PDA

View Full Version : Langkah-langkah menurunkan paras kolestrol



PakarBuahPinggang
12-14-2010, 03:51 AM
Assalamualaikum pembaca sekalian,

Untuk post kesihatan kali ini saya akan berkongsikan pula tentang langkah-langkah yang sepatutnya anda lakukan untuk menurunkan paras kolestrol.Seperti yang telah kita sedia maklum bahawa kolestrol yang tinggi akan membuatkan kita sangat berisiko untuk mempunyai sakit jantung.

Jadi apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh anda untuk menurunkan paras kolestrol?Nak tau jawapannya?Teruskan bacaan anda.

Antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah:

1. Pastikan anda tahu tahap kesihatan anda dengan melakukan pemeriksaan darah secara kerap.Ini penting kerana dengan mengetahui tahap kolestrol dengan teratur akan memberikan kesihatan yang optimum pada diri anda.Kolestrol yang tinggi juga akan menjadi penyebab kepada berlakunya penyakit jantung.Selain itu dengan mengetahui tahap kolestrol dengan tepat,anda boleh membuat rancangan untuk diet yang sesuai.Doktor juga akan mudah untuk memberikan rawatan susulan sekiranya didapati anda mempunyai penyakit.Jika anda mengetahui tahap kolestrol,anda juga boleh belajar untuk menjauhi perkara-perkara yang boleh memeranginya seperti berhenti merokok dan mengurangkan memakan makanan yang tinggi kandungan kolestrolnya.

2. Memahami dasar-dasar dan pembelajaran tentang keadaan anda.Sekiranya anda telah didiagnosis mempunyai tahap kolestrol yang tinggi,perkara pertama yang mesti anda lakukan ialah cari maklumat sebanyak mungkin tentang perkara yang berkaitan dengan masalah anda.Dengan melakukan ini,anda akan dapat mengetahui apakah perancangan awal yang dapat anda lakukan untuk mengatasi masalah itu.

3. Perhatikan berat badan anda.Apakah ianya ideal atau anda sebenarnya mengalami berat badan berlebihan.Sekiranya berat badan anda berlebihan,maka anda perlu berusaha untuk menurunkannya ke tahap yang sepatutnya.Berat badan anda adalah amaran bahawa anda mengalami tahap kolestrol yang tinggi.Jadi,ubahlah diet pemakanan anda sekarang juga.Tetapi pastikan anda telah berjumpa dengan doktor terlebih dahulu.Sekiranya anda melakukan perubahan drastik terhadap pola pemakanan,ditakuti ianya akan memberi kemudaratan,bukan kebaikan.Apatah lagi sekiranya anda dalam rawatan tertentu.

4. Buatlah jadual untuk aktiviti senaman.Bersenam sangat penting untuk menurunkan kadar kolestrol di dalam darah.Selain itu,ianya juga dapat membantu meningkatkan tahap kolestrol baik dan menurunkan berat badan.Anda sebenarnya tidak perlu melakukan senaman yang berat.Melakukan senaman ringan seperti berjalan cepat dan berjogging dapat meningkatkan kolestrol HDL dan bermanfaat untuk hati.

Itulah dia pembaca sekalian antara langkah-langkah yang dapat anda lakukan sebagai usaha untuk menurunkan kolestrol dalam darah.Saya harap artikel ini memberikan manfaat kepada kita semua.Bolehlah sesiapa yang mempunyai paras kolestrol yang tinggi mengamalkannya selepas ini.

mfahmi
12-14-2010, 04:00 AM
Thanks TT. Saya ada buat pemeriksaan kat farmasi 3 minggu lepas. Glukosa ok, tekanan darah ok, kolestrol border line. :(

PakarBuahPinggang
12-14-2010, 04:08 AM
Thanks TT. Saya ada buat pemeriksaan kat farmasi 3 minggu lepas. Glukosa ok, tekanan darah ok, kolestrol border line. :(

Jadi lepas ni kenalah perhatikan semula dari sudut pemakanan,cara hidup dan juga aktiviti fizikal.Perlu buat perubahan dari 3 sudut ini.

rashid abdullah
12-24-2010, 10:35 AM
thanks TT for the info..saya cuma nak tambah sikit berdasarkan pengalaman say dlm bidang kesihatan ni..saya perhatikan kalau 5-10 tahun lepas, kebanyakan pesakit yg kolesterol tinggi adalah yg berumur lingkungan 40 tahun dan ke atas. tp agak mengejutkan dlam 1-2 tahun kebelakangan ni ramai pesakit yang berumur antara hunjung 20-an dan awal 30-an, didiagnoskan mengalami masalah kolesterol LDL dan trigliseride yang tinggi..hingga terpaksa mula makan ubat-ubatan antihyperkolesterolimia. jadi point sy di sini ialah, hiperkolesterol dah semakin tidak mengenal usia..yang muda pun boleh kena, dan adalah bahaya kepada jantung kita..saya ada juga terjumpa satu kajian klinikal yg mengatakan bahawa masalah kolesterol tinggi dalam darah ni sebenarnya tidak totally depends kepada pemakanan. hanya 25 % masalah kolesterol disumbangkan oleh cara pemakanan kita. selebihnya 75% tu adalah daripada genetik (keturunan turun-temurun) yg memang sedia ada dlm badan kita..jadi pandai-pandailah kita mengawalnya.. (just for sharing)....:)

PakarBuahPinggang
02-16-2011, 08:06 AM
Salam encik rashid,

Terima kasih atas perkongsian info di atas.Nak tanya sedikit.Kalau masalah kolestrol tinggi ini disebabkan oleh faktor keturunan,apakah cara yang sesuai digunakan untuk mengawalnya?

aidil sahipaludin
02-16-2011, 08:29 AM
TERBAIK!
TT boleh saya dapatkan tips pemakanan Rasulullah?
setiap penyakit saya percaya datangnya dari perut iaitu pemakanan.
TQ TT :D

Cikgu Loh
02-17-2011, 04:47 PM
Jaga pemakanan dan bersenam.Tu je keyword utk menrunkan paras kolesterol.sy dh cuba amalkan.MMg berjaya.

Anyways Thanks TT..

PakarBuahPinggang
02-18-2011, 09:55 AM
TERBAIK!
TT boleh saya dapatkan tips pemakanan Rasulullah?
setiap penyakit saya percaya datangnya dari perut iaitu pemakanan.
TQ TT :D


Pertama sekali tahniah kerana anda menjadikan Rasulullah sebagai idola dalam kehidupan.Rasulullah adalah contoh teladan terbaik untuk kita ikuti.Maka dalam aspek pemakanan juga ada contoh yang ditunjukkan oleh baginda.

Antara diet cara Rasulullah ialah:

1)baginda tidak meminum susu sewaktu baginda memakan daging.
2)Baginda tidak memakan daging bersama ikan.
3)Baginda tidak meminum susu sewaktu menjamah ikan.
4)Baginda tidak meminum susu sewaktu menjamah ayam.
5)Baginda tidak memakan telur bersama ikan.
6)Baginda melarang minum susu bersama cuka.

Itu yang dapat saya kongsikan.

thoha
02-18-2011, 11:56 AM
terima kasih kerana berkongsi..
semoga semua ahli2 wangcyber sihat2 belaka.. :)

YoyoYHS
02-23-2011, 08:26 AM
Untuk menjaga paras kolesterol, pemakanan amat penting.
Makanan seperti makanan laut, telur kuning, dan makanan yang berminyak-minyak perlu kurangkan.

Senaman juga harus buat.

Namun, bukan semua kolesterol juga jahat.
Kolesterol ada LDL, HDL, dan VLDL.
VLDL dan LDL yang jahat sahaja, HDL bagus.
HDL dapat menurunkan paras LDL.
Jadi, jika anda mempunyai HDL yang tinggi, tu tidak apa.

PakarBuahPinggang
02-25-2011, 10:14 PM
Untuk menjaga paras kolesterol, pemakanan amat penting.
Makanan seperti makanan laut, telur kuning, dan makanan yang berminyak-minyak perlu kurangkan.

Senaman juga harus buat.

Namun, bukan semua kolesterol juga jahat.
Kolesterol ada LDL, HDL, dan VLDL.
VLDL dan LDL yang jahat sahaja, HDL bagus.
HDL dapat menurunkan paras LDL.
Jadi, jika anda mempunyai HDL yang tinggi, tu tidak apa.

Sangat tepat apa yang bro katakan.Pemakanan seimbang,amalan cara hidup perlu dipertingkatkan mutunya,insyaAllah kesihatan akan bertambah baik juga.

aidil sahipaludin
02-26-2011, 02:24 AM
TQ TT!
TERBAIK!
moga semua hidup sihat ala Rasulullah :D
Baru dapat bekerja ala Rasulullah!

adikacu
10-12-2012, 06:27 AM
Kedai mamak 24 jam, penyumbang kepada naik paras kolestrol. :(

diarisikurus
11-30-2012, 04:23 PM
Kedai mamak 24 jam, penyumbang kepada naik paras kolestrol. :(

kesian kat kedai mamak. Makan malam takde masalah, asalkan apa yang dimakan itu dikawal. Kurangkan lemak dan minyak dalam makanan. :)

Rodríguezz
12-01-2012, 08:52 AM
Thanks for sharing this information. I surely liked it...

Joe Fizzow
12-14-2012, 04:32 AM
Jaga pemakanan + senaman + supplement minyak ikan bagus untuk turunkan kolesterol dalam darah ni..
Makan lebih ikan yg dimasak stim, bakar, kukus..kurangkan makanan bergoreng sebab minyak yg digunakan di kedai2 tu digunakan secara banyak kali n ni memberi kesan kepada pengerasan saluran darah secara senya[.

Cuba uji darah anda di pusat pemeriksaan darah. Anda akan dapat tahu dan dapat kawal nafsu makan apabila dah tahu keputusan darah..

BuahDurian
12-17-2012, 12:31 PM
yess... perkongsian yg bermanfaat. terima kasih TT

diarisikurus
12-19-2012, 05:42 PM
Bagi saya senang ajo nak turunkan paras kolesterol, jaga diet / pemakanan. Kawal portion yang diambil. Pengambilan karbohidrat berlebihan akan ditukar menjadi lemak dan kolesterol, protein pun sama. Yang penting kurangkan kemasukan kedalam perut kita makanan-makanan yang berlebihan. Kalau nak harapkan senaman, memang susah nak bakar kolesterol, tapi kombinasi senaman dan diet memang berkesan. Aku terbaca juga artikel mengatakan madu lebah asli boleh mengurangkan kolesterol kalau diambil untuk jangka masa yg panjang iaitu 6 bulan ke atas secara konsisten. Kajian telah terbukti dalam tikus dan manusia.

fjyehan
12-21-2012, 05:25 AM
dh cuba amalkan.MMg berjaya.

51NH65
01-18-2013, 05:38 AM
Tumpang tanya...:D
ada tk sesiapa yg tau ubat utk hilangkan sakit thyroid?

Brobozoider
01-31-2013, 04:49 AM
Jogging bro. serious.

Masa baru keluar hospital, saya punya kolestrol reading 6.5, terlebih tinggi dah. Doktor recommend jogging. So saya mulalah jogging ikut pelan yang member saya yang kerja fitness trainer buat. Last time i check darah, blood cholestrol dah turun balik sampai 5.1, cuma LDL jer yang masih sedikit tinggi. Kena usaha lagi bagi mantap.

PakarBuahPinggang
03-21-2013, 05:02 PM
Jogging bro. serious.

Masa baru keluar hospital, saya punya kolestrol reading 6.5, terlebih tinggi dah. Doktor recommend jogging. So saya mulalah jogging ikut pelan yang member saya yang kerja fitness trainer buat. Last time i check darah, blood cholestrol dah turun balik sampai 5.1, cuma LDL jer yang masih sedikit tinggi. Kena usaha lagi bagi mantap.

Ramai dikalangan kita yang memberikan alasan sibuk yang menyebabkan tiada masa untuk berjogging.Sebenarnya banyak cara boleh dilakukan, antaranya:

1) Parking kereta agak jauh dari office dan berjalan ke office. Tapi yang ni kenalah datang awal sikit supaya tak lambat masuk kerja.
2) Amalkan naik tangga sekiranya tempat kerja atau rumah anda di tingkat yang agak tinggi.
3) Kalau nak ke kedai biasakan berjalan.
4) Pergi ke masjid atau surau dengan berjalan. Pahala pun dapat banyak.

Dan banyak lagi cara boleh dilakukan.Terpulang pada kebijaksanaan masing-masing.Yang penting nak atau tidak je.