PDA

View Full Version : HD Camera yang bagus untuk IM



shuth
10-20-2010, 05:49 AM
Salam..

saya nak tanya sikit kepada sesiapa yang handal dalam videography nie.
Saya nak buat video HD, so nak beli camera.

Jadi nak tanya, camera HD apa yang bagus untuk buat penggunaan IIM nie ya?
Yang senang nak rekod, nak transfer dalam kompter serta untuk edit.

Ada yang kata boleh guna camera DSLR... tapi payahlah pulak..
takkan nak kena angkut laptop sekali kalau nak buat rekoding di luar.
sebab benda tu kena pakai software untuk rekod.

Kalau yang jenis guna compact flash drive tu ok ke?
mudah tak untuk ditransfer ke komputer..
adakah boleh terus copy & paste.. atau perlu diconvert dulu
seperti mana penggunaan DVD yang akan menyebabkan kualiti video drop?

Ada sesiapa yang boleh share info?

Terima kasih.

eyman
10-20-2010, 06:04 AM
Salam bro shuth just bg pendpt je..sy ni x pro pun...sy pakai sony HDR-XR200e. Sebab apa sy pakai video camera ni.. pertama sebab dia HD, kedua simpanan rakaman adalah dalam HDD (120GB) xyah pk2 pasai tape/memory card size kecik/dvd, ketiga sng teransfer..lps shoot video trus leh msuk laptop...dan edit pa2 yang patut...videoklip band saya dan filem pendek saya pun pakai video cam ini...sangat cantek dan truly HD..
Apa-apa pun ini hanyalah pendapat saya sahaja selaku pengguna video cam ini hampir setahun... lain org lain pendapat

shuth
10-20-2010, 06:07 AM
oh ok.. saya pernah dengar juga rakan saya guna camera jenis hard disk nie..
tapi dia kata ada problem bila nak transfer ke pc..

transfer tu.. macam mana ya?
guna usb ke? firewire ke?
boleh copy & paste terus fail video tu ke?
atau perlu buat rekod/dubing semula masuk dalam komputer?

eyman
10-20-2010, 06:25 AM
Haah trnasfer via usb... xpayah dubbing pe sume.. terus leh copy paste file video tuh.. software yg disediakan sony gak leh convert terus ke format video lain... kalo bro nk amik..amik model yg latest lagi pada model ni.. harga dia affordable je..xmahai sgt..sesuai la dgn range model dia untuk thp beginner.. TAPI sy ada tnya2 org kedai depa bgtau kalo nk betul2 cantek dan HD mmg camcorder yang pakai storan filem gulung tuh.pe ntah nama dia...tp yg tuh kalo org buat produksi filem bleh laa huhu...harga belas-belas ribu..kalo p riki2 kat kedai pun apa yg sy nmpk cam comcorder skang storan nya sama ada memory card atau harddisk yg salu dok pamer..

ahmadfairus
10-20-2010, 06:32 AM
shuth

U boleh gunakan dslr,byk skrg antara yg murah adalah 550d canon.Untuk info kualitinya lg better dari video kamera coz ini adalah hd.Sy shoot untuk astro pun gunakan dslr kamera,dan byk video klip skrg gunakan dslr.

untuk edit,byk software skrg,insyallah sy boleh bantu.

laser
10-20-2010, 06:38 AM
Salam..

saya nak tanya sikit kepada sesiapa yang handal dalam videography nie.
Saya nak buat video HD, so nak beli camera.

Jadi nak tanya, camera HD apa yang bagus untuk buat penggunaan IIM nie ya?
Yang senang nak rekod, nak transfer dalam kompter serta untuk edit.

Ada yang kata boleh guna camera DSLR... tapi payahlah pulak..
takkan nak kena angkut laptop sekali kalau nak buat rekoding di luar.
sebab benda tu kena pakai software untuk rekod.

Kalau yang jenis guna compact flash drive tu ok ke?
mudah tak untuk ditransfer ke komputer..
adakah boleh terus copy & paste.. atau perlu diconvert dulu
seperti mana penggunaan DVD yang akan menyebabkan kualiti video drop?

Ada sesiapa yang boleh share info?

Terima kasih.
untuk pengetahuan bro shuth, rakam video guna dslr tak perlu guna software..just rakam je terus..dslr sekarang kebanyakannya dah support fungsi rakam video HD sehingga 1080p(full HD)..harga pon tak banyak beza dengan videocam HD + dslr boleh tangkap gambar dengan resolusi tinggi..

kepada bro eyman, betul ke kamera sony boleh drag n drop untuk pindahkan file?? setahu saya kene guna software yang disediakan baru boleh..so jadi masalah kalau kita nak transfer file kat komp orang lain..lebih kurang macam ipod yang perlukan itunes untuk transfer file..

shuth
10-20-2010, 06:39 AM
err.. kalau tak silap saya..
untuk dslr..masa nak rekod tu kena attach dengan laptop/pc kan? ke tak perlu?
lagi satu.. dia takde external mic kan? kalau nak rekod temuramah kat luar, tempat awam..
takut suara tak dengar pula.

FADZRI
10-20-2010, 06:43 AM
Saya rasa better guna DSLR , :) Sbb gambar lebih cantik..

untuk rujukan boleh tgk link ni http://www.digital-slr-guide.com/

Kalau nk compact, camera olympus yg terbaru tu pun ada HD video, Skrg tgh Promosi kat Lowyat (fotokem)
Boleh dapat dalam RM 600-700 ...

ahmadfairus
10-20-2010, 06:45 AM
err.. kalau tak silap saya..
untuk dslr..masa nak rekod tu kena attach dengan laptop/pc kan? ke tak perlu?
lagi satu.. dia takde external mic kan? kalau nak rekod temuramah kat luar, tempat awam..
takut suara tak dengar pula.

Masa rekod adalah tergantung pada card dan juga setiap dslr ada had limitnya,cuma ia bukan 1 masalah besar,ini kerna kita dapat mengwal masa yg kita inginkan.Untuk rekod seperti itu,ada beberapa kamera dslr yg ada output mic,dan ada juga yg sudah ada internal mic,cuma untuk temuramah kurang disarankan menggunakan internal,harus beli extenal.

so fa,untuk skrang,dslr dah cukup bagus untuk apa yg u ingin lakukan dan pastinya ia akan di upgrade masa ke semasa.

laser
10-20-2010, 06:51 AM
err.. kalau tak silap saya..
untuk dslr..masa nak rekod tu kena attach dengan laptop/pc kan? ke tak perlu?
lagi satu.. dia takde external mic kan? kalau nak rekod temuramah kat luar, tempat awam..
takut suara tak dengar pula.
tak perlu bro, sebelum ni mana ada dslr yang boleh rekod video..hujung tahun 2008 baru ada..yang kene attach dengan pc tu bukan rakam video, tapi menggunakan function liveview untuk paparkan pada pc je..takpon mereka guna teknik tethering (ambil gambar dan file terus save dalam pc)..

kalau bro beli entry level dslr, memang takde external(mono sahaja)..tapi kalau bro beli high-end macam 5DmkII,D300s,K7 dll memang boleh guna external mic..

eyman
10-20-2010, 06:59 AM
tu diaa pakar-pakar kamera semua mai dh memberi pendpt..saya yg hina dina ini dan xbyk ilmu perlu la mengundur diri dari memberi pendpt hhuhu (just kidding) buat bro laser..aah betul bila kita cucuk via usb dia akan detect sebagai HDD dlm camcorder tuh sebagai external harddisk... so bukak cam besa melalui my computer cari la file video tuh.. melalui software lgi better...sbb ada rujukan tarikh apa suma...maybe lain model kot xbleh..

shuth
10-20-2010, 06:59 AM
tak perlu bro, sebelum ni mana ada dslr yang boleh rekod video..hujung tahun 2008 baru ada..yang kene attach dengan pc tu bukan rakam video, tapi menggunakan function liveview untuk paparkan pada pc je..takpon mereka guna teknik tethering (ambil gambar dan file terus save dalam pc)..

kalau bro beli entry level dslr, memang takde external(mono sahaja)..tapi kalau bro beli high-end macam 5DmkII,D300s,K7 dll memang boleh guna external mic..

wah! terima kasih... info menarik..
nanti say atry ushar model2 camera tu..

shuth
10-20-2010, 07:21 AM
hu hu.. boleh tahan juga ya harga nikon D300s nie..
pastu boleh rekod 5 minit video je ke?.


http://www.youtube.com/watch?v=Ns2GclVpxLo

reezluv
10-20-2010, 07:33 AM
kalau entry level, model D3100 yang baru tu ada full HD video mode..kualiti videonya lagi best dari video D90 aku tuh..huhu..

tapi lagi baik pakai full frame camera macam D3s, D300s, 5D Mark II , lense dan mic leh attach sekali tu..lense plak leh tukar2..:D

tentang length video tu.guna je la High Speed punya Memory Card..sekali letak 16Gb tu..takpun 32GB..besar dah tu...so lengthnya rasa bergantung kepada space memory dalam kad tu la..automatic kamera tu akan estimate bape time length yang boleh dirakam oleh body tu..

lagi satu kelebihannya...leh tangkap gambor la...zoom jauh gile guna 500mm..hehe

laser
10-20-2010, 07:52 AM
tentang length video tu.guna je la High Speed punya Memory Card..sekali letak 16Gb tu..takpun 32GB..besar dah tu...so lengthnya rasa bergantung kepada space memory dalam kad tu la..automatic kamera tu akan estimate bape time length yang boleh dirakam oleh body tu..
pasal length video tu bukan macam tu..sebenarnya memori kad (format FAT32) ada limited size untuk satu file..tak silap saya dalam 4GB max per file..so bila saiz file dah sampai limit, video akan auto stop record..kemudian bleh sambung balik..sebenarnya takde masalah pon pasal tu..sebab 4GB boleh rekod lama jugak..mungkin masalah kalau nak rekod non-stop 3 jam movie..tapi rasanya takda kot yang rekod non-stop..mesti ada cut kat mane˛..pasal memori kad pon tak perlu risau..saiz 64GB pon dah berlambak di pasaran..harga mahal la sikit..hehe

reezluv
10-20-2010, 08:28 AM
oh..gitu rupanya..aku taktau..hehe..maklumlah..tak pernah shooting guna kamera memahal ni..tak bape tau sangat tentang technya..:P


pasal length video tu bukan macam tu..sebenarnya memori kad (format FAT32) ada limited size untuk satu file..tak silap saya dalam 4GB max per file..so bila saiz file dah sampai limit, video akan auto stop record..kemudian bleh sambung balik..sebenarnya takde masalah pon pasal tu..sebab 4GB boleh rekod lama jugak..mungkin masalah kalau nak rekod non-stop 3 jam movie..tapi rasanya takda kot yang rekod non-stop..mesti ada cut kat mane˛..pasal memori kad pon tak perlu risau..saiz 64GB pon dah berlambak di pasaran..harga mahal la sikit..hehe

syuxx
10-20-2010, 10:26 AM
iphone 4 dan ipodtouch 4th gen sekarang ni pun dah capable untuk record HD video.

laser
10-20-2010, 10:49 AM
iphone 4 dan ipodtouch 4th gen sekarang ni pun dah capable untuk record HD video.
tu resolution je HD..tapi kualiti??

ramai orang salah anggap pasal HD video ni..

abelljefrry
10-20-2010, 11:20 AM
Salam saudara Shuth dan sahabat semua,

OK, ini pula pendapat saya:

Kalau Pilih HD video cam,
Saudara hanya boleh ambil video HD sahaja, kalau nak ambil still photo, tak boleh. kalau yang boleh pun, tak cantik. Lens pun tidak semua model HD videocam boleh tukar tukar. Sebab dalam videography, sama juga dengan photography, lens perlu ada fungsi optical zoom dan boleh dipelbagaikan bagi mewujudkan 'ruang' dan 'kesan' dalam video. Harga juga mahal, dan tidak berbaloi bagi saya. :)

Kalau pilih DSLR,
camera DSLR yang boleh merakam video HD biasa nya model yang baru, dan advanced SLR camera. harga nya lebih kurang juga dengan HD videocam yang boleh tukar tukar lens. Tetapi, kelebihan nya ialah, untuk still photo juga sangat sangat berkualiti. lebih berkualiti dari HD video yang diambil. sebab memang itu fungsi asal camera DSLR. kalau tak guna, boleh sewa kan pada orang, atau boleh juga belajar untuk buat servis photography, tak semestinya untuk kahwin saja. kalai dalam IM, boleh buat servis "Corporate Portraiture".

Kalau guna iPhone 4,
Kalau guna iphone 4, pun ok juga, HD juga, dan kelebihan nya memang sangat terbatas lah kalau nak dibanding dengan 2 di atas. Sebab ianya hanya lah telefon. Tapi, jangan kita perkecilkan kebolehan iphone ni, sebab saya dah tengok hasil kerja iphone 4 untuk corporate video. memang mengancam.

jadi, isu rakaman DSLR yang pendek tu, bagi saya bagus untuk beginner, memang bagus. sebab kalau panjang, akan buat kita cenderung ambil video one take ni. tak bagus. sebab kalau kita buat video one take untuk IM vloging, product review, dan launching video, memang tak bagus. kita kena belajar banyak technique untuk hasilkan video yang mantap. saya rasa, setakat ni, IM video tempatan yang paling bagus saya tengok, saudara Suthan M. ini yang terbaik. camera nya tak lah HD mana, tapi teknik cinematography yang digunakan tu penting. study semua video beliau dan aplikasi pada video anda.

ini ada beberapa sumber rujukan:

DSLR Video Workshop dan sample tahap gaban: http://cstproduction.com/WORKSHOP/
DSLR Creative Video Blog: http://www.youtube.com/user/mysteryguitarman?blend=1&ob=4
iPhone 4 Corporate Video: http://www.youtube.com/watch?v=o5JQdgvzuL0
Cinematography Tutorials: http://www.youtube.com/user/markapsolon (NI salah satu, boleh contact saya untuk tutorial ikut cinematography terms)
Laman Utama Web Suthan M :http://suthanm.com/

Selamat mencuba! :)

Gabriel121
11-12-2010, 07:09 AM
My camera canon ixus 700.. But i find that Panasonic and Sony nya pix quality, macam better ar..

olskool
11-12-2010, 08:52 AM
for this case..
i sugest nikon d3100
dslr+boleh rakam HD video
harga pom murah..under rm2k

Faiz Shafie
11-12-2010, 10:55 AM
Rasa nak pakai DSLR juga lak..model mana ye yang harga dia lebih kurang RM1,000 je?

reezluv
11-12-2010, 03:04 PM
ada ke?kalau ada aku rasa bukan DSLR la kot..kamera compact kot..



Rasa nak pakai DSLR juga lak..model mana ye yang harga dia lebih kurang RM1,000 je?

laser
11-12-2010, 03:29 PM
Rasa nak pakai DSLR juga lak..model mana ye yang harga dia lebih kurang RM1,000 je?
ada˛..beli yang 2nd/3rd hand..model keluaran tahun 2006 dan ke bawah.. :D

Faiz Shafie
11-13-2010, 11:48 AM
oh maafkan tuan hamba yang xreti apa2,.rupanya xde RM1,000 ye..huhu..ok la paling murah berapa ye kamera DSLR..ampun newbie di sini..:D

olskool
11-13-2010, 01:53 PM
nikon d3000,sony alpha a230 and canon 1000d
sume model di atas yg termurah kt pasaran..
sesuai untuk beginner.. harga around rm14++ and under rm16++

khairilz
11-14-2010, 01:29 AM
yang boleh tangkap gambar mikro tu pakai kamera dan lens jenis ape erk?

ambil gambar embun, lalat dan macam2 lagi yang kecik..dia pakai kamera DSLR ke?

jusjambu
11-14-2010, 01:38 AM
Contoh macam Video Suthan M , susah ke nak buat, kamera digital yg biasa tak leh ke?

olskool
11-14-2010, 04:04 AM
dslr ...
kamere biasa pom boleh..tp xde ler sharp focus die tu..tp xsume camera biasa boleh..kalu yg rege rm200-rm400 tu..xleh kot..

laser
11-14-2010, 07:07 AM
gambar macro yang macam saya tangkap ini (http://1.bp.blogspot.com/_XVyJBnCEVgg/R4yHhPRqz0I/AAAAAAAAAEA/XdYjuk7Xujc/s1600-h/SG1S1887123.jpg) ke? hehe :D kene banyak sabar..

abelljefrry
11-15-2010, 03:10 AM
yang boleh tangkap gambar mikro tu pakai kamera dan lens jenis ape erk?

ambil gambar embun, lalat dan macam2 lagi yang kecik..dia pakai kamera DSLR ke?

untuk gambar macam tu, biasa nya guna SLR. sama ada digital atau analog. dan guna macro lens atau close up lens. kalau lens hebat sekali pun, filem panel tak cukup besar/hebat, gambar nya kurang memuaskan. saya digital tak pandai. kalau filem, untuk kualiti yang bagus, guna camera medium format, yang guna filem 120. kalau nak lagi cun, guna slide film. hehe. memang mengancam. dan kalau ambil gambar binatang, memang susah. sebab dia lari kalau kita dekat sangat atau banyak bergerak. dan perlu stabil supaya kurang goyang. kalau nak belajar macro, saya saran kan start dari still object dulu. ambil gambar objek. dah mahir baru try shoot serangga, dan dua benda ni, lain lain feel nya. so kena try dua dua.

kalau guna camera murah, atau compact/pocket camera, masih boleh. tapi terhad penggunaan nya. jadi, hack camera tersebut. tambah kanta di depan lens. cuma bezanya, kita kena adjust jarak dan kedudukan camera untuk dapatkan depth of field dan titik fokus pada subjek. masih boleh kalau nak. tapi dari pengalaman saya ajar DIY modhack photography ni di college dulu, ramai yang malu pada mula nya. sebab nampak macam bo/doh. tapi dah masuk chapter ke 2, 3, bila saya dah start expose advance hack, semua rasa bangga nak pakai camera masing masing. :) agak nya, ada ke yang berminat kalau saya ajar DIY modhack (modification & hack) photography ni? dari fundamental, termasuk cara nak buat camera. sampai advance. hehe

abelljefrry
11-15-2010, 08:31 AM
Ok, saya ada NIkon D60, tip top condition. RM1150. boleh nego. kit lens. ada sesiapa nak test power? haha. kalau nak, PM saya. sebab saya iklan kan di mudah sekali ni. first come first serve.

rosita
02-15-2011, 09:16 AM
Salam Shuth..
Sebenarnya tak ramai yang mengetahui prihal camera nie...
setahu saya zaman sekarang lebih baik gunakan camera digital sahaja sbb boleh di edit dlam photoshop.
Tapi ia bergantung kepada objektif you nak buat apa... adakah menggunakan micro / flash gun atau baby flash mungking dah mencukupi dgn kerja2 akan you adakan.
Saya menggunakan nikon D60 and D70 untuk product shoot.
resultnya pun berbeza juga...
wlaubagimana pun banyak perkara yang harus diketahu jika mahukan result yang canggih dan unik.... RJ

FADZRI
03-17-2011, 05:57 AM
Encik Shuth Dah beli DSLR?

Nikon ada camera dslr tbaru D3100. boleh rakam video maksimum 1080p HD.. mmg best :)

Harga pun agak berpatutan Lebih kurang RM2 k sahaja

tgk video disini http://www.google.com.my/search?q=nikon+d3100+hd+video&ie=utf-8&oe=utf-8&aq=t&rls=org.mozilla:en-US:official&client=firefox-a#q=nikon+d3100+hd+video&hl=en&client=firefox-a&hs=U96&rls=org.mozilla:en-US:official&prmd=ivns&source=univ&tbs=vid:1&tbo=u&sa=X&ei=H6SBTdbvKMHlrAfy3onDCA&ved=0CC8QqwQ&fp=81b050ec099f1ef1

shuth
03-17-2011, 07:49 AM
yup! setelah membuat survey yg agak lama..
akhirnya saya telah membeli canon eos 550d...
skang tgh menggodek2 lagi..

FADZRI
03-17-2011, 08:12 AM
Oh.
Canon EOS 550 d Pun mmg best ! walaupun harga tinggi sikit tp mmg berbaloi kan.. hehe
Selamat menjadi warga Canon.... :D

Saya, kawan2 sy bnyk guna Nikon jadi sy beli Nikon :)

tazamfn
05-09-2011, 08:22 AM
Berapa harga dia yek!!!!

AlimAriff
07-17-2011, 01:44 PM
DSLR skrg mmg berbaloi kalau beli...
mmg la body nya besar skit, tp puas hati..
en shuth telah membuat pilihan yg tepat!

gontuni
09-22-2011, 04:39 AM
Hello tumpang tanya,saya ada camera baru SonySLTA35 full HD dan ada buat video recording,jadi nak cuba convert pi video,bagaimana caranya yer?..camera baru ni tak tak tau apa-apa lagi!..Trima kasih

tengkuhasan
10-24-2011, 06:46 AM
canon 1D kamera HD bagus

Alexandria90
03-19-2012, 05:03 PM
guna camera dslr pun ok gak..harga pun berpatutan

Alan Chan
04-01-2012, 03:47 AM
bagus tip tip semua diatas....tq

jelitasara
04-12-2012, 08:57 AM
Guna DSLR aja.. memang kualiti gambar HD dan suara semuanya ok... Just beli the latest DSLR yg ada HD video... range price serendah RM1800-RM3k. -Canon.
abis jer rekod terus transfer the video...simple.

gontuni
04-12-2012, 11:46 AM
Hello Jelita...boleh tumpang tips/teknik cara transfer/convert HD video,saya guna DSLR SonyHD.Thanks....!

HowartKevin
05-10-2012, 07:58 PM
I am also using sony hd camera for my parties.

rocktstrading
06-21-2012, 04:07 PM
Logitech punya camera baik

zakeri
06-22-2012, 01:32 AM
Hambe baru nak beli DSLR ni... hehehehe... nak mulakan hobi baru... hahahah

mustaffa
10-09-2012, 03:42 AM
ok tuan nak tanya sikit. macamana nak edit video tu masukkan dalam adobe premere?
saya cuba berkali x boleh..sori saya orang baru..

Salam bro shuth just bg pendpt je..sy ni x pro pun...sy pakai sony HDR-XR200e. Sebab apa sy pakai video camera ni.. pertama sebab dia HD, kedua simpanan rakaman adalah dalam HDD (120GB) xyah pk2 pasai tape/memory card size kecik/dvd, ketiga sng teransfer..lps shoot video trus leh msuk laptop...dan edit pa2 yang patut...videoklip band saya dan filem pendek saya pun pakai video cam ini...sangat cantek dan truly HD..
Apa-apa pun ini hanyalah pendapat saya sahaja selaku pengguna video cam ini hampir setahun... lain org lain pendapat

Rodríguezz
11-08-2012, 08:31 AM
Well I don't have a HD camera and its related information so I am unable to make any comment. I would definitely go through this information and post my views.

JejakaFX
11-09-2012, 06:08 AM
Gunakan Nokia N8 sahaja sudah memadai.

Kaio_MY
11-09-2012, 10:16 PM
Kalau macam saya. saya menggunakan Canon 550D. ternyata memang berbaloi dgn harganya.
sesuai utk rakaman ketika event, interview (lebih bagus kalau ada external mic & lighting LED utk shooting tmpt kurang cahaya), nak buat video tutorial, nak buat shooting event, filem pun boleh. :)

Sbb DSLR ni boleh dikatakan handy jugak. dan kalau betul2 dah rasa nak get serious in videoshooting, accs utk DSLR pun mmg banyak mcm monopod, stablizer, slider dan macam2 lagi. :)

Kalau bab nk tansfer file pun takde masalah. drag dan drop sahaja atau copy dan paste. file recording dalam format MOV. di mana boleh dimainkan utk PC dan MAC termasuklah video editing software yang rata-ratanya support utk format MOV :)

Alhamdulillah, sejak dari awal tahun 2012 tempoh hari, sampai skrg dah nak dkt 300 video seperti review produk, shooting event, kahwin dan interview. saya shoot guna DSLR Canon 550D saya. MMG puas hati! :)

Kalau nak lihat beberapa portfolio video saya boleh pergi sini. personal blog saya dan klik pada -> My Other Project -> Portfolio Video. :)

Rodríguezz
11-14-2012, 09:39 AM
Well it is the great invention. I have this camera.

Andrew33
04-05-2013, 06:21 AM
Yeah this is great informaiton actually the best HD camera making is Nikon D3200 and in D series all models are best for make the est HD result photography i am also using this camera for my professional photography and this is good quality .............

Bandung Cincau
05-05-2013, 06:57 AM
nice info :) UP

dkngel
07-27-2013, 04:44 PM
Ini aku datau lah....

silvia-s
10-17-2013, 03:18 AM
halo all..my father is carpenter so he always ask us to help him take picture on those furnishing after he done for it..so u all know which camera is the best for taking furniture pic?