PDA

View Full Version : Apa beza pinjaman boleh ubah dan biasa?

khairilz
06-24-2009, 05:44 AM
aku nak tanya sikit

apa maksud pinjaman boleh ubah?

dan apa beza pinjaman boleh ubah dan pinjaman biasa?

ia berkaitan mengenai loan untuk belajar di universiti

chibobski84
06-24-2009, 07:17 AM
first time aku dengan pinjaman yg macam nih,

---haha aku tersalah jawab sorry-- :rolleyes:

kaiba910
06-24-2009, 02:37 PM
Salah tu. Pinjaman boleh ubah ni contohnya mcm pinjaman MARA. X silap aku kalau score 3.5 and above die akan convert kepada biasiswa. Kalu 3.0 cuma bayar 10%. Lebih kurg cmtu la.

Kalu pinjaman biasa, kena bayar balik la. Mcm PTPTN pastu ade interest lg

chibobski84
06-24-2009, 02:40 PM
hahahhaha, aku salah, sorry..

hazwan17
06-24-2009, 02:45 PM
yup die ikut result pointer...
kdg2 klu pointer bagus
boleh tukar jd scholarship trs
x pyh bayar...plg koman pn byr sket jerk....

tp ak suggest scholar jpa la mcm aku..
bile dah dpt mmg best...
janji pointer jgn kurang 2.1
eh da lari tajuk lak,,,

Razif
06-24-2009, 02:53 PM
# Kriteria Bayaran Balik Pinjaman

Semua pelajar tajaan JPA yang menerima tajaan dalam bentuk pinjaman adalah dikehendaki membayar balik pinjaman mereka kepada kerajaan. Wang bayaran balik ini akan digunakan semula untuk menaja pelajar-pelajar yang baru. Pelajar di peringkat Ijazah Pertama (Kepujian) yang menerima Pinjaman Boleh Ubah boleh memohon untuk mendapatkan diskaun sebanyak 75% dari jumlah sebenar pinjaman yang diluluskan sekiranya memenuhi isyarat seperti berikut:-

* Mendapat keputusan peperiksaan dengan baik sekurang-kurangnya ditahap Kelas Kedua Rendah atau CGPA 2.75 DAN
* Menamatkan pengajian dengan jayanya dalam tempoh tajaan asal tanpa sebarang perlanjutan.

Manakala bagi pelajar yang menerima pinjaman biasa dikehendaki membayar balik keseluruhan pinjaman yang telah diluluskan/diterima.

Bagi pelajar-pelajar yang ditaja di peringkat Integrasi/Diploma, mereka dikehendaki membayar balik keseluruhan pinjaman yang diterima tanpa sebarang pengurangan.

Semua pelajar diminta mengambil perhatian bahawa tiada sebarang peruntukan yang membolehkan status Pinjaman diubah kepada Biasiswa walaupun pelajar berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang.

Bagi pelajar-pelajar yang ditaja melalui Pinjaman Boleh Ubah, yang tidak mencapai keputusan seperti yang dinyatakan di para 2 di atas atau gagal menamatkan pengajian atau ditamatkan penajaan sebelum menamatkan pengajian diperlukan membayar balik keseluruhan pinjaman yang diterima/diluluskan tanpa sebarang pengurangan.

Tempoh dan kadar ansuran bulanan akan ditentukan oleh JPA. Kelonggaran boleh diberi :-

* Untuk dikurangkan kadar bayaran ansuran pada kadar yang munasabah yang dipersetujui oleh JPA.
* Untuk ditangguhkan bayaran bagi sesuatu tempoh tertentu jika mempunyai alasan yang munasabah dengan disertakan bukti kukuh dan dipersetujui oleh JPA.

Hafiz Wasa
06-24-2009, 03:04 PM
bagi pelajar tajaan JPA perlu berkhidmat dengan kerajaan dalam tempoh yang ditetapkan. Jadi mereka tidak perlu bayar sesen pun.

tetapi jika langar perjanjian JPA, mereka akan dikenakan denda sehingga 110 ribu....

hazwan17
06-24-2009, 03:07 PM

yup betul tu...
tp klu dlm kerajaan pn xde keje yg sesuai utk cos kite
kite boleh je cr keje lain..
bak kate member mak aku..

kaiba910
06-24-2009, 03:38 PM
yup die ikut result pointer...
kdg2 klu pointer bagus
boleh tukar jd scholarship trs
x pyh bayar...plg koman pn byr sket jerk....

tp ak suggest scholar jpa la mcm aku..
bile dah dpt mmg best...
janji pointer jgn kurang 2.1
eh da lari tajuk lak,,,

Ko ni scholar jpa luar negara ke?

hazwan17
06-24-2009, 07:34 PM
Ko ni scholar jpa luar negara ke?

xla bro..
dlm negara jerk..huhu

hassaidi
06-24-2009, 08:05 PM
keebihan kat budak under mara...

kalo bekerja under mara,, xpayah bayar pinjaman walau brape pun hutang dye ade...

sumber: pakcik saye pegawai mara...
huk3...

saye pun bercadang nak keje under MARA kalo biasiswa saya kena convert jadi loan...huk3...

POTREY
06-24-2009, 08:50 PM
bgus ar khairilz bkk thread ni...thnx 4 da info guys...

MrEmas
06-25-2009, 12:07 AM
ramai juga budak2 u kat sini
so kesimpulannya kalau dapat pinjaman boleh ubah belajar la rajin2

nuarx
06-25-2009, 12:13 AM
bagi pelajar tajaan JPA perlu berkhidmat dengan kerajaan dalam tempoh yang ditetapkan. Jadi mereka tidak perlu bayar sesen pun.

tetapi jika langar perjanjian JPA, mereka akan dikenakan denda sehingga 110 ribu....

Saya mungkin antara mereka yang bakal didenda 110 ribu tersebut. Jika tak kerja dengan mereka. ;)

iskandar
06-25-2009, 12:40 AM
kalo bekerja under mara,, xpayah bayar pinjaman walau brape pun hutang dye ade...

saye pun bercadang nak keje under MARA kalo biasiswa saya kena convert jadi loan...huk3...

Kalau yg study oversea, jgn pilih MARA, sebab support sgt teruk. Kalau ada apa2 masalah, jgn la nak email, call atau tulis surat ke pegawai MARA kat Malaysia, satupun diaorang tak layan. Terlupa bayar elaun dan yuran perkara biasa.

You kena balik Malaysia jumpa pegawai dia utk settlekan apa2 masalah.

Hatta consulate Malaysia pun tak layan sbb diorang kata diorang handle student JPA aje. Sponsor lain mcm Petronas ada sediakan pegawai sendiri dgn student2 dia kat oversea.

Dan satu lagi, pinjaman boleh ubah berdasarkan pointer satu polisi yg tak bijak.

Kalau you pergi university yg hebat, confirm susah nak score. Kalau you pergi university kurang bagus, peluang utk score 3.5 above lebih tinggi.

alang
06-25-2009, 02:55 AM
Musim org masuk U ye skrg, teringat zaman muda2 dulu :)

saya dulu pun buat loan dgn mara jugak tapi tak payah bayar balik 1 sen pun sbb result ok. Itu la pinjaman boleh ubah. Ada kawan saya kena bayar balik 75%.

My wife dpt biasiswa JPA, tapi still kena bayar 25% walaupun result ok dan berkhidmat kerajaan.

kaiba910
06-25-2009, 04:17 AM
Kalau yg study oversea, jgn pilih MARA, sebab support sgt teruk. Kalau ada apa2 masalah, jgn la nak email, call atau tulis surat ke pegawai MARA kat Malaysia, satupun diaorang tak layan. Terlupa bayar elaun dan yuran perkara biasa.

You kena balik Malaysia jumpa pegawai dia utk settlekan apa2 masalah.

Hatta consulate Malaysia pun tak layan sbb diorang kata diorang handle student JPA aje. Sponsor lain mcm Petronas ada sediakan pegawai sendiri dgn student2 dia kat oversea.

Dan satu lagi, pinjaman boleh ubah berdasarkan pointer satu polisi yg tak bijak.

Kalau you pergi university yg hebat, confirm susah nak score. Kalau you pergi university kurang bagus, peluang utk score 3.5 above lebih tinggi.

Hmm...xde masalah pun buat ikut pointer. Sbb student akan lebih tumpu pada study. Lgpun pemberi biasiswa ni pun ade tetapkan sasaran berdasarkan course dan universiti yg diorg hantar pun ikut kelayakan juga.

xla bro..
dlm negara jerk..huhu

Hmm...aku dpt JPA dlm negara gak, tp last2 aku amik Petronas je la.

khairilz
06-25-2009, 10:44 AM
aku dapat pinjaman boleh ubah dari yayasan tenaga nasional
rm15,300 setahun :D

tapi tahun depan nak apply biasiswa la pula dari yayasan tenaga nasional

study kat uniten, memang senang dapat loan dari yayasan tenaga nasional

MrEmas
06-25-2009, 02:14 PM
elok2 la belajar
jgn lalai

Anas Asarani
06-28-2009, 02:12 AM
dh terpinjam kt ptptn. tau dulu pinjam kt mara je