PDA

View Full Version : saya disahkan kencing manis..tolong!

Hafiz Wasa
12-14-2010, 11:28 AM
hai kawan-kawan,

perkongsian sy pada kali adalah berdasarkan pengalaman saya menguruskan
pesakit kencing manis di klinik kesihatan daerah..

pertama sekali, jika anda didiagnose kencing manis sila jangan gelabah.
kerana penyakit ini sebenarnya boleh dikawal dan boleh baik sebenarnya.

Sebelum kita pergi lanjut, kita kena tahu apa itu kencing manis. disini saya
terangkan secara ringkas sahaja ok..

kencing manis berlaku apabila kandungan glukosa dalam badan kita terlalu tinggi.

Kenapa kandungan glukosa menjadi tinggi dalam darah?

Ini kerana glukosa dalam darah tidak dapat disimpan didalam sel badan yang
sepatutnya. Jadi glukosa akan berlegar-legar didalam darah kita dan kesan ini boleh
menjejaskan sistem badan yang lain.

Kencing manis tergolong kepada 2 jenis iaitu:
1) type 1 diabestes (kencing manis jenis 1)
2) type 2 diabetes (kencing manis jenis 2)

ok, kebanyakkan pesakit kening manis di Malaysia mengidap kencing manis jenis 2 sebanyak 80% (statistik 2005), jadi sy jelaskan mengenai kencing manis jenis 2 sahaja. untuk maklumat jenis 1, anda boleh google sendiri ya.

Kencing manis jenis 2 terjadi apabila sensitiviti sel terhadap hormon insulin semakin berkurang.

Apabila glukosa dalam darah tinggi, iuntuk mengembalikan paras glukosa menjadi normal, glukosa perlu disimpan didalam sel-sel badan.

Tetapi, glukosa tidak boleh masuk sendiri atau sesuka hatinya kedalam sel-sel badan. Ia memerlukan kunci untuk membuka pintu sel. kunci inilah yang kita namakan insulin.

bagi kes kencing manis, insulin ini tidak lagi boleh membuka pintu-pintu sel. sensitiviti insulin terhadap sel berkurang atau tiada langsung. Sel-sel sudah tidak lagi mempedulikan 'kehebatan' insulin....

Jadi glukosa tidak dapat dibawa masuk kedalam sel dan kepekatannya semakin meningkat kedalam sel.

dan disebabkan itu pesakit diabetes akan berasa cepat dahaga dan kerap membuang air kecil.

Ok, setakat ini saya harap anda faham bagaimana kencing manis terjadi...

Jadi jika anda disahkan kencing manis, apa yang perlu anda buat?

ada 3 perkara yang perlu anda buat...

pertama, diet...jika memerlukan diet yang betul agar kandungan glukosa dalam badan tidak bertambah banyak.
Jadi perbanyakkan makan serat dan stop makan nasi beras biasa. seeloknya makan beras perang seperti basmati.

kedua, senaman...kajian menunjukkan untuk pesakit diabetes jenis 2 senaman dapat meningkatkan kadar sensitiviti insulin terhadap sel badan kita. Jadi glukosa dalam darah dan dalam sel akan seimbang.
Tidak perlu senaman kuat-kuat. sekadar berjalan kaki selama 1 jam sudah memadai untuk dilakukan 3 kali seminggu.

Ketiga, makan ubat dengan betul...ramai yang komplen ubat hospital tidak berjaya menurunkan kandungan gula dalam darah...kenapa ia terjadi?
sebabnya cara makan tidak betul..

Ubat kencing manis tidak boleh diambil sesuka hati. ia ada peraturanya supaya kesan terapeutik ubat dapat tercapai secara optimum.

contohnya, ubat jenis metformin, ia perlu diambil selepas makan...

ubat jenis gliclazide atau glibenclamide, ia perlu diambil sejurus sebelum makan atau sejurus selepas makan.

dan ubat jenis acarbose, ia perlu diambil bersama-sama makanan.

Setiap ubat jenis tindakan mereka berbeza, jadi anda wajib mengambil mengikut jadual makan yang ditetapkan supaya mereka dapat bekerja secara baik.

Jika ia perlu diambil 2 kali sehari maka anda perlu mengambilnya 2 kali sehari mengikut waktu yang betul. Jika biasa makan pukul 8 pagi dan 8 malam, teruskan jadual makan yang begitu. jangan pula esokkan harinya ambil 6 pagi dan 10 malam, jadi kesan ubat akan terganggu.

Boleh tak jika saya ambil ubat hospital bersama herba?

boleh tetapi dengan syarat anda perlu tahu bagaimana untuk kontrol kandungan gula dalam darah anda.

Pastikan anda sentiasa cek kandungan gula dlm darah anda menggunakan alat glucometer.

Bukan apa, saya takut herba berkenaan jika diambil bersama ubat hospital akan menurunkan dengan cepat kandungan gula dalam darah anda. jadi anda akan alami hypoglycemia (gula dalam darah berkurang)... dimana situasi ini boleh membawa kepada kegagalan jantung.

Pastikan juga anda jarakkan waktu pengambilan herba bersama ubat hospital.

TETAPI jika anda tidak tahu mengawal keadaan anda jika mengalami hypoglycemia, saya nasihatkan anda jangan mengambil herba. teruskan sahaja dengan ubat hospital.

Diharapkan perkongsian ilmu saya yang tidak seberapa ini dapat memberi satu persepsi positif kepada anda yang mengidap kencing manis.
Kencing manis bukan tidak boleh dirawat tetapi anda perlukan ilmu yang betul untuk merawat diri anda.

Ada banyak kes saya temui pesakit yang baru disahkan diabetes kembali normal setelah mereka mengawal dengan baik kandungan gula dalam badan mereka. mereka hanya melakukan 3 perkara, diet yang betul...senaman yang konsisten ..dan..patuhi arahan ubat...InsyaAllah perkara perkara berkenaan dapat meningkatkan sensitiviti insulin terhadap sel badan...

sekian terima kasih...

Nakia
12-15-2010, 04:53 AM
Betul amalkan pemakanan seimbang insyallah selamat :)

RadiAlias
12-15-2010, 04:58 AM
Good info bro...thanks for sharing...

mfm84
12-15-2010, 10:36 AM
salam bro

dari penerangan yang di beri ni memang lengkap

bro ni doktor ke?

abelljefrry
12-15-2010, 11:03 AM
thanks for the great info brother.

p/s: saya ni muda muda pun risau juga. saya makan banyak, banyak gila, tapi badan kurus keding. tengok2 pumbuluh darah sempit, dah high blood pressure. cacing banyak pun satu hal. haha.

Hafiz Wasa
12-15-2010, 11:05 AM
salam bro

dari penerangan yang di beri ni memang lengkap

bro ni doktor ke?

sy bukan doktor tetapi sebagai ahli farmasi sahaja...

Hafiz Wasa
12-15-2010, 11:09 AM
thanks for the great info brother.

p/s: saya ni muda muda pun risau juga. saya makan banyak, banyak gila, tapi badan kurus keding. tengok2 pumbuluh darah sempit, dah high blood pressure. cacing banyak pun satu hal. haha.

abell, betul tu..masa kita muda inilah kita perlu menjaga kesihatan betul-betul..

jangan dah kena baru nak terngadah...

sy sendiri pernah berjumpa dgn seorang lelaki yang terlalu obes dimana dia mengidap darah tinggi dan kencing manis.
dan usianya baru 30 tahun..

wangxtra
12-15-2010, 03:05 PM
potensi generasi sekarang dapat kencing manis pada usia muda adalah tinggi.. al maklum terdedah dengan pemakanan dan cara hidup yang tidak berapa sihat... hehehe

lc2a
12-16-2010, 05:52 AM
thanks for sharing.. good info

Joe Fizzow
12-17-2010, 05:40 PM
Penerangan yg begitu jelas dari pegawai Hafiz.:D
Boleh tanya je hafiz ni kalau ada kemusykilan
tentang penyakit2 ni..

PakarBuahPinggang
12-20-2010, 07:12 AM
Panduan Penjagaan Buah Pinggang Bagi Pengidap Kencing Manis

Diabetes adalah suatu penyakit di mana glukosa darah (atau gula darah) berada di atas paras normal. Pesakit diabetes mempunyai masalah menukarkan makanan menjadi tenaga. Selama bertahun-tahun, glukosa darah menjadi tinggi akan menyebabkan kerosakan saraf dan pembuluh darah, mengakibatkan komplikasi seperti penyakit jantung, stroke, kebutaan, penyakit buah pinggang, saraf, dan jangkitan gusi.

Penyakit buah pinggang pada pesakit diabetes disebut penyakit buah pinggang diabetes, atau nefropati diabetes. Hal ini biasanya mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. Selama proses tersebut, unit penapisan kecil buah pinggang perlahan-lahan mulai rosak. Tanpa rawatan, hal ini boleh menyebabkan penyakit buah pinggang kronik (CKD) atau membawa kepada kegagalan buah pinggang.Kegagalan buah pinggang adalah suatu keadaan yang sangat merbahaya di mana buah pinggang gagal membuang sisa-sisa tubuh. Sisa berbahaya yang terkumpul di dalam badan akan mendatangkan masalah kesihatan yang serius. Anda perlu menjalani rawatan dialisis dengan segera atau menjalani pemindahan buah pinggang.

Tekanan darah tinggi, atau hipertensi, memainkan peranan utama dalam perkembangan penyakit buah pinggang pada pesakit diabetes. Kemungkinan seseorang mendapat penyakit buah pinggang akan lebih tinggi sekiranya mereka mempunyai hipertensi atau mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit darah tinggi. Selain itu, perkembangan penyakit buah pinggang yang ada akan dipercepatkan lagi oleh hipertensi. Oleh itu pengesanan awal dan rawatan hipertensi walaupun diperingkat awal sangat penting bagi pesakit diabetes.

Sesungguhnya, diabetes boleh menyebabkan komplikasi serius dan sebahagian daripadanya tidak dapat dipulihkan, seperti penyakit buah pinggang. Tetapi anda boleh melakukan sesuatu untuk mencegah atau melewatkan datangnya penyakit buah pinggang jika anda mempunyai diabetes.

Berikut ini adalah langkah-langkah yang boleh anda lakukan jika anda mempunyai diabetes.

1. Anda perlu memeriksa kadar gula dalam darah anda.

Jadikan bacaan kadar gula dalam darah anda sentiasa berada di paras normal atau paling kurang hampir dengan bacaan normal semampu yang anda boleh.Setiap kali anda menyemak gula darah anda, tulis nombor dalam buku nota anda. Anda sebenarnya boleh menguruskan diabetis anda dengan secara fizikal aktif mengikuti rancangan makanan yang sihat, dan mengambil ubat yang telah dideskripsikan kepada anda.

Pendekatan lain yang boleh dilakukan untuk menguruskan diabetis adalah Pengurusan Glukosa Darah Secara Intensif. Ini adalah kaedah rawatan untuk mencegah dan melambatkan penyakit buah pinggang pada pesakit diabetes. Kaedah rawatan ini sangat baik untuk pesakit diabetis, terutamanya bagi mereka yang baru di peringkat awal penyakit buah pinggang kronik.Rawatan ini bertujuan untuk menjaga kadar gula darah agar sentiasa mendekati paras normal. Ini termasuk:

* Kerap menjalani ujian gula darah
* Mengikuti panduan diet dan aktiviti yang telah dirancang
* Mengawal pengambilan insulin sepanjang hari berdasarkan pengambilan makanan dan aktiviti fizikal
* Mendapatkan nasihat panduan kesihatan secara teratur

2. Sentiasa mengawal tekanan darah anda.

Institut Kebangsaan Jantung, Paru-Paru dan Darah mengesyorkan supaya pesakit diabetis harus memastikan tekanan darah mereka berada di bawah 130/80 untuk membantu mencegah kerosakan buah pinggang.Melalui perancangan makan, ubat-ubatan, dan aktiviti fizikal yang yang teratur boleh membantu mengawal tekanan darah anda.Dengan menjaga tekanan darah anda agar berada di bawah kawalan juga boleh melambatkan atau menghalang komplikasi diabetes yang lain.Jika anda sudah mengalami kerosakan buah pinggang, tanyakan kepada doktor anda jika anda harus mengambil pil untuk melambatkan lagi kerosakannyanya. Terdapat dua jenis ubat-ubatan yang disebut angiotensin converting enzim (ACE) inhibitor dan angiotensin reseptor blocker (ARB),didapati boleh melindungi buah pinggang sambil menurunkan tekanan darah.

3. Anda harus mengikuti diet pemakanan secara sihat.

Anda boleh berbincang dengan doktor anda atau ahli gizi pemakanan tentang diet pemakanan yang tepat. Jika anda sudah mempunyai masalah buah pinggang, doktor mungkin akan menyuruh anda agar mengurangkan pengambilan makanan berasakan protin, seperti daging.Ini kerana makanan yang tinggi sumber protin boleh menyebabkan kerosakan yang lebih teruk kepada buah pinggang anda. Para ahli mengesyorkan bahawa meraka yang mempunyai penyakit buah pinggang diabetes agar mematuhi pengambilan diet berprotin yang telah disyorkan kepada mereka.

4. Buat ujian darah dan air kencing sekurang-kurangnya 4 kali setahun.

Tujuan dilakukan ujian air kencing ialah untuk mengesan kemunculan protin dalam urin dan ujian darah untuk memeriksa kreatinin. Keputusan ujian ini akan dapat memberitahu kita seberapa baik buah pinggang anda berfungsi.

5. Elakkan pengambilan ubat penahan sakit secara berterusan.

Untuk jangka masa panjang, pengambilan ubat penahan sakit, seperti aspirin atau acetaminophen, boleh merosakkan buah pinggang. Berbincanglah dengan doktor anda sekiranya anda mengambil ubat penahan sakit untuk menghilangkan rasa sakit yang agak kronik.Mereka boleh mengesyorkan kepada anda ubat-ubat alternatif untuk mengurangkan rasa sakit anda tanpa memberikan risiko kepada buah pinggang anda.

Jika anda mempunyai diabetes atau hipertensi, anda mesti melakukan pemeriksaan secara teratur dan ingat supaya sentiasa pastikan agar kandungan gula dalam darah dan bacaan tekanan darah anda sentiasa mendekati paras normal. Dengan melakukan ini, anda sebenarnya telah memberikan suatu bantuan besar untuk buah pinggang anda.

LtNasrul
12-20-2010, 07:31 AM
minumla air kosong banyak2...

1stStep
12-20-2010, 07:55 AM
SELAIN MAKAN UBAT ADA CARA LAIN LAGI NAK BERUBAT KENCING MANIS NIE
dengan cara urutan..PM aku kalau nak tau tempat nye..insyaallah mujarab..

KhatibNzahkh
12-20-2010, 04:50 PM
amalkan makan buah2an sebelum bersarapan
minum jus buah...bersenam. cth buat kerja rumah
saperti mop lantai / cuci tandas hingga berpeluh baru ambil sarapan pagi
hehe anda rasa segar dan rumah pun bau segar

man_kelang
12-20-2010, 05:52 PM
Thanks bro...good info. Yang saya tau pengidap kencing manis ni tak bleh banyak sgt mkn nasi kan? kandungan gula kat nasi tinggi

Hafiz Wasa
12-21-2010, 12:10 AM
Thanks bro...good info. Yang saya tau pengidap kencing manis ni tak bleh banyak sgt mkn nasi kan? kandungan gula kat nasi tinggi

Ya betul tu man, nasi mengandungi kandungan kanji yg tinggi.
Kanji yg tinggi ini pula akan ditukarkan kepada glukosa.

Glukosa yg tinggi ini x dpt diproses utk msk kedalam sel.

Jadi kandungan glukosa dlm badan semakin byk dan potensi berlakunya hipertensi, kegagalan buah pinggan & kegagalan jantung...

kephal
12-21-2010, 01:41 AM
makanan skang ni banyak jenis yg manis2. 1 sudu sudah cukup..eh mcm iklan la plak

mohdamir
12-21-2010, 04:20 AM
Untuk pengetahun korang jugak, kebanyakkan syarikat insurans /takaful tak mengkategorikan diabetes sebagai penyakit kritikal...

rashid abdullah
12-24-2010, 10:21 AM
Good sharing bro Hafiz..
cuma sy nak tambah sikit...pattern of treatment skarang dah semakin berubah yg mana kebanyakan pesakit diabetes jenis II ni selalunya kandungan gula dlm darah mereka tidak terkawal. salah satu sebab mcm bro Hafiz sebutkan..cara makan ubat tidak betul..jadi selalunya untuk meningkatkan kawalan gula mereka,doktor akan memulakan rawatan suntikan insulin setelah betul2 confirm pesakit memang tak boleh ikut cara makan ubat dengan berkesan. masalahnya pesakit pulak yang rasakan bila kena inject insulin,,,that's the end of the world..sebenarnya tanggapan ini salah sama sekali. Penggunaan suntikan insulin bukanlah bermakna hidup mereka sudah sampai ke penghujung. zaman dah berubah, semakin banyak pesakit diabetes jenis II skarang menggunakan insulin suntikan. tambahan pula, teknologi skarang menghasilkan jarum yang cukup halus untuk mengelakkan rasa sakit di tempat suntikan. paling terkini adalah penggunaan jarum suntikan dalam bentuk pen..cukup senang digunakan,mudah dibawa kemana mana dan dibekalkan secara percuma lagi. orang yg kerja kesihatan siap boleh buat demo lagi cucuk perut sendiri kat pesakit. hasilnya, kawalan gula akan lebih baik, pesakit dapat elakkan risiko komplikasi diabetes dan kualiti hidup pun akan meningkat.....:)

Tengku Faris
12-24-2010, 12:24 PM
Bro, terbaek artikel ni.. Thanks!

Risau plak ngan penyakit2 ni.. Haishh! :D

Hafiz Wasa
12-25-2010, 04:00 AM

terima kasih senior atas penjelasan lebih lanjut berkaitan suntikan insulin untuk diabetes jenis II.

Hafiz Wasa
12-25-2010, 04:01 AM
Bro, terbaek artikel ni.. Thanks!

Risau plak ngan penyakit2 ni.. Haishh! :D

kurangkan gula, tambahkan manis dalam senyuman...senyum sokmo!

NasirBP
12-25-2010, 04:18 AM
Penyakit yg digeruni tetapi senang pula nk kena jika kita x kawal cara pemakanan kita.
Ayah aku seorang pengamal perubatan Melayu. Beliau ada ubat utk megelakan luka bertambah parah. Selalunya ayah aku akan bangkang sekiranya doktor kata nk potong mana2 anggota utk megelakan luka tersebut melarat. Ubat ni juga dlm perancangan utk digunakan di semua hospital di seluruh negara utk menggantikan ubat kuning (ubat luka yg selalu hospital beri):D

laser
12-25-2010, 08:13 AM
kencing manis ni bawah sikit je dari HIV..memang tak boleh sembuh..

cuma perlu bertahan je untuk hidup lebih lama, dan kawal diri..

sistem immune pesakit kencing manis ni dah tak berfungsi sama la macam orang kene HIV..

Cikgu Loh
12-25-2010, 11:47 AM
terima kasih atas penerangan abg hafiz kita.......lpas ni kne aware dgn makanan-makanan manis..kurangkan gula dan manisan,tingkatkan senyuman dalam kehidupan.......

NasirBP
12-25-2010, 12:01 PM
Alternatif lain :

Rumput Siti Fatimah juga dikatakan bole mengurangkan paras gula dlm tubuh. Ibubapa aku mengamalkan minum air rumput ni. Rumput ni dikatakan dpt meneutralkan fungsi serta menambah daya tahan tubuh badan. Tetapi bukan utk menyembuhkan penyakit. Doktor yg check ibubapa aku pun heran camna paras gula & tekanan darah dlm keadaan stabil walaupun diowng makan x berape pantang ..(pantang org kencing manis & darah tinggi). Utk org tua yg berpenyakit kena minum selama 45 hari (sekali seumur idup)selepas sembahyang subuh.
Aku try juga minum (aku kena minum 15 hari utk seumur idup) ..alhamdulillah ..kesannya aku dh x kena demam, batuk & selsema lagi. Dulu kena ujan panas sikit atau cuaca terlalu panas jer gerenti aku demam.

ps : rumput ni hanya tumbuh di padang pasir aje & aku dengar dh jadi tumbuhan terkawal skrg ni. Ramai jemaah haji yg nk beli tapi kehabisan stok . Yang bestnya, rumput ni akan terus idup selagi ia dlm keadaaan kering. Bole pakai hingga ke anak cucu. Masa aku beli dulu harga utk 13 kuntum RM500.

just my 1.0000007 cents ..

yusli
02-13-2011, 06:36 AM
Tkasih kpd hafiz dan forumer lain. At least kita semua beringat. Saya kdg2 rasa ngeri juga bila nak minum air manis tak kira air tin ke, air kotak ke atau air kordial, lebih2 lg air gas. Maklumlah banyak kes di sekitar kita yg bukan sj kronik malah telah kembali ke rahmatullah dek penangan diebetes ni. Punca utama ialah salah sendiri. Tak jaga diet. Yg saya ingat betul ada seorang kwn perempuan org rumah. Masa bulan puasa 2 thn lepas tiap2 mlm dia tibai air 100plus konon nak hilang ngantuk buat kuih. last2 tinggalkan suami dan anak2 buat selama2nya. Kesiankan...masa melawat kat hospital batu pahat tu, masyaAllah bau bisul dia...merah mata tahan bau..
Forumer lainpun sy percaya ada pengalaman mcm ni...
Cuma satu saya nak share, mimum air banyak2, sekurang2nya 8 gelas sehari. Lebih baik kita rawat air kita dgn biodisc (http://biodisctech.blogspot.com), kerana ia mampu menukar molekul air menjadi seperti kristal lantas mampu menyerap dlm sel darah dan merawat penyakit secara semula jadi termasuk diebetes.

PakarBuahPinggang
02-16-2011, 08:21 AM

Salam bro,

Pengalaman saya ialah apa yang berlaku pada arwah bapa saudara saya yang meninggal kerana diabetis.Terakhir dia meninggal akibat serangan jantung.

Masa dia meninggal tu dua belah kaki dah potong sampai lutut,beberapa jari tangan juga telah dipotong.Kemudian buah pinggang telah rosak dan mata juga buta.Dahsyat sungguh penangan diabetis ni.Memang kena berjaga-jaga zaman sekarang ni.Saya sekarang ni kalau minum memang kurangkan manis,itu sangat saya perhatikan.

yusli
02-16-2011, 02:25 PM
SALAM BRO PAKARBUAHPINGGANG,

betul tu, tapi kes yg saya nytakan tu mmg ada family history diebetes. yg takde tu kena beringat aje.
cuma saya nak tanya bro ni pakarbuahpinggang tapi kenapa tanya pula kenapa ada yg tak serasi tukar buah pinggang. saje nak menguji ke. sori saje ...

rashid abdullah
02-16-2011, 03:00 PM
Salam bro,

Pengalaman saya ialah apa yang berlaku pada arwah bapa saudara saya yang meninggal kerana diabetis.Terakhir dia meninggal akibat serangan jantung.

Masa dia meninggal tu dua belah kaki dah potong sampai lutut,beberapa jari tangan juga telah dipotong.Kemudian buah pinggang telah rosak dan mata juga buta.Dahsyat sungguh penangan diabetis ni.Memang kena berjaga-jaga zaman sekarang ni.Saya sekarang ni kalau minum memang kurangkan manis,itu sangat saya perhatikan.

Salam bro Pakar Buah Pinggang,...
Apa yang berlaku kepada arwah bapa saudara tuan itu dikenali sebagai 'diabetic complications' dlm bahasa perubatan.
Kedua belah kaki dan beberapa jari terpaksa dipotong disebabkan apa yg kita panggil diabetic neuropathy atau 'gangrene' atau kematian sel hidup. gangrene ini biasanya terjadi di bahagian extremities pesakit diabetes iaitu kaki & tangan..
Buah pinggang rosak= diabetes nephropathy.
Mata buta= diabetic retinopathy...
Ksemua komplikasi ini disebabkan oleh satu faktor sahaja iaitu akibat kandungan gula yang terlalu tinggi dan tidak terkawal dalam darah...mungkin juga disebabkan keengganan mengambil ubat mengikut arahan yang diberikan atau faktor2 lain seperti tidak menjaga pemakanan, kurang aktiviti fizikal, dsbnya..
Satu fakta yg kita perlu terima berkenaan penyakit diabetes ini buat masa sekarang ialah...Diabetes tidak boleh disembuhkan..ia hanya boleh dirawat dgn mengamalkan kawalan paras gula darah dgn baik..
sekiranya tidak dikawal, maka terjadilah komplikasi seperti disebutkan di atas...

Sekian,,untuk perkongsian.....:)

Hafiz Wasa
02-18-2011, 07:16 AM

itu dia penerangan yang lengkap dari seorang ahli farmasi.

terima kasih bro rashid...

apa yang penting disini sentiasa cek atau monitor kita punya paras glukosa dalam badan.

ubat-ubat jangan diabaikan.

Jika diabaikan terjadilah komplikasi seperti diabetic nephropathy dan diabetic neuropathy...

rashid abdullah
02-20-2011, 05:13 AM
itu dia penerangan yang lengkap dari seorang ahli farmasi.

terima kasih bro rashid...

apa yang penting disini sentiasa cek atau monitor kita punya paras glukosa dalam badan.

ubat-ubat jangan diabaikan.

Jika diabaikan terjadilah komplikasi seperti diabetic nephropathy dan diabetic neuropathy...

sama-sama bro Hafiz...
sedikit ilmu yang kita ada,jadi rasanya eloklah kita sama2 share untuk kesihatan dan kebaikan bersama....moga2 ia bermanfaat kepada semua yang membaca thread ni.....:)

taibwahid
03-18-2011, 03:53 AM
Great info.
Nampaknya kena bersenam selalu and lebihkan berdiet lepas ni...

fazbiz
03-18-2011, 11:03 AM
kencing manis antara penyakit yang ditakuti sebab untuk kes serius selalunya sampai kene potong kaki. orang selalu kata faktor genetik tapi pada saya kalau kita 'trigger', penyakit tu akan datang.
kalau kita kawal pemakanan, peluang untuk dapat kencing manis dapat dikurangkan.

kirua88
03-19-2011, 12:18 PM
Kencing manis category dalam penyakit 3 serangkai yer kawan2..Darah tinggi dan Jantung adalah dalam kategoi tersebut..

Be aware, amalkan gaya hidup yang sihat

Hafiz Wasa
03-23-2011, 10:58 AM
Kencing manis category dalam penyakit 3 serangkai yer kawan2..Darah tinggi dan Jantung adalah dalam kategoi tersebut..

Be aware, amalkan gaya hidup yang sihat

betul tu kirua88, gaya hidup amat penting untuk masa depan kesihatan kita.

Azrin
03-28-2011, 01:06 AM
Salam.
Saya baru buka klinik untuk rawatan pesakit yang mengalami luka yang sukar untuk disembuhkan, terutama gangrene atau foot ulcer yang disebabkan penyakit kencing manis. Rawatan yang diberikan adalah 'cuci luka' atau 'wound dressing' dan rawatan HBOT (Hyperbaric Oxygen Theraphy). Bagi pesakit yang baru mengalami gangrene/foot ulcer, seeloknya membuat rawatan lebih awal bagi mengelakkan luka tersebut menjadi kronik sehingga melibatkan bahagian tulang, 'amputation' atau 'pemotongan' bahagian anggota terpaksa dilakukan. Rawatan HBOT untuk gangrene/foot ulcer ini masih baru di Malaysia walaupun di luar negara telah banyak menggunakan dan mengiktiraf rawatan ini. Melalui satu laporan perubatan, keberkesanan rawatan menggunakan HBOT untuk gangrene/foot ulcer adalah 91% berkesan berbanding dengan rawatan biasa (wound dressing, antibiotik) yang hanya 67% keberkesanannya.
Oleh kerana saya baru membuka klinik HBOT ini, saya membuat promosi dimana pesakit yang pertama akan diberikan rawatan percuma. Bagi sesiapa yang mengalami masalah ini boleh menghubungi saya di diadem_5@msn.com

vroombiz
03-30-2011, 06:16 AM
Assalam, information yg hebat, oleh itu di sini saya berpeluang mengambil kesempatan untuk berkongsi dengan semua yg ade dlm thread ni. Maklumat Produk Muslim Air Mizam, Insyallah boleh mengatasi kompilasi pelbagai penyakit yg berkaitan dengan kencing manis.
hubungi Haji Ahmad Abir Bin Haji Ismail : 0196657604 Atau Jifrry Bin Jidih : 0102547001

Mohd Firdaus
04-13-2011, 02:34 PM
Satu penerangan yang jelas...
Apa yang penting adalah jaga pemakanan yang seimbang, luangkan masa untuk bersenam demi kesihatan kita...
"tak ada gunanya kalau kaya raya tapi tubuh badan tak sihat"....

RomeoRavent (RR)
04-17-2011, 08:34 AM
Salam bro,

Pengalaman saya ialah apa yang berlaku pada arwah bapa saudara saya yang meninggal kerana diabetis.Terakhir dia meninggal akibat serangan jantung.

Masa dia meninggal tu dua belah kaki dah potong sampai lutut,beberapa jari tangan juga telah dipotong.Kemudian buah pinggang telah rosak dan mata juga buta.Dahsyat sungguh penangan diabetis ni.Memang kena berjaga-jaga zaman sekarang ni.Saya sekarang ni kalau minum memang kurangkan manis,itu sangat saya perhatikan.

Sama seperti yang terjadi pada arwah bapak saya...seorang pesakit buah pinggang yg menjalani dialisis 3 kali sminggu..dan meninggal akibat serangan jantung..tp x sampai tahap potg jari tangan..hanya potong kaki sahaja sebelah kanan paras atas buku lali sedikit...arwah bapak saya menjalani rawatan dialisis ini selama 1 tahun 4 bulan sblum mninggal dunia dan selama itulah jugak saya menemani nya ke mana sahaja sehingga lah akhir nafasnya...cukup menydihkan dan memilukan bagi saya kerana bkn sahaja melihat penderitaan arwah bapak saya tetapi jugak mereka2 yang menghidapi penyakit ini kerana saya akan berada d pusat rawatan dialisis untuk mejaga arwah bapak saya.
jadi penting bagi kita untuk mengawal pemakanan bg mengelakkan masalah ini. Arwah bapak saya menghembuskan nafas terakhirnya pada 18 feb 2011 pukul 1.35 pagi di hospital.
Al-fatihah.

paksu07
04-18-2011, 07:43 AM
Info yg sangat bagus. T kasih kerana berkongsi...

alhawariyyun
04-18-2011, 03:13 PM
Huh hebat juga thread ni...bab kencing manis ni mmg kompleks skit.
Setakat saya tahu, kencing manis ialah penyakit yang tidak dapat reverse once dia telah develop. Cuma kalau diperingkat awal...terdapat istilah namanya Impaired Glucose Tolerance (IGT), biasanya kalau sampai peringkat ini...cara nak reverse balik ialah kawal pemakanan, bykkan puasa, kurangkan berat badan dan paling penting exercise dengan sebanyak-banyaknya. Tanda-tanda seseorang akan didatangi kencing manis ialah...pertambahan berat badan yang mendadak..itu paling penting kerana lemak yang byk berkumpul di otot akan menyebabkan insulin kurang berkesan...popsss jadilah kencing manis.
Bagi yang dah terkena...ubat hospital hendaklah dimakan secara mengikut jadual, pemakanan hendaklah dikawal (lebih baik jumpa pakar pemakanan untuk dapatkan nasihat) dan bersenam...bersenam dan bersenam...
Kajian menunjukkan pengurangan berat badan dgn berpuasa boleh mengawal kencing manis, akan tetapi jika pengawalan makan, dan senaman jika digabungkan..kesan adalah sangat-sangat baik. Itu setakat saya tahu...

annezm
04-20-2011, 10:39 AM
assalamualaikum...
seram gak baca post ni...anyway tq...

paksu07
05-05-2011, 04:59 PM
Good info bro...thanks for sharing...

izzafey
05-22-2013, 02:35 PM
tahniah di atas info yg bermanfaat ini

Tafhmmy
05-29-2013, 10:31 AM
sy bukan doktor tetapi sebagai ahli farmasi sahaja...
http://flash.eviziotvreviews.com/11.jpg
http://flash.eviziotvreviews.com/12.jpg
http://www.usa-nfl-houstontexans.info/15.jpg
http://www.usa-nfl-houstontexans.info/12.jpg

Mentor Shah
05-29-2013, 11:32 AM
Assalam,

Perkongsian yg sangat bermanfaat.

Just sharing kaedah altenatif utk rawat & cegah diabetes @ kencing manis pada link di bawah. =)

http://smartsuccessline.com/diabetes/ << KLIK untuk terus ke page

Shah

aufahumairaent
06-11-2013, 09:29 AM
sharing :

Satu kajian yang telah disiarkan keputusannya oleh majalah "International Journal of Pharmacology" dalam tahun 1993 menunjukkan bahawa pati Habbatus Sauda' ataupun jintan hitam (nigella sativa) mempunyai keupayaan untuk merendahkan kadar gula di dalam darah...

~sumber rujukan buku : Rahsia Perubatan Habbatus Sauda' (Doktor Hassan Syamsi Baasya) terbitan Al-Hidayah Publications.

IsyaAllah produk habbatus sauda' Minsyam (http://aufahumairaent.blogspot.com) boleh membantu.

wildmike
09-19-2013, 08:25 AM
Beringat sebelum kena...
Kena jaga pemakanan... sbb bila dh kena susah nak recover....
Ramai golongan muda sekarang, bab2 makan lantak selagi boleh masuk...termasuk sy juga la tu hihi....
Hanya orang yang sakit akan menghargai nilai sebuah kesihatan