau memulakan sesuatu pekerjaan di awal pagi

hadiahkan Al-Fatihah kepada Rasulullah,
hadiahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapa,
hadiahkan Al-Fatihah kepada diri sendiri dan perjalanan hari tersebut..

InsyaALLAH, saya sudah amalkan dari sekolah rendah sehingga kini.
dalam bidang pelajaran saya mendapat hasilnya.. :)

zhilmy87
03-27-2011, 09:01 AM
Betul tu... amalkan solat sunat Dhuha dan membaca surah Al-Waqiah. Insyaallah akan dipermudahkan untuk kita memperolehi jalan rezeki.

Marilah kita amalkan sama2 :)

haqimie
03-29-2011, 02:24 PM
ikut amalan baik untuk mendapatkan result yang baik...

terima kasih mohd firdaus...

terbaek....

caldiza
03-30-2011, 10:43 AM
bagus betul perkongsian ini
tapi kene ingat
sembahyang jgn tinggal

Timberland J
03-30-2011, 12:25 PM
perkongsian yang bagus

JenamaOnline
03-30-2011, 02:38 PM
Terima kasih Bro Kerana denganperingatan ini :)

Chief
04-02-2011, 12:21 AM
Terima Kasih. Ilmu yang bermanfaat dan berguna.

halifsaat
04-02-2011, 02:07 AM
Saya nak tambahkan lagi boleh yer..Untuk murah rezki ramai yang tidak perasan akan perkara ini.Salah satunya solat berjemaah.Jika lagi bagus semua solat kita adalah dengan solah berjemaah tapi sekiranya terlalu sibuk cukuplah memegang 2 solat berjemaah ini iaitu solat subuh dan magrib..Cubalah praktikan...selamat beramal:)

janaduitlebih
04-02-2011, 03:46 AM
Alhamdulillah..
selalu bersyukur dengan pemberian Nya.
Baik dan Buruk adalah ketentuan dari Nya.
USAHA, TAWAKAL & DOA..
ALLAH PENGASIH DAN PENYAYANG. SENTIASA MEMBERI YANG TERBAIK KEPADA HAMBA-HAMBANYA.

sharemalaysia
04-02-2011, 06:52 AM
Terima kasih tuan, Insya Allah saya mahu mempraktikan ilmu yang tuan kongsikan ini.

zahidana
04-02-2011, 08:40 AM
Terima kasih kerana banyak ilmu yang akan kita kongsikan dalam kolum ini, maklumlah masing masing ada pengalaman sendiri, jatuh banggun dalam perniagaan dsb...

Kalau ikut pengalaman saya, jauhkan riba' kerana Allah telah berfirman bahawa riba’, antara amalan yang paling tidak disukai Allah. Allah berfirman dalam Al-Quran: “Demikian juga Allah memusnahkan riba’ dan menyuburkan sedekah” (Al-Baqarah: 276)
Dalam ayat yang berikut pula Allah berfirman: “Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan tinggalkan saki-baki riba’ yang sebelum (dipungut) jika kamu orang beriman.” (Al-Baqarah: 278)

Amalan riba' ialah salah satu sebab tertutupnya pintu rezeki, rezeki menjadi sukar, tidak berkat, harta akan hilang dan sebagainya. Tetapi masyarakat kita telah diajar dengan riba' dan memandang rendah terhadap perbuatan riba'. Asal pinjam je riba'. Dalam al-Quran juga dinyatakan bahawa orang yang terlibat dengan riba' akan kekal di dalam api neraka (kecuali bertaubat).

Disebaliknya, Allah memuliakan amalan bersedekah dan meningkatkan darjat orang yang bersedekah. Mana tidaknya, orang yang bersedekah semakin murah rezekinya, semakin disukai orang, semakin orang memuliakan dia, semakin kurang orang membencinya dan sebagainya. Moga semua dapat tinggalkan riba' dan banyakkan sedekah.. InsyaAllah rezeki melimpah ruah.;)

zul ikram
04-03-2011, 10:25 AM
beristighfar dan bertaubat

Firman Allah Taala dalam surah Nuh ayat 10-12:
Maksudnya : Sehingga aku berkata (kepada mereka): Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah kepada kamu. Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak dan Ia akan mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).

selamat beramal.

kephal
04-04-2011, 03:32 AM
em baru tau mydin pasang ayat quran tiap pagi yer..(xpnah masuk mydin pagi2)

raihanberkat
04-06-2011, 07:17 AM
Petua murah rezqi paling berkat........

sentiasa sedekahkn doa dan bacaan al fatihah pd setiap selesai solt 5 waktu. xperlu nk pakai pelaris..

bleXciTY
04-15-2011, 09:00 PM
Petua murah rezqi paling berkat........

sentiasa sedekahkn doa dan bacaan al fatihah pd setiap selesai solt 5 waktu. xperlu nk pakai pelaris..

tq atas perkongsian tips murah rezeki ni..

sedekahkan doa & bacaan al fatihah kepada siapa yer ?

uden
04-16-2011, 08:14 AM
sedekah pada diri sendiri kut.... bagi dipermudahkan segala urusan.

ija
04-20-2011, 04:19 PM
salam, saya dulu memang selalu amalkan solat sunat dhuha..Alhamdulillah berkat sunat dhuha yang saya amalkan Allah murahkan rezeki lebih dari yang saya minta. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah.

mrazam
04-20-2011, 04:21 PM
wah tips yang bagus..
semoga semua mendapat keberkatan dari-Nya..

م مد بن سوبلي
04-20-2011, 04:43 PM
nice sharing. TQ (^_^)

aidil sahipaludin
04-27-2011, 03:09 AM
Tambahan lagi,
saya selalu dinasihati orang-orang tua bila lepak atau 'ngeteh' (minum petang atau pagi) bersama.

" Setiap rezaki kita separuhnya adalah hak orang lain, bersihkan dengan zakat, suburkan dengan sedekah"

" jangan pernah sebulan dari duit kita tidak diberi kepada ibu bapa, berbakti kepada mereka akan murahlah rezeki!"

PERCAYALAH, ini rahsia murah rezeki dari orang-orang tua :D
Saya amalkan!

Cik Aisyah
04-27-2011, 03:30 AM
Petua murah rezqi paling berkat........

sentiasa sedekahkn doa dan bacaan al fatihah pd setiap selesai solt 5 waktu. xperlu nk pakai pelaris..

jangan lupe fahami maksud al-fatihah..
Sebab ayat al-quran akan lebih bermakna kalau kita fahami isinya

desa1
04-27-2011, 04:03 AM
Salam all..

Tk atas share anda...jgn lupa solat fardu dan dan solat2 sunat..dan nak murah rezeki...ialah solat dhuha...rezeki Allah mai pelbagai bentuk tak mestinya wang ringgit....contohnya bangkit pagi...alhamdulillah ada hayat lagi hari ni...dan mcm2 lagi

wassalam

lohiera
04-27-2011, 05:06 AM
Alhamdulilah, info-info yang bermanfaat untuk diamalkan.

cyberzul
04-29-2011, 11:15 PM
nice sharing :)
apa yang penting sekarang ialah AMALKAN dan Istiqomah dengan Amalan

adilah manaf celikvitamin
12-12-2013, 04:02 PM
Terima kasih antara peringatan yang diberi. Semoga kita melakukan semua perkara ikhlas kerana ALLAH. Amin.

Anda Dan Pasangan Mahukan Zuriat? Klik Sini. (http://www.celikvitamin.com/v2/atasi-masalah-kesuburan-dengan-set-kesuburan-shaklee/)

muslimcart
12-12-2013, 05:18 PM
Sifu saya ada beri tahu ;

1)amalkan mandi wajib setiap hari dan ambil wuduk
2)bila sampai 1/3 malam:
-solat taubat
-solat istikharah
-solat hajat
3)zikir dalam keadaan yang tidak terburu2 dan tenang
-istighfar 300x
-ibu selawat 200x
-ya allah 500x
-sapukan pada anggota badan seperti mata ,telinga,hidung,mulut,tangan dan kaki selepas zikir

*tujuannya bagi menajamkan deria kita dan mencegah badan kita dari melakukan maksiat

-

Mie84
12-13-2013, 12:29 AM
terbaek...bermanfaat untuk semua :)

April Rose
12-13-2013, 04:23 AM
ingatan yang baik,,, terima kasih tt

Affiq Fadzil
12-16-2013, 10:46 AM
Terbaik!!

Terima kasih TT. Perkongsian yang sangat bermanfaat. Setuju sangat dengan saranan tuan2/cik/puan semua.

Saya sendiri amalkan setiap pagi selepas solat subuh, baca ayat 1000 dinar dan ambil sedikit masa baca 1-2 muka Al-Quran. InsyaAllah hari dimulakan dengan Al-Quran menjanjikan yang lebih baik.

Dan dipertengahan pagi lebih kurang dalam pukul 9-11 pagi, solat sunat dhuha 2 rakaat..(maklumlah kerja makan gaji, buat setakat termampu je..)

Lagi satu, saya akan peruntukkan sedikit wang untuk sedekah, samada harian atau mingguan. Saya pegang kata2 ini, beri 1, Allah balas 10..Alhamdulillah..lama kelamaan memang nampak kesannya. :)

Mungkin rakan lain boleh tambah lagi mana yang patut, sama2 berkongsi tips, InsyaAllah. :)

Levels
12-31-2013, 04:16 AM
terima kasih...:)

instanmarket
01-10-2014, 02:22 PM
Kongsi yang sangat memberi inspirasi
:shakehand2

zulyusoff
05-04-2014, 03:07 PM
Utk lebih banyak amalan murah rezeki rujuk: http://kuncimurahrezeki.blogspot.com