PDA

View Full Version : panduan Beli kereta Recond

Hafiz Wasa
10-16-2009, 08:40 AM
Assalamualaikum..

saja nak share dengan member disini pengalaman membeli kereta Recond.

Sekarang ni ramai yang berminat membeli kereta recond berbanding kereta 'new' kerana kualiti dan prestasi lebih kurang sama sahaja.

Malah harga kereta recond jauh lebih murah.

Antara contoh kereta recond yang mendapat sambutan adalah seperti

-toyota caldina
- Mitsubishi Evo (7, 7.5 & 8)
- Toyota Mark X (sesuai untuk 35 tahun keatas)
- Toyota Estima
- Honda Integra
- Honda Accord Euro
- Toyota wish
- BMW 3 & 5 series
- Mazda RX8

Pertama sekali jika anda berminat untuk membeli kereta recond, anda perlu cek/semak nombor chasis kereta berkenaan.

bukan apa, dengan nombor chasis kita dapat tahu bila kereta tersebut dibuat.

Ada ramai pengeluar kereta recond sanggup menipu untuk mendapat untung lebih.

contohnya, kereta tersebut dibuat pada tahun 2002, tetapi penjual mengatakan ia dikeluarkan pada tahun 2004 (sebab AP tulis tahun 2004).

Jadi penjual kereta akan dapat untung lebih 5% bagi setiap perbezaan satu tahun!

Oleh itu anda perlu cek bila kereta yang ingin anda beli itu dikeluarkan.

Anda boleh cek nombor chasis kenderaan dilaman ini:

http://www.japan-partner.com/check-manufacture-year.php

Kemudian anda perlu cek mileage kereta tersebut. Jika bawah 30,000 maka ia sudah dikira ok...

Penjual biasanya meletakkan harga lebih tinggi untuk permulaan. Tetapi anda boleh dapatkan harga yang murah mengikut kehendak anda dengan meletakkan sedikit deposit.

contohnya, harga kereta yang diletakkan adalah RM150k. Katakan harga RM150k itu terlalu mahal. dan anda mampu RM140k sahaja.

Jadi anda bagi deposit RM500 terlebih dahulu dan tawarkan harga RM140k (ini menunujukkan kesungguhan anda untuk dapatkan kereta itu)... Jika tidak dapat harga yang diingini, mereka (penjual) akan kembalikan wang anda.

Biasanya kaedah ini berjaya... tetapi perbezaan harga yang ditawarkan oleh penjual tidak lebih 10% daripada harga yang anda ingini.

Kebanyakan kereta datang dengan keadaan tidak complete. seperti tiada reverse sensor/camera, frequency radio bermasalah, tayar botak atau digunakan seduah lebih 5 tahun. Jadi sebelum deal harga, minta barang2 yang tidak complete dari penjual.

Selepas deal harga, penjual akan menunjukan berapa harga kereta tersebut 'on the road' dan membuat pengiraan berapa banyak bulanan yang perlu anda bayar.

Setiap pengiraan anda perlu tahu duit tersebut dibayar untuk apa. Saya pernah tertipu untuk kes ini. Penjual memasukkan RM5 ribu dalam pengiraan dan saya tidak tanya mereka untuk apa duit tersebut.

Kemudian selepas mendapatkan kereta baru saya tanya untuk apakah duit tersebut. Jawabnya adalah duit tersebut digunakan untuk menukar cermin gelap (sebab x lulus Puspakom).

Padahal harga cermin tersebut lingkungan harga RM2k-3k sahaja!

ok last, Anda perlu bertanyakan kepada penjual berkenaan adakah AP yang dikeluarkan daripada semenanjung ataupun AP sarawak. AP serawak lebih murah harganya dari AP semenanjung.

Tetapi jika anda ingin menjual kembali kereta anda itu, harga trade in AP sarawak jauh lebih murah berbanding AP semenanjung... Dan ada juga penjual keberatan untuk trade in kereta yang mempunyai AP sarawak. saya pun tidak tahu mengapa...

Diharapkan tip diatas membantu anda dalam mendapatkan kereta recond...

zakeri
10-16-2009, 08:43 AM
setelah di plus minus berapa harga keter2 tersebut??

Hafiz Wasa
10-16-2009, 08:46 AM
setelah di plus minus berapa harga keter2 tersebut??

biasanya jika on the road perlu tambah RM5k lagi...

contohnya harga kereta RM140k, tambah RM5k jadilah RM145k...

zakeri
10-16-2009, 08:48 AM
maybe TT boleh cari info camne nak beli keta recond kat Singapore...

dengar citer murah, tapi susah nak lepasss..

Hafiz Wasa
10-16-2009, 08:53 AM
maybe TT boleh cari info camne nak beli keta recond kat Singapore...

dengar citer murah, tapi susah nak lepasss..

Erm..first time dgr kereta recond kat Singapore.

tapi kan, kalo kerajaan "cut tax" yang dikenakan keatas kereta recond, ramai yang boleh beli...

tax sahaja dah hampir menyamai harga kereta...oh Malaysia!

zakeri
10-16-2009, 09:00 AM
tak tahu la apa istilahnya...

tapi kiranya keter terpakai lah... singapore punyer...

ker aku jer yg buat cerita ni.... adoiii

codak
10-16-2009, 09:32 AM
mcm best je dgr
neway thanks for the info

MisterSir
10-16-2009, 09:46 AM
Master Dealer keluar lebih kurang RM30K-RM50K utk setiap kereta recond direct dari Jepun.... Dia jual kat semua dealer dalam lingkingan RM90K - RM130K......

Masyyyuuuuk ooooo jadi dealer kereta recond.....

Tapi yang best Master Dealer juga yang kenyang:-))
tapi kesian, share partner banyak keliling pinggang.....

zakeri
10-16-2009, 09:52 AM
apa pulak kisahnya dengan kereta tarik ??

Imabiz
10-16-2009, 09:56 AM
tuela.. dgr tax kete import nak dilupuskan tahun depan.. betul ker..??? hehe... caldina...

Hafiz Wasa
10-16-2009, 10:10 AM
tuela.. dgr tax kete import nak dilupuskan tahun depan.. betul ker..??? hehe... caldina...

kalo tax dilupuskan, boleh la dapatkan toyota caldina gt-4 bawah 100k..

Hafiz Wasa
10-16-2009, 10:11 AM
Master Dealer keluar lebih kurang RM30K-RM50K utk setiap kereta recond direct dari Jepun.... Dia jual kat semua dealer dalam lingkingan RM90K - RM130K......

Masyyyuuuuk ooooo jadi dealer kereta recond.....

Tapi yang best Master Dealer juga yang kenyang:-))
tapi kesian, share partner banyak keliling pinggang.....

bro mesti berpengalaman jual beli kereta recond kan?

MisterSir
10-16-2009, 01:10 PM
bro mesti berpengalaman jual beli kereta recond kan?

Saya hanya seorang pemerhati.....Kira kenal juga dengan Master Dealer....

Saya pernah berbual dengan pekerja beliau....Dia kata ada motor recond yang sebenarnya brand new (belum register tapi di declare used car bila sampai sini). Mungkin stok lebihan atau untuk eksport . Tapi lepas juga bila diperiksa kastam....guna sparepart secondhand kot :-)

Untung sapa yang dapat jumpa kereta sebegini tapi harga dia faham-faham jelah....Kira kena kamceng dengan Dealer.........

Duit Internet !
10-17-2009, 06:50 AM
bleh bli kete lpas nie :D

yhaffiz
10-27-2009, 07:14 AM
aku dulu pernah nak beli kereta nissan liberty...tapi loan tak lepas waktu tu..

dealer ada bg kat aku ap untk aku buat loan sendiri...
AP sarawak..
harga kereta + tax sumer yg tertulis kat ap rm28k
dia jual kat aku rm90k...heheh

banyak dia ambik tu..

bersahaje
10-27-2009, 08:18 AM
Klau dari Singapore, member2 aku banyak beli Subaru, Evo ngn Caldina. Rata2 average 1 kereta harga dalm RM50k(maksimum)

Harga kereta-RM25k
+
Assigment(Roadtax+gran+modify Malaysia Spec) - RM25k
=
rm50K

Tapi kalau just nak roadtax sahaja tanpa gran dan sebagainya (risiko tinggi kat jalan raya) leh dapat dalam rm30k je

That's why, skang bebudak JB, muda2 dah leh bawa BMW 5 series, evo 9 dan kereta2 mewah yang lain.

Sangat bersahaje :rolleyes:!!!

Hafiz Wasa
10-27-2009, 12:17 PM

xder la mahal sangat bro ek..memang untung besar la dealer2 nie...

bro buat la satu ebook camne nak dapatkan evo/subaru/caldina dgn harga lebih kurang RM50k..mesti laku cam goreng pisang panas..

zyan
10-27-2009, 01:33 PM
tq bro for the info!

Filzan
10-27-2009, 01:54 PM
wah menarik info kereta recond.. thanks for sharing, mmg berhajat gak nak cari yg recond ni :)

Imabiz
10-27-2009, 01:57 PM
nissan maxX pun recond ker..??

AN2009
10-27-2009, 02:18 PM
nice info bro....best baca

PinguSpy
10-28-2009, 12:05 AM
sape2 nk kete mewah dari singapore PM aku hehe :D

Subaru,BMW, MERCEDES, EVO

setakat Honda Integra Type-S boley dapat dlm around RM60K lebih jek..
jimat gila babes..!!

Subaru WRX VER.9 = RM60K lebeyh jek..(siap tukar number plate malaysia/roadtax/insurance) ;)

aku pun nak angkat 1 tahun depan ker hehe :D

bersahaje
10-28-2009, 02:01 AM
xder la mahal sangat bro ek..memang untung besar la dealer2 nie...

bro buat la satu ebook camne nak dapatkan evo/subaru/caldina dgn harga lebih kurang RM50k..mesti laku cam goreng pisang panas..

Hahaha, x pandai la brader nk buat ebook ni. Lagipun xde rahsia2 pun. Just kenal ramai KAKI yang buat 'Kereta Assigment'

Just sesape yang nk beli dan rase betol2 ada duit, contact je aku. I'Allah aku leh recommend kan kat member2 yg aku kenal. Tapi semuanya kat JB la.

Al-maklumlah, kita ni hidup nak berRanggi2. Tapi duit je yang x berapa Ranggi. So, ni adalah salah satu alternatif nk beranggi, kihkihkih

zakeri
10-28-2009, 02:04 AM
Kalau setakat keter singapore cth lancer berapa agaknya regenyer??

bersahaje
10-28-2009, 02:27 AM
Kalau setakat keter singapore cth lancer berapa agaknya regenyer??

Klau Lancer yang bukan Evo, leh dapat kurang dari Rm50k. Kete yang 50k tu adalah kete2 yang gempak2 cam kete2 sporty, ketre elegance cam BMW, Merc n Lexus. Ap lagi beb, sambar la 1 ke 2 biji kihkihkhihkhih

fdelixx
10-28-2009, 03:59 AM
recond 2 kete ape ek?

cikgu zahran
10-28-2009, 01:22 PM
sape2 nk kete mewah dari singapore PM aku hehe :D

Subaru,BMW, MERCEDES, EVO

setakat Honda Integra Type-S boley dapat dlm around RM60K lebih jek..
jimat gila babes..!!

Subaru WRX VER.9 = RM60K lebeyh jek..(siap tukar number plate malaysia/roadtax/insurance) ;)

aku pun nak angkat 1 tahun depan ker hehe :D

bro pingu....loat camner?ker kene cash?kalau loan takder masalah....saya berminat

GT500
10-28-2009, 01:26 PM
Wah,berani korang cerita pasal kereta Singapore open2 macamni ye?

amriros
10-28-2009, 01:41 PM
bro pingu....loat camner?ker kene cash?kalau loan takder masalah....saya berminat

tak silap aku kena bayar cash.. kena la buat personal loan beli kete..

amriros
10-28-2009, 01:42 PM
Wah,berani korang cerita pasal kereta Singapore open2 macamni ye?

ni yg aku musykil ni.. tak boleh ke sembang2 topik ni open2.. ade spy ke..

Hafiz Wasa
10-28-2009, 03:32 PM
recond 2 kete ape ek?

bro, recond tu maknanya kereta yang telah di pakai di negara lain (cth Jepun) dan di perbaiki semula dan dijual di Malaysia.

Hafiz Wasa
10-28-2009, 03:33 PM
sape2 nk kete mewah dari singapore PM aku hehe :D

Subaru,BMW, MERCEDES, EVO

setakat Honda Integra Type-S boley dapat dlm around RM60K lebih jek..
jimat gila babes..!!

Subaru WRX VER.9 = RM60K lebeyh jek..(siap tukar number plate malaysia/roadtax/insurance) ;)

aku pun nak angkat 1 tahun depan ker hehe :D

bro, dedahkan aje dalam ebook. konpem laku... believe me :)

Hafiz Wasa
10-28-2009, 03:35 PM
Hahaha, x pandai la brader nk buat ebook ni. Lagipun xde rahsia2 pun. Just kenal ramai KAKI yang buat 'Kereta Assigment'

Just sesape yang nk beli dan rase betol2 ada duit, contact je aku. I'Allah aku leh recommend kan kat member2 yg aku kenal. Tapi semuanya kat JB la.

Al-maklumlah, kita ni hidup nak berRanggi2. Tapi duit je yang x berapa Ranggi. So, ni adalah salah satu alternatif nk beranggi, kihkihkih

bro bersahaje dah offer nak tolong sape nak beli kereta recond murah..sape2 ada duit sambar je la..

...ambik caldina gt4, memang x nyesal..hehe

Hafiz Wasa
10-28-2009, 03:36 PM
bro pingu....loat camner?ker kene cash?kalau loan takder masalah....saya berminat

cikgu, saya rasa kalo bawah rm60k tu baik ambik cash. kalo loan banyak kerja skit kena buat.

Hafiz Wasa
10-28-2009, 03:38 PM
Wah,berani korang cerita pasal kereta Singapore open2 macamni ye?

cerita la skit bro kenapa xleh borak pasal kereta singapore?

moonwalker
10-28-2009, 04:51 PM
ilegal kot..

mayonis
10-28-2009, 09:50 PM
Info yg best2 kat sini...thanks for sharing............:rolleyes:

najibasaddok
10-28-2009, 11:08 PM
oohh cam tu nak beli kete recond ni..mmd bercadang nak angkat recond car ni..Terima kasih atas maklumat ni..mmg bagus!!

PinguSpy
10-28-2009, 11:32 PM
bro pingu....loat camner?ker kene cash?kalau loan takder masalah....saya berminat

kene cash lah br0...

pasal org yg suruh buat ebook pasal mende nih aku rase x ngam lah..
sebab mende nih bukanye "teknik" untuk kita...

tp kita just cari saller...then 100% seller yg uruskan... ;)

mare..!! ?????? :D

pipetmaster
11-17-2009, 09:50 AM
sy pun ada jual kete singapore recond... sape minat bole PM

pipetmaster
11-17-2009, 09:55 AM
Klau Lancer yang bukan Evo, leh dapat kurang dari Rm50k. Kete yang 50k tu adalah kete2 yang gempak2 cam kete2 sporty, ketre elegance cam BMW, Merc n Lexus. Ap lagi beb, sambar la 1 ke 2 biji kihkihkhihkhih

vrg galant 2.0 - rm20k

pipetmaster
11-19-2009, 06:34 PM
toyota harier 2006 rm65k boleh dapat

mamatpenang
11-19-2009, 06:54 PM
kalau leh nak sambar Nissan Skyline

http://www.desktoprating.com/wallpapers/car-and-motorcycles-wallpapers-pictures/nissan-skyline-wallpaper.jpg

dianzdiana
12-09-2009, 10:13 AM
tuela.. dgr tax kete import nak dilupuskan tahun depan.. betul ker..??? hehe... caldina...

wah2 kalau dilupuskan bagus la..bahagianya..!!=)

alcedoatthis
08-22-2010, 12:29 AM
toyota harier 2006 rm65k boleh dapat

slm bro,,

saya nak cari Toyota Velfire 3.5, berapa RM?

mantul
08-30-2010, 01:59 PM
bro nak tnye..kalau gaji dlm lingkungan rm3000 sbulan bley ke nak agkut rx8? yang second la..

Crimson Von Matterhorn
12-11-2010, 11:52 PM
bro nak tnye..kalau gaji dlm lingkungan rm3000 sbulan bley ke nak agkut rx8? yang second la..

lama dah thread ni tapi aku nak jawab jugak....

X BOLEH BRO...

Dalam byk2 sport car JDM spec dlm kelas yg sama (Evolution.. Impreza.. 350Z.. Integra.. FD2R.. dan sebagainya)..
Mazda RX-8 adalah antara yg paling OTAI BAB FUEL CONSUMPTION.. kalo ko guna kereta ni utk daily drive... mmg ko sakit kalau gaji ko RM 3000.

Tapi maintenance dia... jgn caya ckp org. RX-8 ni antara yg paling rendah gak la maintenance dia. Susah rosak. Kalo Evo 4... sekali rosak haru woo...nangis gak la poket :P

Minyak dia almost 15% to 25% more consumption daripada 350Z untuk pemanduan ke tempat yg sama pada jarak yg sama dengan speed yg sama.

Paling2 kentang utk RX-8... ko kena earn RM 5,000.

Kalo ko pakai kereta versi temasek atau lari hutang pon or sambung bayar.. ko tetap kena live with maintenance aspect. Buat RM 5,000 minima then you are good to go. Pastikan engine compression ratio 7.5 ke atas utk dua2 rotor. Kalo x takut blow... kalo blow nk overhaul RM 20,000 ke atas. Tapi kalo compression raito atas 7.5... RX-8 adalah antara kereta paling reliable yg aku pernah jumpa :)

Hafiz Wasa
12-12-2010, 11:03 AM
slm bro,,

saya nak cari Toyota Velfire 3.5, berapa RM?

lama x buka thread ni, x sangka ada sambutan lagi..

utk toyota velfire 3.5 dlm 500k jugak la untuk tahun 2007..

kalo alphard 2005 dlm 191k je..

Hafiz Wasa
12-12-2010, 11:06 AM
bro nak tnye..kalau gaji dlm lingkungan rm3000 sbulan bley ke nak agkut rx8? yang second la..

kalo bro still berminat utk pakai rx8 dgn gaji 3k, sy cadangkan bro cari yang 2nd harga bawah 110k..

dan bro perlu sediakan downpayment yang tinggi la at least 20k supaya bulan2 x sakit nak bayar...

perlu diingatkan, rotary engine seperti rx8 memang makan minyak...

knizamj
12-13-2010, 08:19 AM
Rasanya cam dah kene tipu ni. Baru je beli Estima. Katanya 2005 tapi lepas baca thread ni, check kat belt (info dah kene potong). Pastu check kat Japan - check-manufacture-year.php ... tau tau ... tahun 2000 rupanya ... HAMPEHHH !!!!!!!!!!!!!!!!! ... :(

Hafiz Wasa
12-13-2010, 10:18 AM

knizam, sy simpati dgn awak...sy tahu memang ramai grey importer main tipu sebab nak naikkan harga kenderaan. mentang2 la jepun tidak ada keluarkan sijil beranak rasmi untuk kereta JDM.

knizamj
12-14-2010, 03:36 PM
bole ke kita buat pe pe dengan dealer yg camani? .. tapi rasanya .. dorang pun akan cakap yg dorang tak tau ... just based on the AP.

Hafiz Wasa
12-15-2010, 12:22 PM
bole ke kita buat pe pe dengan dealer yg camani? .. tapi rasanya .. dorang pun akan cakap yg dorang tak tau ... just based on the AP.

kalo tindakan undang2 saya tidak beberapa arif tentangnya...cuma kita boleh share perkara ini kepada orang lain agar tidak tertipu spt kita.

dan untuk next time mungkin bro nak beralih angin kepada alphard pula, boleh jadikan pengalaman ini sbg pengajaran agar tidak tertipu lagi...

mindcry
12-19-2010, 09:42 PM
nice idea ....... good

cyber82
12-21-2010, 04:46 AM
ada jual keta civic 1.7 tak?

danishhaikal7
04-26-2011, 01:29 AM
Hahaha, x pandai la brader nk buat ebook ni. Lagipun xde rahsia2 pun. Just kenal ramai KAKI yang buat 'Kereta Assigment'

Just sesape yang nk beli dan rase betol2 ada duit, contact je aku. I'Allah aku leh recommend kan kat member2 yg aku kenal. Tapi semuanya kat JB la.

Al-maklumlah, kita ni hidup nak berRanggi2. Tapi duit je yang x berapa Ranggi. So, ni adalah salah satu alternatif nk beranggi, kihkihkih

Bro, saya mencari BMW E60 recond, saya di JB.

Thanks.

aswady
01-08-2013, 03:34 PM
bor..u ada contact tak mcmana nak beli kereta macam nie??

aswady
01-08-2013, 03:39 PM
toyota velfire berapa harga??

JenamaOnline
01-08-2013, 03:52 PM
Audi ada tak? ;)

Khairi Hafizi
01-08-2013, 03:54 PM
audi R8 ada..? (angan2 je aku ni) :D

JenamaOnline
01-08-2013, 04:03 PM
audi R8 ada..? (angan2 je aku ni) :D
Angan2 dulu ;)

bertong
01-08-2013, 10:26 PM
nok beli keto mano eh agok2..

asasindino
01-09-2013, 03:21 AM
info yang menarik

Khairi Hafizi
01-09-2013, 03:23 AM
Angan2 dulu ;)
angan2--->matlamat--->> cita2---->>usaha---->>Audi R8

hahaha :D

JenamaOnline
01-09-2013, 04:22 AM
angan2--->matlamat--->> cita2---->>usaha---->>Audi R8

hahaha :D
Ambo nok A4 jah dulu hehehehe

Khairi Hafizi
01-09-2013, 07:55 AM
Ambo nok A4 jah dulu hehehehe
A4 pun kelah doh tu.. :D