PDA

View Full Version : Melabur kat mana?



ForecastOne
09-01-2010, 09:28 AM
Salam semua. Saya ada sejumlah wang untuk dilaburkan. tetapi masalahnya kat mana duit itu perlu dilaburkan. Ada sesiapa yang sudi memberi pendapat? kalau boleh selain daripada ASB and bank rakyat...terima kasih:)

shuth
09-01-2010, 09:33 AM
Banyak tempat lagi boleh melabur..
- unit amanah, public bank
- saham, bursa malaysia
- emas..
- hartanah

yg penting, janganlah melabur kat mana-mana pihak yang menjanjikan anda pulangan juta2 dalam masa yang singkat..
ataupun pelaburan yang kalau nak untung besar.. kena cari orang lain sekali ajak mereka melabur...

shuth
09-01-2010, 09:38 AM
Tambah sikit lagi..
sebelum nak melabur kat tempat2 lain tu..
perkara pertama yang perlu dilakukan ialah,
melabur dulu pada diri anda..

iaitu, kena rajin baca buku atau gi seminar atau
apa2 sahaja cara timba ilmu tentang sesuatu pelaburan..

tapi kalau rasa-rasa malas nak buat semua tu..

lebih baik simpan je diam-diam dalam ASB tu..
itu dah kira bagus dah tu bagi mereka yang malas nak pening2 kepala timba macam2 ilmu pasal pelaburan..

lebih baik untung sikit di ASB tu daripada duit tu nanti hilang terus akibat tersalah melabur.. :)

Syedz
09-01-2010, 09:48 AM
yerp, saya pun melabur di asb saja..
xreti nak melabur di tempat lain...

Hamirul
09-01-2010, 01:20 PM
Bagi saya, pelaburan terbaik adalah ASB + Hartanah + Emas :D

imosnet
09-01-2010, 02:12 PM
pelaburan emas..... tgh hot skrg

Razif
09-01-2010, 02:18 PM
Pelaburan yang paling cepat keuntungannya?

Laburlah pada perniagaan anda... :)

Dan laburkan pada diri sendiri.. (Ilmu)

laser
09-01-2010, 02:50 PM
melabur kat ASB je..lagi senang..duit simpanan dah siap tolak zakat..so takyah pening kepala nak fikir pasal zakat..

kalau nak duit cepat, jadi ceti haram je..bagi pinjam duit tu kat orang pastu amik bunga tinggi..kira pelaburan la jugak tu..

Likexise
09-01-2010, 03:33 PM
melabur kat ASB je..lagi senang..duit simpanan dah siap tolak zakat..so takyah pening kepala nak fikir pasal zakat..

kalau nak duit cepat, jadi ceti haram je..bagi pinjam duit tu kat orang pastu amik bunga tinggi..kira pelaburan la jugak tu..

btol ka asb tolak zakat siap? ASB nh kompius la...pernah jmpa ckap -ve sal asb nh nh..

census
09-01-2010, 04:08 PM
paling senang ASB la. klu bab lain, kena ada kalau tak banyak paling sikit pun asas yg kukuh. xdigalakkan...

p/s bekas student sains aktuari

laser
09-01-2010, 04:20 PM
btol ka asb tolak zakat siap?
yup, ASB memang dah siap tolak zakat..

yang bro dengar benda -ve dan masih kabur²/was² tu adalah KWSP..

Dzoolhelmi™
09-01-2010, 04:21 PM
paling senang ASB la. klu bab lain, kena ada kalau tak banyak paling sikit pun asas yg kukuh. xdigalakkan...

p/s bekas student sains aktuari

apo kobondo tue ?

engshahrul
09-01-2010, 04:37 PM
Pertama sekali ASB. Pastu labur pd perniagaan atau ilmu.
Jgn bergantung pd satu pelaburan dan x kan nak mengharapkan org lain je melaburkan duit kita selamanya. Kene juga melabur pd ilmu.

census
09-01-2010, 05:20 PM
apo kobondo tue ?
sains aktuari ni nama kursus. satu cabang yg spesifik dalam matematik. lebih kepada insurans.

dr_zool
09-01-2010, 06:25 PM
labur pade emas

ForecastOne
09-01-2010, 10:04 PM
sori, melabur pada ilmu sememangnya perlu. Maksud saya disini dengan jumlah duit yang saya ada, kat mana rasa2 perlu saya laburkan. sebelum ini memang saya dah letak kat asb. tapi ada unsur2 gharar dan syubhah. boleh baca kat blog ustaz zaharuddin dan cari kat internet. sebab tu sy nak tukar ke tempat lain. kalau boleh tak nak untung kat dunia je, tapi juga kat akhirat. Pasal pelaburan emas tu cmana eh? ( saya juga berminat nak melabur kat bank al-rajhi @ public bank);)

shuth
09-02-2010, 01:04 AM
alternatif paling mudah bagi asb...
labur je kat unit trust...
cari agen unit trust..
cakap nak melabur dalam dana yang islamik..
settle..

MrEmas
09-02-2010, 01:23 AM
sains aktuari ni nama kursus. satu cabang yg spesifik dalam matematik. lebih kepada insurans.

bini aku amik sains aktuari...tapi sekarang dah jadi cikgu..opss lari topik

hmm. apa kata kita sama2 melabur dalam tabung haji
untung2.. kalau dapat jemputan, leh pergi haji

:-)

fsyukri
09-02-2010, 02:29 AM
belilah dinar emas byk2...

raihanberkat
09-02-2010, 05:46 AM
pelaburan tu maksudnya luas.
kalau nakkan pelaburan bermanafaat utk dunia wal akhirah, sedekahkan sedikit pada rumah2 anak yatim @ biayai persekolahan ponsok anak2 yatim.
rezqi akan berkat dan akan kembali berlipatkali ganda TANPA kita sedar..
contohnya, pada rumah anak yatim NURUL IMAN di Perak yang terbakar 100% baru2 ni...

Razif
09-02-2010, 11:23 AM
Was2 dengan ASB tetapi nak labur dalam public bank pulak?

shuth
09-02-2010, 01:27 PM
Was2 dengan ASB tetapi nak labur dalam public bank pulak?

Public bank ada unit trust islamik kalau tak silap..
lebih tepat.. public mutual bukan public bank..

http://www.publicmutual.com.my/page.aspx?name=utp_main

ForecastOne
09-16-2010, 01:29 AM
Was2 dengan ASB tetapi nak labur dalam public bank pulak?

Nape? Public bank xde penasihat syariah ke?

ForecastOne
09-16-2010, 01:30 AM
Public bank ada unit trust islamik kalau tak silap..
lebih tepat.. public mutual bukan public bank..

http://www.publicmutual.com.my/page.aspx?name=utp_main

Owh, berminat la dengan public mutual tu. tp cmana nak start ar? mmg zero la dgn bnda2 ni...

amirsyazi
09-16-2010, 01:33 AM
tak try bank persatuan ke..? dividen ok gak tu 9 - 10 jugak setahun...

ForecastOne
09-16-2010, 12:57 PM
tak try bank persatuan ke..? dividen ok gak tu 9 - 10 jugak setahun...

bank persatuan? tak pernah dengar pn.

DwenRasid
09-16-2010, 01:02 PM
melabur pada ilmu dahulu

kemudian asb

melabur kepda perniagaan anda sendiri

emas tu kemudian

amirsyazi
09-16-2010, 01:24 PM
bank persatuan? tak pernah dengar pn.

google je...

bigfish
10-20-2010, 05:24 AM
Salam semua. Saya ada sejumlah wang untuk dilaburkan. tetapi masalahnya kat mana duit itu perlu dilaburkan. Ada sesiapa yang sudi memberi pendapat? kalau boleh selain daripada ASB and bank rakyat...terima kasih:)

Salam.

Saya cadangkan anda melabur dalam unit trust di public mutual di mana sehingga hari ini syarikat unit amanah no.1 di malaysia mengekalkan rekod dalam memberikan kadar pulangan yang lebih tinggi dan kompetitif berbanding instrumen simpanan dan pelaburan yang lain.

Boleh layari blog saya atau pun contact saya di 019-7589774 (Nizam)

Tarmizi_78
10-25-2010, 08:47 AM
saya setuju tp saya No.1-EMAS No 2-HARTANAH tp ASB sekarang dah x minat.Faedah rendah sangat tp klu takut tanggung risiko memang ASB pelaburan paling BAGUS.Cuba tengok Koperasi.Ok juga.Tp untuk ahli2 sahaja.Org luar susah nak masuk.Mak mertua saya masuk RM1000.Selain bonus dapat.Duit seperti meeting RM200-2 kali setahun, duit raya RM100 kot, duit sekolah walau x ada anak sekolah.Lain2 berapa dapat x pastilah.
p.s:ASB nak untung kena tunggu setahun nak dapat.Hehe.

mindcry
10-28-2010, 02:59 PM
Assalamualaikum,

Izinkan saya memberi pendapat. Daripada apa yang saya tahu dan mungkin sedikit faham tentang pelaburan ini, ada 4 saluran atau channels yang boleh anda laburkan wang anda untuk mendapat wang. Sebenarnya ada banyak saluran tetapi mungkin ada 4 yang boleh saya berikansedikit penerangan ringkas.

Emas - Ramai orang seronok mendengar cerita tentang pelaburan emas tetapi anda boleh rugi sekiranya anda tidak tahu bagaimana perniagaan emas itu berfungsi. Ada 2 jenis pelaburan dalam emas iaitu active investment dan passive investment. Saya terangkan tentang passive investment terlebih dahulu. Passive investment adalah melabur dalam emas dan memperoleh keuntungan hasil peningkatan harga emas. Ini bermaksud anda membeli emas, dan melewati waktu, setelah harga emas itu meningkat barulah anda jual. Active investment adalah jual-beli emas yang mana mana mengambil keuntungan kecil dari kuantiti terjual. Ini bermaksud anda membeli emas, dan menjualnya segera dengan untung sedikit dan jual-beli yang kerap yang akan meningkatkan keuntungan anda. Ia mirip seperti retailing. Sebelum itu anda kena faham bagaimana urusniaga emas berfungsi. sebagai pengguna, emas dibeli mahal dijual murah. Sebagai trader, emas dibeli murah dijual mahal. Ia konsep yang standard. Sekiranya anda lihat harga semasa di kebanyakan penjual emas, ada harga belian dan jualan. Konsepnya hampir serupa dengan perdagangan matawang. Ada orang hairan mengapa hari ini dibeli emas dengan harga RM100 segram tetapi selepas tiga bulan emas dijual dan dibeli pada harga RM99 sungguhpun harga emas telah naik. Ini bermaksud range/spread harga jualan dan belian itu mungkin besar contohnya Jualan RM100 dan Belian RM95. Selepas tiga bulan, harga emas naik RM4 , maka harga Jualan RM104 dan harga belian RM99. Kerana itulah anda rugi. Jadi dalam urusniaga emas sebelum anda terjun dalam pelaburannya atau saya menasihatkan anda membuat pelaburan pasif dengan membeli emas 916 dari lelongan murah. Mungkin juga anda luangkan masa dengan pemain-pemain emas dalam satu tempoh masa untuk memperoleh lebih pengetahuan. Good Luck.

Pelaburan dengan jaminan kerajaan - Pelaburan begini adalah yang ditawarkan oleh institusi kewangan yang diberi jaminan kerajaan seperti ASB, ASN, ASD dan sebagainya. Namun anda harus mengetahui dan mengenal institusi yang betul mempunyai jaminan kerajaan dan barulah anda dump wang anda. Pelaburan begini menjanjikan anda keuntungan tanpa kerugian tetapi dalam margin yang kecil. Namun begitu ia adalah yang terbaik bagi mereka yang tiada pengetahuan pelaburan.

Hartanah - Properties investment atau pelaburan hartanah adalah banyak berbentuk pelaburan jangka panjang. Walaubagaimanapun pada iklim ekonomi yang kurang baik, pelaburan hartanah boleh menyebabkan kerugian contohnya anda membeli rumah kedai atau rumah yang yang berlokasi tidak strategik. Sudahnya tiada penyewa. Nilai rumah mungkin meningkat sedikit tetapi masalah disini apabila kawasan tersebut kurang penyewa atau tiada penyewa langsung, kemungkinan vandalism dan kecurian bahan binaan akan berlaku dan disitulah kerugian anda. Begitu juga dengan tanah. Sekiranya anda membeli tanah tanpa mengkaji perkara seperti akses, kemungkinan pembangunan masa depan dan sebagainya, anda mungkin membeli tanah yang mana kenaikan harganya sangat lembab. Mungkin anda lebih beruntung melabur di ASB selama 20 tahun drpd menunggu harga tanah itu meningkat dalam 20 tahun. Cadangan saya, sekiranya anda mempunyai kekuatan tunai yang besar, berjinak-jinaklah dengan ruangan akhbar yang mengeluarkan iklan lelongan hartanah. Ataupun, anda belajar tentang 'density aura' (aura kepadatan) untuk mengetahui kebarangkalian kadar peningkatan harga hartanah.

Unit trust dan saham - Ini adalah satu pelaburan yang tidak berapa saya galakkan. Sekiranya anda tidak mempunyai kemahiran memahami pengaruh ekonomi dunia dan politik dalam pelaburan, seeloknya anda elakkan. Ramai mengatakan unit trust itu selamat tetapi tidak ramai menceritakan berapa banyak kes kerugian didalam unit trust. Sekiranya anda bertanya tentang unit trust daripada agen unit trust, anda sendiri tahu penerangan itu adalah penerangan persuasive berbentuk pemasaran. Jadi seeloknya anda bertanya kepada mereka-mereka yang pernah bermain unit trust khususnya kepada yang pernah rugi. Dapatkan maklumat bagaimana ia terjadi. Tetapi sekiranya anda mempunyai persediaan yang mantap, insyallah anda boleh mencuba. Anda perlu faham apa yang saya maksudkan mantap. (Dari segala segi pengetahuan urusniaga dan operasi unit trust). Yang paling penting anda perlu faham dengan perkataan 'keuntungan sehingga 10%'. Perkataan sehingga disitu bukanlah jaminan tetapi adalah marketing phrase. Good luck.

Wallahualam....

my 2 cents view ......

aBe_kun89
11-07-2010, 01:29 PM
Pelaburan emas...dan jangan lupa diversify modal anda..

afiqamsyar
12-21-2010, 12:23 AM
Bagi saya, pelaburan terbaik adalah ASB + Hartanah + Emas :D

saya sokong 100%...satu pelaburan yg betul2 menjanjikan pulangan lumayan...

kephal
12-21-2010, 12:44 AM
Pelaburan emas...dan jangan lupa diversify modal anda..

wah mseti bro dah banyak simpan emas nih..

ariza79
12-21-2010, 01:12 AM
saya pernah melabur dlm asb, tp slps baca artikel ustaz zaharudin saya keluarkan semua dan melabur tempat lain..saya lbh cadangkan melabur dlm unit trust yang islamik kerana keuntungan yang baik(setakat ni dah lebih 40% dlm masa 2 thn)...hartanah ada sikit dan semakin naik jgk...sekarang tgh cari modal utk melabur dlm emas pulak...tp nasihat saya JGN sesekali masuk sesuatu yang menjanjikan keuntungan yg byk dlm masa yang singkat...saya dah kena byk kali...semuanya rugi...selalunya org yang kaya tak akan ajak kita untuk kaya macam dia melainkan ada udang disebalik mee... :)

kephal
12-21-2010, 01:30 AM
skang ni banyak sgt pelaburan cepat kaya..labur ratus2 untung riban2..awal2 mungkin selamat aaa.

OnlineDuit
12-24-2010, 07:21 AM
Melabur. Apakah matlamat yang perlu ditetapkan terlebih dahulu sebelum melabur? Setiap orang mempunyai matlamat yang berbeza tetapi secara umumnya untuk menambahkan nilai wang. Ini adalah matlamat asas dalam pelaburan. Jadi untuk memastikan matlamat ini berjaya, ada beberapa perkara yang perlu di ambil kira. Yang paling popular ialah berapa peratus keuntungan kalau saya melabur dalam "______" ni? Saya pasti inilah soalan yang pertama akan terlintas dalam benak minda setiap pelabur. Akan tetapi, jika hanya perkara ini sahaja yang disoal, maka dia pasti akan gagal dalam pelaburannya. Kerana ada lagi faktor-faktor lain yang amat penting.

Jadi, fikir-fikirkan tentang kenyataan ini , "Time value of money". Adakah kita fikir akan hal inflasi, berapa lama tempoh pelaburan, pengurusan risiko dan lain-lain lagi. Kalau ya, bagus: kita adalah pelabur yang bijak. Kalau tidak fikir , kita adalah pelabur yang penat, letih dan sia-sia. Mudah saja kalau kita nak menjiwai sebagai pelabur yang letih. Lihat contoh ini. Hari ini kita ada RM50. Cuba masuk supermarket , berapa barang yang boleh kita beli. Katakan 5 barang sahaja. Tapi andaikata, lagi 10 tahun akan datang. Dengan nilai duit yang sama RM50, berapa barang yang boleh kita beli dari supermarket. Dijamin 1 barang saja. Cuba tunggu 10 tahun akan datang. Betul tak betul.

Jadi, sekarang kalau nak melabur RM50, pastikan RM50 pada 10 tahun akan datang mampu membawa balik 5 atau lebih barang dari supermarket. Inilah matlamat sebenar pelaburan. Bukannya hanya sekadar nak tambahkan jumlah wang tetapi nilai wang.

Cth: Andaikata 1 instrument pelaburan ini memberi pulangan 7% setahun. Tetapi kadar inflasi ialah 8%. Adakah pelaburan ini berbaloi. Adakah anda tahu berapakah kadar pulangan terbaik di kala ini yang boleh meningkat nilai wang anda. Minta kongsikan di sini. Apakah instrument pelaburan ini?

greddym3
05-09-2011, 02:04 AM
pelaburan terbaik bagi saya ialah saham + hartanah.dua2 boleh buat sendiri.kita yang control sendiri investment kita.tak perlukan orang lain untuk uruskan.

khoiri
05-09-2011, 04:08 AM
Sebelum melabur pastikan apakah profil yang ada sudi terima. Ada risiko rendah sederhana dan tinggi. Apakah umur anda sekarang? Sebelum melabur pastikan anda faham tentang risiko pelaburan yang anda akan hadapi. Sila laburkan masa dan sedikit wang yang ada untuk ilmu pengetahuan. Jangan terburu-buru nafsu untuk melabur. Jangan terlalu cepat percaya dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan dalam masa yang singkat. Sebelum melabur pastikan anda mempunyai simpanan wang yang secukupnya yang dapat menampung pembelanjaan selama 6 bulan sekiranya terjadi sesuatu kepada punca pencarian anda yang utama seperti kena pecat dsbnya. Simpanan ini anda boleh letak dlm asb. Kalau ragu-ragu tentang hukum maka boleh simpan dalam tabung haji. Duit ini pokoknya takkan habis dan dividen yang dapat lebih dari simpanan tetap. Bakinya barulah anda boleh laburkan. Anda boleh melabur dalam ekuiti, unit trust atau anda boleh melabur sendiri dalam bursa saham. Jika melabur dalam unit trust, carilah agen yang dapat memberi anda service yang terbaik, sentiasa menghubungi anda jika terdapat masalah dsbnya. Jangan terpedaya dgn kata2 kononnya semua dana akan bagi untung. Jika nada berani boleh labur sendiri dalam bskl. Mulakan dgn amaun yang sedikit. Aanda juga boleh melabur dalam hartanah dan juga emas. Yang penting baca, baca cari informasi sendiri.

denggi
05-09-2011, 09:23 AM
Salam semua. Saya ada sejumlah wang untuk dilaburkan. tetapi masalahnya kat mana duit itu perlu dilaburkan. Ada sesiapa yang sudi memberi pendapat? kalau boleh selain daripada ASB and bank rakyat...terima kasih:)

TT boleh melabur di AmAssurance. Kami menawarkan kombinasi pelaburan dan perlindungan. Ia berbeza dengan simpanan/pelaburan dari tempat lain.

Ke mana duit itu dilaburkan??? TT boleh check layari www.fundsupermart.com.my. Di web tersebut boleh check detail ke mana dana2 yang di laburkan oleh bank2 malaysia pergi.

Boleh klik siggy saya di bawah untuk ketahui lebih lanjut.. jgn lupa klik like yee:)