PDA

View Full Version : Diabetes-Ibu Segala Penyakit!



Irwan Mokh
11-02-2010, 06:59 PM
Diabetes atau pun Penyakit Kencing Manis merupakan satu keadaan di mana kandungan gula di dalam darah berada dalam tahap yang tidak normal atau melebihi paras normal.

Keadaan ini juga kita kenali sebagai Hiperglisemia.

Setiap tahun berjuta-juta rakyat di seluruh dunia di jangka akan mengalami penyakit Diabetes ini dan masih ramai di antara mereka ini tidak menyedari bahawa mereka sudah pun menghidapi Diabetes.

Ini lah yang menjadi kekhuatiran para pengkaji Diabetes sebenarnya kerana angka sebenar penyakit Diabetes ini adalah satu angka yang sangat mengerunkan kerana ia terus meningkat dari tahun ke tahun tanpa menunjukkan sebarang penurunan kes baru di seluruh dunia.

Untuk panduan kamu saya sertakan beberapa tanda dan simptom klasikal Diabetes:



Berat badan turun secara mendadak dalam tempoh yang singkat.

Kerap berasa dahaga dan minum minuman yang manis.

Bila dah kerap minum pastilah seseorang itu akan kerap ke tandas untuk membuang air.

Koma/Pengsan secara tiba-tiba

Luka lambat sembuh

Selalu berasa letih dan lesu



Ingin saya ingatkan di sini bahawa tidak semua pesakit Diabetes akan mengalami tanda-tanda dan simptom yang telah saya nyatakan tadi dan kebanyakkan nya hanya menyedari penyakit Diabetes ini setelah berlaku komplikasi seperti serangan Strok,serangan jantung,amputasi(di potong anggota badan ,kebiasaanya bahagian kaki),pengsan dan lain-lain.

Oleh itu pengesanan awal Diabetes amatlah kritikal sekali,ini adalah kerana jika kita berjaya mengesan penyakit Diabetes ini di peringkat awal atau sebelum berlakunya nya komplikasi seperti yang telah saya sebutkan tadi maka keberangkalian untuk mengawal paras gula dalam darah mereka dalam paras normal adalah lebih mudah dan berkesan.

Untuk pengetahun kamu penyakit Diabetes tidak boeh di sembuhkan jika kita telah menghidapinya ,ia cuma boleh di kawal sahaja melalui ubat-ubatan,penjagaan pemakanan dan senaman.

Oleh itu informasi-informasi terkini mengenai penyakit Diabetes ini haruslah sentiasa di upadate kan kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya agar rakyat Malaysia dapat mengetahui tanda dan simptom penyakit ini dengan lebih jelas dan secara logiknya juga kan meningkatkan lagi tahap pengetahuan kita rakyat Malaysia terhadap sesuatu penyakit .

Kita juga janganlah berharap seratus peratus kepada Kementerian Kesihatan untuk memeriksa diri kita sendiri kerana itu merupakkan satu perkara yang mustahil.

Oleh itu ,kita sendiri haruslah mengambil langkah "pro-aktif" untuk pergi ke klinik atau hospital yang berdekatan untuk membuat pemeriksaan berkala atau saringan kesihatan untuk diri kita sendiri .

Pemeriksaan seperti ini tidak lah membebankan kerana kita hanya perlu membuat pemeriksaan berkala tersebut dalam masa 3 hingga 6 bulan sekali sahaja.

Bagi sesiapa yang mempunyai ahli keluarga terdekat seperti ayah,emak,adik-beradik,pakcik,makcik yang menghidapi Diabetes adalah di galakkan membuat pemeriksaan yang lebih kerap berbanding mereka yang lain.

Ini adalah kerana faktor genetik atau keturunan merupakan salah satu faktor utama berlakunya penyakit Diabetes di negara kita khususnya dan seluruh dunia umumnya.


Untuk maklumat lanjut mengenai "Diabetes-Ibu Segala Penyakit" sila tunggu artikel saya yang seterusnya.


Sekian ,Terima Kasih kerana sudi membaca artikel saya ini sampai ke hujung nya.

Iklhas dari saya,

Irwandy

Syedz
11-15-2010, 05:51 AM
btol tuh,
sapa2 yg xkena tolong2 la jaga makan..
kesian gak sesiapa yg kena potong kaki tangan sbb diabetis nih...

Rakan-Iklan
11-16-2010, 09:59 AM
Sebenarnya diabetes bukanlah penyakit yang sukar dirawat, cuma kekadang belum terjumpa cara rawatan yang betul. Kita kena tahu, tiada satu pun penyakit yang tiada penawarnya di dunia ini kecuali mati. Oleh itu penting kepada penderita diabetes untuk terus berusaha mencari penawarnya, kekadang penawarnya ada disebelah kita, cuma kita sendiri tidak menyedarinya. Ramai penderita diabetes yang telah sembuh sepenuhnya, cuma kekadang kita tidak menyedarinya. Masing2 menggunakan cara mereka tersendiri untuk sembuh. Kita boleh buat pilihan, mungkin salah satu daripadanya sesuai dengan kita, yang paling utama, jangan mudah berputus asa, carilah penawarnya.

zuljamil
11-20-2010, 10:36 AM
7 langkah mencegah diabetes

1) Ketahui risiko anda dan rancangkan aktiviti untuk mengurangkan risiko
2) Amalkan pemakanan sihat
3) Kurangkan berat badan jika mempunyai status berat badan berlebihan atau obesiti
4) Kurangkan pengambilan gula
5) Tidak merokok atau berhenti merokok
6) Amalkan kehidupan yang aktif
7) Kurangkan atau berhenti meminum alkohol

Jadi, beringat sebelum kena!

RomeoRavent (RR)
11-20-2010, 01:03 PM
Btul tu..skiranya pnyakit ini lmbt d rawat ianya akan memudaratkan..
sekadar perkongsian..
Ayah saya merupakan salah seorang yang menghidapi penyakit ini..
kaki kanan nya juga telah d potong (sehingga paras atas buku lali) utk mengelakkan ianya bertambah serius..(tp alhamdulillah skrg dah pakai kaki palsu)
apa yang dikatakan oleh irwan mokh itu benar..
tetapi buah pinggang ayah saya jugak tidak berfungsi kedua2nya...
apabila buah pinggang tidak dapat berfungsi hanya ada 2 cara utk meneruskan kehidupan iaitu mendapatkan rawatan hemodialysis atau transplan (menukar buah pinggang yang baru dengan menunggu penderma atau sukarela)...
rawatan hemodialysis haruslah dilakukan secara konsisten dengan cara mendapatkan rawatan 3 kali seminggu dihospital kerajaan, swasta dan klinik2 seumur hidup...
penyakit diabetes ini juga boleh menyebabkan penyakit "kidney paralyzed" (buah pinggang rosak lah tu).....
o.k saya tambah sdikit lg kesan ke atas diri apabila buah pinggang gagal berfungsi disebabkan diabetes:
- Tidak boleh minum air melebihi 500-750 ML sehari...(sekiranya lebih air maka pesakit akan mengalami sesak nafas kerana air telah masuk ke paru2)
- pada usia awal penyakit ini, pesakit akan mengeluarkan air kencing dalam keadaan normal tetapi apabila setahun @ 2 tahun pesakit langsung tidak akan mengeluarkan air kencing walau setitik pun kerana buah pinggang tidak lagi memproses air dan darah utk dikeluarkan..

ini sahaja perkongsian saya..apa yang saya ceritakan diatas adalah berdasarkan pengalaman yang terjadi ke atas ayah saya...

P/s : penyakit kidney paralyze bkn sahaja disebabkan oleh diabetes..tetapi pesakit yang menghidap penyakit darah tinggi juga berisiko menghidap "kedney paralyze..

sekian,

Rakan-Iklan
11-22-2010, 02:22 AM
Apabila sudah terkena diabetes, lama-kelamaan mesti ia dikaitkan dengan buah pinggang. Kenapa ini terjadi? Ramai yang mengatakan diabetes ada kaitan dengan buah pinggang, tetapi sebenarnya ramai yang tidak mengetahui, kerosakan buah pinggang "kidney paralyzed" bukan disebabkan diabetes. Walaupun tanpa diabetes, kita tetap boleh terkena kerosakan buah pinggang "kidney paralyzed". Setiap orang yang telah menghidapi diabetes, ia pasti tidak pernah putus menjalani rawatan doktor, setiap kali rawatan, pasti doktor membekalkan beberapa jenis ubat kepadanya. Pada mulanya ia menghidapi diabetes ia tentunya belum terkena kerosakan buah pinggang, namun setelah menjalani rawatan doktor untuk beberapa tahun (biasanya 4 tahun keatas), doktor pasti akan mengatakan ada tanda2 "kidney paralyzed".
Punca sebenar kenapa buah pinggang tersebut rosak adalah disebabkan oleh pengambilan ubat yang dibekalkan oleh doktor tersebut terlalu kerap dan lama, buah pinggang pula,selama pengambilan ubat doktor tersebut banyak melakukan kerja2 berat, menapis segala ubat, toksin atau apa saja yang kita makan. Kerja yang berat inilah yang membuatkan semakin lama buah pinggang akan lumpuh menjalankan tugasnya. Adakah doktor tersebut bersalah kerana memberikan ubat tersebut kepada pesakit sehingga penyakit tersebut bukan baik malah menambahkan koleksi penyakit?. Sebenarnya doktor tidak salah dan ubat yang diberikannya memang untuk penyakit yang pesakit hidapi. Kalau salah, buat apalah doktor tersebut belajar tinggi2 sehingga dapat dr Phd atau sewaktu dengannya.
Doktor hanya orang yang memberikan ubat, baik manapun ubat tersebut kalau tiada yang dapat menghantar ubat tersebut ke tempat yang sepatutnya, ubat tersebut akan menjadi sia2. Siapa yang menghantar ubat tersebut ke temapt yang berpenyakit tersebut? Dalam diri kita setiap zat, ubat, oksigen, atau apa saja yang diperlukan oleh tubuh kita, darah menjadi transit atau penghantar kepada semua itu. Sekiranya ada sebahagian saluran darah tersumbat, penghantaran ubat tersebut ke tempat yang sepatutnya tidak dapat dilakukan seterusnya ia akan membawa semuanya ke buah pinggang untuk di tapis dan dibuang. Oleh kerana terlalu banyak kerja yang diberikan kepada buah pinggang kerana ubat tersebut tidak sampai ke tempat yang sepatutnya, buah pinggang akan rosak. Kerosakan buah pinggang lebih memeritkan lagi penderita diabetes tersebut.

Wan Sufi
12-03-2010, 04:03 PM
Diabetes-Ibu Segala Penyakit!

Bapa Segala Penyakit ada tak?:D (Gurau ja yer)

Gula makin naik harga.Diebetes pon makin makmur dengan tambahan pesakit setiap tahun. Jagalah paras gula dalam minuman dan makanan. InsyAllah badan kita sihat.:)

P/S: BMI TT di tahap mana? :D

lohiera
12-05-2010, 09:25 AM
Bapa Segala Penyakit ada tak?:D (Gurau ja yer)

Gula makin naik harga.Diebetes pon makin makmur dengan tambahan pesakit setiap tahun. Jagalah paras gula dalam minuman dan makanan. InsyAllah badan kita sihat.:)

P/S: BMI TT di tahap mana? :D

ibu sgala pyakit diabetes, bapa sgala pyakit kanser kot. hihihi. gurau jugak.

Diabetes Mellitus@kencing manis merupakan keadaan dimana blaku tahap abnormal tinggi gula (glukosa) dalam darah. Ini timbul
kerana tubuh menghasilkan insulin sedikit atau tidak cukup. Kencing manis boleh menyebabkan masalah lain dan kematian, bagaimanapun pengidap kencing manis boleh mengambil langkah-langkah untuk mengawal atau mengurangkan risiko masalah sampingan. Insyallah, diizinkan Allah psakit2 diabetes dapat mjalani khdupan spt biasa.

PakarBuahPinggang
12-06-2010, 02:25 PM
Diabetes atau pun Penyakit Kencing Manis merupakan satu keadaan di mana kandungan gula di dalam darah berada dalam tahap yang tidak normal atau melebihi paras normal.

Keadaan ini juga kita kenali sebagai Hiperglisemia.

Setiap tahun berjuta-juta rakyat di seluruh dunia di jangka akan mengalami penyakit Diabetes ini dan masih ramai di antara mereka ini tidak menyedari bahawa mereka sudah pun menghidapi Diabetes.

Ini lah yang menjadi kekhuatiran para pengkaji Diabetes sebenarnya kerana angka sebenar penyakit Diabetes ini adalah satu angka yang sangat mengerunkan kerana ia terus meningkat dari tahun ke tahun tanpa menunjukkan sebarang penurunan kes baru di seluruh dunia.

Untuk panduan kamu saya sertakan beberapa tanda dan simptom klasikal Diabetes:



Berat badan turun secara mendadak dalam tempoh yang singkat.

Kerap berasa dahaga dan minum minuman yang manis.

Bila dah kerap minum pastilah seseorang itu akan kerap ke tandas untuk membuang air.

Koma/Pengsan secara tiba-tiba

Luka lambat sembuh

Selalu berasa letih dan lesu



Ingin saya ingatkan di sini bahawa tidak semua pesakit Diabetes akan mengalami tanda-tanda dan simptom yang telah saya nyatakan tadi dan kebanyakkan nya hanya menyedari penyakit Diabetes ini setelah berlaku komplikasi seperti serangan Strok,serangan jantung,amputasi(di potong anggota badan ,kebiasaanya bahagian kaki),pengsan dan lain-lain.

Oleh itu pengesanan awal Diabetes amatlah kritikal sekali,ini adalah kerana jika kita berjaya mengesan penyakit Diabetes ini di peringkat awal atau sebelum berlakunya nya komplikasi seperti yang telah saya sebutkan tadi maka keberangkalian untuk mengawal paras gula dalam darah mereka dalam paras normal adalah lebih mudah dan berkesan.

Untuk pengetahun kamu penyakit Diabetes tidak boeh di sembuhkan jika kita telah menghidapinya ,ia cuma boleh di kawal sahaja melalui ubat-ubatan,penjagaan pemakanan dan senaman.

Oleh itu informasi-informasi terkini mengenai penyakit Diabetes ini haruslah sentiasa di upadate kan kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya agar rakyat Malaysia dapat menegetahi tanda dan simptom penyakit ini dengan lebih jelas dan secara logiknya juga kan meningkatkan lagi tahap pengetahuan kita rakyat Malaysia terhadap sesuatu penyakit .

Kita juga janganlah berharap seratus peratus kepada Kementerian Kesihatan untuk memeriksa diri kita sendiri kerana itu merupakkan satu perkara yang mustahil.

Oleh itu ,kita sendiri haruslah mengambil langkah "pro-aktif" untuk pergi ke klinik atau hospital yang berdekatan untuk membuat pemeriksaan berkala atau saringan kesihatan untuk diri kita sendiri .

Pemeriksaan seperti ini tidak lah membebankan kerana kita hanya perlu membuat pemeriksaan berkala tersebut dalam masa 3 hingga 6 bulan sekali sahaja.

Bagi sesiapa yang mempunyai ahli keluarga terdekat seperti ayah,emak,adik-beradik,paksik,makcik yang menghidapi Diabetes adalah di galakkan membuat pemeriksaan yang lebih kerap berbanding mereka yang lain.

Ini adalah kerana faktor genetik atau keturunan merupakan salah satu faktor utama berlakunya penyakit Diabetes di negara kita khususnya dan seluruh dunia umumnya.


Untuk maklumat lanjut mengenai "Diabetes-Ibu Segala Penyakit" sila tunggu artikel saya yang seterusnya.


Sekian ,Terima Kasih kerana sudi membaca artikel saya ini sampai ke hujung nya.

Iklhas dari saya,

Irwandy

Betul tu bro irwan.Penyakit diabetis ni kalau dah kena memang tiada ubat yang boleh menyembuhkannya.Jadi cara terbaik ialah mencegahnya.Cara yang paling baik ialah membuat pemeriksaan darah secara kerap untuk mengesan penyakit ini dari awal.

laser
12-07-2010, 07:26 AM
gula dalam badan banyak mana sekalipun, kalau kita rajin kerja, rajin bersenam, rajin beriadah, bersukan, dll takkan kene penyakit..risiko pon rendah..

kalau gula banyak, pastu hari˛ dok atas kerusi dari ofis sampai balik umah..konfem la kene penyakit..dapat plak yang bilik beraircond..peluh tak keluar..bangun dari kerusi pon time tido je..yang ni konfem dapat penyakit..

selipar_cunz
12-07-2010, 08:45 AM
cam aku yg asik dok minum soft drink ni.. :P huhuhu... bila la nak insaf nih

rashid abdullah
12-08-2010, 04:40 AM
cam aku yg asik dok minum soft drink ni.. :P huhuhu... bila la nak insaf nih

Takpe tuan..kena kuatkan semangat untuk kurangkan atau berhentikan terus soft drink ni. Saya pernah terbaca kajian yang menunjukkan secara purata ada kira2 6 sudu gula/can;mcm Coke,Pepsi dsbnya...bahaya tu..

Khairul Zainudin
12-08-2010, 07:48 AM
diabetes ni tak semudah itu. a very complex disease. kalau dah ada ubat untuk sembuh ;lama dah sembuh. first documentation adalah zaman Socrates lagi. Diabetes mellitus nama latin penyakit kencing manis ni. Elok jumpa doktor direct kat klinik untuk mereka yang umur 40 tahun ke atas. 30 % penduduk di Malaysia ini at-risk penyakit kencing manis, bukan ini sahaja obesity, hypertension, sakit jantung, diabetes, gout, fatty liver ni semua dipanggil "non - communicable disease" sebab ia adalah penyakit lifestyle. Sekadar peringatan untuk diriku yang dah obese ni.

zuljamil
12-12-2010, 12:10 PM
Jadi sempena kenaikan harga gula di pasaran sekarang ni jika diambil dari sudut positif suruh kita kurangkan pengambilan gula seharian. Kalu makan kat luar tu order air kosong ja la.. Jimat dapat, kesihatan pun terjaga :)

mfm84
12-12-2010, 05:06 PM
salam semua

nak tambah satu lagi

selain diabetes melitus

ada satu lagi jenis diabetes iaitu

diabetes insipidus-kekurangan hormon antidiuretik

wangxtra
12-15-2010, 03:53 PM
salam semua

nak tambah satu lagi

selain diabetes melitus

ada satu lagi jenis diabetes iaitu

diabetes insipidus-kekurangan hormon antidiuretik
itu macam ka? apa simtomnya? ada sama ka?

bapak aku pun pesakit kencing manis... org perak katanya... suka makan manis.. mula2 mata kena operation laser untuk katarak... baru2 buah pinggang lak kata tak function.. kena la pie dialisis 3 kali seminggu... jari pulak dah kena infection... rabak jari bapak aku ditoreh dek dah bernanah.. satu badan pulak gatal2... mudah-mudahan selesai la masalah bapak aku nie...

PakarBuahPinggang
12-20-2010, 07:20 AM
Oleh itu ,kita sendiri haruslah mengambil langkah "pro-aktif" untuk pergi ke klinik atau hospital yang berdekatan untuk membuat pemeriksaan berkala atau saringan kesihatan untuk diri kita sendiri .

Pemeriksaan seperti ini tidak lah membebankan kerana kita hanya perlu membuat pemeriksaan berkala tersebut dalam masa 3 hingga 6 bulan sekali sahaja.

Bagi sesiapa yang mempunyai ahli keluarga terdekat seperti ayah,emak,adik-beradik,paksik,makcik yang menghidapi Diabetes adalah di galakkan membuat pemeriksaan yang lebih kerap berbanding mereka yang lain.


Irwandy

Saya amat bersetuju dengan artikel di atas tentang bahayanya penyakit kencing manis ini.Bilangan pesakit yang semakin bertambah dari tahun ke tahun adalah disebabkan yang paling utama sekali ialah tabiat pemakanan kita.

Saya juga bersetuju bahawa cara terbaik untuk mengesan penyakit ini ialah dengan selalulah membuat pemeriksaan darah dengan kerap.Melaburlah sedikit demi kesihatan anda,tiada ruginya.

PakarBuahPinggang
12-20-2010, 07:23 AM
itu macam ka? apa simtomnya? ada sama ka?

bapak aku pun pesakit kencing manis... org perak katanya... suka makan manis.. mula2 mata kena operation laser untuk katarak... baru2 buah pinggang lak kata tak function.. kena la pie dialisis 3 kali seminggu... jari pulak dah kena infection... rabak jari bapak aku ditoreh dek dah bernanah.. satu badan pulak gatal2... mudah-mudahan selesai la masalah bapak aku nie...

Inilah bahayanya bro bila kena penyakit kencing manis.Sedikit demi sedikit ia akan merosakkan sistem organ yang lain termasuk buah pinggang.Ayah saudara saya meninggal akibat sakit jantung.Tetapi sebelum tu dah pun rosak buah pinggangnya,mata buta,kaki dah dipotong.Ngeri sangat penyakit ni.

yusli
02-13-2011, 06:59 AM
Apabila sudah terkena diabetes, lama-kelamaan mesti ia dikaitkan dengan buah pinggang. Kenapa ini terjadi? Ramai yang mengatakan diabetes ada kaitan dengan buah pinggang, tetapi sebenarnya ramai yang tidak mengetahui, kerosakan buah pinggang "kidney paralyzed" bukan disebabkan diabetes. Walaupun tanpa diabetes, kita tetap boleh terkena kerosakan buah pinggang "kidney paralyzed". Setiap orang yang telah menghidapi diabetes, ia pasti tidak pernah putus menjalani rawatan doktor, setiap kali rawatan, pasti doktor membekalkan beberapa jenis ubat kepadanya. Pada mulanya ia menghidapi diabetes ia tentunya belum terkena kerosakan buah pinggang, namun setelah menjalani rawatan doktor untuk beberapa tahun (biasanya 4 tahun keatas), doktor pasti akan mengatakan ada tanda2 "kidney paralyzed".
Punca sebenar kenapa buah pinggang tersebut rosak adalah disebabkan oleh pengambilan ubat yang dibekalkan oleh doktor tersebut terlalu kerap dan lama, buah pinggang pula,selama pengambilan ubat doktor tersebut banyak melakukan kerja2 berat, menapis segala ubat, toksin atau apa saja yang kita makan. Kerja yang berat inilah yang membuatkan semakin lama buah pinggang akan lumpuh menjalankan tugasnya. Adakah doktor tersebut bersalah kerana memberikan ubat tersebut kepada pesakit sehingga penyakit tersebut bukan baik malah menambahkan koleksi penyakit?. Sebenarnya doktor tidak salah dan ubat yang diberikannya memang untuk penyakit yang pesakit hidapi. Kalau salah, buat apalah doktor tersebut belajar tinggi2 sehingga dapat dr Phd atau sewaktu dengannya.
Doktor hanya orang yang memberikan ubat, baik manapun ubat tersebut kalau tiada yang dapat menghantar ubat tersebut ke tempat yang sepatutnya, ubat tersebut akan menjadi sia2. Siapa yang menghantar ubat tersebut ke temapt yang berpenyakit tersebut? Dalam diri kita setiap zat, ubat, oksigen, atau apa saja yang diperlukan oleh tubuh kita, darah menjadi transit atau penghantar kepada semua itu. Sekiranya ada sebahagian saluran darah tersumbat, penghantaran ubat tersebut ke tempat yang sepatutnya tidak dapat dilakukan seterusnya ia akan membawa semuanya ke buah pinggang untuk di tapis dan dibuang. Oleh kerana terlalu banyak kerja yang diberikan kepada buah pinggang kerana ubat tersebut tidak sampai ke tempat yang sepatutnya, buah pinggang akan rosak. Kerosakan buah pinggang lebih memeritkan lagi penderita diabetes tersebut.

Apa yg Aziel tulis ni betul. Saya pun bru tahu info ni drpd seorang akak yg pernah buka pusat haemodialisis (skrg ni akak ni berniaga brg keperluan bayi). Akak tu kata kebanyakan yg buat rawatan haemo ialah pesakit diabetes yg tlh lama. Kata dia kesan makan ubat yg banyak dan tempoh lama.
Ada 1 artikel dr seorang dr pakar yg menyatakan ubat tahan sakit punca kerosakan buah pinggang...

Cikgu Loh
02-15-2011, 04:01 PM
Yang penting jagalah pemakanan kita dan kuatkan bersenam...

Insyallah kita akan dijauhkan dari sebarang penyakit terutamanya diabetes!.........

mruzila
04-11-2011, 04:23 PM
Assalamualikum,
saya sekadar nak berkongsi info sebagai pesakit diabetes.
Saya adalah pengidap diabetes kronik.
Setelah di diagnos dua-dua jenis diabetes saya hidap iaitu diabetes melitus dan insipidus.
Sekarang sudah hampir 5 tahun saya mengidap diabetes yang pada asalnya saya dapat semasa mengandung anak saya yang ke-tiga. Biasalah masa mengandung saya punya ngidam semua benda yang manis-manis al-maklumlah orang kelantan.
Semasa mengandung saya memang kena ambil insulin masa tu 2 kali seminggu saya kena ulang-alik ke HKL sehinggalah bersalin.
Tapi sekarang masalah diabetes insipidus saya dah pulih cuma sekarang nih dalam proses menyembuhkan masalah diabetes melitus.
Bagi pesakit diabetes kronik bacaan gula dlm darah bukan lah tanda sakit kita bertambah baik .....

nantikan perkongsian sepenuhnya dan penemuan terkini tentang diabetes bersama saya di post yang akan dtg.

Wassalam Ila

mruzila
04-11-2011, 04:29 PM
Ubat pertama untuk rawat penyakit yang kita hidapi ialah redha... Bukankah penyakit itu didtgkan kepada kita untuk menyucikan dosa-dosa kita, itu jika kita redha.
Janganlah kita risau atau anggap beban dengan penyakit yang kita hidapi malah byk2kan bertaubat kepada ALLAH.
Malah nabi Muhamad s.a.w pernah bersabda bahawa " Setiap Penyakit Itu ada ubatnya Kecuali TUA dan MAUT"

JenamaOnline
04-12-2011, 08:03 PM
Nice sharing, takut juga member dah dua ibu jari kena potong huhuhuhuhu :)

Mohd Firdaus
04-18-2011, 01:30 PM
Diabetes kini menyerang tak kira umur muda mahupun tua.. harus diingatkan utamakan pemakanan yang seimbang kurangkan pengunaan gula banyakkan senaman.

kalau dah kena payah nak baik Arwah tokki saya meninggal akibat diabetes... so berjaga-jaga jika ahli keluarga anda ada terkena diabetes anda perlu menjaga kesihatan dari sekarang....

Cegah sebelum parah..

annezm
04-20-2011, 10:41 AM
assalamualaikum..
ada sorang kanak-kanak sekolah rendah kampung saya pun dah ada yg kena diabetes ni.....betul laa..dia tak kira usia....

Irwan Mokh
05-05-2011, 03:26 PM
assalamualaikum..
ada sorang kanak-kanak sekolah rendah kampung saya pun dah ada yg kena diabetes ni.....betul laa..dia tak kira usia....

Sebenarnya setakat ini diabetes terbahagi kepada 2 jenis iaitu jenis1 dan jenis 2.

Jenis satu adalah yang selalu terjadi di kalangan remaja dan kanak-kanak disebabkan pankreas tidak dapat menghasilkan insulin untuk badan atau insulin yang di hasilkan tidak berkesan lagi.

Ada juga fakta mengatakan diabetis jenis satu ini berlaku di sebabkan sel pengeluar insulin dalam pankreas musnah dan menyebabkan pankreas hilang sama sekali keupayaan untuk mengeluarkan insulin.

Jika Insulin tiada atau kurang berkesan maka kadar gula dalam badan akan meninngkat dan menyebabkan jadi nya diabetis.Selalunya diabetis jenis satu di rawat dengan suntikan insulin,diet dan bersenam dengan tetap.

Saya percaya kanak-kanak yang anda katakan di atas mengalami Diabetis Jenis Satu.


Jenis 2 adalah yang selalunya terjadi kepada rakyat Malaysia dan seluruh dunia pada masa sekarang yang kebanyakkan nya di sebabkan cara hidup yang tidak sihat(sedentary lifestyle),terlalu banyak makan benda yang berlemak dan tinggi kandungan gula,serta ada juga yang diwarisi dari orang tua(genetik ).

Saya mengatakan "setakat" ini dalam perenggan pertama tadi adalh kerana di percayai terdapat Diabetis Jenis Ketiga telah pun di temui tetapi ianya masih dalam peringkat penyelidikkan lagi.

P/S:Selain diabetis jenis 1 dan 2 kita juga ada GDM (gestation Diabetis Melitus) iaitu diabetis semasa mengandung sahaja.


Irwandy:D

paksu07
05-05-2011, 04:51 PM
sharing yg sgt baik ttg kesihatan... sy bagi 5/5..!!!

Irwan Mokh
05-05-2011, 05:41 PM
sharing yg sgt baik ttg kesihatan... sy bagi 5/5..!!!

Terima kasih Tuan.... : )

Irwan Mokh
09-28-2012, 11:43 PM
Lama dah tak update thread nie...saje nak highlight kan mengenai harga gula yang bakal naik setelah subsdidi sebanyak 20 sen kerajaan di kurangkan...? jika tengok dari jangka pendek memang akan membebankan tapi jika kita lihat dari jangka panjang di mana penurunan subsidi ini mampu mengurangkan beban subsidi kerajaan pada masa sekarang dan dapat mengurangkan rakyat Malaysia membeli gula secara "borong" semasa hari gaji untuk bekalan sebulan...saya rasa ini merupakan tindakan yang agak tepat!

Ini pendapat saya saje...Apa kata korang pulak?

Rodríguezz
11-03-2012, 09:53 AM
Diabetes is really a serious health problem that should be taken into consideration. I am a diabetic and take medicines and precautions.

Rodríguezz
11-05-2012, 11:55 AM
I agree with everyone who say that diabetes is the mother of all disease. I am coping with this illness and experience lots of trouble. Despite taking treatment I am still having problems.

razorz18
11-05-2012, 12:03 PM
you should change your eating habits and exercise a lot. drink a lot of plain water and really took care of your feet especially.

alhawariyyun
11-07-2012, 05:45 AM
kencing manis ni penyakit kronik, tetapi ianya boleh dikawal dengan pemakanan, exercise dan pengambilan ubat-ubatan mengikut jadual. Jarang orang boleh kawal dari 3 aspek ni. Kalau ubat makan ikut jadual semata2, tetapi diet dan exercise jarang sekali buat tak berjaya juga. Saya cadangkan, untuk diet, jumpa dietetik / nutritionist bagi mendaptkan perancangan diet yg sesuai, untuk exercise dapatkan nasihat doktor bagi mendapat penilaian sejauh mana fit ke tidak untuk exercise.

Rodríguezz
11-28-2012, 06:35 AM
Diabetes is truly a big condition in this world where lots of people are affected to this deadly condition. So it becomes necessary to eat healthy, workout proper and live healthy as well.

Zafrin
11-28-2012, 07:35 AM
Anak pokok stevia

Lebih manis dari gula

Sangat sesuai bagi pesakit diabetes/kencing manis

Dapatkan Sekarang !!!

hubungi zack 012-2351623

http://kebunmaya.blogspot.com/2011/02/jualan-anak-pokok-stevia.html

diarisikurus
11-30-2012, 03:55 PM
untuk pesakit kencing manis, sememangnya digalakkan mengambil substitute pemanis selain dari gula yang kita selalu duk minum. Seperti stevia dan madu lebah. Berdasarkan pembacaan saya, madu lebah juga bagus digunakan sebagai pengganti gula sekarang kerana ia mengandungi banyak antioksidan, anti-radang. Kajian dibuat di HUSM mendapati bahawa madu lebah berpotensi untuk mengurangkan tahap keterukan kencing manis untuk jangka masa yang panjang. :)