PDA

View Full Version : halal jadah



AlanMarz
11-22-2010, 05:28 PM
aku nak tanya.aku nak buat brand name menggunakan 'halal jadah' jadi adakah ia salah atau dosa?aku x da niat nak mainkan agama untuk guna nama tuh,sebelum ni semua orng guna haram jadah,jadi aku halalkan dia.

farhanfirdaus89
11-22-2010, 05:44 PM
apa maksud jadah ?? :)

AlanMarz
11-22-2010, 05:56 PM
aku pun x pasti
hehe

farhanfirdaus89
11-22-2010, 06:00 PM
tu la pasall. ak pun xpasti apa maksudnya , so no komen la. try search google pun , xjumpa makna yg sepatutnya . :)

AlanMarz
11-22-2010, 06:23 PM
haish
siapa boleh buat kepastian

fuhhh™
11-22-2010, 07:10 PM
dh sbut bab halal haram, rujuk kt ustaz ja la.

AlanMarz
11-22-2010, 07:17 PM
siapa sini ustazzz

zuljamil
11-22-2010, 09:49 PM
sapa kat sini ustaz angkat tangan? bantuan anda diperlukan untuk menjawab soalan saudara kita ni

hirman
11-22-2010, 11:16 PM
"Jadah menurut Kamus Dewan Edisi Keempat muka 594 bererti kata makian bagi menunjuk kemarahan"

Nie petikan dari sebuah blog..

mfahmi
11-22-2010, 11:46 PM
so??? adakah makian bagi menunjukan kemarahan boleh di halalkan ;)

GoMonsta
11-23-2010, 12:04 AM
xboley la nampaknya. :D

khairilz
11-23-2010, 12:39 AM
xprefer pakai halal jadah, bukan satu nama untuk branding yang bagus :)

mfahmi
11-23-2010, 12:56 AM
xprefer pakai halal jadah, bukan satu nama untuk branding yang bagus :)

sokong \0/... jadah = negatif

so pilih la branding yang positif....insyaAllah, hasil pun akan jadi positif ;)

zuljamil
11-23-2010, 01:28 AM
sokong \0/... jadah = negatif

so pilih la branding yang positif....insyaAllah, hasil pun akan jadi positif ;)

InsyaAllah you’ll find your way bak kata Maher Zain :)

Imabiz
11-23-2010, 02:18 AM
ape kate guna halal suci murni...

Zairi Zaidi
11-23-2010, 02:31 AM
tak payah guna la...

percuma
11-23-2010, 02:36 AM
sebaiknya untuk brand menggunakan perkataan yang mudah difahami dan positif. Brand adalah kepercayaan...jadi apabila kita guna perkataan positif, bakal pelanggan kita pun berfikir positif dan melihat produk kita dengan positif. Sekiranya menggunakan Bahasa Melayu, gunakanlah bahasa melayu yang betul dan maksud yang baik. Brand bukan untuk jangka masa pendek sahaja. Sekali kita merosakkan imej kita sendiri, selamanya orang akan ingat.

sekadar pandangan peribadi

faezil
11-23-2010, 04:23 AM
menurud DBP... haram jadah (http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=jadah) bermaksud anak luar nikah

dan seperti kata rakan2 di atas ia juga merujuk kepada kata makian

dan aku tak nampak kerelevenannya utk menukar kepada halal jadah
- tak memberikan apa2 makna.. malah merosakkan bahasa
- boleh menjejaskan sensiviti masyarakat.
- boleh menyebabkan kekeliruan kepada bebudak remaja yang belum mumayiz. Jika sebelum ini mereka memaki hakum guna perkataan haram jadah. tak mustahil nanti mereka akan guna halal jadah utk memaki dan mereka bagi alasan 'ni maki jenis halal'

faiz_sufi
11-23-2010, 06:25 AM
ikut saya belajar bahasa arab masa sekolah dahulu...

haram -makna dalam melayu adalah suci,tinggi..betui dak tau...dah berkarat dah ingatan ni (^_^)

jadah - adalah berasal dari nahu jadd iaitu nenek/datuk,jadah pula adalah ramai nenek/datuk

so,haram jadah is 'ramai nenek/datuk yang suci '

faezil
11-23-2010, 06:42 AM
ikut saya belajar bahasa arab masa sekolah dahulu...

haram -makna dalam melayu adalah suci,tinggi..betui dak tau...dah berkarat dah ingatan ni (^_^)

jadah - adalah berasal dari nahu jadd iaitu nenek/datuk,jadah pula adalah ramai nenek/datuk

so,haram jadah is 'ramai nenek/datuk yang suci '

haram mmg maksudnya suci... .. tapi dalam ejaan arab حرم

manakala haram (hukum) bermaksud 'dilarang'. dalam ejaan arab حرام

laser
11-23-2010, 10:45 AM
dah takde idea lain ke bro?

aritu dutch lady, ni haram jadah plak..

berkembang la sikit otak tu..

nak berjaya dalam bisnes kene la ada identiti unik dan tersendiri..

kalau tak boleh fikir, upah je sesape..ahli keluarga ke..kawan² ke..sesape je la

PinguSpy
11-23-2010, 10:48 AM
-edit-
-edit-

silap post

AlanMarz
11-23-2010, 01:25 PM
maaf ya
akan ku tukar :)

fuhhh™
11-23-2010, 01:32 PM
act TT sj nk bg domain nmpk kontroversi, so ramai yg akan klik,
tgk kt siggy TT, ada web "chelaka.com" haha

JenamaOnline
11-23-2010, 01:52 PM
huhuhuhu akujutawan.com pun konterebasi juga hehehehehe :D

AlanMarz
11-23-2010, 01:58 PM
haha chelaka.com :)