PDA

View Full Version : Ade sesaper tak otaimer2 mlm kat dalam ni. Nak nuntut ilmu sket.

jai1910
11-21-2009, 05:38 PM
nak tanyer sket, so skang ngah gawat2 ni. bisness marketing kat malaysia ni camne.

spoket
11-21-2009, 06:23 PM
bagi saya MLM ni kurang sikit.. sbb cara bisnesnya ialah bukan nak jual produk tp lebih kepada cari downline semata2.. realitinya ada yg berjaya tetapi lebih ramai yang gagal.. jika anda rasa diri anda mampu utk dptkan ramai downline dan yakin berada dlm golongan minoriti yg berjaya itu.. why not mana tahu boleh jadi jutawan mlm kan.. tp kena ingat hanya minoriti yg berjaya sbb majoriti yg buat MLM ni gagal dan menyesal tak sudah akhirnya.

Zamri Nanyan
11-21-2009, 08:13 PM
bukan setakat MLM, bisnes lain pun macam tu jugak... termasuk bisnes
internet - ramai juga yang gagal.

tenteraangin
11-21-2009, 11:53 PM
saya pelik kenapa ada istilah "gagal" dalam perniagaan. Ingatlah, sebenarnya takde perkataan gagal.. Gagal cuma persepsi.. anda cuma gagal mencapai objektif utama sahaja bkn seluruh aspek perniagaan.. Saya bagi senario... orang yang berjaya dapat duit kebanyakan sudah selesa dengan kedudukan sekarang.. So kebanyakan mereka yang "berjaya" ni slow untuk explore benda baru...

Tapi yang "gagal" dapat duit ni sangat"berjaya" dalam mencari idea baru.. Bahkan satu hari dapat menjangkau mereka yang "berjaya" ni..

The point is .. dont talk negative... just give the try.. Try and error.. Try and error.. until you found ur most formidable formulae

hmjebat
11-22-2009, 01:59 AM
MLM? Tak yah ler...

Yang gagal dari awal memang ramai.

Tapi ramai jugak yang dah dapat Prado, BMW, pun akhirnya gagal jugak.

Sebab MLM ni kita bukan berkerja sendiri, tetapi berkerja kayakan orang lain.

Sekarang ada satu lagi barah MLM sdang merebak menyebabkan ramai yang kerugian, iaitu Hai-o, jual Bio Aura, labur modal sebanyak RM20,000. Masa berkempen memang bahasa berbunga2, lepas signup, akhirnya tak terjual Bio Aura, akhirnya terpaksa jual murah2. Kalau tak cay, boleh search kat mudah.my. Ada orang offer bio aura semurah RM800. Yang terkena melayu, yang kaya ....?

P/S: Bengang sebab ada ahli keluarga yang terkena dengan MLM ni, senang betul sign up. Tak tanya2 orang dulu.

spoket
11-22-2009, 02:55 AM
MLM ni keje menyusahkan hidup org.. jumpa kat mana2 dok citer pasal MLM dia.. citer yg sama... tak kira kat mana2 sampai dlm masjid masa org bagi tazkirah... itulah buruk perangainya geng2 MLM ni... mmg saya ban sape2 yg buat MLM ni... sampai naik berbulu lubang telinga.. hehe

fizzue
11-22-2009, 09:52 AM
mlm...mmg aku benci skrg...tp yg hairannya..org nie bila dah terkena hati...mmaaassyyyuuk jgk akhirnya..entahlaa

penang
11-22-2009, 01:41 PM
bercakap-cakap juga... tak nampak kat atas tu sifu mlm ade kat sini....saudara zamri nayan

Tentang mlm nie ade yg bagus... ade yg tak. Kalau nak join pun elok pilih mlm yg kita nak guna produk atau perkhidmatannya. Contohnya macam GDI, kita boleh guna perkhidmatan domain dier...

Bagi saya kalau ade ramai mailing list nak jual produk, nak buat affiliate atau join mlm... memang x ade masalah....

ShahrulFahmy
11-22-2009, 02:51 PM
Salam,

Pendapat sy, semua bisness ada risiko tewas, cuma cara pembawakan & yg paling penting MENTAL WARRIOR.. Klu yg tu dah mantap, insyaAllah yg lain dpt dijalankan dgn sempuran... Yg penting FOKUS apa yg dibuat...

p.s. orang kita ni gagal sbb waktu start dh terbayang drive BMW at last, kalah dengan emosi sendiri... AVOID NEGATIVE WORD "GAGAL & TAK BOLEH BUAT".. (experience buat satu produk)

"For Things To Change, I Have To Change First" :)

ijamidayu
11-22-2009, 03:06 PM
Adakah aku perlu keluarkan pendapatku juga....?

1- Setiap org pernah sertai MLM..

2- Setiap orang pernah merasai Perit Jerih MLM

3- Orang dah mula memandang sepi MLM

4- Orang dah MUAK dengan MLM..

5- MLM tiada masa depan??!! ( Betoi ker?? )

Oleh yang demikian... Saya sendiri tiada pendapat yang benar..

Oleh itu. Jika memulakan perniagaan seperti yang IK ada tulis dan Bijak Wang ada katakan...

1- Memulakan perniagaan dengan DUIT SIMPANAN ANDA!!!! <---- ( Bukan dengan BUAT PINJAMAN )

2- Oleh yang demikian, ramai kelabu bijik mata sebab nampak KERETA SLK Merc yang dipandu!! ( AKu sendiri pernah merasa!! Huehueheuhe.. Padan Muka Aku!!! )

3- Selalu menuding JARI pada orang lain tidak akan menyelesaikan masalah.. Selalu pandang pada kekilafan diri.. Ada HIKMAH yang ALLAH sediakan untuk kita.. Cuma jangan lupa akan kekuasaan DARINYA!!!

Bukan untuk mengatakn sesiapa.. Hanya berkongsi PENDAPAT yang serba KECIL ini dengan mereka yang SUDI ambil untuk dijadikan PANDUAN.. ( PEsanan buat diriku jua.. )

ramzy0
11-22-2009, 03:13 PM
MLM ni keje menyusahkan hidup org.. jumpa kat mana2 dok citer pasal MLM dia.. citer yg sama... tak kira kat mana2 sampai dlm masjid masa org bagi tazkirah... itulah buruk perangainya geng2 MLM ni... mmg saya ban sape2 yg buat MLM ni... sampai naik berbulu lubang telinga.. hehe

sama. sorry to say, I agak haram'kan some (I say some) of
MLM ni. pe'kejadah!

spoket
11-22-2009, 03:36 PM
org tumpang berniaga dgn sykt MLM berkejar2 beli kereta BMW, Merz, Caldina..etc w/pun masih tinggal di rumah sewa.. tp org berniaga sendiri berkejar2 beli semi D, bungalow, kondo..etc dulu w/pun pakai kete wira jer..

hehe tu salah satu beza yg ketara.. :D

engshahrul
11-23-2009, 02:31 AM
bukan setakat MLM, bisnes lain pun macam tu jugak... termasuk bisnes
internet - ramai juga yang gagal.
betul juga. Masalah yg gagal sama sahaja, tidak promosi. Bukan masalah cari org semata-mata. Perniagaan adalah sama sahaja, perlu mencari pelanggan.
IM - perlu mencari pembeli, kene buat promosi. Gagal promosi, gagal juga IM.
MLM - perlu cari downline, kene buat promosi juga. Gagal promosi, gagal juga MLM.

engshahrul
11-23-2009, 02:39 AM
Just kalau x mahu gagal MLM, satu sahaja caranya. Anda perlu menjual produk MLM tersebut. Sy sedang menjual produk MLM HPA di blog saya. Sy tidak target untuk mencari downline semata-mata. MLM tidak semestinya mengejar kekayaan dalam masa singkat.
Tiada beza pun dgn lain2 business spt IM.
cth affiliate, anda gagal menjual produk affiliate, anda gagal juga.

Faiz Shafie
11-23-2009, 05:00 AM
MLM? pernah dengar MGM= Member Get Member...sama je..baik xpayah la..MLM ni orang dah tepu dengan modus operandi..closing la pakcik2 kat kg tu pun tahu masuk MLM xdatangkan hasil gak..dah terjebak..nyesal xsudah..

Faiz Shafie
11-23-2009, 05:01 AM
Just kalau x mahu gagal MLM, satu sahaja caranya. Anda perlu menjual produk MLM tersebut. Sy sedang menjual produk MLM HPA di blog saya. Sy tidak target untuk mencari downline semata-mata. MLM tidak semestinya mengejar kekayaan dalam masa singkat.
Tiada beza pun dgn lain2 business spt IM.
cth affiliate, anda gagal menjual produk affiliate, anda gagal juga.

Kalau HPA..ok skit MLMS belakang S tu maksud dia Syariah..mksd dia mengikut perniagaan Islam betul2..

aldiniah
11-28-2009, 06:41 AM
Ramai orang tak suka dan benci MLM kerana ramai yang menjalankan cara bisnes MLM yang kurang tepat. Mereka letakkan WANG dan SISTEM di depan dan mengetepikan tentang produk.

Kenapa sistem MLM di ujudkan . Ia adalah untuk membantu mengembangkan lagi pasaran PRODUK bukan SISTEM buat duit. Kita sepatutnya mempromosi produk dan berkongsi manfaat produk kepada pelanggan. Jadi pelanggan beli ada 2 sebab kerana 1. Dia nak jadi pengguna dan dapat produk 2. Dia nak mulakan buat bisnes dan mulalah meniaga dengan modal yang dia mampu. (Tak perlu buat loan ).

Kita juga tak boleh paksa orang beli produk dengan banyak jika mereka sebenarnya tidak memerlukan produk sebanyak itu , itu hanya akan mengkayakan upline je ( tanggungjawab lebih besar dari itu ) dan itulah sindrom MLM yang ramai orang jadi tak suka dengan MLM sekarang ini.

Memang aku pun tak suka orang promote MLM kerana SISTEM sahaja sebab dalam MLM yang aku buat pun ada segolongan pemimpin yang buat macam tu dan ia hanya akan memberi gambaran buruk kepada industri MLM saja.

Tentang berjaya atau gagal , apa sahaja bisnes baik online atau offline lebih banyak yang belum berjaya daripada yang berjaya .

Memang tugas berat untuk membina persepsi dan caragaya menjalankan bisnes MLM dengan pendekatan sederhana , tiada unsur paksaan dan penindasan dan terasa tertipu dengan janji. Cara MLM ini memang lambat KAYA , tetapi tidak mustahil boleh KAYA tapi memang ambil masa. PENDIDIKAN dan BIMBINGAN konsisten kepada rangkaian usahawan mereka amat penting.

Ok lah , hanya setitis pandangan dari orang baru dalam dunia ini. Minta maaf ada kesilapan.

putera123
11-28-2009, 11:18 AM
mlm ni bgs kalu nk brush up skill..terpulang pd produk n plan msg2...ikut ati msg2..huhuh

fazbiz
11-28-2009, 10:23 PM
MLM tu hanyalah konsep marketing. bukanlah skim cepat kaya. bila disalahgunakan, ianya boleh menganiaya orang. dalam MLM ni ada 2 offer biasanya. produk dan juga peluang.
sekiranya kita memandang produk saja, ianya lebih kepada jual barang. sekiranya kita memandang kepada peluang saja, ianya lebih kepada skim cepat kaya. jadi produk dan peluang kena seiring.
mana-mana bisnes kena cari orang. kalau untung 1 produk RM10, kenalah cari 10 orang untuk beli produk kita kalau nak untung RM100.
downline tu umpama pelanggan tetap kepada upline. kalau kita saja yang guna produk mana boleh jadi kaya. jadi kita ajaklah downline guna produk sekali.
kalau produk bermanfaat mesti downline akan beli produk lagi. di situlah komisen kepada upline.
saya banyak join MLM. tapi saya tak kaya pun dengan MLM. tak pernah dapat kereta atau melancong pun. tapi saya tetap menyokong MLM. sbb konsep MLM tu saya faham.
jgn fikir semua MLM tu sama. bisnes internet jika disalahguna pun boleh jadi skim cepat kaya. buang yang keruh ambil yang jernih. saya nak ajak kawan2 buka minda.
panjang sangat post ni. sori yer tuan tanah.:)

e8184
12-01-2009, 06:17 AM
sy penah gagal dlm bisnes mlm.. :( tp bnyk belajar! :)

engshahrul
12-01-2009, 06:31 AM

ye betul. kalau join MLM hanya kerana kekayaan, minda kita silap sebenarnya. Sy join MLM adalah kerana menggunakan produknya. X kaya pun x pe, tp masih mendapat keuntungan dgn membeli produk2 nya.

ptadrus
12-01-2009, 02:24 PM
huhu
salam sume..
MLM? nk belajar dari otai2 kt cni ke?
belajar ngn otai MLM kt luar sana la bro..serius.
yang menjalankan MLM ni lebih pakar le,he3.
tapi nk gtau cket,MLM nk cari duit,bukan membina empayar perniagaan.
sape setuju?
peace :-)

pedagangIT
12-01-2009, 03:35 PM
MLM? Tak yah ler...

Yang gagal dari awal memang ramai.

Tapi ramai jugak yang dah dapat Prado, BMW, pun akhirnya gagal jugak.

Sebab MLM ni kita bukan berkerja sendiri, tetapi berkerja kayakan orang lain.

Sekarang ada satu lagi barah MLM sdang merebak menyebabkan ramai yang kerugian, iaitu Hai-o, jual Bio Aura, labur modal sebanyak RM20,000. Masa berkempen memang bahasa berbunga2, lepas signup, akhirnya tak terjual Bio Aura, akhirnya terpaksa jual murah2. Kalau tak cay, boleh search kat mudah.my. Ada orang offer bio aura semurah RM800. Yang terkena melayu, yang kaya ....?

P/S: Bengang sebab ada ahli keluarga yang terkena dengan MLM ni, senang betul sign up. Tak tanya2 orang dulu.

maaf mungkin bahasa saya kasar sedikit dalam nie..

anda belum cukup cerdik untuk menilai keindahan networking business marketing !

tidak kira apa business MLM atau business offiline atau online ...

anda perlu pandai menyusun strategi network ( rangakain perniagaan )

saya memberi contoh simple ..
ada mempunyai saudara yang membuka restoran ..
sudah tentu beliau mula memikirkan bagai mana nak mencari costemor datang...

permulaan .. saudara anda pasti call anda untuk datang try makan sedikit...( pastu dia mula bukak mulut - hang pakai mai bawak kawan kawan lepak kedai pakcik ye..

anda mesti jawap : ok pakcik saya ajak kawan budak moto atau kereta saya lepak sini...

itu la networking !

so bagi saya ... MLM atau apa bisness ianya sama ... yang penting kita pandai bina jaringan ...

saya memberi 1 contoh lagi ...

start bina blog bro..dan belajar blogging dan SEO

buat reasearch keyword tentang product yang dia telah beli itu.. buat 1 laman blog jual product itu dengan meletakkan artikel tentang kesihatan menggunakan product itu..

dan selitkan macam mana nak buat duit dengan beli product itu...

so anda sedang mencari prospek sambil lepak je... :)

P/s jangan cepat marah dengan sebarang MLM ... study keupayaan diri ... kerana MLM adalah sesuatu yang indah bila anda berjaya...

review video ini : http://www.youtube.com/watch?v=zTxuRjSpFDw

ptadrus
12-01-2009, 04:35 PM
yup..setuju bro,networking memang bagus..
tapi multi level marketing (MLM) 2 lain cket..
yang pakai sistem piramid,berkaki2 pe sume 2..
cepat kaya tapi...huhu
pikir sendiri.. whatever,belajar dari orang pakar..

p/s:saya x pakar pom,he3 :)

Zamri Nanyan
12-03-2009, 06:09 PM
Kenapa multi-millionaires & multi-billionaires rekomen MLM?

Pasti ada sebabnya... dalam buku "Why We Want You To Be Rich"
oleh Robert Kiyosaki dan Donald Trump, diorang rekomen MLM.

Tapi seperti biasa, kita akan berikan alasan itu ini kalau ianya tak
sesuai untuk kita. :)

Terpulang dari siapa kita nak dengar (hint! saya pilih daripada Jutawan)

ptadrus
12-04-2009, 06:22 AM
saudara zamri lebih tahu..
betol,dalam WWWTBR itu donald trump siap rekemen lagi suh kite buat :D
ya2,,ape yang saudara zamri bagitau berdasarkan pengalaman..
act sesuatu bentuk perniagaan depends gak sesuai x ngn seseorng 2..
btol x saudara zamri?

p/s: kalau salah tolong ajar k..thanks :)

faezil
12-04-2009, 06:47 AM
Dah sampai page 3... tapi ada banyak point2 menarik yang boleh kita ambil.

IMO, secara defaultnya, konsep asal sistem MLM adalah satu konsep yang menarik, tidak menyalahi undang2 negara mahupun syara'

Tetapi ia jadi masalah, akibat 2 pihak... pihak syarikat MLM itu sendiri dan pihak agen2nya

Kalau kita lihat komen2 negatif dalam thread ni pun sebenarnya menjurus kepada 2 pihak ini.... bukannya ditunding kepada konsep MLM itu sendiri.

So, kalau nak join MLM, pilih lah syarikat MLM yang betul2 MLM (mungkin sdr Zamri boleh syorkan), dan jadilah agen MLM yang bijak dan berhemah

MaxMonic
12-05-2009, 01:29 AM
Betul tu.. masalahnya ramai yang join mlm ni tak faham. Terutamanya mereka yg nak kan jalan mudah dan untung cepat.

Produk yg diorg dapat tu x nak jual, tapi nak cari orang je lebih.

Dan di kolej ak dulu, sesapa yg join mlm ni mmg diajar oleh upline diorg utk cari org. Segala skill2 utk cari downline diajar... APA KES??? Kalau dah upline kencing berlari, yg downline pun ikut je la...

syedakmal
12-13-2009, 06:42 PM
MLM ke bukan MLM ke sapa2 boleh gagal. jgn label MLM sebagai bisnes yang cepat kaya, tidak sihat. betulkan minda anda di luar sana. Apa apa pun bisnes yang anda ceburi, kalau tak sungguh2 memang tak kan ke mana pun. jadi janganlah dengan mudah melabel sesuatu perniagaan sebagai tak baik selagi anda tak ada pengalaman sendiri. kena cuba then berkata kata. my opinion.

whizzkid
12-19-2009, 06:23 AM
Masalah yg join MLM ni terletak kepada individu saya rasa..

Mereka yg join ni, lebih menjurus kepada head hunter, keuntungan kepada mencari ahli semata-mata tanpa menjual produk..

Saya syorkan kepada yang join MLM tu, kalau nak berjaya, tekankan produk 99%, n then kalau ade yang berminat untuk join business or nak jadi pengedar, baru ceritakan pasal sistem or mlm..

hanya 1 % dipertuntukkan untuk business/mlm, yg lain cerikan pasal kekuatan, kelebihan, kehebatan produk..

So, kepada sesiapa yg berminat nak join mlm, sila lihat kepada produk, bukan kepada sistem & juga bukan kepada individu yg menjual..

shafrizal87
12-23-2009, 04:08 AM
Pada pendapat saya,

networking adalah the most crucial part untuk seseorang MLM'er membangunkan perniagaannya. But, ianya terserah pada MLM'er tu sendiri. Kadang-kadang satu bisnes MLM tu memang pure, barang pun berguna... tapi MLM'er tu asyik tumpu kat port 'getting more money' aje tanpa menceritakan apa yg barang hebat yg ditawarkan oleh syarikat tu.

Kesimpulannya, concentrate more on the product, not the opportunity to gain more money. Kalau tak, anda lingkup dan org under anda pun lingkup.. dan akhirnya masin-masing telan sumpah seranah orang. Lagi sakit.

Tengku Faris
12-23-2009, 09:50 AM
Ikhlas dari pengalaman saya, saya sarankan anda buat la Sebuah E-Book Jualan dahulu, kemudian Bina Web Jualan..
Pastu, jangan lupa sediakan 2-3 Landing/Squeeze Page utk m'dapatkan email prospek produk anda..Drpd pemasaran email inilah yg amat membantu Pakar-Pakar Affiliate m'luaskan pengaruhnya m'ggunakan senarai email yg mereka ada..Selain itu, tumpukan kpd beberapa jenis promosi lain yg m'ngancam sperti Sertai FACEBOOK, Blog, Website, dan sebagainya..
Sekian dahulu dari saya..Jgn lupe dpatkan PANDUAN LENGKAP MEMBINA E-BOOK JUALAN..Sabtu ni..E-Book ini Lengkap dari mula memikirkan idea menulis E-Book sehingga dapat membina Web Jualan E-Book..

ahmades
12-23-2009, 11:34 AM
Assalamualikum dan Salam Sejahtera,

Saya bersetuju dengan pelbagai pendapat mengenai MLM. Cuma, saya ingin tambah sedikit agar kita boleh mengelak daripada terkeliru.

Multi-Level-Marketing adalah teknik marketing yang melibatkan penggunaan unsur pemasaran mulut-ke-mulut dan mengurang kos kepada pengiklanan produk keluaran syarikat MLM berkenaan.

Sebagai contoh, kita ambil syarikat Luxor Marketing. Pernahkah anda melihat iklan mana-mana produk Luxor didalam TV? Tidak bukan? Sebab iklan produk Luxor itu sendiri dijana oleh user yang menyertai sistem MLM Luxor.

Biasanya, teknik marketing mulut-ke-mulut tidak akan berkesan sekiranya :

Produk Keluaran syarikat MLM tidak best / berkesan
Mahal
Reputasi Syarikat Tidak dikenali

Jadi, barangan syarikat MLM mestilah yang terbest dan yang berbaloi untuk dimiliki, sesuai dengan harganya. Bagaimanapun, terdapat juga syarikat MLM yang tidak menghasilkan barangan tetapi hanya menjual produk yang dihasilkan oleh syarikat yang lain.

Dan produk MLM biasanya mahal daripada yang biasa. Kenapa? Mudah, kerana keuntungan dari barangan tersebut akan dibahagikan kepada beberapa peringkat pengedar atas atau apa yang kita panggil sebagai "Up-line".

Sebagai contoh, sebuah barang AAA memiliki harga kos sebanyak RM3.00 tetapi dijual dengan harga RM40.00. Keuntungan RM37.00 akan dibahagikan kepada beberapa pengedar atasan atau "up-line" dalam bentuk percent yang telah ditetapkan didalam Pelan Jualan.

Untuk menarik ramai orang menyertai MLM, maka satu pelan pembayaran dirangka dengan menghimpunkan beberapa percent keuntungan yang diperolehi hasil jualan "downline" dan diberikan kepada mereka yang layak. Sebab itulah, bila kita bercakap dengan ahli MLM kebanyakkan mulut mereka akan beratib perkataan "Kamu akan dapat ribu-ribu".

Padahal, untuk mendapatkan ribu-ribu bukan satu kerja yang mudah. Apa-apa bisnespun yang anda ceburi anda tidak akan memperolehi ribu-ribu dalam masa yang singkat. Irfan Khari pun perlu scan peta Malaysia berkali-kali sementara dia dapat menghimpunkan 1 juta. Itulah hakikatnya bisnes.

Bila kita terdengar kita akan dapat ribu-ribu, kebanyakkan manusia akan mula meleleh air liur. Tapi, bila kita menyertai sahaja program MLM dan gagal berjaya didalam MLM maka kita akan mula merasuk dan membenci MLM sebenci-bencinya.

Contoh yang bukan MLM, kalau satu user jual ebook kata maklumat yang ada didalam ebook ini membolehkan dia mendapat ribu-ribu sebulan, dan ada user lain yang mula rasa "wah ebook ini best untuk dibeli"? Tapi bila dibeli, tidak berjaya pula si pembelinya itu. Adakah si penulis ebook itu memasukkan maklumat yang salah? Atau segaja mengainayai pembeli?

Bukan! Ia kerana teknik yang disenaraikan didalam ebook tersebut mungkin tidak sesuai untuk si pembeli berkenaan, ataupun si pembeli tidak mengikuti betul-betul teknik yang diberikan. Kalau kata tidak bagus, kenapa pembeli lain boleh berjaya? Itulah konsep apabila kita sebut tentang marketing.

Apa yang tak kena didalam MLM yang ada sekarang ini adalah yuran kemasukkan dan syarat yang "manakutkan". Seperti anda perlu membayar RM20,000.00 untuk menyertai BioAura. Semua orang boleh sertai Bio Aura, tetapi adakah semua orang boleh menjual produk Bio Aura? Adakah semua orang boleh merekrut ahli baru didalam Bio Aura?

Nampak tak? Inilah hakikatnya yang adalah. Sebab itu ramai yang takut dan rasa MLM ini adalah satu bisnes ke arah penipuan padahal ianya bukanlah penipuan tetapi soal "Adakah saya mampu laksanakan semua ini untuk berjaya"?

Saya, secara jujur yang saya ini adalah ahli MLM yang menyertai HPA. Kenapa? Ianya hanya memerlukan saya membayar RM30.00 kerana hanya jumlah wang sebanyak itulah yang saya mampu pun. Alhamdulillah, 1 tahun 1/2 berusaha akhir adalah sedikit kejayaan. Itupun melalui berlonggok-longgok try-and-error.

Kalau anda mahukan saya mengajar anda dalam MLM, boleh tetapi hanya untuk HPA kerana saya hanya menumpukan untuk HPA sebab yuran dia RM30.00. Tidak perlu banyak-banyak.

Dan, klik disini sekiranya anda perlukan sedikit motivasi untuk berjaya didalam MLM (http://www.wangcyber.com/forum/wts-pengiklanan-and-pemasaran/24612-sudah-sampai-pakej-kejayaan-bersama-hpa.html). Saya akan bersama anda sampai anda berjaya Insya Allah.

trythebest
12-23-2009, 12:41 PM
salam..
untuk otai2 IM boleh tak bg pandangan mengenai ads4buks..
kawan baru sesangat menceburi bidang tenet tenet ni.minat nak berniaga online..nak blajar wat affiliate program.ada member racun masuk ads4bucks.

eyman
12-23-2009, 07:19 PM
hmmm MLM...aku penah join....tp gagal hehe sbb xwat keja...dulu time zmn bljr naive lg...kena brni cri prospek...muka tebal sket nk cita bunga2..pastu nk fllow up lg pe la ape la.. tp semakin org menci MLM semakin ramai lak yg bejya......pa2 pon MLM ni xsalah pon dr sisi undang2...ikut diri sndri la nk bejaya...rajin keja(cri prospek,jaga downline) byk la dpt...dok snyp mmg x dpt pa laa

shafrizal87
12-25-2009, 05:09 AM
Satu tips yg aku pernah dapat dari otai MLM GDI iaitu Tissa Govaditarne yg aku nak share dgn korang.

"Cari syarikat MLM yg terbukti memang sahih dan clean payment dia, produk yg ditawarkan pun berbaloi dan menjadi permintaan ramai, dan fokuskan lebih pada produknya. Kuasai cara-cara nak gunakan produk itu untuk kebaikan kita dan ajarkan pada downline kita. Cari downline itu adalah selepas kita berjaya kuasai produk itu, barulah kita pun berkeyakinan untuk explain dan menawan hati prospek kita~"

Dr. Peace
12-25-2009, 06:21 PM
MLM merupakan bisnes yg mpunyai potensi yg sgt besar utk berjaya..

Tp utk bjaya dlm MLM perlu ada pngorbanan yg besar..

shafrizal87
12-26-2009, 08:26 AM
Yup, betul tu Dr. Peace.

1 - Pengorbanan
2 - Keberanian
3 - Kerajinan
4 - Usaha berterusan
5 - Strategi mantap

Ada ni baru boleh berjaya. Satu tertinggal, sakit gak dibuatnya. Tapi yg paling penting, doa kepada Allah Taala mintak diberkati bisnes kita.

p/s - Sekadar pendapat saya yg tak seberapa ni, heheh~

RaffeBahanudin
02-19-2010, 08:37 AM
gagal bukan bermaksud kita gagal selamanya..berusaha selagi kita mampu lakukan...apa bisnes kita buat pun kalau kita berputus asa x kemana.

--------
kenali saya ---> Klik sini (http://www.facebook.com/home.php?#!/profile.php?id=1821606771&ref=search&sid=1821606771.2223979184..1)

spoket
02-19-2010, 03:49 PM
selain manual table talk, road show..etc, kena ada online marketing utk MLM ni.. spt auto downline... sbb tak semua org pandai cakap... jadi guna jer online marketing tp kena betul2 jaga lah bila dpt downline.

tazamfn
02-21-2010, 03:30 AM
agak bersetuju ngan statment korang semua...

a) Syarikat
b) Produk
c) Marketing Plan
d) Kumpulan/Anda

antara penyumbang kejayaan MLM

arjunawan
02-23-2010, 10:01 AM
i setuju lah sangat... tapi kalau ada beberapa lagi pun best jugak...

a) life changing education
b) team work

mario
02-26-2010, 09:47 AM
saya pelik kenapa ada istilah "gagal" dalam perniagaan. Ingatlah, sebenarnya takde perkataan gagal.. Gagal cuma persepsi.. anda cuma gagal mencapai objektif utama sahaja bkn seluruh aspek perniagaan.. Saya bagi senario... orang yang berjaya dapat duit kebanyakan sudah selesa dengan kedudukan sekarang.. So kebanyakan mereka yang "berjaya" ni slow untuk explore benda baru...

Tapi yang "gagal" dapat duit ni sangat"berjaya" dalam mencari idea baru.. Bahkan satu hari dapat menjangkau mereka yang "berjaya" ni..

The point is .. dont talk negative... just give the try.. Try and error.. Try and error.. until you found ur most formidable formulae

nice one bro..aku suka motivation bro :)
tp still aku takkan join mlm..selagi base tak kuat :D

usahawan_siber
03-15-2010, 12:10 PM
Sabenarnya kita kena tanya diri kita adakah dengan berniaga kita boleh berjaya!Ada orang berpendapat 90% orang yang mulakan berniaga kebanyakan akan tutup dalam setahun. Abih kenapa orang masih nak berniaga? MLM juga orang kata 95% akan gerenti gagal hanya 5% akan berjaya! Tapi kenapa lagi ada beratus-ratus syarikat MLM muncul saban tahun dan ramai pula pengikutnya! Nak jadi IM semua nak! Beli e-book sampai overloaded with information dan akhirnya 90% orang juga gagal! So kalau semua Gagal Makan gaji ke? Pada saya soal gagal tak ada dalam benak fikiran saya. Tindakan saya berteraskan MSI (Multi Source of Income) dan saya sentiasa mencari peluang apa-apa bentuk MSI yang ada faktor 3M - Murah, Mudah & Menarik sebab itu saya lebih suka buat Pemasaran Networking baik On Line mahu pun Off line termasuk MLM. IM memberikan saya peluang yang lebih pantas kerana teknik-teknik pemasaran Internet memang hebat. Yang bestnya ia memberikan anda SISTEM MENJANA PENDAPATAN! Itulah yang menjadi Mata Pencarian saya mencari SISTEM yang boleh Menjana Pendapatan melalu IM! Cuma saya ada jaringan sendiri yang saya nama KMM- Kumpulan Master Mind dimana kami buka konsortium untuk bersama buat duit dan diakhirnya semua dapat merasakannya. Just my 2 cents

paleduck
03-22-2010, 09:06 AM
tak sudah akhirnya

Cikgu Yas
03-22-2010, 09:34 AM
ya aku setuju .... fikir dulu sebelum join
Tak rugi buat SWOT ke atas sesuatu MLM yg kita nak ceburi ....

antara spek yg penting ialah :

a) Kekuatan produk
b) Keperluan produk
c) Harga produk
d) Kemampuan pengguna
e) Kestabilan syarikat.
f) Tanya kawan2 dulu yg pernah join .....

Aku ingat yg ada kat sini pun bukan semua berjaya .... tetapi masih@sedang bergerak utk Berjaya .......

Sbb tu jangan salahkan 100% kalau kita gagal dlm MLM yg kita join tu. Mungkin MLM tu tak sesuai dgn kita .....
Ini pengalaman aku la pernah masuk mcm2 MLM, yg paling menyesal masuk uptrend sbb tak dpt sekupang pun .... tp salah aku sendiri sbb tak buat promosi & cari agen baru. Pastu aku tak buat apa2 pun analisa SWOT sbb terpengaruh dgn ajakan sedara ..... last2 terbang cam tu jer RM1k.

Tapi sekarang nie alhamdulillah lepas buat beberapa kajian tentang Portal Pendidkan Online, aku pilih MLM Portal Mystar ..... sesuai dgn citarasa Cikgu kut ...... dgn harga yg murah & fleksibel.... alhamdulilah aku dah dpt dekat2 RM3k dlm masa 2 bulan setengah. Tapi mau ingat kerja2 promosi tu memang tak boleh tinggal ......

Kesimpulannya MLM @ IM nie tak boleh lari dprd PROMOSI .....

AbdulMuthalib
03-22-2010, 02:40 PM
Sebenarnya kalau nak cakap pasal MLM nie memang tak habis2. Memang betul utk berjaya dalam MLM perlu ambil kira faktor2 yg dinyatakan oleh ahli2 sebelum nie. Cuma sy nak tambah satu lagi iaitu diri kita sendiri. Ada org akan join kita dlm sbb diri kita sendiri dan juga org akan benci MLM dan tolak proposal kita sbb kita sendiri juga. Kenapa? antaranya, kita asyik tukar company, sbb kita over promise atau kita terlalu memaksa.

Jadi cubalah jadi leader yg terbaik...ini yg susah tapi tak mustahil. Internet memudahkan dunia MLM sebab internet membolehkan org yg betul2 ingin menyertai MLM mendapat maklumat dan seterusnya menyertai MLM. Maka kita tidak lagi perlu bercakap dgn semua org. yg kita kenal sbb bukan semua org suka MLM. Kalau kita salah approach, maka keluarlah kata2 yg menyatakan 'aku benci MLM sbb dia org nie macam memaksa'.

Konsep MLM adalah satu konsep yg menarik cuma ianya dah di cemari oleh insan2 yg tamak dan janji2 yg tak masuk akal. Maka ramailah yg kecewa. biasanya disebabkan nak cepat kaya, selalu dijanjikan akan di beri downline dan macam2 lagi janji manis. Ingat MLM adalah lari marathon dan bukan lari 100mater!

djduzker
04-23-2010, 06:58 AM
Korang pernah dgr Company Easy Pha-max..kalau kedai dia macam Watson & Gaurdian tu..Misson company ini berasaskan Herba..sbb pengasas dia mengambil tauladan seorang cina kat Taiwan dulu masa tahun 1980's yang mana pada masa tu computer satu menda yang asing..so pada fikiran pengasas company ini menjangkakan pada tahun2 akan datang..Herba akan menjadi satu ubatan yang unggul...sekarang pun..euro dah boleh terima produk herba..malah kebykan yang join dengan bisnes ni ialah cina..dan kebanyakan juga bekas-bekas kena tipu dengan Hai-o..sebab diorg ckp produk hai-o tu tipu..terutama bio-aura..dia ambik kat cina harga cuma dalam RM 3++ jual RM 2080..so skg hai-o duk tipu org melayu..cina2 yang aku jupe sejak join bisnes ini semua ckp pengasas hai-o kena 'tiu' dengan org2 China...

Berbalik kepada Easy Pha-max..hampir semua aku tanya cina join menda ni even diorg xbuat networking sbb produk dia sangat bgs...cina pun ckp mcm tu..tambah lak skg..company ni bru launch satu taman perumahan macam Beverly Hills kat nilai..hanya untuk ahli Easy Pha-max..satu biji rumah teres 2 tgkt harga RM 3 juta..kondo siap swimming pool RM 800 ribu..3 billion Datuk ni labur...lebih kurang 70% cina join terutama cina berumur 30-an ke atas sbb cina muda xsuka MLM...Company ni xyah ckp la..bercbg2 tapi otak Datuk ni bgs x campur aduk antara satu company dengan company yang lain...mcm INS Bio Sience just buat research produk,keluar produk semua...tambah lak company ni jd syarikat perintis kerajaan bg produk herba...maybe otak cina berlainan bila buat bisnes...byk aku belajar dengan cina2 ni semua buat MLM...beza sgt masa join Hai-O...satu tahun hamba diri cuma dapat RM 1200 sebulan..bersih dapat la RM 200...

Abdul Malek
05-03-2010, 11:19 AM
a) Syarikat
b) Produk
c) Marketing Plan
d) Kumpulan/Anda

dan yang paling penting diri sendiri.SEMANGAT untuk berubah mesti KUAT, KESABARAN kena Tinggi..dan juga skill..

MyIkhtiar
05-04-2010, 01:26 AM
lagi satu... untuk nak myakinkan prospek anda..

laburkan rm10 pergi ke SSM dan beli profil syarikat MLM anda...

sedikit sebanyak kita tahu syarikat itu bertahan sampai bila, ada aset berapa juta..etc..

gandaduit
05-08-2010, 06:19 AM
lagi satu... untuk nak myakinkan prospek anda..

laburkan rm10 pergi ke SSM dan beli profil syarikat MLM anda...

sedikit sebanyak kita tahu syarikat itu bertahan sampai bila, ada aset berapa juta..etc..

setuju..jika capital dan aset syarikat tu besar,ia bermakna ia teguh dan serius untuk menjlnkan secara longterm!:rolleyes:

Din Beramboi
08-20-2010, 01:00 PM
Kalau cerita pasal MLM jer..mesti meriah thread tu kan. Nampaknya MLM terus mendapat perhatian masyarakat Malaysia. bagus2.. :)

spoket
08-20-2010, 01:48 PM
MLM yg berjaya salah satu spt Vemma, jual jus manggis je sebotol RM350.. mahai yg amat.
Depa berjaya konker sampai satu dunia sbb depa fully utilize guna Internet Marketing..
Depa ada system MLM utk ahli2 depa.

Aliahzakaria
08-24-2010, 10:03 AM
Saya cadangkan...lupakanlah MLM,CLM,MMM tu semua.Balik pada fundemental azali dlm perniagaan secara konvensional dan improvisasi sedikit ikut lunas agama.Insha'Allah berkat

munawirzackry
08-24-2010, 04:31 PM
Susah sebernanya nak kerja online , mesti ada method sendiri , kalo method yang dibeli mcm ebook2 tu mmg xdpt kalo ko cube.

Din Beramboi
08-24-2010, 10:10 PM
MLM yg berjaya salah satu spt Vemma, jual jus manggis je sebotol RM350.. mahai yg amat.
Depa berjaya konker sampai satu dunia sbb depa fully utilize guna Internet Marketing..
Depa ada system MLM utk ahli2 depa.

Baca kat mana yg bgtau sebotol RM350?

Pakej Vemma berharga RM342 utk 2 botol. RM171 utk sebotol..

ali
08-25-2010, 10:11 PM
nak tanyer sket, so skang ngah gawat2 ni. bisness marketing kat malaysia ni camne.

ok. tahun lepas je sumbangan mlm kepada kdnk meningkat dari 4.5 bil tahun 2008 kepada 5 bil tahun lepas. ini menunjukkan ia sangat memberansangkan...

ali
08-25-2010, 10:25 PM
bagi saya MLM ni kurang sikit.. sbb cara bisnesnya ialah bukan nak jual produk tp lebih kepada cari downline semata2.. realitinya ada yg berjaya tetapi lebih ramai yang gagal.. jika anda rasa diri anda mampu utk dptkan ramai downline dan yakin berada dlm golongan minoriti yg berjaya itu.. why not mana tahu boleh jadi jutawan mlm kan.. tp kena ingat hanya minoriti yg berjaya sbb majoriti yg buat MLM ni gagal dan menyesal tak sudah akhirnya.

mana-mana bisnes pun % yang berjaya memang 5 % je lebih kurang. IM pun macam tue. Ini kerana orang yang mempunyai sikap yang betul dalam berbisnes tak ramai. Yang sikap betul tue yang berjaya baik dalam MLM mahupun IM.

ali
08-25-2010, 10:27 PM
MLM ni keje menyusahkan hidup org.. jumpa kat mana2 dok citer pasal MLM dia.. citer yg sama... tak kira kat mana2 sampai dlm masjid masa org bagi tazkirah... itulah buruk perangainya geng2 MLM ni... mmg saya ban sape2 yg buat MLM ni... sampai naik berbulu lubang telinga.. hehe

memang tak dinafikan ada yang buat jahat, tapi MLM tue sendiri tak jahat. sama jugak bisnes lain termasuklah IM, ia bisnes bagus, tapi ada yang buat jahat sampai semua terpalit sama. adakan yang buat IM terkena jugak dek perangai sebahagian yang jahat nie.

ali
08-25-2010, 10:29 PM
Adakah aku perlu keluarkan pendapatku juga....?

1- Setiap org pernah sertai MLM..

2- Setiap orang pernah merasai Perit Jerih MLM

3- Orang dah mula memandang sepi MLM

4- Orang dah MUAK dengan MLM..

5- MLM tiada masa depan??!! ( Betoi ker?? )

Oleh yang demikian... Saya sendiri tiada pendapat yang benar..

Oleh itu. Jika memulakan perniagaan seperti yang IK ada tulis dan Bijak Wang ada katakan...

1- Memulakan perniagaan dengan DUIT SIMPANAN ANDA!!!! <---- ( Bukan dengan BUAT PINJAMAN )

2- Oleh yang demikian, ramai kelabu bijik mata sebab nampak KERETA SLK Merc yang dipandu!! ( AKu sendiri pernah merasa!! Huehueheuhe.. Padan Muka Aku!!! )

3- Selalu menuding JARI pada orang lain tidak akan menyelesaikan masalah.. Selalu pandang pada kekilafan diri.. Ada HIKMAH yang ALLAH sediakan untuk kita.. Cuma jangan lupa akan kekuasaan DARINYA!!!

Bukan untuk mengatakn sesiapa.. Hanya berkongsi PENDAPAT yang serba KECIL ini dengan mereka yang SUDI ambil untuk dijadikan PANDUAN.. ( PEsanan buat diriku jua.. )

MLM nie bisnes untuk kita cari duit atau rezeki, kalau dah dapat tue simpan le untuk masa depan. mana-mana bisnes pun ada turun naiknya. jadi bersiap sebelum kena...

ali
08-25-2010, 10:30 PM
sama. sorry to say, I agak haram'kan some (I say some) of
MLM ni. pe'kejadah!

boleh rujuk penerangan ustaz zaharudin di zaharudin.net.

ali
08-25-2010, 10:31 PM
org tumpang berniaga dgn sykt MLM berkejar2 beli kereta BMW, Merz, Caldina..etc w/pun masih tinggal di rumah sewa.. tp org berniaga sendiri berkejar2 beli semi D, bungalow, kondo..etc dulu w/pun pakai kete wira jer..

hehe tu salah satu beza yg ketara.. :D

tue lah kira amalan yang salah...memang ada yang buat begitu...tapi KEJAYAAN nie kena buat betul lah...buat dengan cara yang betul.

ali
08-25-2010, 10:33 PM
mlm tu hanyalah konsep marketing. Bukanlah skim cepat kaya. Bila disalahgunakan, ianya boleh menganiaya orang. Dalam mlm ni ada 2 offer biasanya. Produk dan juga peluang.
Sekiranya kita memandang produk saja, ianya lebih kepada jual barang. Sekiranya kita memandang kepada peluang saja, ianya lebih kepada skim cepat kaya. Jadi produk dan peluang kena seiring.
Mana-mana bisnes kena cari orang. Kalau untung 1 produk rm10, kenalah cari 10 orang untuk beli produk kita kalau nak untung rm100.
Downline tu umpama pelanggan tetap kepada upline. Kalau kita saja yang guna produk mana boleh jadi kaya. Jadi kita ajaklah downline guna produk sekali.
Kalau produk bermanfaat mesti downline akan beli produk lagi. Di situlah komisen kepada upline.
Saya banyak join mlm. Tapi saya tak kaya pun dengan mlm. Tak pernah dapat kereta atau melancong pun. Tapi saya tetap menyokong mlm. Sbb konsep mlm tu saya faham.
Jgn fikir semua mlm tu sama. Bisnes internet jika disalahguna pun boleh jadi skim cepat kaya. Buang yang keruh ambil yang jernih. Saya nak ajak kawan2 buka minda.
Panjang sangat post ni. Sori yer tuan tanah.:)

setuju sangat

SuccessHomeBiz
08-28-2010, 04:21 PM
bukan setakat MLM, bisnes lain pun macam tu jugak... termasuk bisnes
internet - ramai juga yang gagal.

Boleh En. Zamri terangkan punca utama kegagalan dalam Bisness Internet.

SuccessHomeBiz
08-28-2010, 04:25 PM
saya pelik kenapa ada istilah "gagal" dalam perniagaan. Ingatlah, sebenarnya takde perkataan gagal.. Gagal cuma persepsi.. anda cuma gagal mencapai objektif utama sahaja bkn seluruh aspek perniagaan.. Saya bagi senario... orang yang berjaya dapat duit kebanyakan sudah selesa dengan kedudukan sekarang.. So kebanyakan mereka yang "berjaya" ni slow untuk explore benda baru...

Tapi yang "gagal" dapat duit ni sangat"berjaya" dalam mencari idea baru.. Bahkan satu hari dapat menjangkau mereka yang "berjaya" ni..

The point is .. dont talk negative... just give the try.. Try and error.. Try and error.. until you found ur most formidable formulae

Terima kasih satu penerangan dan motivasi yang bernas.

faezil
08-28-2010, 04:30 PM
Boleh En. Zamri terangkan punca utama kegagalan dalam Bisness Internet.

Punca kegagalan dalam IM

terlalu percaya kepada mitos perniagaan Internet
gagal memahami kelebihan dan fungsi Internet
paling teruk.... gagal memahami apa itu perniagaan

betul kata bro tenteraangin.. tiada istilah kegagalan dalam perniagaan... tetapi gagal di sini bermaksud 'Tamat sebelum berjaya'

munawirzackry
08-29-2010, 04:44 PM
Bagi aku website Sharecash adalah website yang paling best aku tahu , sebab mmg jana cepat kalo ada barang xgune dalam pc , share2.

Aku juga jual barang Microsoft macam keys dan account :D mmg mahal tapi worthed kalo resell hm

JenamaOnline
08-29-2010, 06:41 PM
Punca kegagalan dalam IM

terlalu percaya kepada mitos perniagaan Internet
gagal memahami kelebihan dan fungsi Internet
paling teruk.... gagal memahami apa itu perniagaan

betul kata bro tenteraangin.. tiada istilah kegagalan dalam perniagaan... tetapi gagal di sini bermaksud 'Tamat sebelum berjaya'
dan satu lagi kena faham bawasanya hukum alam dah termaktub 20/80 hehehheh yang berjaya 20% dan 80% lagi penyumbang kepada yang berjaya so usahakan diri kita dalam 20% yang berjaya... bukan otomatik join atau usahakan satu2 benda terus boleh berjaya heheheehehe :)

ali
08-30-2010, 05:01 AM

begitulah juga yang berlaku kepada kebanyakan yang buat bisnes MLM nie.

* terlalu percaya kepada mitos perniagaan MLM (duduk diam dapat duit)
* gagal memahami kelebihan dan fungsi MLM
* paling teruk.... gagal memahami apa itu perniagaan (MLM sebenar)

itulah juga punca kecelaruannya...

engshahrul
08-30-2010, 05:23 AM
dan satu lagi kena faham bawasanya hukum alam dah termaktub 20/80 hehehheh yang berjaya 20% dan 80% lagi penyumbang kepada yang berjaya so usahakan diri kita dalam 20% yang berjaya... bukan otomatik join atau usahakan satu2 benda terus boleh berjaya heheheehehe :)

Betul juga. 20% berjaya, 80% adalah penyumbang kpd 20% yg berjaya. 20% jadi penjual yg berjaya, mestilah kene ada 80% tu yg membeli. 80% tu nak berjaya, kene usaha something untuk cari penyumbang kepada kejayaan mereka pula.

mhatta
09-22-2010, 04:44 AM
Pada pendapat saya :

Bukan susah untuk susah, bukan senang untuk jadi SENANG...

Diri sendiri adalah kunci kejayaan sebenar. Jangan jadikan diri sendiri sebagai batu penghalang utama.

Renung-renungkan ;)

JenamaOnline
10-03-2010, 01:59 PM
saya pelik kenapa ada istilah "gagal" dalam perniagaan. Ingatlah, sebenarnya takde perkataan gagal.. Gagal cuma persepsi.. anda cuma gagal mencapai objektif utama sahaja bkn seluruh aspek perniagaan.. Saya bagi senario... orang yang berjaya dapat duit kebanyakan sudah selesa dengan kedudukan sekarang.. So kebanyakan mereka yang "berjaya" ni slow untuk explore benda baru...

Tapi yang "gagal" dapat duit ni sangat"berjaya" dalam mencari idea baru.. Bahkan satu hari dapat menjangkau mereka yang "berjaya" ni..

The point is .. dont talk negative... just give the try.. Try and error.. Try and error.. until you found ur most formidable formulae

satu nasihat yang penuh dengan motivasi TQ bro there is the way :D

dwlong
10-11-2010, 06:51 AM
Betul juga. 20% berjaya, 80% adalah penyumbang kpd 20% yg berjaya. 20% jadi penjual yg berjaya, mestilah kene ada 80% tu yg membeli. 80% tu nak berjaya, kene usaha something untuk cari penyumbang kepada kejayaan mereka pula.

mazrul
10-11-2010, 08:42 AM
juz my 2 cent,
citer bab MLm ni mmg tak kesudahnya..bila yang tukang ajak citer2 bagus dah melopong time tu jugak nak carik atm..bila dah join tak buat..bila tak dpt bising nyalahkan orang, diri sendiri asyik betul jerk(tp terkena jugakk!!)sama gak mcm gaji, bisnes tradisional..kene kerja beb, baru ada hasil...

Din Beramboi
10-12-2010, 09:17 AM
Saya kat HQ Vemma ni. 24 Okt 2010 ni, genaplah 2 tahun saya di Vemma. :)