PDA

View Full Version : >>>>>>> Awas!!! :: Maybank2u Vs CimbClicks Untuk Bisnes Internet <<<<<<<

UsahawanCyber
05-06-2010, 12:47 PM
Assalammualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan...

Hari ini sy nak berkongsi satu perkara mengenai Maybank2u dan CimbClicks untuk bisnes online...Pada anda yang mana satu lebih baik???

Sebelum ini, saya belum pernah menerima lebih daripada 10 pembelian dalam sehari. Jadi saya tak nampak sbrg kekurangan atau kelebihan terhadap kedua-dua bank di atas...Tp kebelakangan ini, Alhamdulillah, rezeki melimpah luah...Jadi barulah saya dpt kesan beberapa masalah jika kita menggunakan M2u.

Begini, antara kelemahan M2u ialah ia tidak memaparkan nama & masa wang masuk ke akaun kita dengan jelas...Jadi, hal ini telah di ekploitasi oleh mereka-mereka yang nak produk percuma...Caranya ialah dengan :

1) Mereka transfer duit ke akaun lain, tp masukkan email kita (penjual) di bhgn email penerima.

2) Mereka tulis dalam borang, wang ditransfer guna mesin ATM atau Cash Deposit, tp hakikatnya tiada duit pun yang dimasukkan...Malahan resit yang diemailkan pun resit palsu (nak edit, guna paint pun boleh)

Jika transaksi sikit dalam sehari mmg tiada masalah...tp baru-baru ini saya terima hampir 70 pembelian dalam masa 2 hari...Selepas saya periksa, ada 3 orang yg tak dpt dikesan wang yg ditransfer ke akaun saya...Mangapa saya tak boleh kesan? Sebabnya ialah ada berbelas orang yg transfer guna atm/cash deposit, jadi saya tak dpt kesan siapa sebenarnya yang menipu kerana M2u tak sertakan masa wang masuk dalam report mereka...Selain itu, ada juga yang tak lakukan pemindahan ke akaun saya, sebaliknya masukkan wang ke akaun org lain, tp dibhgn email mereka masukkan email saya...

Untuk memudahkan lagi pemahaman anda, saya bagi contoh begini..

Contoh 1:

Jika dalam sehari ada 7 org transfer guna atm/cash deposit di akaun maybank anda, tp bila anda check, ade 5 transaksi saja yang masuk, bagaimana anda nak kesan siapa yang bohong jika anda tiada butiran masa & nama mereka yang transfer duit di bahagian report?

Contoh 2:

Jika dalam sehari ada 20 org transfer guna online transfer ke akaun maybank anda, tp bila anda check, ade 18 transaksi saja yang masuk, bagaimana anda nak kesan siapa yang bohong jika anda tiada butiran masa & nama mereka yang transfer duit di bahagian report? Memang anda ade dapat 20 email dari M2u, tp dalam akaun anda, tiada pun wang untuk 20 transaksi...

Mungkin masalah di atas boleh selesai jika kita update buku di bank atau dptkan report ringkas di atm mesin...tp ia menyusahkan sikit...Berbanding dengan CIMB, memang susah untuk penipu membuat penipuan kerana masa & nama mereka yang transfer duit tertera di bahagian report..

p/s : diharap perkongsian ini dapat memberi menfaat kepada anda, bukan memberi idea kepada penipu...:)

p/p/s : kepada penipu-penipu yang terbabit, tak guna menipu...percayalah anda takkan berjaya dalam bisnes internet jika anda menipu...

itu_aku2
05-06-2010, 01:59 PM
thanks.. btul2 membantu.. good info.. :)

UsahawanCyber
05-06-2010, 02:05 PM
thanks.. btul2 membantu.. good info.. :)

Sama-sama bro...semoga kita sama-sama berwaspada...mcm-mcm jenis manusia ada skrg...:)

Razif
05-06-2010, 02:46 PM
Salam,

Sedikit perkongsian pengalaman...

Saya menerima 350 jualan dalam masa 48 jam...
Isu ini mmg pernah memeningkan perkara dahulu...
Dibawah adalah ss yang mungkin membantu...

Dapat tangkap caranya...? :)
http://img140.imageshack.us/img140/5094/1jam.jpg

Moga membantu...

shaifulazhan
05-06-2010, 02:47 PM
Sama macam bro muhaimin kena ni bro:

http://www.wangcyber.com/forum/sembang-umum/26907-im-penipu-saya-dah-bayar-tapi-tak-dapat-apa-apa.html

Guna ni bro:

http://www.wangcyber.com/forum/wts-pengiklanan-and-pemasaran/29567-panas-api-autopaid-biz-anda-im-sejati-baca-thread-ini.html

Bro buatlah bayaran hanya diterima melalui online banking sahaja. Tetapi, kemungkinan jualan akan jatuh.

UsahawanCyber
05-06-2010, 02:51 PM
Salam,

Sedikit perkongsian pengalaman...

Saya menerima 350 jualan dalam masa 48 jam...
Isu ini mmg pernah memeningkan perkara dahulu...
Dibawah adalah ss yang mungkin membantu...

Dapat tangkap caranya...? :)
http://img140.imageshack.us/img140/5094/1jam.jpg

Moga membantu...

Bro razif...sy x dpt tangkap..:)...ape yg sy nampak hanya jumlah transaksi yg berbeza saja..adakah kita perlu meminta pelanggan bayar jumlah yg berbeza? Bleh bro terangkan?

UsahawanCyber
05-06-2010, 02:53 PM
Sama macam bro muhaimin kena ni bro:

http://www.wangcyber.com/forum/sembang-umum/26907-im-penipu-saya-dah-bayar-tapi-tak-dapat-apa-apa.html

Guna ni bro:

http://www.wangcyber.com/forum/wts-pengiklanan-and-pemasaran/29567-panas-api-autopaid-biz-anda-im-sejati-baca-thread-ini.html

Bro buatlah bayaran hanya diterima melalui online banking sahaja. Tetapi, kemungkinan jualan akan jatuh.

Saya ade usha sistem tu bro...actually sy pakai BB...so, email akan masuk ke BB sy mcm sms...tp sbb maybank2u x tulis nama & masa yg tepat dalam report, so sy tak dpt nak detect walaupun dpt email ke BB saya

GoMonsta
05-06-2010, 03:07 PM
masalah mcm nie, kalau kita bank isukan debit card pada rakyat malaysia untuk menggantikan kad ATm mungkin semuanya akan jadi lebih mudah serta xkan timbul masalah macam ni.

UsahawanCyber
05-06-2010, 03:11 PM

Benar tu bro...tp skrg nie masih terlalu ramai lagi yg tak reti / tak yakin nak guna online banking...inikan pula debit card...btw, sy tunggu solution dr bro Razif...mungkin beliau ade cara menarik yang boleh dipraktikkan...:)

ezord
05-06-2010, 03:11 PM
mengikut penaakulan saya :p ,saya rasa saya apa yang bro razif buat ialah dia soh mereka lebihkan transfer dalam 2 atau 3 sen atau lebih (sen-sen) lah..
jadi yang guna atm machine patut hanya dapat masukkan duit yang genap2 sahaja..
correct me if I'm wrong

UsahawanCyber
05-06-2010, 03:15 PM

Mungkin untuk online banking selesai. Tp, kalau kita dapat 5 org yg guna cash deposit (dr borang pengesahan pembayaran), tp dalam akaun hanya ada 4 org yg transfer guna cash deposit, mcm mana kita nak trace siapa yang tipu sbb jumlah yg di bank in semuanya sama?

shaifulazhan
05-06-2010, 03:26 PM
Mungkin untuk online banking selesai. Tp, kalau kita dapat 5 org yg guna cash deposit (dr borang pengesahan pembayaran), tp dalam akaun hanya ada 4 org yg transfer guna cash deposit, mcm mana kita nak trace siapa yang tipu sbb jumlah yg di bank in semuanya sama?

Betul gak ni adehhh.. Kalau macam tu, bayaran melalui mesin deposit, hanya untuk CIMB je bro, tutup untuk M2U..

UsahawanCyber
05-06-2010, 03:29 PM
Betul gak ni adehhh.. Kalau macam tu, bayaran melalui mesin deposit, hanya untuk CIMB je bro, tutup untuk M2U..

Huhu...rugi tu bro..sbb ramai guna maybank...mungkin otai2 yang terima ribu-ribu sehari dpt membantu...Actually, nak kire halal pun boleh aje :)...tp sy rase benda-benda mcm nie kalau x dibendung akan menjadi lebih parah...

shuth
05-06-2010, 03:33 PM
sudah sampai masanya gunakan online payment gateway.. nbepay.. :)

UsahawanCyber
05-06-2010, 03:34 PM
sudah sampai masanya gunakan online payment gateway.. nbepay.. :)

Actually sy kurang faham pasal Nbepay nie :D...ini bukan untuk payment guna kad kreadit aje ke bro Shuth?

Hairul WC
05-06-2010, 03:42 PM
untuk masalah cash deposit maybank....
cara sye gunakan, sye galakkan pembeli sye guna CIMB bank untuk deposit...
sye bgtaw.. jika guna cimb deposit tak perlu susah2 scan resit, hanya perlu berikan masa pembayaran sahaja.... tapi jika guna maybank perlu scan resit...

hasilnya ramai yg menggunakan CIMB deposit.....
biler kurang yg guna maybank.. bila ader penipuan..kurang sikit pening nak detect...

faezil
05-06-2010, 03:44 PM
sudah sampai masanya gunakan online payment gateway.. nbepay.. :)

niat di hati mmg akan pakai pada masa akan datang insyaallah ketika biz dah mantap.

UsahawanCyber
05-06-2010, 03:44 PM
untuk masalah cash deposit maybank....
cara sye gunakan, sye galakkan pembeli sye guna CIMB bank untuk deposit...
sye bgtaw.. jika guna cimb deposit tak perlu susah2 scan resit, hanya perlu berikan masa pembayaran sahaja.... tapi jika guna maybank perlu scan resit...

hasilnya ramai yg menggunakan CIMB deposit.....
biler kurang yg guna maybank.. bila ader penipuan..kurang sikit pening nak detect...

Thanks bro...sy mmg ade terfikir nak buat mcm tu...tp nak usha2 solution lain jika ada...jika boleh sy nak mudahkan urusan pembeli & urusan sy sendiri...:)

Hairul WC
05-06-2010, 03:51 PM
Thanks bro...sy mmg ade terfikir nak buat mcm tu...tp nak usha2 solution lain jika ada...jika boleh sy nak mudahkan urusan pembeli & urusan sy sendiri...:)

thanks juga pada bro buka thread nie.. harap-2 dapat lah solution yg terbaik terutamanya dari otai2 berpengalaman...
Kerna masalah nie yg menakutkan ramai IM yg baru cam sye...

UsahawanCyber
05-06-2010, 03:53 PM
thanks juga pada bro buka thread nie.. harap-2 dapat lah solution yg terbaik terutamanya dari otai2 berpengalaman...
Kerna masalah nie yg menakutkan ramai IM yg baru cam sye...

Jangan takut bro...cabaran namenya...btw, saya juga perlukan tunjuk ajar dari sesiapa yg berpengalaman jika ada yang ingin berkongsi idea...

aminbeb
05-06-2010, 04:14 PM
saya pun ada terkena gak ngan isu yang TT ketengahkan ni.

Satu lagi kes yang pernah saya terkena ialah customer ni kononnya dia wat pembayaran online menggunakan CIMB Click.

Lepas tu isi borang pengesahan bayaran dan emel kat saya bukti bayaran dengan attachment file.

Dalam emel tu siap puji lagi mengatakan produk saya ni bagus dan macam2 pujian mengenai produk saya padahal dia sendiri belum lagi menerima produk produk dari saya.

Selepas sehari dia push saya, mengatakan dia belum lagi menerima produk walaupun dah buat bayaran melebihi
24jam.

ni imej bukti bayaran yang dibuat oleh mamat penipu ni:

http://img571.imageshack.us/img571/4460/bayarrahsiamanualaweber.png
(imej ni saya simpan dalam PC saya dulu)

Emel dia saya tak jumpa, kat mana tenggelamnya. (klw jumpa Inysa Allah saya paste kat sini).

Masalah di sini, saya tak tau jumlah hari sebenar yang diproses oleh maybank sekiranya bayaran dibuat menggunakan interbank (selain dari maybank).

(Saya pernah tunggu duit transfer melalui interbank ni sampai seminggu baru masuk)

TT, sebenarnya saya pun tengah mencari solution kes2 macam ni.

UsahawanCyber
05-06-2010, 04:28 PM

Kalau tak silap interbank (maybank) ambil masa 1 hari bekerja (jika transfer lepas pukul 12 tgh)..kalau transfer pg (sebelum pukul 12 tgh), duit akan masuk pada hari yang sama..

Satu lagi yang kita perlu berhati-hati ialah tarikh wang akan dikreaditkan ke dalam akaun kita...saya ade terkena jugak nie..nasib baik org tu x tipu...dia transfer hari isnin, tp duit tu dia set akan dikreaditkan ke dalam akaun saya pada hari selasa...mungkin dia takut saya tipu kot..:D...saya terlepas pandang...untuk kes nie kira ok la...tapi mcm mane pulak kalau org tu tak jujur dan cancel transaksi tu lepas kita bg download link sbb terlepas pandang?...jadi pengajaran buat saya ialah check tarikh wang dikreaditkan ke akaun kita...

alfirus
05-07-2010, 02:07 AM
Kes aku plak

Kalau volume produk tinggi, value rendah, aku gune macam nie http://www.ebaseworks.com/index.php?option=com_docman&task=cat_view&gid=48&Itemid=76

Dapat tangkap?

UsahawanCyber
05-07-2010, 02:14 AM
Kes aku plak

Kalau volume produk tinggi, value rendah, aku gune macam nie http://www.ebaseworks.com/index.php?option=com_docman&task=cat_view&gid=48&Itemid=76

Dapat tangkap?

Kurang clear la bro...boleh terangkan detail?

alfirus
05-07-2010, 02:20 AM
Volume tinggi dan value rendah bermaksud produk tuh laris dijual dengan bilangan yang banyak, tetapi setiap 1 produk nilai ringgit - ringgit jer.

So penyelesaian, aku sewa sms gateway, kemudian gunakan sistem pembayaran dengan menggunakan sms.

Bagus untuk buat income pasif (segalanya automatik dari memberikan produk kepada pelanggan shinggalah bayaran dari pelanggan)

UsahawanCyber
05-07-2010, 02:26 AM

Maksudnya setiap pelanggan yang nak beli, mesti buat bayaran melalui sms? ke kita sebagai penjual saja yang dpt report melalui sms? Cara nie dpt solve penipuan guna cash deposit maybank x?

alfirus
05-07-2010, 02:30 AM
Bukan macam tuh bro. Maksudnya, bila orang sms untuk dapatkan password produk yang diorang download tuh, credit mereka akan ditolak untuk amount yang telah kita setkan. Kemudian sistem akan automatik berikan password untuk audio tadi. Seterusnya penyedia perkhidmatan sms gateway akan masukkan jumlah yang kita dapat hasil dari penolakan kredit pembeli, ke akaun paypal kita

UsahawanCyber
05-07-2010, 02:39 AM

Oic..baru sy faham...thanks bro atas perkongsian tersebut...nampaknya cara tersebut agak advance..

jusjambu
05-07-2010, 03:00 AM
dah biasa sangat dapat payment tipu.. memang selalu waspada..:)

mohazam
05-07-2010, 01:28 PM
hmm.. pernah dulu customer saya bank in from cimb ke maybank saya.... siap dapat sms notification dengan emel lagi gitau duit dah transfer... rupenye interbank ni memang amik masa 1-2 hari untuk verified and transfer....

nasib baik customer paham situasi yang berlaku...

hehe pengalaman....

bape ye deposit minima nak bukak akaun cimb sekarang ni?

Razif
05-07-2010, 03:02 PM
Bro razif...sy x dpt tangkap..:)...ape yg sy nampak hanya jumlah transaksi yg berbeza saja..adakah kita perlu meminta pelanggan bayar jumlah yg berbeza? Bleh bro terangkan?

Salam,

Jika anda perasan semasa penjualan teknik manipulasi dahulu, bagaimana cara pembayarannya?

Saya memastikan pelanggan yang membayar mengikut
nilai 2 digit terakhir no telefon mereka.

Sebagai cth:

No hp A = 0123456789 maka bayar RM97.89

No hp B = 0129876543 maka sila bayar RM97.43

p.s- ss sebelum ini yang RM110.XX tue adalah OTO!

So.. jika si A dan si B turut beli OTO mereka bayar:

Si A : RM110.89

Si B : RM110.43

Ianya adalah cara "old skoll" but risk penipuan boleh juga dikesan sedikit sebanyak.
Jika perlukan yang perfect, dapatkan macam yang Shuth cakap tue... :)

P.s - Apapun kalau ramai-ramai request pada Maybank,
maybe diorang boleh buat macam CIMB.
Kebanyakan dari kita, bising kat forum tapi x pernah buat request pun pada tuan punya (Maybank)...
Moga membantu ya!

faezil
05-07-2010, 03:24 PM

Plan A... hantar emel/surat rasmi

Plan B... facebook Group :p

Plan C.... tutup akaun maybank masing2.....tukar kepada CIMB :cool:

Razif
05-07-2010, 03:34 PM
Plan A... hantar emel/surat rasmi

Plan B... facebook Group :p

Plan C.... tutup akaun maybank masing2.....tukar kepada CIMB :cool:

Plan A dan Plan B kira ok...
Plan C susah gak tue... :)

Customer ramai pakai M2u...
Leh tgk produk Irfan Khairi sebelum ni, hanya guna CIMB...
Sekali check blog IK.. suspend lak.. :)

UsahawanCyber
05-07-2010, 05:32 PM
Salam,

Jika anda perasan semasa penjualan teknik manipulasi dahulu, bagaimana cara pembayarannya?

Saya memastikan pelanggan yang membayar mengikut
nilai 2 digit terakhir no telefon mereka.

Sebagai cth:

No hp A = 0123456789 maka bayar RM97.89

No hp B = 0129876543 maka sila bayar RM97.43

p.s- ss sebelum ini yang RM110.XX tue adalah OTO!

So.. jika si A dan si B turut beli OTO mereka bayar:

Si A : RM110.89

Si B : RM110.43

Ianya adalah cara "old skoll" but risk penipuan boleh juga dikesan sedikit sebanyak.
Jika perlukan yang perfect, dapatkan macam yang Shuth cakap tue... :)

P.s - Apapun kalau ramai-ramai request pada Maybank,
maybe diorang boleh buat macam CIMB.
Kebanyakan dari kita, bising kat forum tapi x pernah buat request pun pada tuan punya (Maybank)...
Moga membantu ya!

Oic...dah paham dah...thanks bro razif...:)

Hairul WC
05-08-2010, 03:47 AM
Plan A... hantar emel/surat rasmi

Plan B... facebook Group :p

Plan C.... tutup akaun maybank masing2.....tukar kepada CIMB :cool:

nak lagi cepat response dia.. masuk dalam akhbar..metro ker..kosmo ker...
gerenti pihak maybank bagi response...
aper kater..pakat ramai2 complain kat akhbar... :)

jutawan_segera
05-08-2010, 09:32 AM
nak lagi cepat response dia.. masuk dalam akhbar..metro ker..kosmo ker...
gerenti pihak maybank bagi response...
aper kater..pakat ramai2 complain kat akhbar... :)

Akhbar pun kekadang slow gak..nak lagi cepat...panggey itu karam sign...(aduan rakyat)...hehe..lagi cepat maybank ubah...hehe

meezwan
05-08-2010, 10:42 AM
hantar je customer support kat maybank..:D

penang
05-08-2010, 01:50 PM
mmg pening kepala....nasib baik x penah ade pengalaman agi. Tak lama lagi..tak tahulah...

saiya
05-13-2010, 06:26 AM
bleh tak lepas kita dpt reference number dari customer, kita call bank utk comfirmkan valid ke tak valid transaction dia...

Hairul WC
05-13-2010, 06:49 AM
bleh tak lepas kita dpt reference number dari customer, kita call bank utk comfirmkan valid ke tak valid transaction dia...

betul gak.. aper guna ader reference no kan.. :)
sye tak pernah cuba tapi bleh try tanyer kat service center dia...

tapi kalo dia transfer ke akaun lain .. cuma bubuh email kita.. ia tetap valid.... kena mintak detail plak... kalo 20 sales.. pengsan gak.. :)

nizam919
05-13-2010, 07:06 AM
Kredit utk bro shinobita..sgt2 berguna perkongsian bro..Nmpknya kena beralih arahla ya..yg pnting selamatkn duit kita..CIMB

Muhd.Fadzli
05-14-2010, 11:46 PM
Tak try complaint tu Maybank2u ke?

faezil
05-15-2010, 12:54 AM
Tak try complaint tu Maybank2u ke?

dah...

lihat di sini (http://www.wangcyber.com/forum/perniagaan-internet/29844-kerjasama-semua-im-diperlukan.html)

Anda mahu turut serta ?

operation
05-15-2010, 01:38 AM
antara kelemahan M2u ialah ia tidak memaparkan nama & masa wang masuk ke akaun kita dengan jelas...Jadi, hal ini telah di ekploitasi oleh mereka-mereka yang nak produk percuma...Caranya ialah dengan :.

Baru2 ni..aku ada call maybank2u dekat nombor 1300 sana tentang
nak tau siapa yg masukan duit dalam akaun kita(soalan general).sebab dia cuma bgtau duit sekian di masukan tapi tak bagi nombor akaun org yg masukkan kan?

jadi..Customer service tu jawab gini..ada 2 cara..
1) macam biasa ,,pergi cawangan maybank dan tanya
2) kalau nak tanya guna telefon aje..dia kata kena
ada service phonebanking, barulah dia boleh check
siapa yg bank in kan ke akaun kita tu..

faezil
05-15-2010, 01:58 AM
kalau beginner mcm aku ni yang jualan sekali sekala tu boleh la guna 2 cara tu. Malah tak gunakan pun takpe sbb itulah satu2nya transaksi pada hari itu :p

tapi kalau otai2 yang ada puluhan jualan satu hari dan setiap hari ada jualan, gamaknya kena pergi cawangan maybank setiap hari utk tahu siapa yang masukkan duit

BLRayBan
05-15-2010, 03:29 AM
bawak kuar sume duit, masuk ASB..lagi bagus

Hairul WC
05-17-2010, 06:02 AM
jauhnyer tersasar bro..sampai ke ASB... :D

faezil
05-17-2010, 06:21 AM
tu mesti kes tak baca thread dari awal la tu.

agak2 la takkan nak buat ASB jadi payment gateway :p

UsahawanCyber
05-17-2010, 09:50 AM
Kredit utk bro shinobita..sgt2 berguna perkongsian bro..Nmpknya kena beralih arahla ya..yg pnting selamatkn duit kita..CIMB

Thanks bro...masalah nie dah biasa dah untuk otai-otai..tp untuk saya, mmg baru sgt..itulah sbbnya saya kongsikan di WC nie...:)

SoccerPitStop.com
05-18-2010, 05:54 PM
Good info.Thanx for sharing :)

redbiz
05-21-2010, 06:45 AM
kena bgtau maybank supaya upgrade sistem online dia..lecehla kalau nak kena gi cwgn or call utk dptkan info

SensualGifts.net
05-21-2010, 06:55 AM
Saya problem dengan maybank sebab tak dapat tengok reference number dan nama customers. Kadang2x dua customers mengaku dah buat transfer, tapi baru satu jer yg saya nampak kat maybank2u..mana saya tahu customer mana yg bayar :confused:

Peningla..

alfirus
05-24-2010, 04:21 AM
^-- mamat nie baru berjinak2 dengan aircash. cuba lah.

faezil
05-24-2010, 04:38 AM
^-- mamat nie baru berjinak2 dengan aircash. cuba lah.

celcom aircash ke ? nampak mcm seronok je ?

alfirus
05-24-2010, 04:42 AM
ya... tepat sekali.....

method payment yang aku gunapakai

paypal (worldwide)
bank in (maybank.. soon akan di upgrade ke cimb current account)
sms (malaysia)
celcom topup (malaysia)
celcom aircash <-- new (malaysia)

Robot Forex
05-25-2010, 01:58 PM
Assalammualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan...

Hari ini sy nak berkongsi satu perkara mengenai Maybank2u dan CimbClicks untuk bisnes online...Pada anda yang mana satu lebih baik???

Sebelum ini, saya belum pernah menerima lebih daripada 10 pembelian dalam sehari. Jadi saya tak nampak sbrg kekurangan atau kelebihan terhadap kedua-dua bank di atas...Tp kebelakangan ini, Alhamdulillah, rezeki melimpah luah...Jadi barulah saya dpt kesan beberapa masalah jika kita menggunakan M2u.

Begini, antara kelemahan M2u ialah ia tidak memaparkan nama & masa wang masuk ke akaun kita dengan jelas...Jadi, hal ini telah di ekploitasi oleh mereka-mereka yang nak produk percuma...Caranya ialah dengan :

1) Mereka transfer duit ke akaun lain, tp masukkan email kita (penjual) di bhgn email penerima.

2) Mereka tulis dalam borang, wang ditransfer guna mesin ATM atau Cash Deposit, tp hakikatnya tiada duit pun yang dimasukkan...Malahan resit yang diemailkan pun resit palsu (nak edit, guna paint pun boleh)

Jika transaksi sikit dalam sehari mmg tiada masalah...tp baru-baru ini saya terima hampir 70 pembelian dalam masa 2 hari...Selepas saya periksa, ada 3 orang yg tak dpt dikesan wang yg ditransfer ke akaun saya...Mangapa saya tak boleh kesan? Sebabnya ialah ada berbelas orang yg transfer guna atm/cash deposit, jadi saya tak dpt kesan siapa sebenarnya yang menipu kerana M2u tak sertakan masa wang masuk dalam report mereka...Selain itu, ada juga yang tak lakukan pemindahan ke akaun saya, sebaliknya masukkan wang ke akaun org lain, tp dibhgn email mereka masukkan email saya...

Untuk memudahkan lagi pemahaman anda, saya bagi contoh begini..

Contoh 1:

Jika dalam sehari ada 7 org transfer guna atm/cash deposit di akaun maybank anda, tp bila anda check, ade 5 transaksi saja yang masuk, bagaimana anda nak kesan siapa yang bohong jika anda tiada butiran masa & nama mereka yang transfer duit di bahagian report?

Contoh 2:

Jika dalam sehari ada 20 org transfer guna online transfer ke akaun maybank anda, tp bila anda check, ade 18 transaksi saja yang masuk, bagaimana anda nak kesan siapa yang bohong jika anda tiada butiran masa & nama mereka yang transfer duit di bahagian report? Memang anda ade dapat 20 email dari M2u, tp dalam akaun anda, tiada pun wang untuk 20 transaksi...

Mungkin masalah di atas boleh selesai jika kita update buku di bank atau dptkan report ringkas di atm mesin...tp ia menyusahkan sikit...Berbanding dengan CIMB, memang susah untuk penipu membuat penipuan kerana masa & nama mereka yang transfer duit tertera di bahagian report..

p/s : diharap perkongsian ini dapat memberi menfaat kepada anda, bukan memberi idea kepada penipu...:)

p/p/s : kepada penipu-penipu yang terbabit, tak guna menipu...percayalah anda takkan berjaya dalam bisnes internet jika anda menipu...

info yang bernas..kena hati2 nie...

Booz
05-28-2010, 03:48 AM
Selagi lagi! ini bukan untuk tujuan promosi!!!!!!cuma untuk perbincangan

Kalau ada satu sistem, dimana duit masuk kita tak payah check samada duit tu valid atau tidak, sistem akan sahkan untuk kita, kita pun tak payah log-in account check samada duit sudah dapat... jika ada wujud sistem macam ini, adakah rasa masalah kamu dapat diatasi??

Kalau ada sistem macam Paypal, setiap bayaran akan disahkan dan pelanggan boleh terus mendapat produk, tetapi jika membayar melalui M2U atau CIMBClicks, admin kenalah check akaun dulu dan menghantar produk, di sini masa telah diambil. Tambahan lagi jika situasi berlaku seperti TT nanti tambah memeningkan kepala.

Saya gunakan sistem Autopaid untuk menerima bayaran dan menghantar produk dalam web jualan saya di http://teknikslideup.com yang baru dilancarkan, guna autopaid, pelanggan bayar dengan M2U atau CIMBClicks dan isi borang pesanan (WAJIB), Autopaid akan secara automatik mengesahkan untuk saya, bila bayaran vefily, autopaid akan redirectkan link ke halaman download, kan sistem ini hebat? Ya, HANYA bayaran yang SAH sahaja yang akan diberikan link download. Bagi yang main-main atau cuba tibu, sorry lah...Jika ada sistem serupa, Adakah masalah dan soalan TT dapat diatasi?

Mengenali sistem ini telahpun dibincangkan di theard berikut:
http://www.wangcyber.com/forum/teknik-pemasaran-internet/29112-minta-pendapat-auto-payment-and-received-product-directly-system-tanpa-kena-caj.html

meezwan
05-28-2010, 04:30 AM
Saya da perasan kat maybank ada M2U history..tapi ini detail kalau kita dah transfer kepada seseorang.. so kalau tak pasti pembeli tu sapa, boleh diaorang printscreen page m2u history tu atau reprint receipt dan beri bukti tu kat kita balik kan?

faezil
05-28-2010, 04:40 AM
Saya da perasan kat maybank ada M2U history..tapi ini detail kalau kita dah transfer kepada seseorang.. so kalau tak pasti pembeli tu sapa, boleh diaorang printscreen page m2u history tu atau reprint receipt dan beri bukti tu kat kita balik kan?

yup... diorang boleh printscreen paparan 'reprint' tersebut dan mmg itu yang selalu dilakukan kebanyakan buyer.

masalahnya, tidak ada waktu di ruangan penerima/seller. Hanya tarikh sahaja. kalau ada waktu, boleh la check siapa punya berdasarkan waktu.

meezwan
05-28-2010, 04:47 AM
yup... diorang boleh printscreen paparan 'reprint' tersebut dan mmg itu yang selalu dilakukan kebanyakan buyer.

masalahnya, tidak ada waktu di ruangan penerima/seller. Hanya tarikh sahaja. kalau ada waktu, boleh la check siapa punya berdasarkan waktu.

yup untuk buyer Paparan reprint tu diletakkan tarikh dan masa dia transfer.

Di pihak kita sahaja (penerima) yang belum ada kan?

So suh je diaorang tepek screenshot..hehe..

Pelik nape dia tak aplikasikan benda yang sama dekat si penerima.

UsahawanCyber
05-28-2010, 04:54 AM
Saya rasa teknik terbaik buat masa nie ialah ikut cara bro Razif :

http://teknikpemasaran.com/tempahan.html

Selain dapat detect payment dr buyer dengan tepat, kita juga dpt untung lebih atas angin..tak gitu bro Razif...:D

P/s : saya akan tiru cara bro Razif untuk produk-produk akan dtg...:)

J-Johan
05-28-2010, 05:09 AM
Dah ada orang buka thread ni... Hehe...

Okay saya nak kongsi sikit masalah ni...

Email Alert Maybank2u memang tak secured daripada pandangan mata kasar tapi secured jika check Email ID yang diterima... :)

Email ID boleh dirujuk kepada Maybank Customer Service sekiranya berlaku penipuan dan kita boleh tahu siapa yang buat pembayaran.

Selain CIMB, Email Alert RHB Bank pun nampaknya secured jugak cuma nak daftar OTP tu leceh sikit... :)

Booz
05-28-2010, 05:56 AM

Okay, dapat :P

Syedz
05-28-2010, 11:27 AM
sy prefer maybank2u..
sebab kebykan seller dan buyer guna maybank2u...

J-Johan
05-31-2010, 12:28 PM
Email ID akan dihantar melalui server maybank dan akan berakhir dengan @mayproof02.maybank.com.my

Sekiranya anda suspect ada penipuan,
Rujuk dengan email ID permulaan, contohnya : 201005310937.o4V9bRsW014077@mayproof02.maybank.com .my

Email ID : 20100531/0937 Tarikh / No. Penghantaran

Hairul WC
05-31-2010, 12:46 PM

sye kurang paham la bro...
sye tgk email customer yg beli produk sye
alamat email yg sye terima dari maybank.... m2u@maybank.com.my

Mr.Awie
05-31-2010, 01:26 PM
sye kurang paham la bro...
sye tgk email customer yg beli produk sye
alamat email yg sye terima dari maybank.... m2u@maybank.com.my

Tu semua dekat email header.Email header nie tersembunyi dari mata kasar tuan punya email tu.Yang cik john perkatakan tu adalah dari Message-Id. Aku dulu pernah juga nak create satu script fetch email header untuk memudahkan kerja verify payment dari bank tapi banyak method yg perlu diambil kira dari securitynya sampai ke API process. Tapi bila aku try jalankan ujian hacking ke email header ni,nmpknya email header ni pun bole di'kencing' juga. Jadi aku buat kaedah method yg lain yg agak selamat dari fetch email header ni. Ngehhh..

Hairul WC
05-31-2010, 01:45 PM

thanks bro atas tunjuk ajar tu.....baru saya taw ader wujudnya email header...
mula-2 puas gak mencari....
akhirnya jumpa gak

kat menu File - Properties dan detail... kalo guna outlook express la..

Thanks bro Johan dan bro Awie atas maklumat yg berguna nie.. :)

NazAiman
06-01-2010, 04:45 AM
Saya rasa teknik terbaik buat masa nie ialah ikut cara bro Razif :

http://teknikpemasaran.com/tempahan.html

Selain dapat detect payment dr buyer dengan tepat, kita juga dpt untung lebih atas angin..tak gitu bro Razif...:D

P/s : saya akan tiru cara bro Razif untuk produk-produk akan dtg...:)

nice jugak teknik bro razif, kena bookmark order page bro razif ni buat reference nanti. hoho

kudin03
06-18-2010, 08:30 AM
ilmu yang berguna