PDA

View Full Version : Mari kongsi petua menurunkan kadar bacaan kencing manis. Bantu saya :'(



aurora ice
12-14-2010, 06:06 AM
Salam..

Ada siapa2 yg tahu petua bagaimana nak turunkn reading kencing manis tak..?
Harap boleh la share sama2 ya..

Begini, ayah sy ada kencing manis..
Tp dia mmg control, jaga makan minum.
Tapi tempoh hari dia sakit teruk, since then reading kencing manis main2 kat 15-24.
risau betul..

Biasanya bawah 10 ja sebelum2 ni.

Ada org kata, minum air rebusan kacang bendi.
Ayah sy dah cuba, tapi tak berhasil

Sekarang tgh cuba air rebusan daun mengkudu.
Tak berapa berkesan juga.


Dah makan ubat hospital, ubat itu ini, pun tak berkesan.

Harapan sy, kiranya ada sapa2 yg tahu petua, atau ubat2 yg betul2 berkesan,
sy pohon kongsikan di sini.

Terima kasih!!

nadieyaa05
12-14-2010, 06:14 AM
salam bro,

boleh try minum air teh misai kucing.. 2x sehari.... pagi sekali & malam sekali... :)

NazAiman
12-14-2010, 07:09 AM
aku xde petua menarik tapi aku still dpt doakan semoga ayah ko sembuh. amin

mfahmi
12-14-2010, 07:16 AM
amalkan buah tunjuk langit....buah ni pahit sgt2..boleh turunkan kencing manis..try la..aku dgr org cakap

paklong
12-14-2010, 07:20 AM
Mertua saya amalkan , kurangkan makan nasi. makan pil peria dan makan daun hempedu bumi.
Dia makan juga ubat hospital. sekarang dia kembali cergas walaupon umurnya dah 83 tahun. detox patch juga membantu.

Satu lagi , doa bro .....subuh dan maghrib

http://i441.photobucket.com/albums/qq140/secret65/IMG_0001.jpg

sorry maksudnya tak habis scan..............

Farithenterprise Islamik
12-14-2010, 07:23 AM
Salam, saya sarankan satu produk stem cell daripada apple liar hasil kajian team dari switzerland. Sepanjang pengguna stem cell ini berpuas hati, saya sendiri dah berbicara dengan anak kepada pesakit kencing manis, yang mana jari ibunya hampir2 tak nampak macam jari. Insyaallah. Kebiasaannya perubahan berlaku selepas 3 hari pengamalan stem cell ini dalam bentuk sachet.

Call saya sekiranya ingin tahu lebih lanjut. Kepada pesakit kanser juga dialu-alukan. Niat saya nak membantu. Insyaallah. harith-0126317071

JenamaOnline
12-14-2010, 07:28 AM
Ya kalau tak silap orang kecing manis tak leh makan beras berkanji sangat hehehehehe ... :)

nurjannah
12-14-2010, 07:47 AM
amalkan buah tunjuk langit....buah ni pahit sgt2..boleh turunkan kencing manis..try la..aku dgr org cakap

Saya bersetuju dengan Kalam. Buah tunjuk langit memang berkesan. Untuk pengetahuan Aurora, ayah sy juga ada kencing manis tahap lebih kurang ayah anda. Bacaan dok main 15 - 25 selalu. Tapi lepas makan buah tunjuk langit, alhamdulillah berkesan. Sekarang bacaan dok main 10 ke bwh..Tunjuk langit ada dlm kapsul. Nak makan buah dia yg original pun ada. Tapi mmg sgt pahit buah dia. Jilat sikit pun dah rasa pahitnya.

Kalau aurora nak bg ayah cuba ubat ni, saya boleh recommendkan ubat kapsul. Testomoni dari ayah saya sendiri.

Contoh kes ayah saya lepas makan tunjuk langit. Waktu pagi bacaan kencing manis lebih kurang 13.Lepas makan ubat kapsul tu, bacaan tengah hari turun ke 7.5..

Actually, bnyk produk tunjuk langit kat pasaran skrg. Kopi tunjuk langit pun ada.

Tapi, alhamdulillah sehingga hari ni ayah saya dok amalkan kapsul tersebut di samping kena makan berpantang.Kencing manisnya dah berkurang.

Semoga ayah aurora juga kembali sehat.Insyaallah

paklong
12-14-2010, 09:40 AM
inila yang bestnya warga WC ............sangat prhatin dan penyayang. Tahniah semua.

aurora ice
12-14-2010, 10:46 AM
inila yang bestnya warga WC ............sangat prhatin dan penyayang. Tahniah semua.

wahh..
betul betul.
terima kasih byk2!!

skrg sy ada byk pilihan pulak.
tadi baru pergi beli raja herba.
kena try yg tu dulu.

kalau tak jadi, nk try yg lain2 mcm kwn2 kat sini cadangkan.
terima kasih sebab support dan doa kalian ye :D

Hafiz Wasa
12-14-2010, 11:31 AM
kepada aurora ice, saya ada postkan satu perkara berkaitan kenicng manis...diharapkan info berkenaan dapat membantu ayah saudara menguruskan penyakit kencing manis..

saya disahkan kencing manis..tolong! (http://www.wangcyber.com/forum/health-and-fitness/36784-saya-disahkan-kencing-manis-tolong.html)

mindcry
12-14-2010, 06:19 PM
Saya cuba share sedikit perkara mungkin dapat membantu.
Sedia maklum pesakit kencing manis dinasihatkan kurang makan
nasi. Why? Karbohidrat berlebihan ditukar menjadi glukosa.
Secara tidak langsung menaikkan lagi kadar gula dalam badan.

Jadi perlulah mencari beras yang kurang kanji yang mana ia
kurang kandungan karbohidratnya. Dua beras yang kurang kanji
dan mudah didapati dipasaran ialah beras herba poni dan beras
basmathi. Selain itu boleh juga mendapatkan brown rice tetapi
ia agak terhad dan harganya agak mahal.

Basmathi juga adalah beras yang mahal. Oleh yang demikian
saya menyarankan penggunaan beras herba poni. Mungkin
orang berkata kos beras akan meningkat kerana harga 10kg
beras herba poni hampir mencecah RM40. Beras biasa baru
RM25-RM30. Tapi sebenarnya beras ini apabila dimasak
kuantitinya agak banyak.

Kebiasaannya beras biasa sukatan nisbahnya ialah 1:1.5
iaitu 1 beras dan 1.5 air. Herba poni pula ialah 1:3 iaitu
1 beras dan 3 air. Anda sendiri boleh bayangkan hasilnya
tetap sama tetapi pengunaan beras herba poni adalah
lebih menjimatkan. Begitu juga dengan beras basmathi.

Apa yang lebih penting, beras-beras ini amat sesuai
untuk pesakit kencing manis kerana ia bukan sahaja
kurang kanji tetapi kandungan herba yang akan
membantu memperbaiki kesihatan. Walaubagaimanapun
ia bukanlah beras yang dijadikan sebagai ubat. Ia
digunakan untuk mengurangkan simptom kencing
manis.

Kalau ayah orang yang merokok, nasihatkan kurang
merokok kerana itu mempengaruhi kadar peningkatan
glukosa dalam darah. Rokok tiada glukosa tetapi
boleh mengganggu proses penyingkiran glukosa.

The try herbal remedies. Kawan-kawan banyak
share jenis herba yang boleh membantu. So biolehlah
mencuba tetapi pastikan orang tua anda amalkan
cara hidup sihat khususnya melalui pemakanan.
Insyallah. Wallahualam.

wangxtra
12-15-2010, 03:13 PM
Saya pun sedang amalkan untuk jaga tahap gula dalam badan sbb keturunan ada kencing manis. Kena beringat dari sekarang....

Amalkan makan buah nam-nam... more detail boleh baca post di blog saya Penawar Kencing Manis (http://www.adisurya.com/petua/penawar-kencing-manis.html)

Selain itu juga, gunakan gula alternatif. Saya syorkan NISVIA ("http://nisvia.toyyibah.com/index.php?ref=wc) ekstrak 100% dari daun Stevia. 100-200 kali ganda manis dari gula tebu.

Bila saya ada budget lebih, saya minum Tricajus.... ("http://tricajus.wangxtra.com)