PDA

View Full Version : Farmasi Online?...beli ubat online? Kedai Online..?

adiputra
03-17-2007, 08:04 AM
Saya sedang berusaha membangunkan beberapa buah kedai online.Konsepnya ialah memasarkan produk secara online.Target saya ialah pada tahun 2007 saya akan membangunkan 10 buah kedai online yang berbeza dari segi produk yang ditawarkan tapi setiap satunya harus mempunyai 'niche'.

Shopping Cart adalah sesuatu yang baru bagi saya dan saya masih belajar sendiri untuk memaksimumkan kaedah ini.Alhamdulillah percubaan awal saya telah berjaya 'menjual' tapi kuantiti jualan masih lagi ditahap hampeh.

sebuah 'kedai' saya ialah kedai farmasi.Tapi masih ditahap versi percubaan dan saya masih banyak yang perlu di edit.
contohnya ialah:
Test Drive farmasi online (http://www.e-farmasi.net/store/)
Saya memerlukan feedback daripada anda untuk meningkatkan keupayaan 'kedai' ini.Maklumbalas anda amatlah dihargai.
Saya juga membuka peluang untuk JV untuk 10 buah 'kedai' saya ini sekiranya ada pihak yang berminat.

Khalif Rizal
03-17-2007, 08:51 AM
SemOGA bERJAYA

RinggitHit
03-17-2007, 11:10 AM
Dari segi undang2, sah tak farmasi online ni?

Kat oversea, mungkin law diorang lain...

Tapi kat Malaysia, setahu saya belum ada law yg membenarkan penjualan ubat secara online sbb ubat2an hanya boleh dijual oleh orang yg bertauliah spt doktor atau ahli farmasi je :).

Just my 2 cents.

ps: Adiputra ni doktor atau ahli farmasi ke? ;)

percuma
03-20-2007, 06:35 AM
Betul tu, lagipun bukan ke benda ni melibatkan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD)? Kalau setakat makanan tambahan tu ok lagi, tapi kalau ubat jangan buat main.Silap-silap kena saman pulak. Elok kalau saudara buat jualan produk makanan tambahan lebih selamat daripada kategori "ubat" ni.

Tentang shopping cart(SC) pula kalau boleh tak perlu pakai pun takpe. Tahap penggunaan SC di Malaysia amat rendah berbanding di US dsb.Kalau website saya,memang saya tak guna terutama kalau pasaran saya di Malaysia.Shopping cart kekadang menyusahkan pembeli kerana tak semua biasa menggunakannya.Bila orang rasa leceh dan susah, orang akan lari / pergi ke web lain..

Dari segi undang2, sah tak farmasi online ni?

Kat oversea, mungkin law diorang lain...

Tapi kat Malaysia, setahu saya belum ada law yg membenarkan penjualan ubat secara online sbb ubat2an hanya boleh dijual oleh orang yg bertauliah spt doktor atau ahli farmasi je :).

Just my 2 cents.

ps: Adiputra ni doktor atau ahli farmasi ke? ;)

taiping_online
03-20-2007, 07:00 AM
setahu saya, kalau nak bukak satu kedai farmasi, kita mesti ada permit! maybe kalau online boleh kot... never mind! have a try first... kalo jabatan x kasi, tutup jelah website tu! tapi, bahagian ubat-ubatan ni selalunya diorang jaga betul2...

percuma
03-20-2007, 07:06 AM
Yang saya tahu dari kakak saya ahli farmasi dia cakap ubat ni ada jenis kategori racun dan yang biasa.Yang kategori racun ni kalau kita pergi farmasi diorang tak letak di luar, tapi diorang letak tempat yang kita tak boleh nak ambil sebagai contoh kalau nak beli ubat selsema atau ubat sakit urat ke, kena ada orang yang jaga.

Ubat pun ada yang dibawah kawalan dan tidak.Kalau yang bawah kawalan ni kemeterian kesihatan selalu check terutama ubat yang jumlah jualannya agak meragukan.Banyak kes ubat batuk jenis pil dijual tanpa kawalan akhirnya kantoi dengan Kementerian Kesihatan.Tu sebab ubat ni jangan buat main-main. Itu yang saya tahu la..kalau salah tolong betulkan

RinggitHit
03-20-2007, 07:43 AM
setahu saya, kalau nak bukak satu kedai farmasi, kita mesti ada permit! maybe kalau online boleh kot... never mind! have a try first... kalo jabatan x kasi, tutup jelah website tu! tapi, bahagian ubat-ubatan ni selalunya diorang jaga betul2...

Saya betul kan sikit....

Bukan perlu permit tapi perlu lesen A (lesen jual ubat/racun berjadual) - hanya diberikan kepada ahli farmasi yg berdaftar sahaja!

Ada 5 akta yg berkaitan dgn farmasi setakat ini, jadi kalau nk cuba online try2 lah tengok akta2 berikut dulu:

1) Akta Racun 1952 (Semakan 1989)
2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Semakan 1980)
3) Akta Ubat (Iklan & Penjualan) 1956 (Semakan 1983)
4) Akta Jualan Dadah 1952 (Semakan 1989)
5) Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951 :)

taiping_online
03-20-2007, 07:46 AM

terima kasih sebab betulkan...
saya kalo dah x tahu nama dia, saya bubuh je apa2 perkataan... janji boleh faham! :D

banyak gak akta untuk jual ubat ye... ubat kurus akta mana? :confused:

Adnin
03-20-2007, 07:52 AM
Bagaimana pula dengan idea farmasi herba. Online Herbs Farmation . Adakah perlu lesen dan sebagainya?

RinggitHit
03-20-2007, 07:53 AM
terima kasih sebab betulkan...
saya kalo dah x tahu nama dia, saya bubuh je apa2 perkataan... janji boleh faham! :D

banyak gak akta untuk jual ubat ye... ubat kurus akta mana? :confused:

Bergantung kpd kandungan dlm ubat kurus tersebut.

Kenapa tanya? Ada nk jual ke? :)

taiping_online
03-20-2007, 08:01 AM
Bergantung kpd kandungan dlm ubat kurus tersebut.

Kenapa tanya? Ada nk jual ke? :)

Tahun lepas, memang ada niat nak jual lepas SPM sebab permintaan tinggi... kalo diikutkan, segala ubat yang saya jumpa kat R&R Sungai Perak tu, semuanya saya nak jual... tapi x brape confident... tulah nak buat research sikit. Nak tengok gak kalo-kalo saya memang x leh jual... :D

apa-apa pun adiputra, plan ko tu memang elok! :) cuma kalo bab keselamatan pengguna cam ubat ke, aku nasihatkan baik ko buat triple reasearch! Risiko tinggi! (tapi untung banyak... hihihi!)

RinggitHit
03-20-2007, 08:02 AM
Bagaimana pula dengan idea farmasi herba. Online Herbs Farmation . Adakah perlu lesen dan sebagainya?

Kalau jual produk herba/tradisional, tak perlu lesen A (lesen jual ubat/racun berjadual) tu... sbb bukan jual ubat kan.... jual food supplement/vitamin je - tapi kena pastikan produk berdaftar dgn Kementerian Kesihatan Malaysia. Nak tahu, cek samada terdpt no. pendaftaran yg bermula dgn MAL20XXXXXXX.

Juga x boleh guna nama/istilah "farmasi" lah sbb farmasi hanya blh digunakan oleh ahli farmasi di premisnya shj ;)

Alternatifnya: blh guna nama kedai ubat/kedai jamu spt mana kedai ubat cina dsb. Dr cth anda, blh guna Online Herbs Shop. :)

adiputra
03-21-2007, 04:22 AM
thanks atas feedback yang bagus bagus belaka.Memang kalau nak buka farmasi kena ada lesen.Kalau ada degree dalam farmasi..boleh apply lesen.Sebenarnya konsep saya seperti guardian,watson dan lain-lain.Untuk online...saya akan pamerkan produk yang berkaitan dengan supplement dan peralatan yang tidak memerlukan lesen.Saya juga telah mendapatkan bantuan ahli farmasi untuk guide tentang produk.Kalau produk tradisional..mesti mendapatkan kelulusan kementerian kesihatan.Tapi saya lebih suka mengurangkan risiko dengan memasarkan produk yang tidak membawa implikasi terhadap kesihatan.

sebenarnya ia lebih kepada dropship. e-kedai bertindak sebagai ejen pemasaran.Saya pun taknak simpan stok bebanyak.

taiping_online
03-21-2007, 04:46 AM

Yup! Lebih selamat kalo ko buat cam tu... :)

better ko kurangkan penjualan ubat makan/minum! setakat ubat sapu tu, aku rasa kurang skit risikonya... wahahaha! :D

adiputra
03-21-2007, 05:10 AM
yup..ubat kurap ada..panau ada.
Tapi kalau setakat kopi tongkat ali....takde hal rasanya.Vitamin pun takdak masalah.

sazkul
03-25-2007, 02:56 PM
Oklah tu, kedai farmasi, tapi saya pun tak brapa pasti kat Malaysia ni kedai ubat online diluluskan kerajaan ker tak...

Hamirul
03-25-2007, 04:54 PM
Tapi kalau setakat kopi tongkat ali....takde hal rasanya.Vitamin pun takdak masalah.

Betul tu.. cara paling mudah jual produk direct-selling kot :) tongkat ali, kacip fatimah, lingzhi/gano, kopi merah, spirulina, vitamin2 dan macam2 lagi :)

fykorea
03-26-2007, 01:04 AM
assaamualaikum..
kiranya melalui on9 boleh dapat apa saja ubat yang ada dipasaran ke?
semua tue ada cover insurans x?:confused:

adiputra
03-26-2007, 10:59 AM
hmm...saya cuba ketengahkan produk seperti makanan tambahan,alat senaman dan juga produk yang tidak perlu pengesahan kementerian kesihatan.Macam kat guardian pun..kalau nak beli ubat dia ada kaunter yang ada ahli farmasi.Kalau takat nak beli vitamin macam champs atau ubat gigi herba,amik kat rak jer.Tapi saya sudah mendapat kerjasama seorang ahli farmasi untuk bantu sekiranya perlu.

Tapi saya lebih kepada dropship dan marketing agent.Produk adalah milik pengeluar.Diorang akan deal dengan customer.

zulmalc
11-29-2009, 04:29 AM
thanks..idea yang bagus2 belake..