PDA

View Full Version : penyakit berkaitan makhluk halus YANG LAZIM TERJADI DALAM KALANGAN MASYARAKAT kita

whitelim
08-06-2009, 03:55 AM
Setelah membuat penelitian dan kajian, saya mendapati bahawa terdapat beberapa penyakit dan masalah yang lazim didengari terjadi dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Masalah Lazim #1 - Gangguan Jin
Jin berkenan atau suka mengganggu. Jin itu sendiri berkenan atau hanya ingin membuat kacau lalu masuk ke dalam diri seseorang. Lazimnya terjadi kepada sesiapa yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri.

Apakah simtomnya??

Masalah Lazim #2 - Sihir
Dilakukan oleh tukang sihir. Jin diarahkan oleh Tukang Sihir untuk merasuk atau masuk ke dalam diri seseorang atau rumahtangga. Biasanya ia berpunca dari sifat hasad dengki, membalas dendam dan sebagainya.

Apakah simtomnya??

Masalah Lazim #3- Saka.
Warisan atau tinggalan keturunan. Warisan daripada anggota keluarga terdahulu yang meninggal dunia ataupun sudah diberitahu awal untuk ia (Jin) pergi kepada seseorang setelah tuannya meninggal dunia. Juga boleh terjadi apabila seseorang telah disihir atau terkena gangguan jin lalu meninggal dunia, maka jin tersebut berpindah kepada anak atau cucu mangsa pula.(keturunan).

Apakah simtomnya?? mahukah anda tahu apakah simtom-simtomnya kalau anda terkena gangguan jin,terkena sihir atau SAKA????

Kemungkinan besar simtom-simtom berkenaan ada pada diri anda.

Ramai diantara masyarakat Islam di Malaysia telah SYIRIK kepada Allah kerana meminta bantuan daripada bomoh atau dukun yang tidak menuruti cara Islam. Mereka bukan hanya tidak sembuh daripada penyakit yang dihadapi, malahan boleh mendatangkan syirik kepada ALLAH.

cucu tok senik
08-06-2009, 12:19 PM
setahu saya kalau kena saka kita kan jadi selalu letih. tapi tengok pada jenis saka jugak.

Imabiz
08-06-2009, 12:31 PM
meracau la pelagi.. histeria... badan kurus tapi makan byk...

zakeri
08-07-2009, 01:06 AM
meracau la pelagi.. histeria... badan kurus tapi makan byk...

terasa siot pakcik :)
kurus tapi kuat makan...

whitelim
08-07-2009, 04:23 AM
Saya perturunkan simtom-simtomnya dah cuba renung adakah anda ADA simtom-simtom ini dan kalau ada kena kena ambil tindakan cepat :

Masalah Lazim #1 - Gangguan Jin

Simptom-simptom yang mungkin berlaku:

1.Histeria.
2.Merasuk (tidak sedarkan diri) semasa di hutan atau di tempat-tempat tertentu.
3.Rasa rendah diri
4.Ketakutan.
5.Tidak dapat menumpukan pada kerja yang dilakukan.
6.Diganggu semasa beribadah.
7.Terdengar bisikan.

Masalah Lazim #2 - Sihir

Simptom-simptom yang mungkin berlaku:

1.Lebam pada badan.
2.Kesan gigitan pada badan.
3.Tidak boleh bangun untuk bekerja dan melakukan aktiviti harian.
4.Rasa rendah diri dan tiada keyakinan diri.
5.Premis perniagaan tiba-tiba tidak mendapat pelanggan.
6.Ternampak bayangan objek di dalam rumah.
7.Diganggu semasa beribadah.
8.Hubungan didalam keluarga menjadi dingin dan hambar.
9.Terkena pelbagai penyakit kronik seperti kanser dan lain-lain.

Cepat-cepat berubat kalau ada simtom-simtom ini.

julius
08-07-2009, 12:56 PM
Ada juga simptom yg kita anggap disebabkan gangguan makhluk hakus atau buatan org, tapi ia sebenarnya penyakit psikatrik (penyakit mental)...saya pernah lihat satu dokumentari ttg semua ini...

whitelim
08-08-2009, 06:56 AM
Ada juga simptom yg kita anggap disebabkan gangguan makhluk hakus atau buatan org, tapi ia sebenarnya penyakit psikatrik (penyakit mental)...saya pernah lihat satu dokumentari ttg semua ini...

Bolih beritahu apa dukumen tu?

Bolihlah juga syer pengalaman kalau ada kena simtom...

Atau nak tanya apa-apa soalaan berkena sihir ini, saya sila menjawapnya.

Apeh
08-08-2009, 07:14 AM
tanda kena sihir ... aku igt ada 6 semua'nya.Aku tgk kt Al-Kuliyyah TV3 ..

1- Selalu bermimpi jatuh dari tmpt yg tinggi
2- Selalu skit dalam perut .. jumpa doktor.xde apa2 ..
3- tak igt
4- "
5- "
6 -"

hehe .. igt 2 jer ..

ajisaziz
08-08-2009, 11:11 AM
blom kena blom tau
amalkan pendinding diri dan keluarga

hapizi84
08-08-2009, 11:30 AM
bagi yang kena gangguan jin,simptom lainnya:

a) Lepas asar,badan rasa mcm nak demam
b) Rasa ada benda bergerak2 dlm badan
c) Takut nak tgk cermin
d) Rasa berdebar2 dan gelisah.

Sebelum ni aku pernah kena gangguan jin ni,sampai skang still berubat kat Darul Syifa..

amanz
08-08-2009, 04:59 PM
Cara mengatasinya?

whitelim
08-09-2009, 07:00 PM
Cara mengatasinya?

Al-Rogyah Al-Syare’yah adalah wirid-wirid (bacaan) perlindung diri yang terdapat didalam Al-Quran dan Hadith. Ayat-ayat ini juga telah diamalkan oleh Rasulullah s.a.w semasa hayat Baginda. Kini, para ulama telah menetapkan beberapa ayat didalam Al-Quran yang boleh menjadi pendinding diri dan penawar segala penyakit kerohanian.

APAKAH KELEBIHAN AYAT-AYAT INI?

a. Membaca dan mengamal Al-Rogyah Al-Syare’yah adalah menghidupkan Sunnah Rasulullah S.A.W yang saat ini hampir dilupai dan hilang dalam kalangan masyarakat kita.

B. Melakukan terapi menggunakan Al-Rogyah Al-Syare’yah adalah satu cara untuk menghindari dari melakukan syirik iaitu menggunakan khidmat bomoh atau dukun.

Mengamal dan membaca Al-Rogyah Al-Syare’yah bukannya khusus kepada orang yang sedang menderita terkena gangguan sahaja tetapi sangat sesuai dijadikan pendinding diri kepada semua. Islam menggalakkan umatnya mencegah dan membuat persediaan dari mengubati.

whitelim
08-09-2009, 07:04 PM
blom kena blom tau
amalkan pendinding diri dan keluarga

Benar tuan,
Sediakan payung sebelum hujan. Amalan sihir ada dilakukan dimana sahaja.

Pengalaman hidup ini dan telah melalui beberapa kejadian, menginsafkan saya, kerana orang tua-tua ada pesan
" Rambut sama hitam ---hati lain-lain "

Kesan dari ILMU sihir ini sunguh dahsat. Hanya mereka yang arif sahaja yang dapat mengesanya.

whitelim
08-09-2009, 07:05 PM
bagi yang kena gangguan jin,simptom lainnya:

a) Lepas asar,badan rasa mcm nak demam
b) Rasa ada benda bergerak2 dlm badan
c) Takut nak tgk cermin
d) Rasa berdebar2 dan gelisah.

Sebelum ni aku pernah kena gangguan jin ni,sampai skang still berubat kat Darul Syifa..

Bolih cerita sikit pengalam tu dengan lebih ditil lagi.

code7
08-09-2009, 07:09 PM
kenkadang ada dari family kita yang membela saka.. berkemungkinan jin saka turun dari generasi ke generasi..

whitelim
08-09-2009, 07:19 PM
kenkadang ada dari family kita yang membela saka.. berkemungkinan jin saka turun dari generasi ke generasi..

SAKA --- Warisan atau tinggalan keturunan. Warisan daripada anggota keluarga terdahulu yang meninggal dunia ataupun sudah diberitahu awal untuk ia (Jin) pergi kepada seseorang setelah tuannya meninggal dunia. Juga boleh terjadi apabila seseorang telah disihir atau terkena gangguan jin lalu meninggal dunia, maka jin tersebut berpindah kepada anak atau cucu mangsa pula.(keturunan).

SIMTOMNYA :-

Simptom-simptom yang mungkin berlaku:

Mimpi ular, harimau, buaya dan lain-lain.

Histeria.

Teringat akan sesorang yang sudah meninggal dunia.

Ketakutan.

Terdengar bisikan arahan untuk membuat sesuatu.

Dan pelbagai masalah lain seumpamanya.

Apeh
08-09-2009, 07:24 PM
whitelim cerita la pengalaman yg dilalui ... mungkin boleh jadi pengajan disini. - Cara nak halau dan sebagainya ..

whitelim
08-09-2009, 07:35 PM
whitelim cerita la pengalaman yg dilalui ... mungkin boleh jadi pengajan disini. - Cara nak halau dan sebagainya ..

Insaallah akan saya ceritakan satu persatu...tapi bukan lah saya disini untuk tunjuk pandai atau riak....cuma nak berkongsi pengalaman orang tua.

Semuga pengalaman ini akan menjadi panduan kepada warga wangcyber dan senentiasa bersedia sebilang masa.

Kenalah kita bersedia SEBELUM ..... SEMASA .... SESUDAH ianya menyerang.

Bukan sahaja kepada Tubuh mangsa....Tapi seluruh keluarga akan turut menderita juga.

usahawanebay
08-09-2009, 07:45 PM
Aku cukup suka cerita2 sebegini...ia penuh gak mistik..

aku sendiri pernah melihat bukan sekali..tapi byk kali..ada yg boleh dibuang...ada yg susah nak dibuang..

Pantang dengar kata ada org datang berubat..aku apa lagi...sampai sekali lah..hohoho

ini kisah masa bujang...tak ada aktiviti apa mlm2..tgk tv buhsan..hohohoho..

Sesungguhnya...apa jua gangguan dari iblis boleh diubati..mengikut ilmu2 yg dipelajari..Lagi tinggi ilmu perubatan org itu lagi tinggi kemampuan untuk pulih.

Kajian Kes.. Kedua-dua belah betis, kaki hampir reput kena santau...hanya baik dengan 7 hari ludahan daripada pengamal perubatan tersebut.

Apeh
08-09-2009, 07:51 PM
yg kecik2 .. kalau baca ayat mmg dia belah la .. kena yg besar2 .. dia pun baca skali.Tak tercabut bulu roma ..

geraham_comel
08-09-2009, 08:02 PM
serius la penyakit pelik2 ni skrg
tp biasa d kalangan org islam jugak yg salu buat mcm ni...

whitelim
08-09-2009, 08:03 PM
yg kecik2 .. kalau baca ayat mmg dia belah la .. kena yg besar2 .. dia pun baca skali.Tak tercabut bulu roma ..

Yang penting adalah pendinding diri.Dirikan tembok yang kebal dari serangan musuh ALLAH dan manusia.

Sebenarnya ayat-ayat amalan para Ulama yang di warisi Rasulullah s.a.w sudah lama menjadi benteng dan penyembuh untuk DIRI, KELUARGA dan RUMAHTANGGA daripada gangguan makhluk halus* secara berkesan!! ”

Apeh
08-09-2009, 08:08 PM
ayat ape tu yek ? boleh kongsi ?

whitelim
08-09-2009, 08:09 PM
serius la penyakit pelik2 ni skrg
tp biasa d kalangan org islam jugak yg salu buat mcm ni...

Betul tu... orang pompuan lah yang mudah terkena sihir. olih itu selalulah amalkan Al-Rogyah Al-Syare’yah.

Al-Rogyah Al-Syare’yah adalah wirid-wirid (bacaan) perlindung diri yang terdapat didalam Al-Quran dan Hadith. Ayat-ayat ini juga telah diamalkan oleh Rasulullah s.a.w semasa hayat Baginda. Kini, para ulama telah menetapkan beberapa ayat didalam Al-Quran yang boleh menjadi pendinding diri dan penawar segala penyakit kerohanian.

whitelim
08-09-2009, 08:28 PM
ayat ape tu yek ? boleh kongsi ?

Al-Rogyah Al-Syare’yah adalah wirid-wirid (bacaan) perlindung diri yang terdapat didalam Al-Quran dan Hadith

hapizi84
08-11-2009, 12:46 AM
Bolih cerita sikit pengalam tu dengan lebih ditil lagi.

Just share pengalaman,saya sekeluarga di ganggu jin di mana jin tu di hantar oleh somebody utk mengganggu kami sekeluarga..mak saya kena sampai meracau2 n smpai blh ckp siam lagi..dan keluarga yg lain di ganggu seperti rasa takut2,nak demam,sakit kepala dan tulang belakang,tiap kali nak solat fikiran di ganggu dan jadi lupa bacaan.

Setelah puas berubat,di fahamkan somebody da letak barang di rumah kami..Dan puas di cari,alhamdullilah akhirnya jumpa barang tu..barang tu di letak dlm bungkusan kain yg mana kain berkenaan di ambil dari cebisan baju mak saya..Terdapat tulang kokang and tanah liat yg di bentuk seakan2 bentuk manusia.

sebelum2 ni saya nampak mcm2 kat rumah..Buat masa skarang kami sekeluarga berubat di Darul Syifa..alhamdulillah semakin sihat walaupun tak 100%..

Nak tanya,macam mana nak menghalau jin yang degil utk keluar dari dlm badan?Jin yg mengganggu kami ni di fahamkan dari org asli dan dh lama duduk dlm badan..

Perawat di darul syifa ckp klau jin dh lma duduk dlm bdn ambil masa utk di keluarkan..

hapizi84
08-11-2009, 12:54 AM
yg kecik2 .. kalau baca ayat mmg dia belah la .. kena yg besar2 .. dia pun baca skali.Tak tercabut bulu roma ..

Amalkan bacaan ayat kursi dan ulang 3kali ayat yg terakhir ayat kursi..Sebesar2 mn jin pun xkan dpt ikut bacaan tu..Ni melalui pengalaman laa,jin tu seboleh2 xkan bagi kita ulang bacaan tu sebanyak 3kali..mcm2 jin tu akan buat..dugaan dia memang dasyat.

dno
08-11-2009, 01:31 AM

Tapi ingat yang paling penting bacaan tu biar betul, kang silap baca bukan dia lari tapi dia mari, sebenarnya Fatihah pun dah cukup tapi masalaahnya bacaan kita tak betul, jadi belajarlah dan betulkan lah dulu bacaan terutama fatihah, kerana kalau silap solat pun tak sah, aku pun tengah belajar Qiroaati (kelas orang dewasa), hehehehe (ingat dah katam Quran dah ok rupanya sebutan alif pun salah MALU TUL)

hapizi84
08-11-2009, 01:47 AM

Yup..yang penting bacaan kena betul..

whitelim
08-11-2009, 10:40 AM
Just share pengalaman,saya sekeluarga di ganggu jin di mana jin tu di hantar oleh somebody utk mengganggu kami sekeluarga..mak saya kena sampai meracau2 n smpai blh ckp siam lagi..dan keluarga yg lain di ganggu seperti rasa takut2,nak demam,sakit kepala dan tulang belakang,tiap kali nak solat fikiran di ganggu dan jadi lupa bacaan.

Setelah puas berubat,di fahamkan somebody da letak barang di rumah kami..Dan puas di cari,alhamdullilah akhirnya jumpa barang tu..barang tu di letak dlm bungkusan kain yg mana kain berkenaan di ambil dari cebisan baju mak saya..Terdapat tulang kokang and tanah liat yg di bentuk seakan2 bentuk manusia.

sebelum2 ni saya nampak mcm2 kat rumah..Buat masa skarang kami sekeluarga berubat di Darul Syifa..alhamdulillah semakin sihat walaupun tak 100%..

Nak tanya,macam mana nak menghalau jin yang degil utk keluar dari dlm badan?Jin yg mengganggu kami ni di fahamkan dari org asli dan dh lama duduk dlm badan..

Perawat di darul syifa ckp klau jin dh lma duduk dlm bdn ambil masa utk di keluarkan..

Nak tanya,macam mana nak menghalau jin yang degil utk keluar dari dlm badan?Jin yg mengganggu kami ni di fahamkan dari org asli dan dh lama duduk dlm badan..

Saudara,

Kalau dah berikhtiar dengan Darul Sifaq,saya cadangkan diteruskan seadanya. Memang benar akan memakan masa yang lama untuk pulih sepenuhnya.

Yang penting amalkan ayat perlindungan diri, senentiasa jaga salat, minta ampun dengan ALLAH ( satu hari sekurang-kurangnya 78 kali istigfar) berdoa agar usaha kita berjaya 100%.

Kena buang segala kurafat dalam rumah.Lepas maghrib jangan lupa perdengarkan ayat Al-Rogyah Al-Syare’yah didalam rumah.

Pengalaman yang saudara alami adalah satu cubaan ALLAH terhadap keluarga saudara. Bersabar dan berusaha dan berserah TOTAL kepadaNYA.

Bila-bila masa ALLAH akan mengangkat masalah ini.

Ingatlah tipu daya JIN dan kuncu-kuncunya adalah LEMAH.

code7
08-11-2009, 01:44 PM
tahun 2004 aku pernah berdepan pengalaman bercakap dgn jin saka dalam badan seorg wanita ni dalam 20an.. katanya dia berasal dari keturunan jin dari arab turun dari bapa wanita tersebut telah berusia beratus tahun.. mmg pengalaman tersebut agak aneh dan unik..

namun kesian kat wanita tu sbb xleh solat, bermasalah dari segi personal etc.. tp dah ada sorang ustaz tu jaga dan pulihkan dia dari masa ke semasa..

hapizi84
08-11-2009, 03:44 PM

Terima kasih utk nasihatnya..saya akan cuba amalkan..Macam mana nak dptkan bacaan Al-Rogyah Al-Syare'yah tu ye..

Sebab di DarulSyifa mereka gunakan bacaan Syifa.

whitelim
08-11-2009, 05:47 PM
Macam mana nak dptkan bacaan Al-Rogyah Al-Syare'yah tu ye..

Betul ke nak berguru?
Al maklumlah bacaan Al-Rogyah Al-Syare'yah ni kalau nak diperturunkan adalah dengan syarat berguru.

whitelim
08-11-2009, 05:55 PM
tahun 2004 aku pernah berdepan pengalaman bercakap dgn jin saka dalam badan seorg wanita ni dalam 20an.. katanya dia berasal dari keturunan jin dari arab turun dari bapa wanita tersebut telah berusia beratus tahun.. mmg pengalaman tersebut agak aneh dan unik..

namun kesian kat wanita tu sbb xleh solat, bermasalah dari segi personal etc.. tp dah ada sorang ustaz tu jaga dan pulihkan dia dari masa ke semasa..

Salammualaikum saudara, lama tak dengar berita.
Bukannya satu perkara mudah nak bercakap dengan jin saka.

Bayangkanlah kalau tak bolih solat, masalah personal diri dan macam-macam lagi.

Sediakan payung sebelum hujan.

Olih itu kita mulai dari hari ini kena ambil berat agar perkara ini tak terjadi dikalangan ahli keluarga kita, sahabat baik kita dan orang yang kita kasihi.

whitelim
08-16-2009, 07:54 PM
Ada sesiapa yang berminat nak beramal dengan Al-Rogyah Al-Syare'yah ?

whitelim
08-18-2009, 01:59 PM
Ada sesiapa yang berminat nak beramal dengan Al-Rogyah Al-Syare'yah ?

Saya akan beri download MP3 Al-Rogyah Al-Syare'yah kepada SESIAPA YANG BERMINAT

Apeh
08-18-2009, 02:15 PM
Saya akan beri download MP3 Al-Rogyah Al-Syare'yah kepada SESIAPA YANG BERMINAT

Boleh PM saya download link Bro Whitelim.

Adnin
08-18-2009, 08:20 PM
SImptom :

Nampak makhluk tertentu
Dengar bisikan tertentu

Huraian :

kadang2 ia berlaku bukan sahaja sebab ianya gangguan, sihir ataupun saka tetapi disebabkan orang yang mengalamai keadaan tersebut telah mencapai darjat tertentu didalam amalan2 kerohanian .

Dimana apabila satu tingkat seseorang yang mengamalkan zikir2 tertentu dapat berkomunikasi bahkan dapat melihat jin .

Adnin
08-18-2009, 08:25 PM
Perawat di darul syifa ckp klau jin dh lma duduk dlm bdn ambil masa utk di keluarkan..

Kalau sihir insyaAllah boleh hapus, tapi kalau "suka hati bapak tiri" jer nak kacau orang , hahaha , susah dan sukar. :D

Cuba saudara cari buku Amalan Manzil - satu amalan yang terdiri daripada bacaan ayat2 alquraan dimana ianya daripada Rasulullah sendiri . Baca pada air kosong dan tiup "sekoda" kat air . Biasanya saya minum dan mandi dengan air tersebut . Sebaiknya setiap 3 hari kena buat .

Kalau dah lama, hati2 pasal once benda tu dah suka kat you , sampai mati benda tu ikut you :)

whitelim
08-20-2009, 04:04 PM
Boleh PM saya download link Bro Whitelim.

Kalau bagi alamat e-mail kat PM saya bolih tak?

Apeh
08-20-2009, 04:20 PM
Dah PM alamat email ...

whitelim
08-20-2009, 04:31 PM
Dah PM alamat email ...

Sila periksa PM anda. Maaf saya hantar kat PM aje.
Sila patuhi panduan2 yang diberi.

Terima kasih kerana sudi mengamalkan Ilmu ALLAH yang maha kaya ini.

Semuga usaha kecil dari saya ini diterima ALLAH.

Amin

whitelim
08-22-2009, 03:13 PM
Dah PM alamat email ...

Nak tanya APEH......
Dah amalkan ke ? ada apa-apa komen nak kongsi?

Apeh
08-22-2009, 03:23 PM
Nak tanya APEH......
Dah amalkan ke ? ada apa-apa komen nak kongsi?

Tak da apa nak kongsi buat masa nie .. sy pasang kuat2 jer.hehe :)

Sy pun ada benda nk kongsi ngan whitelim.Harap boleh bagi pendapat.

Nnt PM sy

whitelim
08-22-2009, 07:15 PM
Tak da apa nak kongsi buat masa nie .. sy pasang kuat2 jer.hehe :)

Sy pun ada benda nk kongsi ngan whitelim.Harap boleh bagi pendapat.

Nnt PM sy

Baguilah kalau gitu,

Saya sedia berkongsi pada sesiapa pun. Silakan

whitelim
08-29-2009, 02:31 PM
Kalau ada sesiapa yang berhajat atau mempunyai masalah sihir,saya sedia berkongsi dan beri jalan penyelesainya.

Apa juga masalahnya pasti akan ada jalan penyelesaianya...insallah

krolbiz
08-30-2009, 09:54 PM
Jin, makhluk halus dan sebagainya takleh bagi mudarat / manfaat pada kita, yg berkuasa hanya Allah jua. Mohonlah padaNya dalam apa keadaan sekali pon samada susah dan senang.

nalzaron
08-30-2009, 10:12 PM
Saya akan beri download MP3 Al-Rogyah Al-Syare'yah kepada SESIAPA YANG BERMINAT
Sila PM saya ya .. minat juga :)

whitelim
08-31-2009, 10:55 AM
Jin, makhluk halus dan sebagainya takleh bagi mudarat / manfaat pada kita, yg berkuasa hanya Allah jua. Mohonlah padaNya dalam apa keadaan sekali pon samada susah dan senang.

Benar..saya setuju 100%
Hanya dengan izin Allah....
Tapi cuba renungkan.....apakah kita benar-benar ingat ALLAH?
atau kita mencari mahluk dalam menyelesaikan segala masalah kita??

Jin menyerang kita dari arah DEPAN....BELAKANG....KANAN ... KIRI dan dari ATAS.

Olih itu apa pendinding atau perisai untuk menangkis serangan bertubi-tubi ?

Salah satu jalan atau liku-liku iblis berjaya menyesatkan manusia ialah melalui amalan kebatinan, yang menggunakan zikir-zikir dan yang seumpamanya. Dalam keadaan seperti ini kita perlu berhati-hati agar tidak mengikut langkah-langkah iblis dan syaitan, tidak terdiri daripada mereka yang sesat.

Iblis dan syaitan itu sentiasa menanti-nanti, mengintai-ngintai waktu yang paling baik masuk menyusup dalam tubuh manusia untuk merosakkan iman atau pegangan akidahnya, juga merosakkan masa depannya.....petikan dari Artikal Dr Amran Kasimin

whitelim
09-14-2009, 12:22 PM
Kini dah ada CD untuk doa-doa ini.
Ada sesiapa berminat? PM saya

mfahmi
09-14-2009, 12:42 PM
.....PM sent

whitelim
09-15-2009, 08:53 AM
.....PM sent

Terima kasih salam,
Tolong hantar Nama Penuh berserta alamat lengkap.
Saya akan korierkan.

PM saya sekali lagi.

Wassalam

kdhamiri
09-16-2009, 07:52 AM
Saranan Dato' Dr Haron Din,Bagi menghindari kejadian histeria atau rasuk akibat gangguan makhluk halus berulang di kalangan para pelajar sekolah asrama mahupun orang awam, salah satu amalan dan petua yang sebaiknya diamalkan ialah Muawizat.

Muawizat adalah surah-surah yang terdiri daripada surah al-Ikhlas,al-Falaq dan an-Nas yang dibaca setiap hari baik sebelah pagi atau pada sebelah malam, selain hadis sahih Rasulullah s.a.w menyebut ayatul Qursi juga turut dibaca bagi menghindari kejahatan dan gangguan makhluk halus.

Dalam kes ini,mungkin juga hanya gangguan perasaan atau jiwa

penyakit kejiwaan, depresi, dan sebagainya merupakan akibat kekurangan mineral tertentu.

berkenaan dengan itu.Nabi telah meninggalkan petua yang berguna untuk kita iaitu Talbinah

Sabda Nabi s.a.w :"Talbinah melegakan sanubari orang yang sakit dan melegakan sebahagian daripada kesedihan"riwayat Bukhari dan Muslim

whitelim
09-19-2009, 06:00 AM

Satu lagi panduan berkenaan cara - cara menangani penyakit ini. Jelaslah bahawa gegala ini sangat meluas kesanya dalam masarakat kita.

Cuma saya berdoa agar ianya tidak menular dalam warga WANGCYBER.

Cubalah pasang CD ini dirumah anda, akan terasa kelainanya.

Hubungan keluarga akan lebih mesra dan berbagai lagi.

PHD diantara kita akan terhapus sama sekali.....dan lain-lain.

spycat
09-24-2009, 12:07 AM
huhu..macam best..sy pun minat jugak alam mistik ni

whitelim
10-08-2009, 06:22 PM
huhu..macam best..sy pun minat jugak alam mistik ni

Kalau berminat sila bagi nama dan alamat penuh.nanti saya hantarkan

mfahmi
10-08-2009, 07:22 PM
Terima kasih salam,
Tolong hantar Nama Penuh berserta alamat lengkap.
Saya akan korierkan.

PM saya sekali lagi.

Wassalam

dah PM, sory lambat. Tak perasan bro reply post saya

whitelim
10-11-2009, 10:20 AM
dah PM, sory lambat. Tak perasan bro reply post saya

Doa dalam proses BURN,
siap saya hantarkan kealamat yang diberi.
Cuma cuba ingat dan perhatin akan pantang larangnya.

Umpamanya jangan dipasang dalam kereta yang sedang dipandu.

Salam

whitelim
10-12-2009, 06:27 PM
Siapa kah Yang Perlu memiliki CD ini?

a. Pesakit yang sudah mengetahui bahawa sudah terkena gangguan makhluk halus.

b. Individu yang lemah semangat.

c. Suami-isteri atau rumah tangga yang dingin.

d. Pengusaha restoran atau premis perniagaan.

e. Individu yang mengalami simptom-simptom yang disebut diatas.

f. Pelajar, guru atau pekerja yang selalu berada dalam keadaan stress atau tertekan.

g. Individu atau keluarga yang baru berpindah atau memasuki rumah baru.

h. dan seseiapa sahaja yang ingin menggunakan Al-Quran sebagai PENAWAR atau Syifa' untuk mendapat Perlindungan daripada Allah SWT.

Sekian,

Salam

hapizi84
10-12-2009, 06:58 PM
Mcm mana nak dptkan cd ni bro whitelim?berminat jugak ni..utk pasang di rumah..

whitelim
10-12-2009, 08:15 PM
Mcm mana nak dptkan cd ni bro whitelim?berminat jugak ni..utk pasang di rumah..

Hantar alamat penuh anda dipm saya dan saya akan hantar dengan menggunakan pos Malaysia.

Semua ini saya buat atas dasar amal jariah sahaja.
Dan doa dari anda.

hapizi84
10-12-2009, 08:29 PM
Hantar alamat penuh anda dipm saya dan saya akan hantar dengan menggunakan pos Malaysia.

Semua ini saya buat atas dasar amal jariah sahaja.
Dan doa dari anda.

Ok..PM sent..Thanks..

mfaiz
10-13-2009, 03:13 AM
Hantar alamat penuh anda dipm saya dan saya akan hantar dengan menggunakan pos Malaysia.

Semua ini saya buat atas dasar amal jariah sahaja.
Dan doa dari anda.

dah hampir sebulan alamat diberikan... tp masih x dpt... :(

whitelim
10-13-2009, 10:38 AM
dah hampir sebulan alamat diberikan... tp masih x dpt... :(

Harap bersabar sadikit ye.

mfm84
10-17-2010, 01:50 PM
salam

bro kalo bg download link saje bleh x?

Adnin
12-15-2010, 10:51 PM
salam

bro kalo bg download link saje bleh x?

Dah arwah orangnya . Sedekah fatihah

ramzwatcher
12-16-2010, 11:21 AM
al-fatihah buat whitelim.

Kebetulan saya ada ayat ruqyah mp3, maka saya kongsikan disini buat anda semua.

Download: http://www.mediafire.com/?dn8oo5b5zf843jy

Ayat Ruqyah ni adalah himpunan ayat-ayat al-Quran berkaitan dengan JIN.
Dengan izin Allah, Jin yang mendengar peringatan Allah akan takut dan larikan diri.
Yang penting jangan sesekali berbuat syirik dengan
berjumpa bomoh-bomoh yang bercampur aduk cara perubatannya.

Taktik pertama bomoh biasanya Bomoh-bomoh ini akan
memberitahu anda tentang diri anda atau
tentang sekeliling anda tanpa perlu bertanya.

Moga bermanfaat.

ramzwatcher
12-16-2010, 11:23 AM
oh ya, pasang di speaker anda pun okay utk perawatan,
sebab agak banyak kalau nak hafal.

Xsempat baca dengarlah dulu.. ;)

Just Ahmad
12-23-2010, 05:32 PM
dari pengalaman saya,

kami suami isteri pernah terkena gangguan. Jumpa ramai org, smpai letih minum air penawar. Akhirnya berjumpa sorang hamba allah, dia cuma doakan dan bagitau supaya solat sunat taubat, minta ampun dgn ibu bapa, jgn tinggal sembahyang dan banyakkan zikir/wirid.
tak perlu minum air atau mandi limau. Alhamdulillah, dgn izinNya OK.

haqimie
04-14-2011, 05:06 AM
salam... sekarang walaupun kesedaran tentang rawatan Islam telah banyak diwar-warkan tetapi masih ramai yang mempercayai bomoh-bomoh karut dan perkara syirik....

p.s : -guna cara Islam untuk mencegah sihir dan gangguan makhluk halus
- jangan guna Ilmu atau bomoh yang salah (akan menjurus kepada kerosakan akidah)

GoMonsta
04-14-2011, 07:31 AM
Al-Fatihah buat WhiteLim.

Byk yg berjasa "pergi" awal meninggalkan WC. :(

haqimie
04-19-2011, 05:05 AM
meracau la pelagi.. histeria... badan kurus tapi makan byk...

tu ada "benda" yang menumpang dalam badan...

haqimie
04-26-2011, 01:41 PM
Al-Fatihah buat WhiteLim.

Byk yg berjasa "pergi" awal meninggalkan WC. :(

alfatihah :(