PDA

View Full Version : Kisah Datuk Yusuf Taiyoob



mnashriq
09-04-2009, 12:45 PM
Anda pasti pernah dengar produk kurma berjenama Yusuf Taiyoob bukan? Ingin tahu sejarah kehidupan pemilik produk ini sehingga beliau mampu bergelar datuk? Usahawan Melayu Islam yang sangat sinonim dengan produk kurma nya ini bernama Datuk Yusuf Taiyoob, 47, yang memiliki empayar perniagaan sendiri bernama Yusuf Taiyoob Sdn Bhd...
(http://www.yuta.com/)
Kesungguhan beliau untuk berjaya dalam bidang perniagaan sememangnya tidak dapat dinafikan. Zaman remaja beliau sudah bermandikan cabaran demi cabaran dalam dunia perniagaan. Bermula dengan penjualan minyak wangi di Lapangan Terbang Bayan Lepas, yang diadun sendiri oleh beliau ketika berumur 19 tahun, penerimaan pada peringkat awal adalah sangat memberangsangkan. Sehinggalah pada satu ketika, beliau jatuh sakit (muntah darah akibat pendarahan dalaman yang serius) akibat tekanan yang dihadapi dek kerana penjualan yang merudum teruk. :(

Memang tidak dapat dinafikan, dugaan yang beliau hadapi, memberi kesan terhadap usahanya menjadi seorang usahawan berjaya. Namun, beliau nekad untuk menukar bentuk perniagaan yang lain dengan mengimport makanan termasuk kurma secara kecil-kecilan.

Lama-kelamaan, usahanya berhasil apabila perniagaannya berkembang maju dan produk keluarannya semakin popular termasuk di Singapura, Indonesia dan Thailand. Kini, beliau sudah pun memiliki lebih 1,000 pengedar di negara ini tidak termasuk di luar negara dan hampir 50 kakitangan di pejabatnya. Bilangan pekerja itu tidak termasuk pekerja di tiga gudang di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. ^_^

Begitulah serba ringkas kisah seorang usahawan tempatan, Datuk Yusuf Taiyoob. Bukan senang nak senang. Tiada jalan pintas untuk kecapi kebahagiaan. Bermacam-macam dugaan yang TUHAN berikan. Namun, berkat, usaha dan keyakinan terhadap kekuasaan ALLAH s.w.t, beliau mampu membuka fenomena baru dalam perusahaan kurma di negara kita.

Semoga kisah Datuk Yusuf Taiyoob ini dapat memberikan anda semangat untuk sentiasa sukses dalam kehidupan anda. Saya juga masih lagi mencari-cari jalan ke arah kebahagiaan dan kesenangan hidup di dunia mahupun di akhirat. :o

>> Jom singgah sini (http://nashrique.com) utk lain2 artikel berkaitan motivasi~ :cool:

wanmus
09-04-2009, 01:00 PM
Semua orang tahu yusof taiyoob. sebut je kurma, pasti kita akan terbayang iklan Yusof taiyoob di TV..pandai sungguh dia mengambil peluang. yerlah mana ada pengedar kurma macam yusof taiyoob..

mspenyu
09-04-2009, 01:39 PM
sekarang jika org ingat kurma mesti ingat yusuf taiyoob.

Walaupun permintaan terhadap kurma adalah bermusim tapi beliau berani mengambil risiko dan mengubahnya menjadikan yusuf taiyoob kurma bukan saja dikenali tapi juga digemari ramai.

fayz
09-04-2009, 02:24 PM
kalau yusof haslam ingat saper lak? heheh

mesti gerak khas..

kodin
09-04-2009, 04:33 PM
sekarang ade raja kurma baru..

Sulaiman Aqh'madidd Kurmaa.. :D

sape yg dgr radio Hitz.fm tau la :p

noah
09-04-2009, 04:40 PM
iklan jap..yusof tayyobbb(secara berbisik)..hehe

Imabiz
09-04-2009, 05:00 PM
bile la imabiz nak terkenal nie... sebut imabiz ingat internet.. hehe.. takpe.. usaha yang penting..

azim87
09-04-2009, 05:37 PM
cerita yang sangat memberi motivasi.:)

doralin
09-04-2009, 08:46 PM
Terima kasih kerana berkongsi cerita ni.
Amat bagus dan bermotivasi :)

Amirul Hafiz
09-05-2009, 12:54 AM
terima kasih...

hebat cerita nie...teringat iklan "yusuffff taiyooob(berbisik)"

mnashriq
09-05-2009, 03:34 AM
eum...thnks~!
tiba2 terigt nk cari kisah di sebalik kurma yusuf taiyoob.
btul2 beri smngt kpd saya...juga utk dikongsi bersma rakan2 wc~
:P

mnashriq
09-05-2009, 03:35 AM
tagline cket:
yusuf taiyooobb...~ (berbisik...)
huh, mahal woo tagline nie~

Amirul Hafiz
09-05-2009, 11:20 AM
tagline cket:
yusuf taiyooobb...~ (berbisik...)
huh, mahal woo tagline nie~

semestinya...

berbisik plak...memang org pelik dengar..ekeke..

tp ni namanya strategi "orang senang nak ingat"

mnashriq
09-05-2009, 08:15 PM
yup, tagline yg unik dan special, mmg cepat popular...
stuju2~ :P

kamarul87
09-05-2009, 08:25 PM
alkisah yg menarik.....
boleh menaikan semangat....
yuta the best.....

codak
09-05-2009, 09:30 PM
yusofff taiiuubbbb...
ada gmbr dia x?
nk tampal dalam bilik wat sumber inspirasi hehe:)

aswill
09-07-2009, 09:57 AM
kurma dia ni first class terutamanya yg bertangkai tu..

lanchini
09-08-2009, 12:50 PM
Mula-mula dengar tagline Yusof Taiyyob dulu rasa cam kelakar je.. Tapi sekarang tagline tu lah yang membuatkan semua orang kenal yusof taiyob. Hebat, hebat...

p/s: Kurma Yuta memang 1st class.

mnashriq
09-08-2009, 01:25 PM
yup2, murah rezki datuk yusuf taiyoob...
berbaloi dengan usaha bliau yg hebat~

tazamfn
09-09-2009, 08:45 AM
hebat memang hebat...orang berjaya memang tak mudah mengalah

markaragnos
09-09-2009, 10:54 AM
bukan saja kurma,beliau ju pengedar tunggal sabun mandi herba yg mingkin korang tak kenal iaitu Chandrika.Aku cukup suka sabun nih.....lagi wangi dari sabun lain.....

hapizi84
09-09-2009, 05:15 PM
Lagi2 bulan2 puasa mcm ni,yusuf taiyoob memang popular..especially kurma dia..

mnashriq
09-09-2009, 08:17 PM
bukan saja kurma,beliau ju pengedar tunggal sabun mandi herba yg mingkin korang tak kenal iaitu Chandrika.Aku cukup suka sabun nih.....lagi wangi dari sabun lain.....

waa...xtau pula datuk yusuf taiyoob pn ade produk sabun..
pergh,ni yg mkin respek ni...
\0/

razaknoh
09-09-2009, 11:25 PM
sy penah jumpa datuk yusuf taiyoob nih dulu niaga minyak atar.la bukak kilang baru besar gila kt bukit minyak,bm.rasa mcm nak pi keja kt situ ja.leh makan kurma hari2..