PDA

View Full Version : Bertaruh , berjudi , tikam-tikam

nadiasari
05-15-2010, 10:45 PM
Salam ,

Saya just nak minta nak baca pandangan org2 WC berkaitan bertaruh + berjudi + tikam2 ..

Apa sebenarnya judi yang dimaksudkan dalam islam ? Kalau ikut definisi wikipedia .

Judi ialah permainan yang melibatkan penaruhan harta ataupun penaruhan "nilai". Dalam perjudian, pihak yang kalah dalam permainan harus membayar sejumlah nilai kepada pihak yang menang.

Terdapat banyak jenis permainan yang boleh dianggap sebagai perjudian. Contohnya:

* Nombor Ekor
* Sabung Ayam
* Judi Bola

Yang pastinya dalam islam judi adalah haram . Ok , apa yang saya fikirkan bila berniaga kita menghadapi 2 situasi secara lazimnya - Berjaya @ tidak .. Mcm bertaruh nasib juga dan nampak seperti berjudi. Jadi pandangan anda ?

ps: ada lagi pertanyaan seterusnya nanti :)

pss: Berbincang secara ilmiah please

faezil
05-15-2010, 11:08 PM
Yang pastinya dalam islam judi adalah haram . Ok , apa yang saya fikirkan bila berniaga kita menghadapi 2 situasi secara lazimnya - Berjaya @ tidak .. Mcm bertaruh nasib juga dan nampak seperti berjudi. Jadi pandangan anda ?

ya.... memang dalam perniagaan pun ada 2 kemungkinan... berjaya atau gagal

seperti dalam tafsiran wikipedia, dalam judi, pihak yang kalah kena bayar kepada pihak yang menang

tetapi dalam perniagaan, peniaga yang gagal tidak perlu membayar kepada peniaga yang berjaya akibat kegagalannya

kedua.... dalam judi, nasib diutamakan... sbb itulah dikatakan mempertaruhkan nasib. Dan ilmu/taktik adalah sampingan

manakala dalam perniagaan, ilmu dan taktik diutamakan. Nasib adalah sampingan

dan yang paling penting..... dalam perniagaan yang jujur, tidak ada pihak yang teraniaya, tidak ada pihak yang patut gagal. Tidak mustahil semua orang menang.

Manakala dalam judi, mesti ada pihak yang kalah. teramat mustahil 100% berjaya. Mesti ada pihak yang kalah bertaruh

nadiasari
05-16-2010, 12:14 AM
Terima kasih sudi bagi pandangan .. aku try timbulkan soalan lagi ek :) .. tapi semua persoalan aku ni jgn disalah anggap ..just ingin cari penerangan yang lebih

ya.... memang dalam perniagaan pun ada 2 kemungkinan... berjaya atau gagal

seperti dalam tafsiran wikipedia, dalam judi, pihak yang kalah kena bayar kepada pihak yang menang

tetapi dalam perniagaan, peniaga yang gagal tidak perlu membayar kepada peniaga yang berjaya akibat kegagalannya

em ambik contoh Judi No.Ekor .. Prosesnya :
-g kaunter n beli no. ..kemudian tunggu result .. nombor naik = dpt hadiah , nombor tak naik = rugi

Dalam bisnes online cam lebih kurang
-Beli domain + hosting .. ada pembeli = dpt untung .. tiada pembeli = rugi

kedua.... dalam judi, nasib diutamakan... sbb itulah dikatakan mempertaruhkan nasib. Dan ilmu/taktik adalah sampingan

manakala dalam perniagaan, ilmu dan taktik diutamakan. Nasib adalah sampingan

Aku ambik contoh judi Poker . sapa tak tau cara permainan poker leh jenguk2 Zynga poker kat FB . Actually sapa tau pengiraan poker ni memang susahlah nak kalah .. Sebab kita hanya follow bid sekiranya peratus kad yg ada pada kita tinggi utk menang .. Dan saya mempunyai kawan yang menjual chip poker (zynga poker FB) . Semuanya berdasarkan ilmu dan taktik . So bagi aku main poker 20% nasib dan 80% ilmu dan taktik

berdasarkan penerangan bro - Bisnes juga leh jadi judi sekiranya kita melakukan sesuatu bisnes tu without ilmu dan taktik ?

dan yang paling penting..... dalam perniagaan yang jujur, tidak ada pihak yang teraniaya, tidak ada pihak yang patut gagal. Tidak mustahil semua orang menang.

Manakala dalam judi, mesti ada pihak yang kalah. teramat mustahil 100% berjaya. Mesti ada pihak yang kalah bertaruh

Jawapan ni buat aku tak dapat create soalan .. Clear :)

Imabiz
05-16-2010, 12:21 AM
kalau dalam islam.. keuntungan perniagaan yang betul adalah 20% dari nilai jualan.. lebih riba'... hehe... imabiz pun bukan pandai sgt bab2 hukum hakam nie.. salah.... tapi kalau benda nie dah tertulis haram halal yang sahih.. tak payahlah dipersoalkan... syarat sah jual beli adalah ada pembeli, ada penjual, ada barang yang ingin dijual dan akad.... sorry yerk kalau salah... maafkan imabiz...

faezil
05-16-2010, 12:33 AM
dalam judi atau pertaruhan.... wang yang diperolehi oleh pemenang datang daripada pemain yang kalah.

Senang cerita, duit tu pusing2 kat situ jugak dan tidak datang dari orang luar

bagaimana pula dengan perniagaan ala2 moneygame ?

- Hasil keuntungan datang daripada ejen2 jugak (new ejen). Bukannya datang dari pihak luar

- jika dapat cari downline, balik modal. Jika tidak, seolah2 duit pelaburan itu disedekahkan kepada ejen yang berjaya (mcm ada ciri2 perjudian je)

- Mustahil 100% berjaya (cari downline dan dapat komisyen).

Maka perniagaan berunsur moneygame juga ada unsur2 judi

Adnin
05-16-2010, 12:34 AM
Ada lagi , ada satu nieh, memang 100% judi tapi semua orang pertahankannya . Yang berjudi jenis nieh x kira orang , ulama atau fullamak .

Nak tahu??

FAKTA : Judi jenis nieh , ulama pun join skaki! padahal HARAM!

miekof
05-16-2010, 12:52 AM
Apa maksud judi NIEH?? sila huraikan, rasanya ramai yg tidak paham dan tidak tahu??

Ada lagi , ada satu nieh, memang 100% judi tapi semua orang pertahankannya . Yang berjudi jenis nieh x kira orang , ulama atau fullamak .

Nak tahu??

FAKTA : Judi jenis nieh , ulama pun join skaki! padahal HARAM!

pamie849
05-16-2010, 12:57 AM
kalau dalam islam.. keuntungan perniagaan yang betul adalah 20% dari nilai jualan.. lebih riba'... hehe... imabiz pun bukan pandai sgt bab2 hukum hakam nie.. salah.... tapi kalau benda nie dah tertulis haram halal yang sahih.. tak payahlah dipersoalkan... syarat sah jual beli adalah ada pembeli, ada penjual, ada barang yang ingin dijual dan akad.... sorry yerk kalau salah... maafkan imabiz...

dalil dari mana yang 20% ni? boleh petik ayat surah mana atau hadis mana yang jadi rujukan? lebih dari 20% jadi riba? ini dah mengharamkan yang halal ni.

Imabiz
05-16-2010, 12:59 AM
dalil dari mana yang 20% ni? boleh petik ayat surah mana atau hadis mana yang jadi rujukan? lebih dari 20% jadi riba? ini dah mengharamkan yang halal ni.

yeke..??/ salah ke...??? hehe.. maaf lah... imabiz pun tak berapa nak ingat... berape yerk baru dikatekan riba'..??

Apeh
05-16-2010, 01:19 AM
Ape yg ko ckp nie?

TT dah bagitaw b'bincang secara ilmiah.WTF!

*WTF=Wow,That's Funny!

Ada lagi , ada satu nieh, memang 100% judi tapi semua orang pertahankannya . Yang berjudi jenis nieh x kira orang , ulama atau fullamak .

Nak tahu??

FAKTA : Judi jenis nieh , ulama pun join skaki! padahal HARAM!

Adnin
05-16-2010, 02:29 AM
Maksud aku, ada lagi jenis judi tpi x diuarkan , bila sebut jer judi , kita akan fikir toto, ekor , poker namun selain daripada ini ada lagi yang mempunyai unsur jadi tpi kita halalkan atas alasan darurat .

REALITI . So saya x da lah nak sebut in public , kerana boleh dikatakan 99% orang akan pertahankannya atas pelbagai hujah termasuk hujah agama sendiri .

Sebagai contoh , cabutan bertuah , apa yang bertuahnya kalau ticket masuk/daftar kita bayar??? Judi x???

Praduan sms , teka dan menang , agak2 mana datang duit hadiah tu??

Ada kita komplen, heboh??? banyak benda sebenarnya "judi" dalam agama tapi kita x peduli atau pun x sedar .

Perkataan WTF tu kasar , perkataan kurang ajar . :)

faezil
05-16-2010, 02:38 AM
yup..cabutan bertuah yang berbayar adalah judi

peraduan sms, teka dan menang juga judi..... celcom dah pernah kena sound

Itu mmg dah terang2 confirm judi...

Cuma TT ingin mengajak kita berdiskusi perbandingan judi dan........... korang refer la sendiri di posting #1

Apeh
05-16-2010, 02:55 AM
Maaf lah kalo TT terase.Dah tulis kt situ.
WTF means Wow,that's funny dan tiada niat lain.

Nak taw jugak Ulama mane yg main judi tuh,kalo
fakta mesti ader rujukan.Betul x sedara Adnin?

05-16-2010, 04:44 AM
Maaf lah kalo TT terase.Dah tulis kt situ.
WTF means Wow,that's funny dan tiada niat lain.

Nak taw jugak Ulama mane yg main judi tuh,kalo
fakta mesti ader rujukan.Betul x sedara Adnin?

Nak tahu PM saya , pasal menda nieh sensitif .

nadiasari
05-16-2010, 10:14 AM
Nak tahu PM saya , pasal menda nieh sensitif .

yg di maksudkan ASB ke ?

nadiasari
05-16-2010, 10:31 AM
yup..cabutan bertuah yang berbayar adalah judi

peraduan sms, teka dan menang juga judi..... celcom dah pernah kena sound

Itu mmg dah terang2 confirm judi...

Cuma TT ingin mengajak kita berdiskusi perbandingan judi dan........... korang refer la sendiri di posting #1

:) ni lah masalahnya .. selalu lari dr topik

Actually masalah utama kita ni selalu diajar utk tidak mempersoalkan sesuatu benda .. lebih2 lagi bab agama ... Bagi aku wajib kita persoalkan sesuatu benda tu selagi dalam kawalan .. tujuan dia mudah : untuk menambahkan keyakinan . Kalau benda ni dibiarkan takut2 nanti ada org islam sendiri cakap " Islam ni semua tak boleh " dan kalaulah seorang yang islam leh jadi mcm gitu apa lagi org bukan islam ? .. Ini realitinya .. Kalau korang perasan bnyk org non muslim ckp " Susahnya agama kamu ni" .. Sebab dorang sebenarnya tak faham betapa senangnya islam .

Soal kedua , susah kita nak tentukan sesuatu haram @ tak .. lebih2 lagi kalau sesetengah ulama bercakap haram dan setengah lagi cakap tidak haram . Apa pun harap yang lain kembali kepada topik asal . Apa yang penting berbincanglah secara ilmiah . Bincangkan perbandingan judi dan ........ , seterusnya timbulkan soalan kenapa dan mengapa haram dan sekali lagi dibandingkan kenapa lakukan sesuatu benda tu yang hampir sama tapi yg satu lagi ni tidak jatuh kepada haram

KhairulMN
05-16-2010, 12:23 PM
Okay, da baca TT nye posting dannnnn saya pon tk berapa pandai ttg hukum hakam ni la. tapi, kita semua tahu, judi tu kita bergantungkan pada 'nasib'. kita tidak ada 'cara' untuk 'mengubah' nasib tu. maksud saya ttg 'cara' utk 'mengubah' nasib ni, kita tidak bole buat 'chance' kita untuk menang lebih tinggi dalam berjudi.

contoh = kita gi counter, beli no. no.naik, kita menang. no. tk naik, kita rugi.

kalau kita tgk contoh atas, apa dia yg kita bole 'ubah'? tkde benda kan? process tetap 'sama'. dan mmg 100% bergantung pada 'nasib'. faktor 'usaha' tkde langsung. kita beli 100 kali pon, tu bukan usaha. LOL.

contoh IM = beli domain, beli hosting, ada pembeli - berjaya, tkde pembeli, rugi.

okay, contoh ni pulak, tak gantung 100% pada 'nasib' pasal kita bole 'usaha' utk 'mengubah' nasib kita. camna nak usaha? buat content lebih baik, market lebih banyak, promosi. jadi ini tak bergantung 100% kepada nasib kerana kita boleh usaha dan ubah nasib.

jadi dah nampak kan perbezaan? antara biz dan judi. harap penerangan simple dan bole difahami. :)