PDA

View Full Version : Alat Jimat Elektrik.... Berkesan atau Tidak?



sconsult
07-21-2010, 04:18 PM
Salam sejahtera...

Saya buka thread ni kerana saya berasa was2 tentang alat penjimatan elektrik yang banyak dijual. Saya tidak berhasrat untuk menyinggung mana2 pihak pembekal berhubung kaedah penjimatan ini.

Saya buka thread ini untuk dibincangkan kerana majoriti di antara kita adalah pengguna DOMESTIK (Tarif A).

Adakah kita benar2 telah menikmati penjimatan, atau ada pihak ketiga dalam diam2 sedang 'ketawa' melihat pengguna DOMESTIK memasang alat2 penjimatan elektrik ini.

Saya buka kepada rakan2 WC untuk membincangkan perkara ini.

Kepada yang masih belum membeli alat ini, tunggu dulu...

nasrul2006
07-22-2010, 01:37 AM
Bagi saya ia tidak lah berkesan mana pun..
Contoh harga produk RM500...sebulan jimat RM10...setahun jimat RM120
Selepas setahun boleh jamin lg ke efficiency nya...

Mungkin penjual tunjuk bukti arus ampere masa demo..tp kena ingat tu baru lampu je...bukan soket
Mcm mana dengan aircond yg tarik banyak Watt....kalu mereka boleh buktikan starting ampere utk aircond rendah dgn gunakan alat tersebut then bolehlah belek2 alat tu..

tu pun belek2 jer bukan beli lg...

shuth
07-22-2010, 05:05 AM
bagi sesiapa yang pernah baca ebook "Jimat Elektrik"..
pasti mereka akan tahu...

Alat jimat elektrik sebenarnya hanya berkesan pada peralatan elektrik seperti aircond dan freezer yang besar2 sahaja..
selain dari itu, ianya tidak memberikan apa2 kesan..

So. kalau ada aircond & peti sejuk besar di rumah.. boleh lah pakai.. :)

halimijuliana
07-22-2010, 07:10 AM
Sebulan untung beberapa hengget ... Kalau beli mahal kemudian lagi 5 tahun baru balik modal ... Mmg tak berbaloi ... Tu belum kira rosak alat tu ... Sedangkan barang elektrik tu pon boleh rosak apatah lagi alat jimat lektrik tu ... Mmg tak praktikal la ...

sconsult
07-22-2010, 08:24 AM
Pertama sekali kena tengok, kita adalah pengguna DOMESTIK. Pengguna DOMESTIK dikenakan bil hanya kepada penggunaan kWh. Kita sebenarnya tidak pernah dikenakan cas penalti power factor.

Jadi adakah kita masih perlu memasang alat penjimatan elektrik?

Din Beramboi
07-22-2010, 05:22 PM
Kwn sy ada sorg penjual alat jimat elektrik ni. Dia keje sbg promoter dan skang dah berenti kerja sb rasa mcm berdosa duk tipu orang. Apa yg dia citer kat saya mcm ni;

- Biasanya alat jimat elektrik ni regenya dlm rm150 hingga rm250. Ada mahal lg xtau la.
- Biasanya alat ni boleh bagi kesan jimat dlm masa 6 bulan hingga 12 bulan jer..lepas tu back to normal.
- Sb tu biasanya warranty alat ni dlm 6 bulan jer..bila org complain lepas tu, tak dpt ganti rugi sb dah abis warranty.

Pengiraan mudah;
- kos alat RM150.
- katakan bil elektrik sebulan RM50. Klu jimat 50%, maknanya jimat sebulan RM25.
- RM25 x 6 bulan = RM150

so, kos alat rm150 - kos jimat rm150 = RMO.OOOOO

Takde jimat pun...pi mai pi mai tang tu jgk.

p/s - apa yg dia cerita tu alat jimat eletrik yg dia jual. syarikat lain taktau la pulak..

Adnin
07-22-2010, 10:19 PM
Salam,

Saya ada beli alat jimat elektrik dari En Zaki (jomtraining) , rm200, so far bill elektrik (sebelum) RM150-RM200 sebulan , bulan pertama pakai , bill turun RM15 , bulan kedua = RM50 , skang bulan ketiga lum dapat bill lagi hehehe

Booz
07-23-2010, 03:22 AM
Saudara Adnin bila ada bil bulan ke3 sila lampirkan disini :D

sconsult
07-23-2010, 12:30 PM
sila klik all about alat jimat elektrik...energy saver (http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=75856)

Cikgu Niezam
07-23-2010, 02:02 PM
Saya ada beli..harganya cuma RM199..baru pakai dua bulan. Jaminan 2 tahun.
Setakat ni rasanya oklah lagipun saya baru pakai aircond so..maybe dua tiga bulan lagi baru boleh beri
pandangan dengan lebih tepat..

miekof
07-26-2010, 11:59 AM
AKu dulu pernah pakai kat rumah sewa budak2 bujang. Montly bill dalam rm80, 1st month pakai bill RM60, 2nd RM50++, 3rd RM150 :D..... Sbbnya bulan ke 3, geng2 budak rumah aku pakai blasah ja guna elektrik, kipas tak off, semua laa tak off,,huhuhu....

Din Beramboi
07-26-2010, 06:21 PM
AKu dulu pernah pakai kat rumah sewa budak2 bujang. Montly bill dalam rm80, 1st month pakai bill RM60, 2nd RM50++, 3rd RM150 :D..... Sbbnya bulan ke 3, geng2 budak rumah aku pakai blasah ja guna elektrik, kipas tak off, semua laa tak off,,huhuhu....

Standard tu broo..aku dulu duk rumah bujang tiap2 bulan purata RM100 - RM120. Duk 8 orang, tiap2 org ada laptop dan PC. Rumah mcm x pernah tutup kipas sb bila ada org tido, ada org jaga..bila org yg jaga tu masuk tido, org yg tido plak jaga. hehe..

adikacu
07-27-2010, 05:04 PM
Kwn sy ada sorg penjual alat jimat elektrik ni. Dia keje sbg promoter dan skang dah berenti kerja sb rasa mcm berdosa duk tipu orang. Apa yg dia citer kat saya mcm ni;

- Biasanya alat jimat elektrik ni regenya dlm rm150 hingga rm250. Ada mahal lg xtau la.
- Biasanya alat ni boleh bagi kesan jimat dlm masa 6 bulan hingga 12 bulan jer..lepas tu back to normal.
- Sb tu biasanya warranty alat ni dlm 6 bulan jer..bila org complain lepas tu, tak dpt ganti rugi sb dah abis warranty.

Pengiraan mudah;
- kos alat RM150.
- katakan bil elektrik sebulan RM50. Klu jimat 50%, maknanya jimat sebulan RM25.
- RM25 x 6 bulan = RM150

so, kos alat rm150 - kos jimat rm150 = RMO.OOOOO

Takde jimat pun...pi mai pi mai tang tu jgk.

p/s - apa yg dia cerita tu alat jimat eletrik yg dia jual. syarikat lain taktau la pulak..

nasib baik sy tak beli

nothen
08-05-2010, 05:03 PM
Kwn sy ada sorg penjual alat jimat elektrik ni. Dia keje sbg promoter dan skang dah berenti kerja sb rasa mcm berdosa duk tipu orang. Apa yg dia citer kat saya mcm ni;

- Biasanya alat jimat elektrik ni regenya dlm rm150 hingga rm250. Ada mahal lg xtau la.
- Biasanya alat ni boleh bagi kesan jimat dlm masa 6 bulan hingga 12 bulan jer..lepas tu back to normal.
- Sb tu biasanya warranty alat ni dlm 6 bulan jer..bila org complain lepas tu, tak dpt ganti rugi sb dah abis warranty.

Pengiraan mudah;
- kos alat RM150.
- katakan bil elektrik sebulan RM50. Klu jimat 50%, maknanya jimat sebulan RM25.
- RM25 x 6 bulan = RM150

so, kos alat rm150 - kos jimat rm150 = RMO.OOOOO

Takde jimat pun...pi mai pi mai tang tu jgk.

p/s - apa yg dia cerita tu alat jimat eletrik yg dia jual. syarikat lain taktau la pulak..

salam ,

boleh tolong tanya member awak balik tak barang ni betul atau tak ? (yg di bold)
saya memang ada planning nak angkat barang mcm ni ..cuma nak pastikan je

Pengiraan mudah awak memang betul ... tapi itu utk 1 pengiraan je @ pandangan dan pengiraan tu juga tidak menunjukkan barang ni betul atau tidak dapat menjimatkan. Cuba baca pengiraan ini plak

Pengiraan Mudah 2;

kos alat RM150.
- katakan bil elektrik sebulan RM100. Klu jimat 50%, maknanya jimat sebulan RM50.
- RM50 x 6 bulan = RM300

Jimat = RM 150


Pengiraan Mudah 3: <<< ini mungkin sesuai utk rumah saya

kos alat RM250.
- katakan bil elektrik sebulan RM400. Klu jimat 50%, maknanya jimat sebulan RM200.
- RM200 x 6 bulan = RM1200

Jimat = RM 950

Kalau betullah . Tq

Amirul Hafiz
08-06-2010, 08:28 PM
Salam,

Saya ada beli alat jimat elektrik dari En Zaki (jomtraining) , rm200, so far bill elektrik (sebelum) RM150-RM200 sebulan , bulan pertama pakai , bill turun RM15 , bulan kedua = RM50 , skang bulan ketiga lum dapat bill lagi hehehe


bil bulan depan leh share kat sini... :D

RapidPoints
08-10-2010, 03:12 AM
Kat rumah ada benda ni..ntah berkesan ke x..

fuhhh™
08-20-2010, 10:54 AM
Kat rumah ada benda ni..ntah berkesan ke x..

haha, cmna ni?

NizamAmad
08-20-2010, 01:47 PM
Ramai yang kata berkesan..betul ke boleh jimat sampai 50%..hebat jugak tu..

danain
08-21-2010, 06:32 AM
Tentang alat penjimat letrik ni saya dah pakai dah dalam 5 tahun.Memang ada nampak perubahannya bila gunakan alat ini bil jadi kurang.Dulu beli masih mahal lagi sebab baru diperkenalkan.Harga dalam RM299.00.Tapi kini alat tu dah x nampak penjimatannya sebab masa beli dulu salesman tu ada cakap alat ni cuma boleh bertahan dalam 5 tahun je.So sapa2 yang nak beli tu kena fikir la berbalai ke x kalau pakai barang ni.

danain
08-21-2010, 06:36 AM
betul ke blh jimat banyak tu.kat mana blh dapat? apa brand?jaminan mcm mana?

Lynx92
08-22-2010, 10:39 AM
benar ker ni

Adnin
10-13-2010, 09:14 PM
Setelah guna vs selama beberapa bulan saya dapati , alat ini tidaklah seperti yang didakwa oleh penjual sebenarnya. Kalau tengok kt website tulis penjimatan sehingga 45% namun sbenarnya itu adalah variable .

Kadar penjimatan linkungan 15-25% sahaja disamping penjimatan juga bergantung kepada jenis alatan yang kerap digunakan di rumah .

tenteraangin
12-16-2010, 03:25 AM
kadang kadang, alat jimat letrik ni, bukan term dia yang salah, cuma produk yang dibuat oleh beberapa syarikat je yang tak beretika. Semata mata nak untung tinggi,dan nak potong kos, dia wat la camni

sconsult
04-08-2011, 09:51 AM
Roadshow Melaka, tentatively 28 May 2011, Seri Malaysia Ayer Keroh. Sessi 1 hari. Anda akan melihat sendiri pengguna yang berjaya menurunkan bil elektrik sehingga 20%-30% melalui teknik yang saya akan terangkan. Seminar disampaikan oleh seorang Jurutera Professional. Sijil kehadiran anda juga akan di tandatangani oleh seorang Jurutera Professional. Yuran kehadiran RM199 untuk menghadiri seminar ini. Minum pagi, lunch & minum petang disediakan. Peserta juga akan menerima alat penjimat elektrik yang bernilai RM 199.00 di pasaran secara percuma, termasuk fail dan nota. Hanya terhad kepada 100 peserta sahaja.


Secara amnya, para peserta akan diajar cara-cara untuk menikmati penjimatan tenaga elektrik.
Memahami bil elektrik, deposit, peraturan pemegang lesen TNB.
Sepintas lalu perkaitan di antara TNB dan Suruhanjaya Tenaga & Gas.
Memahami hak kita sebagai pengguna TNB dari sudut undang-undang.
Hukuman dan denda akibat 'mencuri elektrik', dan kaedah mengendalikannya.
Anda juga akan diajar cara mengenalpasti samada bil dari TNB tersebut betul atau silap.
Cara memilih peralatan elektrik yang betul.
Cara menyejukkan rumah tanpa menggunakan tenaga elektrik.
Cara menurunkan suhu di dalam rumah tanpa menggunakan penghawa dingin.
Teknik menurunkan bil elektrik sebanyak 10%-30% tanpa memerlukan 'energy saver'.
Cara menggunakan 'energy saver' yang betul bagi mendapatkan penjimatan melebihi 30% pula.
Mendapatkan idea cara memperolehi penjimatan menjangkau 50%.
Power faktor dan lain-lain lagi yang mustahak.


Seminar ini sangat penting untuk ketua keluarga, individu yang ingin membeli/memiliki rumah baru, mereka yang ingin menurunkan penggunaan tenaga elektrik dengan cara yang berkesan, kerani/eksekutif akaun yang menguruskan bil elektrik majikan, majikan yang masih tercari-cari kaedah untuk penjimatan premis masing-masing, serta individu yang bertugas berkaitan dengan pepasangan elektrik.


Sila buat tempahan dengan menyertakan nama penuh, daerah, negeri, email serta nombor telefon.


E-mail saya di jimat_tenaga@yahoo.com untuk membuat tempahan.


Anda juga boleh membuat tempahan tempat untuk daerah-daerah lain di semenanjung Malaysia.

monoloque
04-18-2011, 01:41 PM
aku ada beli alat ni pasang kat rumah orang tua. nak kata jimat atau tidak tu tak pasti sebab bergantung pada kegunaan kita jugak. lagi kita tau benda tu jimat lagi banyak elektrik kita nak guna. hehehe

syam82s
04-29-2011, 05:13 AM
hamba newbie tumpang belajar...

far_reast90
02-25-2012, 09:38 AM
err. bru igt nk jual bnda2 gini :D

hazim799
03-05-2012, 06:48 AM
jgn jual...heheee

netazim
03-06-2012, 05:34 AM
Rumah saya pakai macam takde perubahan pun..
Member saya (engineer TNB) cakap dia hanya menstabilkan arus dlm rumah. Lagi tepat bacaan dekat meter, lagi menyenangkan TNB.. huhuhu

maizul.com
03-06-2012, 08:42 AM
saya ada jugak beli tapi rasa macam tak tak berkesanlah. jenis puluhan ringgit punya. saya rasa betullah apa yang dikatakan oleh shuth.

leito
04-21-2012, 06:29 AM
hehehehehhe

moss79
04-21-2012, 08:10 AM
Terbaru ... http://www.kl-today.com/2012/04/tidak-wujud-alat-jimat-elektrik-40/

zackries
07-18-2012, 07:15 AM
klu bil bulanan yg banyak mungkin sesuai guna, klu sedikit jea mcm x berbaloi gn

Ummie
07-18-2012, 09:13 AM
Klu pki aircond memang nampak la ckit penjimatannya...

Mohd Adib
09-14-2012, 07:35 AM
ini halal ke haram ni? kalau kot2 kantoi ngn TNB mampuihh

anjang1
10-07-2012, 08:28 AM
saya belum pakai lagi alat niu tp mmg berminat sgt

anjang1
10-07-2012, 08:29 AM
ini halal ke haram ni? kalau kot2 kantoi ngn TNB mampuihh

tp biasa ssh nak cari yg halal benda gni

anjang1
10-07-2012, 08:30 AM
bagi sesiapa yang pernah baca ebook "Jimat Elektrik"..
pasti mereka akan tahu...

Alat jimat elektrik sebenarnya hanya berkesan pada peralatan elektrik seperti aircond dan freezer yang besar2 sahaja..
selain dari itu, ianya tidak memberikan apa2 kesan..

So. kalau ada aircond & peti sejuk besar di rumah.. boleh lah pakai.. :)


setuju..sbb ada member cakap mcm tuan ckp

Xuwryn Extreme
10-27-2012, 07:26 AM
salam..
Tips berkenaan penjimatan penggunaan tenaga elektrik boleh KLIK disini http://www.tnb.com.my/residential/energy-savings-at-home.html.

Saya juga pengguna domestik & antara strategi saya (selaian tips TNB diatas), saya juga 'mencabut plug' (selain peti ais) setiap kali saya akan keluar bekerja / balik kampung / bercuti panjang. Jika saya terlebih rajin, saya akan cabut plug juga ketika nak tidur malam..

Hasil aktiviti yang memenatkan (melecehkan) & menyihatkan badan ini, saya lihat bil api saya berkurangan hampir 25% sebulan! Mula2 memang excited. Lama2 bila dah mula malas, saya tak teruskan secara konsisten. Just unplug bila nk balik kampung je / cuti panjang..

Saya tinggal di kondominium. Berkeluarga dgn isteri & 3 orang anak. Tiada aircond. Bil saya kini sekitar RM40/sebulan.. :)

mind34d
10-30-2012, 01:00 AM
kebanyakan x berguna pon

Xuwryn Extreme
10-31-2012, 05:18 AM
Salam semua...

Maaf kerana lambat nak sampaikan good news. Sibuk menguruskan event malam ni.. fuhh..

Malam ini syarikat saya, BYG Worldwide Berhad akan buat Pelancaran Produk terbaru iaitu Extreme Energy Coffee.
Bertempat di PGRM Cheras, Dewan Tun Perak, bermula pukul 8.15pm.

Sidang Media juga diadakan & media yang telah confirm datang ialah TV3, RTM, NTV7, TV9, Utusan Malaysia, KOsmo, Harian Metro, NSTP & beberapa majalah lain.

Setelah sidang media selesai, slot Perkongsian Peluang Perniagaan bersama BYG Worldwide Berhad akan dijalankan.
Anda semua disini saya JEMPUT KHAS untuk hadir. Makanan disediakan.

Harap dapat hadir. Nanti boleh call/sms saya sebelum 6pm sampai untuk saya booking kerusi.

Maaf lambat info ye.. ;)

Xuwryn Jalil
Hp: 012.6960653 / 019.7047214
Email: xuwryn@gmail.com

feroz
10-31-2012, 11:29 AM
All the best bro! :D

Xuwryn Extreme
11-02-2012, 06:38 AM
All the best bro! :D

Tq feroz.. :)

FFadzly
11-02-2012, 08:57 AM
pengguna e2saver saya ni. so far boleh dikatakan mmg ada penjimatan..almost 50% la..plug dkt plug yg paling dkt dgn switchbox..

PenguinCyber
11-03-2012, 04:21 AM
Cara kita guna sebenarnya yang menentukan penjimatan.. :-bd

nimosy87
11-03-2012, 04:49 AM
rasanya kita just on aper yang digunakan sahaja.. xguna cabut plug.. jimat..

greatincome4u
01-01-2013, 03:18 PM
saya pernah pasang dirumah mak sedara saya...memang tak berkesan langsung dahla harga mahal...

safwan_86
02-07-2013, 03:05 AM
Rasenyer lebih baik kalau beli timer jer, confirm mmg kita yg control bila nk on tutup , dan better educate ahli kluarga masing2, confirm lg bagus.

RismaAmzah
02-16-2013, 09:22 AM
sama juga , pengalaman yang sama ! begitu aja sekarang - orang niaga....

Muhdfie3
02-16-2013, 12:24 PM
klau nk jimatkn electrik kne tgk sikap gak

mazalufias
02-24-2013, 10:08 AM
saya pun...baru guna..hehe

Fashiontee
03-07-2013, 03:56 AM
Saya belum beli , tapi bagi saya i tengok macam tak berkesan dan juga takut ia akan merosakkan electronics kami, kerana dia boleh menjimatkan Current mesti ia ada kecilkan Power. Kalau electronics tak cukup Power, mesti cepat rosakkan

TupolevArt
05-10-2013, 10:24 AM
Susah nak cakap, pernah pasang 2-3 bijik kat rumah tapi mcm takde kesan sangat pun.....

silvia-s
12-05-2013, 07:01 AM
i heard that electricity tax will increase for nx yr??

anne112
12-11-2013, 09:19 AM
i pernah pakai dulu.. tapi tak berkesan.. takde fungsi pun

Ad Muhammad
12-11-2013, 10:10 AM
bergantung jgk pada cara guna lektrik kat rumah..klu tak guna secara berhemah mmg melambung la bil lektrik..