PDA

View Full Version : Adakah Anda Pernah Hadapi Masalah Ini Dengan Akaun Simpanan Maybank???



suhairi
04-20-2010, 11:32 AM
Assalamulaikum & Salam Sejahtera..

Saya ingin bertanya kepada semua otai2 yang sering melakukan
jualan ebook dan terlalu banyak transaksi sehari yang berlaku
dalam akaun anda, adakah akaun anda di block kerana
terlalu banyak transaksi dalam sehari??

Kali ni adalah kali ke-3 akaun kena block. Pergi bank dia
cakap tak boleh nak buat apa2.

Adakah anda menggunakan akaun simpanan @ akaun semasa
untuk tujuan perniagaan anda dari di block kerana terlalu
banyak transaksi sehari. Masalah ini berlaku pada akaun
simpanan Maybank sahaja. Sedangkan tak ada pulak
berlaku di akaun bank lain.

Saya ada pengalaman terjadi masalah ni & apa cara untuk
atasi masalah ni??

Imabiz
04-20-2010, 11:35 AM
ini lah yang imabiz risau sgt selame ini... ade yang bagi tau imabiz kalau tak lebih dari rm50000 takper... ade jugak yang nasihat suruh buat akaun semasa.. sebab akaun semasa takde limit... entah la.. meh otai2 sume.. bagi pendapat...

suhairi
04-20-2010, 11:42 AM
ada jugak yg hadapi masalah macam ni ye..ingatkan tak ada...
nak buka akaun semasa, deposit RM1000..urusan dilakukan guna cek..
rasa macam susah kalau urusan guna cek kalau bisnes online..
ke ada cara nak selesai..1 lagi rasanya kena kekal RM1000 dalam akaun
setiap bulan..

hmjebat
04-20-2010, 03:09 PM
Saya sangat2 berharap berkara seperti ini berlaku pada akuan maybank saya. :)

Imabiz
04-20-2010, 03:11 PM
ada jugak yg hadapi masalah macam ni ye..ingatkan tak ada...
nak buka akaun semasa, deposit RM1000..urusan dilakukan guna cek..
rasa macam susah kalau urusan guna cek kalau bisnes online..
ke ada cara nak selesai..1 lagi rasanya kena kekal RM1000 dalam akaun
setiap bulan..

eh... semasa online boleh..kad pun boleh.. bukan pakai check jer...

Imabiz
04-20-2010, 03:12 PM
Saya sangat2 berharap berkara seperti ini berlaku pada akuan maybank saya. :)

uik..??? napelak yerk..??

TheReds
04-20-2010, 03:27 PM
Seeloknya buka satu current akaun.Tak susah,mudah saja.Dulu saya pun ingat susah proses ni.Boleh rujuk di sini:
http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/public/programAcctList.do?cntTypeId=0&channelId=ACC-Accounts&programId=ACC02-CurrentAccounts&chCatId=/mbb/Personal/ACC-Accounts

Saya ambil net Current Account-i.A Shariah-compliant, dividend-bearing online current account.Banker maybank rekomen.Minimum deposit RM 500 dan dapat perlindungan takaful percuma.

TheReds
04-20-2010, 03:52 PM
ada jugak yg hadapi masalah macam ni ye..ingatkan tak ada...
nak buka akaun semasa, deposit RM1000..urusan dilakukan guna cek..
rasa macam susah kalau urusan guna cek kalau bisnes online..
ke ada cara nak selesai..1 lagi rasanya kena kekal RM1000 dalam akaun
setiap bulan..
Tak betul tu.Buku cek memang akan diberi,tapi terpulang nak guna atau tidak.Deposit tu masa buka akaun sahaja,kemudian boleh kita ambil semula.Urusan boleh dilakukan secara online dan boleh dimergekan dengan saving akaun yang kita ada dan boleh juga merge kan kad atm sekali.

surfaddict
04-20-2010, 05:15 PM
Bro punya akaun dah berapa tahun pakai..sy setakat ni sume transaksi mmg pakai akaun saving jerk..akaun mmb tu pakai sejak tahun 1998. Tp mcm ckp TheRed lah buka jerk lah satu lagi current account tak rugi mana pun..

J-Johan
04-20-2010, 09:36 PM
ada jugak yg hadapi masalah macam ni ye..ingatkan tak ada...
nak buka akaun semasa, deposit RM1000..urusan dilakukan guna cek..
rasa macam susah kalau urusan guna cek kalau bisnes online..
ke ada cara nak selesai..1 lagi rasanya kena kekal RM1000 dalam akaun
setiap bulan..

Sebenarnya tak susah guna Akaun Semasa yang sememangnya kena keluar duit guna Cheque...

1) Bila nak keluarkan duit kurang daripada RM5,000 pada hari tersebut and untuk kegunaan peribadi, just transfer duit tu ke Akaun Personal yang ada Kad ATM. Kat sini dah boleh jimat jumlah helaian dalam cheque book / komisen yang kena bayar pada bank (kalau kena la)... And saya dah cuba guna Maybank Current Account, tak ada masalah pun nak transfer sampai RM15,000 ke atas sehari...

2) Akaun semasa tak perlu kekalkan RM1,000 setiap bulan kurang pun tak apa... Memang bila baca dalam Terms kena tinggalkan balance sekurang2nya RM1,000 tapi tu cuma dalam tulisan jer kot... Saya selalu keluarkan duit yang ada dalam Current Account dan masukkan ke Personal Account, dah lebih 6 bulan saya guna tak ada masalah...

J-Johan
04-20-2010, 09:39 PM
uik..??? napelak yerk..??

Sebab... Bila diorang dah block account kita untuk disiasat "daripada mana transaksi yang banyak2 tu diperolehi" and then kita jawab "bekerja melalui internet", diorang akan lepaskan after siasat DAN DAN DAN... DIORANG AKAN OFFER PRODUK2 DIORANG, macam pinjaman kereta, rumah dll... :D

note : Kenangan pahit yang pernah berlaku pada saya dulu... :rolleyes:

J-Johan
04-20-2010, 09:41 PM
Send balik...


ada jugak yg hadapi masalah macam ni ye..ingatkan tak ada...
nak buka akaun semasa, deposit RM1000..urusan dilakukan guna cek..
rasa macam susah kalau urusan guna cek kalau bisnes online..
ke ada cara nak selesai..1 lagi rasanya kena kekal RM1000 dalam akaun
setiap bulan..

Sebenarnya tak susah guna Akaun Semasa yang sememangnya kena keluar duit guna Cheque...

1) Bila nak keluarkan duit kurang daripada RM5,000 pada hari tersebut and untuk kegunaan peribadi, just transfer duit tu ke Akaun Personal yang ada Kad ATM. Kat sini dah boleh jimat jumlah helaian dalam cheque book / komisen yang kena bayar pada bank (kalau kena la)... And saya dah cuba guna Maybank Current Account, tak ada masalah pun nak transfer sampai RM15,000 ke atas sehari...

2) Akaun semasa tak perlu kekalkan RM1,000 setiap bulan kurang pun tak apa... Memang bila baca dalam Terms kena tinggalkan balance sekurang2nya RM1,000 tapi tu cuma dalam tulisan jer kot... Saya selalu keluarkan duit yang ada dalam Current Account dan masukkan ke Personal Account, dah lebih 6 bulan saya guna tak ada masalah...

suhairi
04-20-2010, 11:52 PM
Sebab... Bila diorang dah block account kita untuk disiasat "daripada mana transaksi yang banyak2 tu diperolehi" and then kita jawab "bekerja melalui internet", diorang akan lepaskan after siasat DAN DAN DAN... DIORANG AKAN OFFER PRODUK2 DIORANG, macam pinjaman kereta, rumah dll...

note : Kenangan pahit yang pernah berlaku pada saya dulu...

tapi pekerja bank kt kwsn saya ni mcm xpandai mana..senang2 dia
cakap kena tunggu jela akaun open balik..

dah cakap saya buat bisnes..tapi dia cakap....memang biasa jadi macam ni..
dia tak buat apa2 pun...

Hakim Najili
04-21-2010, 05:36 AM
saving account
hanyalah di design untuk menyimpan sahaja, bukan untuk buat retail atau daily transaction. Jadi bila terlampau sgt banyak transaction duit masuk setiap hari (tak semestinya banyak tetapi transaksi yg kerap), akaun anda akan di freeze. Sbb bank akan siasat sama ada anda nie ambik duit org utk tujuan pelaburan haram atau tidak

Bank Negara telah keluarkan circular tiada siapa pun dibenarkan mengutip duit dari org awam untuk tujuan pelaburan kecuali syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia (syarikat berhad atau dlm omputih nyer Limited disingkatkan menjadi Ltd.), bank2, syarikat pinjaman berlesen, badan kebajikan dsb.

Orang awam lain diharamkan utk mengutip duit dr individu juga atas tujuan pelaburan ker modal meniaga ker dsb.

Jadi, katalah kita nie ada projek nak buat satu software, kene modal RM800k, kita takdak duit, jadik bila kita ambik dit org utk tujuan melaburkan buat software tue, kita kantoi dan akan dicharge atas dakwaan mengambil wang pelaburan tanpa lesen.

So, bila anda punya akaun simpanan kene block tue, bank akan cuba carik apa sebab duit masuk kerap sgt nie. Dan juga ada satu condition di mana bila tiap-tiap hari duit anda masuk more than RM50k per day, jadik bank negara punya alarm akan trigger out. Tgk nasib lar ada org kene ada org tak kene. Macam alarm kereta bunyi laar, selagi takder org kesah, org akan buat tak tau jer la.


So, utk taknak bagi benda2 nie akan berlaku bila nak buat bisnes dinasihatkan buka:


Akaun Semasa/Current Account
di design untuk kegunaan perniagaan dan juga individu pun buleh. Sebab tue currenct account secara amnya ada 2 kategori, current account personal dan juga company.

Nie duit nak keluar masuk berapa banyak pun takpa sbb mmg ianya di design utk current transaction, sbb tue namanya current account

So sy punya style kalau tanak pakai check, login m2u, transferkan shj dr current account ker saving, tp max sehari rm5000 laar. Pastue pegi ATM bawak kluar duit tue.

Nak buka utk individual min. deposit RM1000+introducer
Utk company min deposit RM2000+introducer akaun lebih 1 thn.

abdfatah
04-21-2010, 05:44 AM
patut ler takleh nak bank in ke akaun saudara... asyik takleh aje..

memang gitu jadinya jika guna saving akaun.. labanon, ammarzahar dah pernah kena block dulu... thread pasal akaun maybank kena block dah ada...

sila upgrade ke akaun perniagaan dengan segera...

http://www.wangcyber.com/forum/ada-sesiapa-yang-tahu/15092-maybank-ada-masalah.html

berapa banyak dia punya transaksi...???

abdfatah
04-21-2010, 05:51 AM
Bro punya akaun dah berapa tahun pakai..sy setakat ni sume transaksi mmg pakai akaun saving jerk..akaun mmb tu pakai sejak tahun 1998. Tp mcm ckp TheRed lah buka jerk lah satu lagi current account tak rugi mana pun..

ko punya trans stabil takper ... suhairi punya dengan topup modalnya... daftar ejennya... mana tak banyak transaksi berlaku... terus kena block sebab banyak sangat duit nak masyuk...

Imabiz
04-21-2010, 05:57 AM
rase kalau akaun semasa persendirian pun boleh... imabiz tak pasti maybank leh buat kad ke tidak... tapi public bank memang compomleh buat kad... so.. kalau kite nak kuarkan duit.. takpayah gune check la.. gune je kad ATM... imabiz tgh tunggu IC siap.. ingat nak bukak current akaun maybank n cimb... harap2 due2 tue leh buat ATM kad... atau... buat debit kad... so leh transfer jer.. sebenarnyer takde masalah pun... kite kadang2 buat susah... kadang2 imabiz pun PK macam tue... hehe.. risau2...

iezat
04-21-2010, 06:54 AM
banyaknya duit TT sehari sehingga
kena block.

Hohoho saya pun nak rasa kena
block jugalah. ;)

suhairi
04-21-2010, 10:09 AM
patut ler takleh nak bank in ke akaun saudara... asyik takleh aje..

memang gitu jadinya jika guna saving akaun.. labanon, ammarzahar dah pernah kena block dulu... thread pasal akaun maybank kena block dah ada...

sila upgrade ke akaun perniagaan dengan segera...

http://www.wangcyber.com/forum/ada-s...a-masalah.html

berapa banyak dia punya transaksi...???

xpe bro..dalam proses buka current account ni..lepas ni dah tak ada
masalah lagi...untuk kebaikan bersama jugak..hehe...


banyaknya duit TT sehari sehingga
kena block.

Hohoho saya pun nak rasa kena
block jugalah.

tak ada la banyak...biasa dalam akaun MBB dalam 20 transaksi je shari..
akaun bank lain lebih kurang je...
sape agen topup tahu la sebab apa...