PDA

View Full Version : Keruntuhan Moral Di Kalangan Remaja Masa Kini

ramfir
03-31-2007, 03:12 AM
Salam warga WC.

Hari ni nak lari skit dari topik Perniagaan Internet.
Saya dalam proses mencari bahan untuk buat laporan pasal tajuk dibawah:

Keruntuhan Moral Di Kalangan Remaja Masa Kini Berada Pada Tahap Yang Amat Membimbangkan.
Sila Analisa Secara Kritikal Isu Utama Dalam Pembangunan Keluarga Di Malaysia dan Kemukakan Strategi Yang Sesuai Bagi Menangani Permasalahan Ini.

Saya ada beberapa soalan yang perlu dijawab pasal tajuk di atas, antaranya:

* Apakah yang menyebabkan keruntuhan moral di kalangan Remaja?
* Apakah kesan situasi ini terhadap economy negara?
* Apakah kesan terhadap socio-economy di kalangan mesyarakat?
* Apakah cara yang terbaik untuk membendungkan kesan ICT terdapat remaja?

Saya harap warga WangCyber.com dapat memberi maklumbalas dan cadangan yang berkaitan tajuk di atas.

Terima Kasih.

AmirulFaisyal
03-31-2007, 05:07 AM
Sedang elok...saya pun tengah nak siapkan assigment agama yang hampir sama dengan ni. (mod, sori topik lari harini,:) )

Perlu diketahui moral dan akhlak sangat berbeza pengertiannya. Kalau Ramfir rujuk masalah keruntuhan ni pada remaja Melayu yang beragama Islam, ianya lebih kepada keruntuhan akhlak, bukannya moral.

Definisi ni mungkin boleh membantu:

Akhlak

-Bahasa(Arab); al-akhlak, iaitu plural/kata jama' dari al-khuluq' yang bererti budi pekerti, tingkah laku dan tabiat(Mustafa Hj. Daud, 1996:4 ). Perkataan ini pula adalah pecahan dari perkataan 'al-khalaq' yang bererti ciptaan (Harun Din, 1985: 143)

-Al Ghazali: "Akhlak ialah suatu sifat yang tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan fikiran (lebih dahulu)"

Moral

-Latin-Kata dasarnya "mores"-kesusilaan, adab, sopan santun, tradisi dan sebagainya yang menentukan piawai atau norma kelompok.

Berbalik kepada persoalan:

* Apakah yang menyebabkan keruntuhan moral di kalangan Remaja?

-Banyak faktor saya kira. Yang paling dekat dengan kita, ibubapa tu sendiri. Hasil pendapatan untuk menyara anak-anak tu dari mana? Halal atau haram?
Dan kalau haram, ianya dah jadi darah daging. Kesan dia? Masalah yang dibincangkan tu la.

* Apakah kesan situasi ini terhadap economy negara?

-Hm, kesan terhadap ekonomi, kalau based pada kertas kerja saya, kalau akhlak tak baik, ekonomi pun akan efek tak baik jugak. Macam mana? Zakat tak bayar, tak adil dalam muamalat, riba' dan amalan-amalan ekonomi konvensional.

* Apakah kesan terhadap socio-economy di kalangan mesyarakat?

-Yang ni saya tak mampu nak jawab. Saya pun tak jelas macam mana.

* Apakah cara yang terbaik untuk membendungkan kesan ICT terdapat remaja?

-Nak membendung mungkin mustahil. Tapi kalau nak sama-sama membina akhlak mereka melalui ICT, saya rasa tak mustahil. Analogi dia macam ni:

" Teknologi Bluetooh, orang boleh sebar video-video lucah dengan mudah. Boleh ke kita nak bendung? Nak hentikan penggunaan telefon bimbit yang mempunyai Bluetooth?

Pastinya tak boleh sebab akan satu side lagi yang berfikiran positif akan menentang. Solusi dia, kita create banyak-banyak ayat-ayat al-Quran peringatan, dan buatkan dia boleh transferable via Bluetooth.

Itu yang saya maksudkan membangun bersama ICT dalam membanteras masalah sosial ni.

*Kemukakan Strategi Yang Sesuai Bagi Menangani Permasalahan Ini.

-Penglibatan secara menyeluruh semua golongan masyarakat, untuk sama-sama saling ingat mengingati sesama kita. InsyaAllah, ada harapan untuk menangani masalah ni.

Itu sikit sebanyak isi yang saya sendiri kumpul untuk assigment ni. Harap dapat membantu Ramfir.

ramfir
03-31-2007, 06:11 AM
Terima kasih AmirulFaisyal,
kalay saya ada apa2 bahan untuk dikongsi, saya post kat sini.

reezluv
03-31-2007, 02:55 PM
aku pun taktau la camne leh jadi camni..ilmu agama memang kureng kot..tu pasal la jadi camni..bagi org pompuan skang ni plak..maruah atau kehormatan bagi dpa tak gitu penting dah..yang penting depa kawin je..depa taktau yang dosa tu kekal walau depa kawin sekali pun..nampak sangat remaja skang takleh nak pikir panjang dan ternyata pengetahuan agama mereka amat cetek..bagi mereka ilmu agama ni boring dan sesuai untuk org2 yang tahap ustaz je..dan lagi satu bile dinasihat..inilah yang akan selalu keluar...Ala..ko pun bukan baik sangat..nak nasihat org...

carllys
03-31-2007, 06:11 PM
tanda-tanda kiamat dah banyak dah...

gejala sosial mmg teruk skrg nie.. kalau setakat 'zina' tuh.. bebudak sekolah pun dah ramai... ishk... dunia..sunia..

sazkul
03-31-2007, 06:24 PM
Keruntuhan moral berlaku pada persekitaran di mana orang di sebelah rumah tak tau saper yang tinggal kat sebelah rumah. Remaja tidak boleh dimanjakan, mereka perlu di'tempeleng' sepenuh hati jika sudah tidak ambil berat pasal agamanya.

code7
04-01-2007, 07:58 AM
Remaja tidak boleh dimanjakan, mereka perlu di'tempeleng' sepenuh hati jika sudah tidak ambil berat pasal agamanya.

mak ai... byk le yg kene makan lempeng nanti.. keke..

mende ni berkait.. dari sistem kekeluargaan yang pincang sehinggalah sistem kenegaraan yang kureng berkesan menangani masalah kebejatan moral dan etika..

sstgh remaja bermasalah dtgnya daripada family yg bermasalah spt bercerai berai, penderaan, dadah dan sebagainya yg gagal mencorakkan personaliti remaja yg positif.. manakala dari sistem masyarakat itu sendiri yg ada kalanya tidak 'peduli'.. kadangkala jiran sebelahpun tara kenal.. ini berlaku di bandar.. dah byk sikap2 individualistik ini menular dan menyebabkan masyarakat kureng harmonis.. bila remaja rumah sebelah atau taman sebelah buat hal mereka hanya buat2 tak tau.. kenkadang ada yg buat 'projek' di dalam kete di tepi taman perumahan pun tak ambil peduli... msyrkt bandar mcm ni dah tak bersatu sgt.. kalo di kampung tu rasanya masih lagi terkawal.. itupun ada kes dadah di felda2 yg mana masalah moral ni meruncing...

sistem kenegaraan ni tak yah cakaplah... masing2 tau masalah merogol makin meningkat disebabkan pelbagai faktor termasuk perundangan yg tidak lagi 'berkesan' bagi menakutkan pelakusalah merogol atau mencabul... cuba lah ganti hukuman sebat dan penjara perogol kepada hukum hudud.. sure mereka2 tu takut nak merogol/mencabul... Islam ini agama sejahtera selamat... sebab itulah hukum hudud ini berfungsi utk memelihara masyarakat daripada masalah moral dan etika, bukannya sekadar nama agama sahaja tetapi praktisnya perlu diamalkan...

Imo Imora
04-01-2007, 08:29 AM
Kisah remaja berzina ni bukan satu kisah tahyul lagi. Benda ni dah semakin merebak kat Malaysia ni dan sudah pun menjadi trend.

Itulah jadinya kalo hiburan disogok setiap hari. 'Diorang' ni x fikir ke benda ni memang memberi kesan? Kalo agama kita dah kata haram jadi haram la jadinya.. jangan nak belok sampai kata halal pula.

Ntah la.. apa yang penting sekarang kita jaga diri kita dan saudara mara kita yang terdekat. Berdoa agar diselamatkan dari cubaan akhir zaman ini.

P/S: Malas nak cerita lebih.. :)

taiping_online
04-01-2007, 08:41 AM
Saya ada beberapa soalan yang perlu dijawab pasal tajuk di atas, antaranya:

* Apakah yang menyebabkan keruntuhan moral di kalangan Remaja?
* Apakah kesan situasi ini terhadap economy negara?
* Apakah kesan terhadap socio-economy di kalangan mesyarakat?
* Apakah cara yang terbaik untuk membendungkan kesan ICT terdapat remaja?

Yang menyebabkan keruntuhan moral di kalangan Remaja selalunya diri remaja tu sendiri dan ibu bapanya sekali...

salah remaja sebab suka hiburan je... salah ibu bapa sebab x tahu ikut perkembangan semasa... maksudnya dok buat hal org. tua-tua je...

anak kat rumah dress up cam gangster pun diorang x tahu dress up tu melambangkan sesuatu kumpulan gangster.

Kesannya kepada situasi negara sebenarnya bukan secara direct! dia lebih kepada impak daripada impak... maksud saya, drpd. masalah diorang tu, akan memberi impak besar dalam satu-satu hal! lepas tu, impak besar tersebut akan memberi lagi satu impak besar juga kepada ekonomi negara. Kes ni lebih kurang macam letupaan atom...

cara terbaik? saya pun x tahu nak kasi idea cam mana... sepatutnya, kubur sendiri masing-masing jaga... tapi masalahnya sekarang remaja x tahu langsung apa maksundnya kubur!

Untuk remaja yang macam tu, saya nak jelaskan definasi sebenar kubur supaya anda sedar... kubur merupakan satu tempat yang terletak beberapa kaki dalam tanah. Bila anda mati, anda akan di masukkan ke dalam tu dan di biarkan sengsorang! Waktu tu, taiko ke... ape ke... semuanya dah x de! Tinggal anda sorang-sorang menerima azab kubur yang amat pedih! Sekuat mana anda kat dunia, kena rembat sekali kat neraka memang memedihkan! Sedarlah ye...

Apa-apa pun, sebab dah di tanya... saya kongsi gak idea! Bagi saya, gov. kena block beberapa laman web yg. brsifat bebas... itu je...

Sedarlah anda wahai remaja Malaysia sebelum anda tersedar sewaktu dalam neraka!

ramfir
04-01-2007, 08:43 AM
mak ai... byk le yg kene makan lempeng nanti.. keke..

mende ni berkait.. dari sistem kekeluargaan yang pincang sehinggalah sistem kenegaraan yang kureng berkesan menangani masalah kebejatan moral dan etika..

sstgh remaja bermasalah dtgnya daripada family yg bermasalah spt bercerai berai, penderaan, dadah dan sebagainya yg gagal mencorakkan personaliti remaja yg positif.. manakala dari sistem masyarakat itu sendiri yg ada kalanya tidak 'peduli'.. kadangkala jiran sebelahpun tara kenal.. ini berlaku di bandar.. dah byk sikap2 individualistik ini menular dan menyebabkan masyarakat kureng harmonis.. bila remaja rumah sebelah atau taman sebelah buat hal mereka hanya buat2 tak tau.. kenkadang ada yg buat 'projek' di dalam kete di tepi taman perumahan pun tak ambil peduli... msyrkt bandar mcm ni dah tak bersatu sgt.. kalo di kampung tu rasanya masih lagi terkawal.. itupun ada kes dadah di felda2 yg mana masalah moral ni meruncing...

sistem kenegaraan ni tak yah cakaplah... masing2 tau masalah merogol makin meningkat disebabkan pelbagai faktor termasuk perundangan yg tidak lagi 'berkesan' bagi menakutkan pelakusalah merogol atau mencabul... cuba lah ganti hukuman sebat dan penjara perogol kepada hukum hudud.. sure mereka2 tu takut nak merogol/mencabul... Islam ini agama sejahtera selamat... sebab itulah hukum hudud ini berfungsi utk memelihara masyarakat daripada masalah moral dan etika, bukannya sekadar nama agama sahaja tetapi praktisnya perlu diamalkan...

maknanya sistem kenegaraan perlu diubah atau ditukar kerana kurang sesuai dengan keadaan sekarang ye code7?...

Sebab 2 lah kerajaan sekarang mewujudkan PLKN untuk remaja lepasan sekolah untuk belajar pasal kenegaraan. Adakah PLKN berkesan?
Ada sapa2 kat sini ikut PLKN tak?

taiping_online
04-01-2007, 08:48 AM

PLKN? terus terang saya katakan PLKN memang elok untuk menanam sifat kenegaraan... tapi, macam mana pulak perubahan akhlak?

ramai yang keluar cintakan negara, tapi akhlak tetap sama!(kalo ada pun, sikit je yg. ubah)! Saya boleh simbolkannya macam sorang mualaf tanpa panduan...

Maybe gov. boleh perbaiki sikit pendekatan yang di gunakan dalam program tu!

Imo Imora
04-01-2007, 08:55 AM
Masa 3 bulan kat PLKN tu memang x cukup.. kalo boleh bagi lebih sikit tapi ibu bapa pelatih pula x setuju. Hem.. ibu bapa pun kena tolong2 la sikit kerajaan ye :) .

P/S: Adik saya yang dah pergi PLKN cakap yang masuk PLKN tu keluar sama juga.. xde apa-apa pun. Hanya pergi PLKN tu macam pergi bercuti je (yelah kalo pergi pun dah kena paksa). Ye ke?

taiping_online
04-01-2007, 09:02 AM

yup... ramai yang kluar cam tu je jadinya! sebab apa? sebab diorang sasarkan untuk melahirkan remaja yang cintakan negara...

sebenarnya, untuk betulkan akhlak ni senang je... ikut konsep cam mana diorang buat kat banduan... bukan maksud aku kena kasi sebat...

maksud aku, buat konsep lebih kurang macam PLKN, tapi kasi ceramah agama ngan ajar diorang pasal agama.... pastu, kasi motivasi hari-hari sampai terbakar bulu telingan semua remaja...

apabila diorang belajar pasal agam, secara automatik semua yang di ingankan akan menjadi! kita akan mempunyai remaja yg.

cintakan negara, agama dan bangsa
tinggi semangat jati diri
bermotivasi
dan sebagainya

Itu sebabnya dalam apa-apa hal, agama perlu di letakkan no. 1! :)

Labanon
04-01-2007, 09:05 AM
Saya rasa kita perlu perkemaskan daripada atas lagi iaitu pucuk pimpinan.. undang-undang kita minimumkan tentang hiburan mungkin benda ini boleh dielakkan... just pendapat saya... apa pendapat anda?

taiping_online
04-01-2007, 09:13 AM
Saya rasa kita perlu perkemaskan daripada atas lagi iaitu pucuk pimpinan.. undang-undang kita minimumkan tentang hiburan mungkin benda ini boleh dielakkan... just pendapat saya... apa pendapat anda?

Kat Taiping je, tahun lepas nak dekat 3 ataupun 4 pusat hiburan baru bukak... sebelum ni dah memang ada banyak dah! x tahu mana silapnya...

sampai tempat kedai makan melayu pun kena tutup pasal nak bukak pusat hiburan! sepatutnya undang-undang kena di ketatkan lagi...

code7
04-01-2007, 09:35 AM
maknanya sistem kenegaraan perlu diubah atau ditukar kerana kurang sesuai dengan keadaan sekarang ye code7?...

Sebab 2 lah kerajaan sekarang mewujudkan PLKN untuk remaja lepasan sekolah untuk belajar pasal kenegaraan. Adakah PLKN berkesan?
Ada sapa2 kat sini ikut PLKN tak?

sistem kenegaraan ni byk jenis dan peringkat.. antaranya dari segi legislatif atau perundangan itu sendiri.. kita lihat perogol2 tak takut dgn undang2 bersifat sebat + penjara... actually kuar penjara pun diorang leh wat lagi... so 'punishment' tidak memberi impak positif...

manakala dari segi bidang eksekutif atau dari dasar2 kerajaan sendiri spt PLKN pun tak membantu, dasar kebudayaan pun still pincang, dasar bahasa melayu pun runtuh dek kekaguman terhadap bahasa english, manakala lain2 dasar yg dibuat kerajaan belu mampu menangani kebejatan moral.. bapa makan anak atau haruan makan anak, gangster, gothic, merempit still berlaku walaupun kempen masyarakat bermaruah atau kempen budi bahasa dijalankan.. malah isu rasuah yg mana ranking Malaysia jatuh lebih teruk.. dan tahap demokrasi negara Malaysia lebih teruk daripada Indonesia... ini menggambarkan penyelengara negara yg terbina daripada 3 komponen (eksekutif , legislatif & kehakiman) perlu ditukar kepada sistem yg lebih adil dan jujur...

rafaizul
04-01-2007, 04:35 PM
Pengaruh utama setiap individu adalah PERSEKITARAN, oleh itu berusahalah kita untuk cuba berada didalam persekitaran yang mampu membentuk kita kearah yang diredhaiNya. Kita tak akan mampu mengubah persekitaran, apa yang kita mampu hanyalah memilih persekitaran kita...

nor_5348
04-01-2007, 11:00 PM
Persekitaran memainkan peranan yang penting. Kadang2 anak-anak dibesarkan dalam persekitaran yang positif, dalam keluarga yang kuat pegangan agama. Tetapi apabila berada di persekitaran yang negatif, yang positif pun boleh jadi negatif.