PDA

View Full Version : Kenapa Bangsa Cina kaya di Malaysia walaupun tidak bersekolah? Satu Kenyataan

mamatpenang
06-04-2009, 11:50 AM
Assalamualikum

Semoga diberkati Allah

Topik kali ini amat sensitif maka saya harap thread ini saya bina untuk buka fikiran saya dan melayu dan niat saya bukan anti perkauman cuma saya nak bantu Bangsa melayu saya hebat dan bangun dari segi ekonomi dan pendidikan

Cuba anda lihat sekeliling kamu siapa yang menguasai ekonomi kita bangsa Cina dan mengikut statistik di keluarkan kerajaan 85% ekonomi Malaysia dimonopoli bangsa cina bukan kita

Pelikkan setelah merdeka 1957 hingga sekarang juga bangsa melayu mempunyai Agung dan sultan berdaulat serta ada hak istimewa kenapa kita masih ketinggalan dari segi ekonomi?????????

Ini adalah kajian saya semata mata kenapa bangsa cina ini memonopoli ekonomi kita

1) Majoriti bangsa Cina terlibat diri dalam perniagaan baik halal dan haram.Seperti kata Nabi Muhammad 9 per sepuluh rezeki adalah dari Perniagaan.Tapi malangnya Bangsa cina yang kebanyakan bukan islam merebut sunnah nabi manakala melayu kebanyakannya bila dipelawa untuk bisnes dan buat duit akan berkata bisnes nie penipu ada yang berkata sakit kepala la buat bisnes baik kerja saja

Majoriti berkata tak payah la kita nak buat duit banyak banyak bukan duit itu boleh masuk kubur pun

Akibat dari ayat di atas kita makin mundur dan ke belakang

Tahu kenapa??

Jika bangsa kita cari banyak duit dan kita mati duit itu boleh dijana bangsa kita masa akan datang dan boleh terus maju

Ini adalah kenyataan tahukah anda bangsa cina mempunyai pertubuhan kongsi yang menjaga bisnes dan pendidikan bangsa

Bila ada bangsa nya ingin meniaga atau teruskan perniagaan pertubuhan kongsi ini akan terus menyalurkan bantuan tahu sebab apa sebab bangsa nya tak berhenti cari duit bila mereka masuk kubur pun duit orang yang usaha masuk kubur tue bantu bangsa nya berjaya

Memang gila fakta saya tapi fikirkan jika anda dapat cari RM1juta dalam hidup anda dan tiba tiba anda mati anda boleh fikir untuk wakafkan duit anda untuk pendidkan bangsa melayu dan bila banyak bangsa kita berpendidikan maka ekonomi kita meningkat juga dengan wang kita cari itu bila kita mati kelak kita boleh beri pada bangsa kita yang ingin memulakan perniagaan

Jadi perlukah kita cari duit sebanyak mungkin walaupun kita akan masuk kubur.Jawapannya amat perlu

Lagi satu bangsa cina mempunyai semangat bangsa yang begitu tinggi untuk meningkatkan bangsanya.Ia tidak akan membiarkan bangsanya hidup susah

Ini adalah kenyataan di Pulau Pinang kebanyakan bangsa cina di sini bila dah kaya mereka akan buka pelbagai perniagaan untuk bagi bangsa mereka pekerjaan dan duit

Manakala kita melayu yang kaya bukan semua yang bantu akibatnya bangsa kita banyak menganggur dan masalah sosial melayu makin teruk

Yang paling best saya lihat bangsa Cina mereka suka merebut bidang kemahiran dan sukakan subjek yang mencabar

Lihat sekeliling anda jika nak buat rumah nak apa pun bangsa ini yang senang dihubungi manakala bangsa melayu kita hanya sedikit yang ada

Teruskan berusaha dan jangan gentar

Saya berpesan pada diri saya dan juga anda

Kita harus bangkit dan usaha jangan pernah putus asa

Usaha tangga kejayaan cari kelemahan anda dan perbaiki untuk jadi lebih hebat

Semoga berjaya amin

sayyidbest
06-04-2009, 01:52 PM
Senang jer nak jawab
Orang cina rajin berkerja dan bukan macam orang melayu(bukan nak ejek sapa-sapa tapi kenyataan).Dorang tak kira apa kerja janji dapat duit.Dan suka berbisnes.Orang Melayu sekarang suka memilih kerja sangat.Sebab tu lar kurang yang berjaya.

MESEJ DIATAS TIDAK ADA PERKAUMAN YER....

JaMaL
06-04-2009, 01:55 PM
senang jer nak jawab
orang cina rajin berkerja dan bukan macam orang melayu(bukan nak ejek sapa-sapa tapi kenyataan).dorang tak kira apa kerja janji dapat duit.dan suka berbisnes.orang melayu sekarang suka memilih kerja sangat.sebab tu lar kurang yang berjaya.

Mesej diatas tidak ada perkauman yer....

pandai adik ni bagi pandangannya...

sayyidbest
06-04-2009, 02:06 PM
Ngeh4.lama lar tak nampak azli online.Aku suka tengok semangat dia.

highlander
06-04-2009, 02:13 PM
Diorang nie kebanyakan bwat keje berkumpulan....
masing2 support antara satu sm lain
ssh n senang bersama:rolleyes:

mfahmi
06-04-2009, 02:21 PM
ape yang aku nampak..
org m***** ni nak berbisnes
tapi nak cepat kaya.
modal RM2..
nak untung RM2000
dalam masa 2 hari..

jawakanchong
06-04-2009, 08:56 PM
ermm...wak rasa mau bilang satu saja..mereka2 wong cino ni okeh seng rho alif jim ya nun...hehehe..terkeluar pulak bahasa jawa wak..sape2 x paham jawa bolehlah tanya kwn2 seng reti ngomong jowo..hehehe

salam dari wak kanchong

syuxx
06-04-2009, 11:31 PM
Selalunya mereka ni memang berusaha keras.
Orang Melayu pun ada yg berusaha keras jugak untuk berjaya.

tapi yg bezanya orang kita ni suka dengki bila yg lain dah berjaya.
Sangat kontra dgn sikap bantu membantu orang cina.

Ultimax
06-04-2009, 11:56 PM
peniaga melayu kaki dengki tak boleh tengok persaing dia berjaya. pengguna melayu pula selisih 10 sen pun berkira. pasaraya melayu tu mahal 10 sen terus masuk pasaraya tesco yahudi.

kat kampung pulak semua orang tau pemborong sawit cina beli harga mahal tapi timbang lari. pemborong sawit jawa harga ada murah se dua ringgit tapi timbang betul.

bukak balik kitab delima melayu ada cerita peraih pinang beli 10 sen. datang saudagar entah dari mana beli 20 sen habis semua orang kampung jual pinang pada saudagar ni. perangai tak berubah dari zaman dulu lagi.

berapa banyak kawasan parlimen majoriti melayu dibagi pada mca. lepas tu salahkan cina.

ryan
06-05-2009, 09:55 AM
takda reason yg tepat.

mungkin kita banyak tengok cina yg berjaya, so kita assume cina lebih berjaya. Yg aku nampak, dorang mmg rajin. Bangun awal pagi, sembahyang, buka kedai awal, and tak give up. Kedai dah uzur, pelanggan pon takda, tapie still buka juga. hebat. Cara manage income pon bagus, even ada untung banyak, tak keluar pon keta baru. dari segi motivasi pon hebat, everyday asik cita hal duit saja, apa saja petua yg berkait dengan kaya, sihat, mesti dorang fancy gila.

Banyak juga yg komen dengan perangai melayu, if semua berpendapat itu adalah faktor kelemahan melayu, thn its a good point for us. i mean, dah tahu la mana yg perlu di ubah and di baiki. Ada juga jumpa peniaga melayu yg bisnesnya OK, income bagus, tapi bisnes tak berkembang even dah dekat 5 tahun. Maybe kita ada "lacking" dengan ilmu perniagaan. Mungkin juga kita kurang jelas dengan halatuju perniagaan. i duno. it just maybe. But, still, ramai juga yg berjaya.. cuma kurang exposed.

Soal memilih kerja, bagi aku, perlu memilih kerja. Kenapa plak tak boleh memilih kerja, if kita layak memilih? And kenapa perlu kita buat kerja yg kita tak suka? kenapa perlu dahulukan duit sebagai perkara asas mengatasi keinginan diri. Mungkin faktor bla bla, but aku tetap berpendapat, Kita perlu buat kerja kerja apa yg kita nak and suka.

mohdkamarul
06-05-2009, 10:09 AM
org cina pk duit utk bwk mati.bila mati duit nak kena pki byk woo.keranda je dah puluh2 ribu.blum upah org nanges lagi.sbb tu diorg rajin cari duit.jimat duit.takut mati susah.idup susah lepas mati.
org melayu pk duit xbawak mati.dapat duit byk2 abes joli utk duniawi.bila nak pk jimat utk anak bini lepas mati?

Imabiz
06-05-2009, 10:23 AM
insurance turun temurun....

ikram84
06-05-2009, 03:56 PM
biasalah orang melayu.. modal RM1000 untung RM3000 enjoy RM3500 mana nak kaya hahahaha... kena wat loan lagi...

Amirul Hafiz
06-05-2009, 04:12 PM
pada pendapat saya..
kegagalan orang melayu bukan semua..
ada sesetengah tempat sahaja..
dan terbukti kejayaan melayu dari masa ke semasa..
cuma satu je penyakit turun temurun..
bila ada 20 ilmu, cuma 18 jer diperturunkan ke anak..
anak pulak ada 18 ilmu, cuma 16 jer diperturunkan..
last2...apa yang tinggal cuma 0

aloneinhome
06-05-2009, 05:18 PM
Selalunya mereka ni memang berusaha keras.
Orang Melayu pun ada yg berusaha keras jugak untuk berjaya.

tapi yg bezanya orang kita ni suka dengki bila yg lain dah berjaya.
Sangat kontra dgn sikap bantu membantu orang cina.

ini memang aku setuju sangat. bukan nak merendahkan sesiapa tapi inilah benda yang kita boleh tengok hari ni.

dengki mendengki, xde perasaan sabar, macam da bersawang dalam jiwa. aduhai :(

amik2 la pengajaran.

uniquelyme
06-05-2009, 06:32 PM
insurance turun temurun....

heh. bukankah cara berfikiran sebegini yang menyebabkan ramai orang Melayu ketinggalan?

Orang cina bertuah...
Orang cina dapat itu ini...

Yeah rite.

Dia ada satu je: usaha.

(Sorry kalau offend sesiapa, ini adalah realiti SEBENARNYA).

dr_zool
06-05-2009, 07:58 PM
ak ad 1 story yg mungken ad kaetn ngn thread ni kot.

arituh ak g kdai gnting rmbut(tmpat bese aku pg,rapat ngn tuan kedai tuh).burak2,baru aku perasan,2 orng pekerje dy yg slame ni keje kt kedai tu dah xd.

so ak tnyela mane pegi pekeje dy tuh,then dy jwb 2 orang tuh da stop keje dgn dy,diorng g keje kt kedai gnting rmbut len(kdai mlayu gk.bru bukak)

ak meng'owh'kan je la pas dnga berite tuh.then tuan kdai ni stat la bsng.dy ckp lebey kurng gini(aku xingatla ayat dy sebijik2)...'melayu mmg cmni.da tau ad kedai gnting rmbut kt sini,apahal nk bukk lg kdai.xleh cr mkn la gini..yg diorng berdue tu pn same gk.pegila ikt tokey baru tuh..'

lebey kurng r ayat dy.ak diam je la.xkn la nk 'menyimbah myk ke dlm api'

tp dlm ati aku,aku xstuju ngn dy and ak xsalahkn pekeje dy yg pegi ke majikan bru.knape?

1)dah name pn berniage,mstila ad persaingn.nape persaingn penting?so that kte leh compete each other and at d same time kte leh improve mane2 yg kurng.
2)pekeje diorng yg pegi ke majikn bru tuh xsalah cz hak diorng nk dptkn maybe income yg lg tinggi ke.xsalah untuk diorng nk tingkatkn taraf idup
3)before kedai ni bukak pn,da ad kedai gunting rmbut laen kt situ.so,xtimbul pn mslh.hehe

amirza
06-05-2009, 11:12 PM
aku pun setuju sangat pendapat kau.Macam pasar malam kat tempat aku nie , aku saja jer tanya mcm mana nak mohon tapak kat sini ,cerita punya cerita last sekali pengurus pasar malam nie tanya aku nak jual apa? aku cakap lah nak jual nasi ayam terus dia cakap tu tak boleh jual sebab orang lain dah jual .Dalam hati aku macam mana lah melayu nak berjaya kalau tak der persaingan.Kan kita dah di ajar masa sekolah kalau nak maju jangan takut bersaing.Kesimpulannya melayu lah yang bunuh melayu.Nie lah mentaliti orang melayu takut bersaing, tapi nak kaya sorang2

dr_zool
06-05-2009, 11:54 PM

huhu....so...xjual ke ns ayam tuh..?:D:D

smartusaha
06-06-2009, 03:32 AM
Semalam saya ada ikuti satu ceramah oleh sdra Ann Wann Seng penulis buku Rahsia Bisnes Orang Cina.

Jika nak bicarakan tentang perkara ini, begitu banyak sebabnya.

Cuma cuba kita persoalkan satu benda ni:

Orang cina pun berniaga ikan. Orang Melayu pun berniaga ikan juga. Tapi kenapa orang cina lebih kaya? Katakan dua bangsa ni sama-sama rajin dan kuat usaha. Marketing pun ok juga dua2 bangsa ni. Tapi kenapa orang cina lebih berjaya?

Orang cina ada banyak lagi rahsia dan sebab mereka berjaya. Bukan semata-mata rajin dan kuat usaha. Ada lagi sebabnya..

ps. Ada orang kata, orang Melayu pandai cakap besar je. Betul ke?

Amirul Hafiz
06-06-2009, 03:55 AM

apa sebab tu bro?

kalu jepun rahsia mereka ialah "kaizen"

dalam bab management saya belajar maksud kaizen ialah

Continuous improvement...perubahan ke arah kebaikan sedikit demi sedikit...

MrDisc
06-06-2009, 04:05 AM
ps. Ada orang kata, orang Melayu pandai cakap besar je. Betul ke?

Sekadar pandangan peribadi sahaja...

Apa yang saya lihat adalah SIKAP mereka (Melayu - ada segelintir suka menunjuk-nunjuk tapi zero sebenarnya..) & (Cina - ada yang suka & tak suka menunjuk-nujuk tapi mereka ada sebenarnya)

Kronologi nie saya buat dari situasi di tempat...(realiti yg saya nampak sendiri) - Ada 2 orang kontraktor buat renovation berhampiran kaw umah saya... yang melayu (lingkungan 40an) datang hari-hari dengan pajero besar & yg cina nie dah 62 thn dtg dengan motor yamaha lama...

Pada awalnya renovation berjalan cantik ja...masuk jek 3 bulan ada 3 bijik rumah under kontraktor melayu dah mula stuck...yang kontraktor cina berjalan seperti biasa...at last kontraktor Cina yang handle..selidik nya selidik kontraktor melayu pakai buruh asing tanpa permit so lesen kena tarik..pajero yang ada tue sewar sebab cuba nak tayang dapat masuk tender...yg kontraktor cina nie pakai pekerja dari kaum sendiri...

Bila dah siap projek tue, kontraktor cina tue datang dengan kenderaan yg jauh lebih mewah dari Melayu sebelum nie..

kesimpulan, sikap gak punca mengapa melayu kita nie sukar nak kaya berbanding cina...

p.s - Ini situasi yg berlaku di tempat saya sahaja..tempat korang tak mcm nie rasanya...

Amirul Hafiz
06-06-2009, 04:41 AM

masalah orang melayu ialah..

sikap tidak sabar...

mereka bukan nak menunjuk sebenarnya..(pada pandangan sayalah) tapi orang melayu besenya nak orang lain ikut jejak kejayaan mereka..

tapi tu lah...masalahnya ialah...melalui jalan mudah selalu jatuh pun mudah..

boukdella
06-07-2009, 02:51 AM
Kalau nak kaji, byk sbb knp cina maju terutamanya dlm bisnes. Nak tau buruk baiknya melayu, tanya pada kaum pendatang asing yg dduk m'sia. Sy pernah bertanya pd kaum arab yg dduk dan keje di m'sia, apa yg diaorg kata pasal melayu. Melayu ni mmg beradat sopan, lemah lembut dan tak kasar, bagus la tu tapi yg tak bagus tu dia kata melayu takut. Kalau sebut pasal bisnes jer, jawabnya takut rugi, takut rugi, belum cuba lagi, tak ckp takut rugi. Tapi itupun mmg sy akui sbb sy pun biasa dengar.

Kita x mendidik anak2 dr kecil utk berusaha dlm bidang perniagaan utk jadi usahawan berjaya. Apa yg slalu orang kita tekankan, belajar, belajar, nanti dah besar boleh jadi doktor, engineer ... boleh tolong mak. Awal2 dah set mind anak2 dgn keje makan gaji. Tapi lain pulak dgn `mereka', cuba tgk tokeh2 tu ... kalau hari anak2 cuti sekolah, kemana dibawa anak2 mereka, bercuti, bercuti la jugak, tapi anak dibawa bersama ke kedai utk sama2 join bisnes, kecik2 lagi tu. Mereka dah terapkan dr kecil lagi teknik2 berniaga dan kerja kuat pada anak2.

Org kita xnak merangkak dr bwh, slow2. kalu bleh semua nak express, kaya pun nak xpress. Bila dpt peruntukkan pinjaman utk niaga, apa yg diaorang fikir nak niaga. Nak niaga yg besar2, glamor2 ... siap2 beli kete best katanya utk strategi...

Dr segi persaingan, mmg la org kita tak suka, katanya ttup rezeki org lain ... terlupa gaknya yg Maha Berkuasa bagi rezeki ni sapa, takker Allah! Kalau ada yg suka bersaing tu, dah bagus, yg tak bagus, main dengki2, bomoh2, sihir2 la pulak nak lariskan kedai dia ...

Org kita jgk suka bercerita ttg projek itu ini, sy ada projek itu ini, bg `mereka' mereka senyap2 jer, tapi keje jalan dan duit masuk. Sebab tu kita ada pepatah `ckp tak serupa bikin'.

Jd kita la yg perlu tukar cara fikir generasi yg akan dtg, pd anak2 kita nanti, perlu diterap dr kecil lagi bkn hanya utk keje mkn gaji. Ilmu tu perlu utk memantapkan diri bknnya sebg platform utk dpt keje best! Kalau nak tau lebih2, tanyalah `mereka' sendiri apa kelemahan org kita ... nnti tau la ... yg biasa sy dengar ... org m malas.

Wbagaimanapun, mmg x dinafikan, salah satu faktor yg buat mrk berjaya dlm bisnes sbb mereka x de halal, haram, semua sapu ... tu jgn la diikut. Paling amat menyedihkan, kalau anda pergi ke bukit bintang, kuala lumpur ramai peniaga2 c* disana memberikan fakta yg tak best pada tourist2 yg berlambak-lambak kat sana yg m'sia ni kalau takde c*, tak tau ler apa jadi ... mundur.. Mana taknye, kat sana rata2 yg bisnes, semua c*. Alhamdulillah, ada BB Plaza, ada la ruang untuk m* bisnes.

Jadi sama2 la kita tukar cara berfikir ...

khalifah09
06-07-2009, 04:12 AM
Wahh...ini kes cerita keburukkan bangsa sendiri la ni. Memang betul apa yang korang semua katakan. Aku pun selalu merasai perbezaan ni. Tak perlu pergi jauh-jauh. dalam forum ni saja dah nampak ketara perangai orang melayu. Salah satunya kedekut ilmu. Segelintir yang ada kat sini memang kedekut ilmu.Sebab yang tanya kat diorang yang bawah nicknya ada tulis "New Member". Cuba yang orang bertanya tu Zamri Nanyan,Gobala, Irfan Khairi.Fuh...cepat je reply. Jauh berbeza dengan bangsa lain,contohnya di forum DP. Tanya lah kat otai-otai kat sana,diorang terus akan menjawab setiap pertanyaan walaupun dari newbies,walaupun cuma soalan "how to marketing this product?",diorang akan cerita secara detail tanpa mengharapkan balasan,tanpa memberikan link "?affid=" . Ingatlah...ilmu tak dapat bawa ke kubur. Kita menunjuk satu jari ke depan.Lagi empat ke arah kita sendiri.

swordion
06-07-2009, 05:09 AM
Aku xtaw pasal semua benda ni. Aku taw satu jer. Xkeje xder duit. Bisnes ker keje ngan orang ker sume kene wat btul2x. Keje ngan org laen pun wat sambil lewa, korg nak bisnes sendiri. Alasan, xnak bagi orang lain kaya..baik bagi diri sendiri kaya. Bullshit sume tu. Xkesah ape pun, kite kene wat yg terbaek.

AmirulFaisyal
06-07-2009, 06:04 AM
Wahh...ini kes cerita keburukkan bangsa sendiri la ni. Memang betul apa yang korang semua katakan. Aku pun selalu merasai perbezaan ni. Tak perlu pergi jauh-jauh. dalam forum ni saja dah nampak ketara perangai orang melayu. Salah satunya kedekut ilmu. Segelintir yang ada kat sini memang kedekut ilmu.Sebab yang tanya kat diorang yang bawah nicknya ada tulis "New Member". Cuba yang orang bertanya tu Zamri Nanyan,Gobala, Irfan Khairi.Fuh...cepat je reply. Jauh berbeza dengan bangsa lain,contohnya di forum DP. Tanya lah kat otai-otai kat sana,diorang terus akan menjawab setiap pertanyaan walaupun dari newbies,walaupun cuma soalan "how to marketing this product?",diorang akan cerita secara detail tanpa mengharapkan balasan,tanpa memberikan link "?affid=" . Ingatlah...ilmu tak dapat bawa ke kubur. Kita menunjuk satu jari ke depan.Lagi empat ke arah kita sendiri.

Oh...pernah merasa kena macam tu ek kat forum ni?

Bagi saya, untuk kes awak ni ia bukan sebab orang Melayu yang malas
nak jawab soalan new member ke, orang Melayu sombong ke, orang
Melayu suka jawab soalan otai-otai ke...the list goes on....

Ini mungkin disebabkan cara kita bertanya ;

1. Adakah soalan yang kita tanya tu betul-betul jelas?
2. Adakah soalan yang kita tanya sudah ditanya di forum ni?
3. Adakah soalan yang kita tanya berada di bahagian yang betul?

Saya jarang ambil bahagian bila ada perbincangan yang ada
perkataan 'Melayu' ni, sebab for sure akan keluar 1001 keburukan
orang Melayu.

Jangan jadikan 'sikap negatif orang Melayu' sebagai alasan untuk
menutup kelemahan kita sendiri. Semua orang diberikan Allah akal
fikiran untuk berfikir dan tubuh badan untuk berusaha sebaik yang
mungkin.

Dengki, khianat, dan sifat-sifat mazmumah yang lain bukannya
takde kat bangsa lain, ada jugak tapi kenapa kita asyik nak justify
sifat-sifat buruk ni ada dekat orang Melayu je?

My 2 cents.

PS: DP forum is international forum and the members are huge. To
compare DP and WC is just like comparing Ford and Proton. Are you
sure Jeremy Shoemoney will respond to your thread on DP?

nabieel
06-07-2009, 06:28 AM
Wahh...ini kes cerita keburukkan bangsa sendiri la ni. Memang betul apa yang korang semua katakan. Aku pun selalu merasai perbezaan ni. Tak perlu pergi jauh-jauh. dalam forum ni saja dah nampak ketara perangai orang melayu. Salah satunya kedekut ilmu. Segelintir yang ada kat sini memang kedekut ilmu.Sebab yang tanya kat diorang yang bawah nicknya ada tulis "New Member". Cuba yang orang bertanya tu Zamri Nanyan,Gobala, Irfan Khairi.Fuh...cepat je reply. Jauh berbeza dengan bangsa lain,contohnya di forum DP. Tanya lah kat otai-otai kat sana,diorang terus akan menjawab setiap pertanyaan walaupun dari newbies,walaupun cuma soalan "how to marketing this product?",diorang akan cerita secara detail tanpa mengharapkan balasan,tanpa memberikan link "?affid=" . Ingatlah...ilmu tak dapat bawa ke kubur. Kita menunjuk satu jari ke depan.Lagi empat ke arah kita sendiri.

em..awk perlu tahu nama2 besar seperti saifulsham, syed ikwan, noorizamshah, irfan khairi dll mereka mempunyai tugas yg terlalu sibuk. So sebagai jalan penyelesaian awk tanya ler soalan kat org pertengahan..

adakalanya juga..otai2 ni, bila diterima soalan2 dari yg yg masih baru dan mereka tidak menjawab ada kemungkinan mereka berfikir "kenapa sebelum aku berjaya, aku mencari sendiri jawapan2 itu di internet dan juga buku dan mengapa yg mereka masih baru tidak berbuat demikian"

semuanya bergantung dengan cara kita sendiri.

dan sy rasa ada otai yg telah membincangkan bagaimana hendak bertanyakan soalan yg terbaik kepada seseorang.

adalah lebih baik, soalan yg terlalu penting untuk anda tu di emailkan atau di PM. Confirm mereka akan menjawab.

setakat ni sy rasa otai2 tiada masalah menjawab soalan2 sy melalui email antaranya labanon, smartzul, saifulsham, syed ikhwan, maizul, mohd amirol, alang, shamsuddin kadir, irfan khairi, noorizamshah dan ramai lg. :)

pakar clickbank
06-07-2009, 09:13 AM
Saya nak berikan sedikit pandangan saya sebagai seorang cina ..em betul bukan semata-mata usaha dan rajin akan jadi kaya ,ada beberapa sebab yang utama

1-berani menaruh ertinya orang cina berani membuat percubaan tapi ingat buat percubaan dengan kaji sebelum mencuba

2-berani kongsi pengalaman - dengan sikap berani kogsi pengalaman maka ramai cina bercampuh pengalaman dengan orang luar negara untuk mencapai keyajaan yang lebih cepat

shila70
06-07-2009, 10:45 AM
pandangan saya bangsa apa pun sama..cuma nak usaha ngan tidak saja.
orang cina kalo bab bisnes ni mmg tekun lagi berusaha..contoh kalo time raya cina pun restoran dia tetap buka, bengkel keta pun ada yg bukak tau..tapi cuba tgk kita kali time raya kedai makan tutup seminggu..kalo blh sebulan eheh...jenuh carik tempat makan time2 raya hehehe..nak jumpa kedai burger pun payah..

zienerd
06-07-2009, 11:23 AM
pada pendapat saya..
kegagalan orang melayu bukan semua..
ada sesetengah tempat sahaja..
dan terbukti kejayaan melayu dari masa ke semasa..
cuma satu je penyakit turun temurun..
bila ada 20 ilmu, cuma 18 jer diperturunkan ke anak..
anak pulak ada 18 ilmu, cuma 16 jer diperturunkan..
last2...apa yang tinggal cuma 0

ni sama seperti setengah2 sifu IM. huhuhu...

zienerd
06-07-2009, 11:27 AM
Sekadar pandangan peribadi sahaja...

Apa yang saya lihat adalah SIKAP mereka (Melayu - ada segelintir suka menunjuk-nunjuk tapi zero sebenarnya..) & (Cina - ada yang suka & tak suka menunjuk-nujuk tapi mereka ada sebenarnya)

Kronologi nie saya buat dari situasi di tempat...(realiti yg saya nampak sendiri) - Ada 2 orang kontraktor buat renovation berhampiran kaw umah saya... yang melayu (lingkungan 40an) datang hari-hari dengan pajero besar & yg cina nie dah 62 thn dtg dengan motor yamaha lama...

Pada awalnya renovation berjalan cantik ja...masuk jek 3 bulan ada 3 bijik rumah under kontraktor melayu dah mula stuck...yang kontraktor cina berjalan seperti biasa...at last kontraktor Cina yang handle..selidik nya selidik kontraktor melayu pakai buruh asing tanpa permit so lesen kena tarik..pajero yang ada tue sewar sebab cuba nak tayang dapat masuk tender...yg kontraktor cina nie pakai pekerja dari kaum sendiri...

Bila dah siap projek tue, kontraktor cina tue datang dengan kenderaan yg jauh lebih mewah dari Melayu sebelum nie..

kesimpulan, sikap gak punca mengapa melayu kita nie sukar nak kaya berbanding cina...

p.s - Ini situasi yg berlaku di tempat saya sahaja..tempat korang tak mcm nie rasanya...

tokey cina atau melayu, pekerja pembinaan tetap indonesia.. kat mana silapnya ek?

smartusaha
06-07-2009, 12:20 PM
Wahh...ini kes cerita keburukkan bangsa sendiri la ni. Memang betul apa yang korang semua katakan. Aku pun selalu merasai perbezaan ni. Tak perlu pergi jauh-jauh. dalam forum ni saja dah nampak ketara perangai orang melayu. Salah satunya kedekut ilmu. Segelintir yang ada kat sini memang kedekut ilmu.Sebab yang tanya kat diorang yang bawah nicknya ada tulis "New Member". Cuba yang orang bertanya tu Zamri Nanyan,Gobala, Irfan Khairi.Fuh...cepat je reply. Jauh berbeza dengan bangsa lain,contohnya di forum DP. Tanya lah kat otai-otai kat sana,diorang terus akan menjawab setiap pertanyaan walaupun dari newbies,walaupun cuma soalan "how to marketing this product?",diorang akan cerita secara detail tanpa mengharapkan balasan,tanpa memberikan link "?affid=" . Ingatlah...ilmu tak dapat bawa ke kubur. Kita menunjuk satu jari ke depan.Lagi empat ke arah kita sendiri.
Inilah salah satu sikap yang saudara sendiri tidak sedar yang ia adalah sikap negatif. Saudara mengata orang, tapi tak sedar saudara sendiri melakukannya. :) Saudara kata orang menuding jari kepada orang lain, tp saudara tak sedar sdra sedang menuding jari juga kpd orang lain. Hmm..

Why not kita jadi seperti mereka (irfan, zamri dan lain2). Kita tak boleh salahkan mereka sebab mereka usaha untuk capai tahap tersebut. Kita yang new member, usahalah sampai ke tahap tu. Dan mereka bukan ambil masa sehari dua untuk capai tahap tersebut.

Jadi berbanding cari silap orang yang tak membuatkan hati kita suka, mengapa tidak kita capai tahap yang sama.

Kalau letak link affiliate sekali pun, itu tidak salah sebab itu pun membantu juga namanya. Lebih baik bagi dan tunjuk daripada tak bagitahu langsung. So far bagi pengalaman saya, orang suka kalau kita bagitahu mereka produk2 orang lain walaupun letak link affiliate. Tak ada apa2 masalah pun. Lagipun komisen tu bukan kita yg bayar pun. So apa yang mahu dipertikaikan bagi link affiliate atau tak? Yg bayarnya tuan punya produk, bukan kita. :) So masalah kat sini sebenarnya adalah, kita yg kedekut dan tak senang orang dapat duit komisen. So kita seorang yg kedekut. Apa salahnya orang yg rekemen sesuatu produk tu dapat komisen sebab dia dah bagitahu kat kita secara jujur. Daripada tak tahu boleh tahu ada produk yg bagus. So, soal link aff perlu atau tak, ia tak perlu dipertikaikan.

Seperkara lagi, kita tak boleh samakan dgn DP forum. Di sana komuniti mereka amat besar. Otai pun ramai. Kat Malaysia berapa ramai je yg turun padang?? Tak ramai. Tu pun yg turun padang pun tetap kena kritik. Jadi nampak tak kita mengata orang, kita sendiri tak sedar kita dah menuduh orang secara tak patut. Irfan, zamri, gobala, mereka turun padang. Walau sedikit mereka kongsi ilmu, itu sudah memadai daripada mereka tak tolong langsung orang Malaysia. Inilah orang kita. Mengharap 100% pada orang lain. Mereka pun ada hidup juga, ada keluarga juga. Janganlah letakkan beban 100% pada mereka. Mereka dah tunjuk jalan, kitalah yg perlu lalui jalan tu (usaha). Tolong sikit salah, tolong banyak pun salah. Tak mustahil satu masa nanti, otai2 ni semua tak akan tolong langsung dah orang2 Malaysia. Haa masa tu dituduh lagi mereka bukan2. Inilah sikap kebanyakan org melayu.

Minda orang2 kita masih lagi lemah dan sempit. Suka cari salah orang. Inilah salah satu sebab mengapa ramai IM suka underground. Gara2 orang2 Melayu yg cepat melatah dan suka cari salah orang lain dan tak suka cari salah sendiri. Sepertimana Kidino, dia tak ajar sangat orang Melayu. Alasannya mudah. Kbykn org melayu ni nak cepat kaya, nak mudah dan malas belajar!

Saya pun kadang2 fade up dengan kebanyakan orang melayu. Nak lebih, tapi usaha tak nak. Nak hasil besar, tapi modal tak cecah ratus pun berkira. Dan sebab tu saya lebih suka berjumpa daripada kongsi ilmu di forum atau blog. Sebelum saya terlupa, lain2 IM lain dia punya kaedah penyampaian. Seperti saya, siapa yg kenal dan pernah jumpa saya, macam2 saya kongsi tanpa ada rasa takut terbongkar rahsia. Malah saya tak kenakan caj pun. Itu pun jika masa mengizinkan. Saya pun termasuk IM lain perlu sara keluarga juga. Apa ingat mereka ni hamba sahaya kita ke nak disalahkan dan nak disuruh macam-macam? :)

Kesimpulan: Jangan mudah menuduh orang lain dan setiap orang ada hak untuk buat apa yg perlu mereka buat. Usahalah di atas kaki sendiri wahai orang2 Melayu.

ps. Ambil pandangan saya ini sebagai pandangan yg kritis dan bukan dgn emosi. Mana yg salah, sila perbetulkan.

smartusaha
06-07-2009, 12:34 PM
ni sama seperti setengah2 sifu IM. huhuhu...
Rata-rata saya baca komen di topik ni, semuanya letak kesalahan pada orang lain. Memang tak dinafikan betul, tapi daripada 10 punca kegagalan orang Melayu, 9 daripadanya adalah sebab diri sendiri. Tapi sebab orang Melayu ni terkenal dengan sifat egonya, mereka susah nak mengaku salah. Sebab tu asyik cari salah orang. :)

Dan nak tahu kenapa ramai yg "pentingkan diri sendiri" dan jarang tolong melayu lain??

Sebab bila dah ditolong, last-last mereka tikam belakang balik atau bila yg menolong tu susah, mereka akan buat2 tak tahu (lupa diri)! Bak kata pepatah, "kacang lupakan kulit". Jadi tak bolehlah nak disalahkan mereka yg pentingkan diri sendiri tu demi kebaikan mereka dan keluarga mereka. Kebanyakan orang zaman skrg bila dah berjaya, mudah lupa diri. So tak salahlah kita nak pentingkan diri sendiri wahai saudara saudari semua demi kebaikan kita. :) Tolong mereka yg betul2 ikhlas dan boleh hidup susah dan senang bersama.

Apa yg saya dapat katakan skrg, kalau cina dan org2 indonesia yg tak ada apa2 pada asalnya boleh berjaya, mengapa tidak kita? Mereka berusaha dgn kudrat mereka sendiri. Kita pun ada kudrat.... Tapi ramai yg tak guna kudrat dan kekuatan tu. Semuanya mahu disuap.

Cubalah usaha sendiri dan buanglah jauh2 sikap berharap pada orang lain.

Saya pernah ikuti beberapa sesi ceramah dan program yg dianjur oleh pihak kerajaan dan mengkhusus kepada orang Melayu. Rata2 yg hadir tak bagi fokus. Mereka itu adalah ditaja dan diberi diskaun lagi. So salah siapa kat sini? Ya, individu. Kerajaan dah buat dan bagi macam-macam. Apa lagi yg tak cukup?

Selain tu yg saya tengok, orang2 kita banyak retorik. Ratus2 seminar dan konferens dah dibuat. Tapi melayu still tak berubah. Puncanya ia hanya retorik dan semangat semata-mata.

Last but not least, sistem pendidikan keusahawanan di Malaysia terbalik. Kita diberikan alat dulu baru nak belajar dan ikut kursus. Sepatutnya ikut training dulu baru beli alat yg harganya puluh2 dan ratus2 ribu.

Nak cakap punca memang banyaklah. Tapi buat masa ni, cukuplah kita perbaiki kekurangan kita dulu. Tak payahlah cari salah orang lain dan letakkan beban pada bahu orang lain. Selagi kita sendiri tak berubah minda dan pemikiran, tak payahlah cakap salah orang lain.

smartusaha
06-07-2009, 01:05 PM
apa sebab tu bro?

kalu jepun rahsia mereka ialah "kaizen"

dalam bab management saya belajar maksud kaizen ialah

Continuous improvement...perubahan ke arah kebaikan sedikit demi sedikit...
Kata Ann Wan Seng, penulis buku Rahsia Bisnes Orang Cina tu,

"Orang Cina jual ikan juga, tapi mereka jual ikan yang margin untungnya adalah besar seperti jual ikan arowana dan kelisa. Orang Melayu hanya fokus pada ikan-ikan yang margin untungnya kecil seperti ikan keli yg sekilo sekitar RM4.50 sahaja. Tapi kalau macam ikan kelisa, sekali jual harganya boleh cecah puluh-puluh ribu seekor."

Tambah beliau lagi, "Orang-orang cina banyak buat kajian pasaran dan permintaan terkini termasuk trend. Mereka tahu apa yg dimahukan oleh kebanyakan orang pada setiap trend atau masa. Orang2 cina dalam pertanian banyak buat kajian agar dapat mutu dan kualiti. Mereka banyak baca dan rujuk majalah2 pertanian yg biasanya diimport dari Taiwan. Malah majalah berkaitan pertaniah amat banyak, tapi dalam bahasa Melayu boleh dikira dengan jari."

So lihat... Usaha yg kuat bukan satu-satunya faktor untuk berjaya. Orang Melayu pun kuat kerja apa. Tapi sayang, tak ramai orang Melayu serius dalam buat kajian pasaran dan tahu permintaan semasa. Inilah salah satu 'rahsia' orang2 cina berjaya. Mereka sentiasa dinamik dan tidak statik.

Nak tahu lebih lagi, belilah buku2 Ann Wan Seng yg setakat ni banyak dia tulis mengenai kejayaan orang2 cina termasuk Islam di China. Atau pergi dengar ceramah2 dia. Banyak yg dia kongsikan.

Dihaz84
06-07-2009, 01:29 PM
rasanya x semestinya mereka kaya.Kekadang ada yang kaya ikut latar belakang keluarga.Kalau keluarga yang semamngnya kaya kaya la.

Kalau ikut perniagaan,diaorang ada prinsip.Tengok la kalau kita pegi kedai org cina,Cth: Kedai runcit org cina.
Apa mereka buat? layan dengan baik,sentiasa menghulurkan bantuan apabila diperlukan oleh bakap pembeli.Dan layanan yang baik.
Saya x kata kaum lain x memberi layanan yang baik.

Tapi adakah usaha kaum lain sama dengan usaha org cina?Semuanya bergantung pada usaha dan azam seseorang.Minat + usaha pasti akan berjaya.Kalau sesiapa dah beli buku dari PTS : Rahsia perniagaan orang cina pasti tau.So kalau nak ,beli lah.

norfazli80
06-07-2009, 03:04 PM
pada pendapat aku

ada 2 sebab utama mengapa orang melayu susah untuk berjaya dalam bidang ekonomi

1.Keluarga

Ramai keluarga orang melayu hendak anak-anak atau ahli keluarga mereka mencari kerja makan gaji sebab kerja makan gaji dilihat sebagai menjamin masa depan.Apabila dari umur contohnya dari 6 tahun sehingga umur 18 tahun kebanyakan masa di ajar untuk mempunyai cita-cita untuk cari kerja makan gaji.Mestilah terlekat di hati dan minda untuk cari kerja makan gaji berbanding berniaga.

Ada juga anak-anak melayu yang lahir daripada keluarga yang ibubapanya berniaga.Oleh itu daripada kecil lagi dia sudah tahu tentang perniagaan.Minat berniaga sudah ditanam dari kecii.Tetapi agak kecil bilangan ini.

2.Persekitaran

Persekiranan orang melayu juga memberi kesan.Kebanyakan masyarakat orang melayu suka kerja makan gaji dan kalau boleh hendak kerja makan gaji sebab mereka rasa kerja makan gaji lebih terjamin.Sudahlah di rumah diajar supaya cari kerja makan gaji, bila bergaul dengan masyarakat juga di asuh supaya cari kerja makan gaji berbanding perniagaan.

Tidak mustahil ada orang melayu yang kena marah oleh ibubapa kerana ingin berniaga.Tidak mustahil ada orang melayu yang kena gelak dan kena sindir selama setahun orang orang melayu sendiri kerana hanya ingin berniaga

Islam tidak pernah menghalang perniagaan asalkan ianya halal dan mengikut ajaran islam.Nabi Muhammad juga berniaga.

Berkaitan dengan bangsa pula.Saya rasa bangsa tidak memainkan peranan langsung dalam soal ini.Maju dan mundur bukan kerana bangsa.Manusia sama sahaja tidak kira apa bangsanya.

Ada Diantara Orang Melayu Yang Hebat

Ada juga orang melayu yang saya rasakan dia memang hebat.Mereka lahir bukan daripada keluarga yang menjalankan perniagaan, mereka berada dalam masyarakat yang mementingkan cari kerja makan gaji.Tetapi mereka boleh berkata bahawa " saya ingin berniaga "

Cabaran yang dihadapi oleh golongan ini juga hebat semata-mata mereka ingin berniaga.Cabaran daripada keluarga,cabaran daripada masyarakat yang sama bangsa dengannya.

Apabila mereka berbuat demikian, tiada jaminan juga mereka boleh berjaya.Ada yang berjaya dan ada yang gagal.Biasalah.Itu memang adat berniaga.Ada berjaya dan ada yang gagal.Tetapi yang penting ialah ingin berniaga

Ingin berniaga atau ingin makan gaji sebenarnya adalah satu pilihan.Setiap pilihan ada baik dan buruknya.

Perlu diingat perniagaan bukan sesuatu yang main-main.Tiada jaminan semua yang menjalankan perniagaan akan berjaya.

Sedia Bangkit Dari Kegagalan

Jangan menjadi usahawan sekiranya anda takut gagal.Sekiranya anda takut kepada kegagalan, saya boleh katakan bahawa anda tidak sesuai untuk menjadi usahawan.

Semua yang berjaya pernah gagal.mereka juga sedia bangkit daripada kegagalannya sekiranya mereka gagal lagi di masa depan.

Satu tips sebagai panduan sekiranya anda ingin berjaya

1.Beli sebatang pen dan sebuah buku latihan dan catatkan di buku tersebut " apakah orang berjaya telah buat sehingga mereka berjaya "

2.Banyak sumber yang boleh anda cari.Di internet,buku,majalah dan lain-lain.

3.Semakin banyak catatan anda semakin bagus.Dalam masa yang sama,cuba buat apa yang anda catatkan tersebut

Di thread ini juga ada banyak maklumat yang saya perolehi dan akan saya catatkan di dalam buku catatan saya.

Kesimpulannya ialah jangan pandang bangsa sebagai sebab saya akan berjaya atau tidak.Bangsa tidak menjamin anda akan berjaya atau tidak.Yang menjamin anda akan berjaya tidak kiralah dalam perniagaan atau apa sahaja ialah anda sendiri.Berusaha dan di masa yang sama berdoa kepada Allah.

Sekian.

uniquelyme
06-07-2009, 04:06 PM
Ish Zul nih. Bagi saya teringin lak nak beli buku dia. Btw to those who don't know, dia ni Cina Islam. Ada dia tulis buku pasal murtad. Tergezut saya tengok orang Cina tulis buku pasal hal ini. Tengok back cover, rupa-rupanya dia ni cina Islam.

Tergelak saya sorang-sorang. Prejudis diri saya ke atas bangsa lain. Tak semestinya masuk Islam mesti "memelayukan" diri diorang.

(Takde kaitan ngan topik though)

Kata Ann Wan Seng, penulis buku Rahsia Bisnes Orang Cina tu,

"Orang Cina jual ikan juga, tapi mereka jual ikan yang margin untungnya adalah besar seperti jual ikan arowana dan kelisa. Orang Melayu hanya fokus pada ikan-ikan yang margin untungnya kecil seperti ikan keli yg sekilo sekitar RM4.50 sahaja. Tapi kalau macam ikan kelisa, sekali jual harganya boleh cecah puluh-puluh ribu seekor."

Tambah beliau lagi, "Orang-orang cina banyak buat kajian pasaran dan permintaan terkini termasuk trend. Mereka tahu apa yg dimahukan oleh kebanyakan orang pada setiap trend atau masa. Orang2 cina dalam pertanian banyak buat kajian agar dapat mutu dan kualiti. Mereka banyak baca dan rujuk majalah2 pertanian yg biasanya diimport dari Taiwan. Malah majalah berkaitan pertaniah amat banyak, tapi dalam bahasa Melayu boleh dikira dengan jari."

So lihat... Usaha yg kuat bukan satu-satunya faktor untuk berjaya. Orang Melayu pun kuat kerja apa. Tapi sayang, tak ramai orang Melayu serius dalam buat kajian pasaran dan tahu permintaan semasa. Inilah salah satu 'rahsia' orang2 cina berjaya. Mereka sentiasa dinamik dan tidak statik.

Nak tahu lebih lagi, belilah buku2 Ann Wan Seng yg setakat ni banyak dia tulis mengenai kejayaan orang2 cina termasuk Islam di China. Atau pergi dengar ceramah2 dia. Banyak yg dia kongsikan.

alan
06-08-2009, 01:20 AM
Cuba baca & fahami betul apa yg dinyatakan oleh Bro Smartusaha

Apa yg paling penting adalah ANDA!

Tidak guna cakap pasal orang atau benda lain!

Apa kemajuan(improvement) yg ANDA telah buat hari ini jika dibandingkan dgn semalam?

Apakah yg perlu anda buat SEKARANG agar kehidupan anda pada masa depan terjamin?

Bukan sekadar cakap tapi kena Buat & terus Usaha!

Sekadar 2 cents

Salam

Rata-rata saya baca komen di topik ni, semuanya letak kesalahan pada orang lain. Memang tak dinafikan betul, tapi daripada 10 punca kegagalan orang Melayu, 9 daripadanya adalah sebab diri sendiri. Tapi sebab orang Melayu ni terkenal dengan sifat egonya, mereka susah nak mengaku salah. Sebab tu asyik cari salah orang. :)

Dan nak tahu kenapa ramai yg "pentingkan diri sendiri" dan jarang tolong melayu lain??

Sebab bila dah ditolong, last-last mereka tikam belakang balik atau bila yg menolong tu susah, mereka akan buat2 tak tahu (lupa diri)! Bak kata pepatah, "kacang lupakan kulit". Jadi tak bolehlah nak disalahkan mereka yg pentingkan diri sendiri tu demi kebaikan mereka dan keluarga mereka. Kebanyakan orang zaman skrg bila dah berjaya, mudah lupa diri. So tak salahlah kita nak pentingkan diri sendiri wahai saudara saudari semua demi kebaikan kita. :) Tolong mereka yg betul2 ikhlas dan boleh hidup susah dan senang bersama.

Apa yg saya dapat katakan skrg, kalau cina dan org2 indonesia yg tak ada apa2 pada asalnya boleh berjaya, mengapa tidak kita? Mereka berusaha dgn kudrat mereka sendiri. Kita pun ada kudrat.... Tapi ramai yg tak guna kudrat dan kekuatan tu. Semuanya mahu disuap.

Cubalah usaha sendiri dan buanglah jauh2 sikap berharap pada orang lain.

Saya pernah ikuti beberapa sesi ceramah dan program yg dianjur oleh pihak kerajaan dan mengkhusus kepada orang Melayu. Rata2 yg hadir tak bagi fokus. Mereka itu adalah ditaja dan diberi diskaun lagi. So salah siapa kat sini? Ya, individu. Kerajaan dah buat dan bagi macam-macam. Apa lagi yg tak cukup?

Selain tu yg saya tengok, orang2 kita banyak retorik. Ratus2 seminar dan konferens dah dibuat. Tapi melayu still tak berubah. Puncanya ia hanya retorik dan semangat semata-mata.

Last but not least, sistem pendidikan keusahawanan di Malaysia terbalik. Kita diberikan alat dulu baru nak belajar dan ikut kursus. Sepatutnya ikut training dulu baru beli alat yg harganya puluh2 dan ratus2 ribu.

Nak cakap punca memang banyaklah. Tapi buat masa ni, cukuplah kita perbaiki kekurangan kita dulu. Tak payahlah cari salah orang lain dan letakkan beban pada bahu orang lain. Selagi kita sendiri tak berubah minda dan pemikiran, tak payahlah cakap salah orang lain.

uniquelyme
06-08-2009, 02:08 AM
ya, itu dia... akhirnya, seseorang dari bangsa Cina sudah spoil his secret of success!

ramzy0
06-08-2009, 02:33 AM
Cuba baca & fahami betul apa yg dinyatakan oleh Bro Smartusaha

Apa yg paling penting adalah ANDA!

Tidak guna cakap pasal orang atau benda lain!

Apa kemajuan(improvement) yg ANDA telah buat hari ini jika dibandingkan dgn semalam?

Apakah yg perlu anda buat SEKARANG agar kehidupan anda pada masa depan terjamin?

Bukan sekadar cakap tapi kena Buat & terus Usaha!

Sekadar 2 cents

Salam

i memang respect sama you bro alan huhuhu. anyway, thanx for the tips ^-^

p/s: for the info to beberapa forumers, alan is a chinese.

p/s/s: huuuh. and i cukup boring bila ada diskusi about melayu whatsoever bla bla bla...

pakar clickbank
06-08-2009, 02:46 AM
wow PENEJLASAN dari SmartuSAHA sugguh jelas

Isma A
06-08-2009, 05:36 AM
Kaum cina mempunyai kesatuan yg kuat didlm etnik masing-masing,mereka saling membantu dalam perniagaan..berdikari..bawa saudara mara majukan syarikat..lepas tu buka cawangan lagi...

Bukan seperti orang kita asyik harap subsidi..itulah buat sambil lewa,memang ada yg ok,tapi hanya segelintir..kita ada kelebihan..tapi tak diguna sepenuhnya..

Kita juga takut nak keluar modal banyak..seperti bro..kita cakap RM2 NAk untung RM2000..lebih selesa buat bisnes ala kadar aje.kalau rugi pun tak rugi banyak...

Berapa ramai kaum cina buat gerai nasi lemak atau sewaktu dengannya???..

Nak hayati ayat.... di dunia dan akhirat..
kenapa tak di akhirat dan dunia..

shila70
06-08-2009, 08:59 AM
moral of the story nya..jgn tuding bangsa itu bagus bangsa ini tak bagus.. yang penting kurang kan kontroversi..tingkatkan prestasi...jadilah melayu yang ada wawasan & keinginan utk bersaing..

zakeri
06-08-2009, 09:53 AM
Cina giler DUIT
Melayu giler KUASA

uniquelyme
06-08-2009, 10:11 AM
I serious suggest this thread to be closed. Semua orang dengan pendapat mereka. Bukannya dapat apa-apa yang konstruktif pun. Saudara Zul dah bagi dah pendapat dia yang brilliant and it sums everything up about Malay and Chinese.

There's nothing to add now.

mamatpenang
06-08-2009, 10:38 AM
aku sebagai bangsa melayu beragama islam bukan anti kaum Cina tapi aku nak kita realize kenyataan hidup di Malaysia

Aku berdoa pada Allah selalu agar diriku bangsa ku juga warga WC yang majoriti melayu berjaya dalam hidup dan belajar dengan bangsa Cina untuk berjaya

Jangan marah jika aku buka thread nie mengundang perkauman

Banzai teruskan usaha sampai mati

mohdabdhalim
06-08-2009, 12:54 PM
Lihat dari persepsi yang luas jangan sempitkan minda. Topik ni bertajuk "Kenapa Bangsa Cina kaya di Malaysia walaupun tidak bersekolah?"

Ya dijawab, balekČ pada bangsa kita sendiri?

Duduk dengan mereka yang berbangsa Cina ni. Saya yakin ada segelintir dari mereka yang tak kedekut ilmu dan rahsia bagaimana mereka berjaya dan kaya secara turun-temurun.

Kenapa mereka berjaya walaupun tak bersekolah. Kerana mereka telah dipupuk sejak kecil bahkan secara turun-temurun lagi untuk menjadi seorang usahawan/peniaga.

Tabiat yang biasa mereka amalkan adalah memupuk/mengajar anak mereka agar mereka 'berdikari' untuk mencari rezeki serta meluaskan empayar perniagaan mereka dan bukannya memupuk/mengajar anak mereka dengan cara 'memanjakan' anak/cucu/cicit mereka dengan menghabiskan atau mempergunakan hasil perit-jerih orang tua mereka untuk menikmati sesesuatu kemewahan.

Dan seterusnya, orang Cina berani berhadapan dengan risiko. 'Susah-susah dahulu, senang-senang kemudian'. Mereka tidak gentar untuk mencuba sesuatu yang baru, dalam erti kata lain 'belum cuba belum tahu hasilnya'. Dalam perniagaan sekalipun, mereka memandang persaingan mereka adalah sebagai sahabat mereka dan bukannya sebagai musuh mereka.

Itu cuma di antara sebahagian kenapa mereka boleh berjaya dan kaya. Sebab itu saya katakan dari mula tadi, kenapa orang Cina lebih berjaya dan kaya dari kita. Duduklah sesama dengan mereka dan saya pasti akan ada di kalangan mereka yang sudi berkongsi jawapan dengan anda.

HafizMalik
06-08-2009, 01:12 PM
aku ada satu idea... why not kita sbg warga wangcyber ni cuba implement bagaimana bangsa cina majukan bangsa mereke iaitu tolong menolong dan support each other... :)

dari sini kita akan dpt create connection dan kembangkan perniagaan internet ke seluruh pelusuk malaysia... hehe.. rasanya bidang perniagaan internet ni jer yg ada peluang sedikit bagi bangsa melayu ( even aku ni bukan melayu tp Alhamdulillah Islam ) hehe..

mansurbiz
06-08-2009, 01:41 PM
org melayu ni, org tua selalu pesan... blajo tinggi2, pastu nanti bole keje gaji beso...

org cina, blajo tinggi2 nanti bole kumpul modal beso2 utk niaga. mereka jadikan meniaga dan cintakan duit sebagai budaya turun temurun... sbb apa, sbb mereka kan percaya seme harta derang kumpul bole bawa masuk kubur...

org melayu jadikan meniaga sebagai satu pilihan sumber rezeki... tak meniaga pun takpe sbb bole mkn gaji... pastu harapkan duit pencen

julius
06-08-2009, 01:55 PM
Sikap hasad dengki perlu dibuang jauh2 kalau nak berjaya...sikap ni merugikan semua kita. Yang berjaya akan habiskan duit utk menghalang org lain menjadi pesaing mereka, manakala yg baru nak naik dijatuhkan oleh mereka yg dengki..last2, semua tak berjaya:(

Keadaan kita juga kekadang macam beruk, disuruh panjat tinggi2 tapi leher diikat..bila2 masa boleh ditarik, dan jatuh berdebuk...itu hakikatnya kalau keje makan gaji. Kita ditawarkan pangkat dan jawatan tinggi, namun yg untung besar ialah majikan. Kalau nak kaya, jangan bergantung 100% dengan keje makan gaji tapi ambil inisiatif mulakan perniagaan.

Harap maaf jika agak kasar bahasa saya, namun niat saya ikhlas.

joelabu
06-08-2009, 02:06 PM
I serious suggest this thread to be closed. Semua orang dengan pendapat mereka. Bukannya dapat apa-apa yang konstruktif pun. Saudara Zul dah bagi dah pendapat dia yang brilliant and it sums everything up about Malay and Chinese.

There's nothing to add now.

nampak gayanya mmg thread nie dah menjadi lebih kepada

"Mengapa orang melayu tidak berjaya?"

untung
06-08-2009, 02:13 PM
salah kita juga bagi sangat XXXXXXXXXXX.
kita takde muka ka..
mereka tak bagi muka kat kita pun....

forexcr4zy
06-08-2009, 09:21 PM
kena lah pandai2 nk hidup...buleh blaja ngn diaorg...cuma kena pandai amik ati diorng...tak pun blaja cara keje diaorng smua...kita pun bleh klau rajin :D

mamatpenang
06-09-2009, 12:33 AM
Nabi Muhammad pernah berkata tuntutlah ilmu sampai ke negara cina

Jadi hebat sungguh bangsa cina

Jadi belajar dan jadi anak murid mereka

Disamping bantu bangsa melayu kita untuk jadi hebat gemilang di Malaysia

Semoga Allah makbulkan amin

mamatpenang
06-10-2009, 04:21 AM
Tahukah anda majoriti yang memiliki Ferarri berharga lebih RM1 juta di Malaysia adalah bangsa Cina

Doakan pada bangsa melayu agar berjaya seperti bangsa Cina

http://www.gothamdreamcars.com/images/Ferrari/ferrari-f430-spider-1.jpg (http://mesinduitfirdaus.blogspot.com/)

galadriel
06-10-2009, 05:19 AM
Assalamualaikum.

Point-point yang saya dapat dari posting anda semua ialah:

1. Kita kena berdikari, berdiri dengan kaki kita sendiri.
2. Kita harus tolong-menolong dan tidak kedekut ilmu.
3. Kita jangan menaruh perasaan dengki dan jangan cuba rosakkan perniagaan / kejayaan orang lain kerana perasaan cemburu itu.
4. Kita harus berani mengambil risiko.
5. Kita jangan mudah berputus asa atau mengalah.
6. Kita bukan hanya patut memulakan perniagaan tetapi sentiasa cuba memperbaiki perniagaan tersebut.
7. Kita harus ada customer service yang bagus, sebelum, ketika dan selepas berniaga.
8. Kita harus ada continuous improvement pada diri kita dan perniagaan kita.
9. Kita harus rajin, tidak malas.
10. Kita harus jujur dan tidak menipu dlm perniagaan.
11. Kita patut jangan gentar pada persaingan yang sihat dan bersaing secara berhemah.
12. Kita jangan seperti tin kosong, menunjuk-nunjuk je lebih tetapi tak ada apa-apa.
13. Kita harus merendah diri (humble).
14. Kita harus menanam sikap rajin dan kuat usaha kepada anak-anak dan cucu-cicit dari kecil lagi.
15. Kita harus mencontohi teladan yang baik, buang yang keruh, ambil yang jernih.

Rasanya kalau orang Melayu amalkan semua tu, insyaAllah kita akan lagi berjaya.

Edit: Tambah satu lagi point: Kita harus BERSYUKUR dan BERTERIMA KASIH kepada Allah bila dah mencapai kejayaan tersebut. InsyaAllah.

nabieel
06-10-2009, 05:22 AM
Tahukah anda majoriti yang memiliki Ferarri berharga lebih RM1 juta di Malaysia adalah bangsa Cina

Doakan pada bangsa melayu agar berjaya seperti bangsa Cina

http://www.gothamdreamcars.com/images/Ferrari/ferrari-f430-spider-1.jpg (http://mesinduitfirdaus.blogspot.com/)

kalo dah beli ferarri jgn lupa pelawa sy duk sebelah :) (http://nabieel.com/blog)

Fatarina
06-10-2009, 06:24 AM
Salam,
just my one cent opinion, apa saja bangsanya, yang penting ialah DIRI KITA SENDIRI! It all starts with us, you are what you are, kalau kita pemalas dan tak nak berusaha, memang sampai bila2 la tak jadi apa2.. So tak payah tengok orang, tengok diri kita sendiri, kejayaan dan kegagalan, kita yang tentukan.. :)

aiereastz
06-10-2009, 06:42 AM

Saya setuju dengan pendapat Fatarina. Allah tak pandang bangsa mana yang bagus melainkan orang2 yang bertaqwa. Allah pun sudah nyatakan dalam Kalam-Nya, yang Dia takkan mengubah nasib sesebuah kaum itu melainkan mereka yang sendiri berusaha.

Cuba kita tinjau2 sekejap, bagaimana negara Jepun boleh membangun dengan sekejapnya selepas pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki. Sudah jelas, yang mereka kuat berusaha.Begitu juga dalam kaum Cina, mereka rajin berusaha dan saling bekerjasama sesama mereka.

Apapun, bangsa kita pun boleh berjaya jugak. Saya percaya, bangsa Melayu jugak boleh bersaing dengan hebat dengan bangsa2 yang lain : )

syuxx
06-11-2009, 02:53 AM
betul tu. yang penting rajin berusaha.
macam nak buat duit dari blog jugak,
bak kata mamatpenang kena rajin berusaha promosi cari trafik.
baru blog jadi mesin duit. tak ke gitu bro?

aiereastz
06-11-2009, 01:00 PM
yea, betol tue syuxx. usaha tangga kejayaan, dan pastikan kita memilih "tangga" yang betul supaya tak kecewa dan menyesal di kemudian hari : )

mamatpenang
06-15-2009, 08:25 AM
jangan berhenti berkawan dengan cina

cungkil bagaimana bangsa cina boleh kaya di Malaysia bahkan di Indonesia dan banyak banyak negara kat dunia bangsa cina adalah antara bangsa yang kaya

yang terbaik nak rapat dengan cina yang kaya dan status tinggi

belajar la mandarin ( saya pun tengah studi mandarin nie)

http://www.tangren.ch/images/Sprachkurse/zhongwen.gif

wanabdhafidz
06-15-2009, 03:34 PM
bagus2..nanti ko ajar aku lak ye..hehe

batagolek
06-15-2009, 03:49 PM
saya tinggal di taman yg 90% cina..bangsa ini anggap duit tu tuhan mereka
tukar keta macam tukar baju..rumah dibeli, tanah dibeli, keta pun dibeli..banyak aset dan banyak hutang tapi pandai manage ..banyak income yg flow in secara passive, net income diorang sebulan beribu2 ringgit ..banyak melabur di pasaran offshore dan anak2 digalakkan berhijrah ke luar negara setelah habis belajar, dan beli tanah banyak2 di sini kerana tanah di sini harga murah tapi cepat naik rega..conquer menerusi ekonomi dan bukan secara politik sembang kedai kopi..

sebab tulah mereka akan rasa hairan bila nampak melayu yang pakai keta besar2, ada pembantu rumah 2-3 orang, beli macam2, lifestyle lebih kurang cina sebab mereka rasa, melayu ni second class citizen di sini

satu perkara yg mereka lupa, bisnes offline sudah tentu mereka conquer tapi bukan bisnes online..sori naik lori ...buktinya, ramai melayu yg join internet biz mampu jana hingga 5 angka sebulan sambil goyang2 kaki

bila cina nampak melayu camni, depa pun mula pandang semacam dan mula kerut2 dahi...what the heck does this malay do to earn this kind of living ??

kesimpulannya : kalau kita rasa berat hati dan berat tulang nak start bisnes offline, online sentiasa ada...sentiasa bersama orang2 melayu lain yang dah berjaya dan dah capai matlamat mereka...kalau cina boleh,melayu lagi boleh !! chaiyukk !!

koyaail
06-15-2009, 04:10 PM
Sajer nak mencelah....
Aku mengajar di sekolah yang majoriti Cina..al kisahnye satu hari ader seorang budak cina tak buat kerja rumah yang aku kasik..memang budak tu pemalas dan kurang ajar sikit...aku naik hangin haritu aku bawak la ke bilik disiplin(nak lempang sendiri tak boleh)...

Kat blik disiplin,...
cikgu disiplin tanye: " kenapa kamu malas? "...
budak cine tu: sebab bapak saya sudah kaya.
cikgu disiplin tanye: tapi itu duit bapak kamu, bukan duit kamu(nada tinggi).
budak cine tu: tak pe la cikgu, nanti duit tu akan jadi duit saya jugak, nanti saya lagi kaya dari cikgu.
cikgu disiplin tanye: Jadi kamu tunggu bapak kamu mati laa?...
budak cine tu: Terdiam.....

ps: anak tauke balak rupenye, pegi skolah naik hilux.....cikgu naik kancil660.

wanabdhafidz
06-18-2009, 10:48 AM

Aduii..nak gelak aku bace..nice story!hehe..patut la..anak tokey balak..nanti susruh cikgu tu naik lorry yang bawak lorrry balak tu..hehe

aswill
06-19-2009, 06:27 PM
saya tinggal di taman yg 90% cina..bangsa ini anggap duit tu tuhan mereka
tukar keta macam tukar baju..rumah dibeli, tanah dibeli, keta pun dibeli..banyak aset dan banyak hutang tapi pandai manage ..banyak income yg flow in secara passive, net income diorang sebulan beribu2 ringgit ..banyak melabur di pasaran offshore dan anak2 digalakkan berhijrah ke luar negara setelah habis belajar, dan beli tanah banyak2 di sini kerana tanah di sini harga murah tapi cepat naik rega..conquer menerusi ekonomi dan bukan secara politik sembang kedai kopi..

sebab tulah mereka akan rasa hairan bila nampak melayu yang pakai keta besar2, ada pembantu rumah 2-3 orang, beli macam2, lifestyle lebih kurang cina sebab mereka rasa, melayu ni second class citizen di sini

satu perkara yg mereka lupa, bisnes offline sudah tentu mereka conquer tapi bukan bisnes online..sori naik lori ...buktinya, ramai melayu yg join internet biz mampu jana hingga 5 angka sebulan sambil goyang2 kaki

bila cina nampak melayu camni, depa pun mula pandang semacam dan mula kerut2 dahi...what the heck does this malay do to earn this kind of living ??

kesimpulannya : kalau kita rasa berat hati dan berat tulang nak start bisnes offline, online sentiasa ada...sentiasa bersama orang2 melayu lain yang dah berjaya dan dah capai matlamat mereka...kalau cina boleh,melayu lagi boleh !! chaiyukk !!

aku sokong tapi kena dengan gayanya.Ilmu mesti penuh di dada.

Thinkerich
06-22-2009, 10:51 AM
Sebenarnya sesiapa pun boleh jadi kaya tak kira bangsa mahu pun agama kerana Allah s.w.t itu mempunyai sifat Ar-Rahman & Ar-Rahim...semua makhluk adalah ciptaan dan hambanya!

Bangsa Cina berjaya (bukan semua ada juga yang miskin) terutama dalam bidang perniagaan kerana mereka mempunyai mentaliti, sikap dan kerjasama yang tinggi sesama mereka...

Bahkan bagi mereka perniagaan itu suatu kerja yang amat mulia biarpun hanya menjual sayur atau taugeh ....Mmmmmmmm..ramai daripada kalangan mereka yang kaya dengan cara ni...walau digelar taukey sayur tetapi mereka nampak apa yang bangsa lain tak nampak terutamanya ke atas peluang-peluang perniagaan walaupun ianya berskala kecil...dan dilakukan di belakang rumah mereka..

mamatpenang
06-22-2009, 10:56 AM
Kita sebagai melayu nak rapat ngan bangsa cina rajin rajin la belajar mandarin insyaallah senang nak korek rahsia kejayaan bangsa ini

mamatpenang
06-23-2009, 12:58 PM
Wajib belajar duit dengan Cina

Kehebatan buat duit Bangsa Cina tidak dinafikan lagi orang terkaya di Malaysia pun Cina

Amirul Hafiz
06-23-2009, 01:58 PM
rasanya melayu semakin maju sekarang..
kewl!

POTREY
06-23-2009, 04:13 PM
tulah sape suruh namakan bangsa kita ni meLAYU,
kena tukar meMAJU pulak kot,baru smkin maju mcm bro mirlme bilang..
kih3..

gurau2..

p/s:to abg jamal respon la bro,ni dh msuk crita mkn gaji lak ni..takkan nk biar..

MrEmas
06-24-2009, 01:52 AM
kaya atau tak kaya tak penting
yang penting macam mana kita gunakan kekayaan yang kita ada
supaya kat akhirat nanti dapat pulangannya

Torie.G
06-24-2009, 02:42 AM
Secara amnya, kalau sebut orang melayu agamanya pasti Islam. Masalahnya Islam hanya pada nama. Kita x berpegang teguh pada ajaran ke arah kejayaan tu...

Semayang pun hari jumaat je... Cuba hayati azan..

Allah Maha Besar,
Aku bersaksi tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah,
Aku bersaksi Nabi Muhammad itu pesuruh Allah,
Marilah sembahyang,
Marilah menuju kejayaan,
Allah Maha Besar,
Tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah

kita tahu 9/10 punca rezeki datangnya dari perniagaan. Kita tahu Nabi Muhammad yang bersabda macam tu. Kita tak nafikan, tapi kita ikut tak?

Siapa yang ikut? Lu pikir la sendiri...

Tengok berapa beruntungnya orang yang ikut Sunnah Nabi tu. Sayang, kita yang di ajar tentang perniagaan tetapi tidak yakin kepada ajaran tersebut..

Kemudian kita asyik mengeluh... Mengapa, kenapa, mengapa dan kenapa...

Take Action! baru betul.. Orang melayu perlu berjihad dari segi ekonomi dan mentaliti. jangan takut berniaga. Jangan takut rugi. Yakin dengan usaha dan yakin dengan sabda Nabi. Kembali pada ajaran Islam... Jangan pandai merungut dan mengeluh je... Useless!

ALLAHUAKHBAR!!!

Torie.G
06-24-2009, 02:48 AM
tulah sape suruh namakan bangsa kita ni meLAYU,
kena tukar meMAJU pulak kot,baru smkin maju mcm bro mirlme bilang..
kih3..

gurau2..

p/s:to abg jamal respon la bro,ni dh msuk crita mkn gaji lak ni..takkan nk biar..

Gurau2 gak cik kak...
U tak rasa terhina ke cakap macam tu? Menghina bangsa sendiri... Kalau tukar jadi memaju pun kalau ATTITUDE x berubah. x guna jugak...

Hayati Islam, Sebab itulah agama ke arah kejayaan..

Azan berkumandang hari2, tapi tak hayati..

Allah Maha Besar,
Aku bersaksi tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah,
Aku bersaksi Nabi Muhammad itu pesuruh Allah,
Marilah sembahyang,
Marilah menuju kejayaan,
Allah Maha Besar,
Tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah

Back To Islam! ALLAHUAKHBAR!

Maafkan saya jika menyinggung mana2 pihak..

aswill
06-24-2009, 06:07 AM
Secara amnya, kalau sebut orang melayu agamanya pasti Islam. Masalahnya Islam hanya pada nama. Kita x berpegang teguh pada ajaran ke arah kejayaan tu...

Semayang pun hari jumaat je... Cuba hayati azan..

Allah Maha Besar,
Aku bersaksi tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah,
Aku bersaksi Nabi Muhammad itu pesuruh Allah,
Marilah sembahyang,
Marilah menuju kejayaan,
Allah Maha Besar,
Tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah

kita tahu 9/10 punca rezeki datangnya dari perniagaan. Kita tahu Nabi Muhammad yang bersabda macam tu. Kita tak nafikan, tapi kita ikut tak?

Siapa yang ikut? Lu pikir la sendiri...

Tengok berapa beruntungnya orang yang ikut Sunnah Nabi tu. Sayang, kita yang di ajar tentang perniagaan tetapi tidak yakin kepada ajaran tersebut..

Kemudian kita asyik mengeluh... Mengapa, kenapa, mengapa dan kenapa...

Take Action! baru betul.. Orang melayu perlu berjihad dari segi ekonomi dan mentaliti. jangan takut berniaga. Jangan takut rugi. Yakin dengan usaha dan yakin dengan sabda Nabi. Kembali pada ajaran Islam... Jangan pandai merungut dan mengeluh je... Useless!

Allah Huakbar!!!

ya betul..ini saya katakan good komen.

wanabdhafidz
06-24-2009, 08:17 AM
Yup, all things in this world is belong to Allah..Dialah yang memberi rezeki kepada kita..bukan manusia..

POTREY
06-24-2009, 01:27 PM
Gurau2 gak cik kak...
U tak rasa terhina ke cakap macam tu? Menghina bangsa sendiri... Kalau tukar jadi memaju pun kalau ATTITUDE x berubah. x guna jugak...

Hayati Islam, Sebab itulah agama ke arah kejayaan..

Azan berkumandang hari2, tapi tak hayati..

Allah Maha Besar,
Aku bersaksi tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah,
Aku bersaksi Nabi Muhammad itu pesuruh Allah,
Marilah sembahyang,
Marilah menuju kejayaan,
Allah Maha Besar,
Tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah

Back To Islam! Allahhuakbar!

Maafkan saya jika menyinggung mana2 pihak..

Sy rasa tersinggung dgn statement bro.
rasanya bro perlu perhati tajuk dulu baru quote post org.
thread ni tak menyentuh soal agama.

kalau nk cakap pasal agama,
bro tgk arahan paling simple je dulu,
tak payah tgk sunnah,
ANDA SEMBAHYANG SERAPAT MANA SAF ANDA?
jgnkan Rasul, Allah sndiri paling muka kalau saf tak rapat.

and lagi satu nama pun forum tentang perniagaan mestilah kami kat sini ni berniat nk berniaga. takpayah nk ingatkan..Jadi better sedare quote post sendiri paste kat forum lain.

p/s:untuk pangetahuan sedara sy jgk kerja sebagai pelaung azan di kawasan perumahan sy.
sy maafkan sedare.

pps: ini ejaan yg betul ALLAHUAKHBAR.

<<fullstop>>
jgn sebab tndakan sedara thread ni ditutup.

mamatpenang
06-24-2009, 01:37 PM
Cuba perhatikan sesekeliling kamu dari perlis ke johor dan dari sarawak ke sabah

Siapa yang paling banyak tinggal di banglo sapa yang paling banyak pakai keta mewah dan sapa yang paling banyak makan dan melancong ke seluruh dunia

Nama bangsa itu Cina

Cina dah memang sinonim dalam bidang buat duit

Taktik paling berjaya yang dipraktikan oleh Bangsa Melayu untuk dapatkan rahsia kekayaan cina

1) Belajar mandarin dan mahirkan dalam percakapan dan penulisan dan kena aproach sedikit demi sedikt

2) Kahwin terus dengan Cina.Banyak melayu yang kahwin dengan Cina jadi kaya raya bila bapa dan mak mentua cina tunjuk jalan buat duit

3) Jangan sesekali lupa berdoa pada Allah 24jam sehari agar jalan rezeki bterbuka pada kita

POTREY
06-24-2009, 01:49 PM

Ni potrey setuju mkcik potrey sendiri
berkahwin dgn org cina dan Alhamdulillah kini
berjaya mgusahakan ladang koko dan beberapa perniagaan lain di Tawau sabah.
dan potrey sndiri mndapat pendidikan awal di sekolah cina.
Smemangnya suasana berlainan dgn sekolah harian kebangsaan.bergaul dgn cina tak rasa miskin biapun duduk sebelah anak org kaya.pham tak kiasannya?tak fhm abaikan..:D

chibobski84
06-24-2009, 01:55 PM
kalo lama lagik, potrey jadik orang cina terus =p

norfazli80
06-24-2009, 02:14 PM
pengalaman aku sebagai usahawan sepenuh masa ialah:

1.Bangsa bukan faktor yang menyebabkan gagal atau berjaya dalam perniagaan

2.Bangsa bukan faktor yang menyebabkan seseorang itu kaya atau tidak

semuanya terletak kepada diri sendiri

kickingadwords
06-24-2009, 06:36 PM
my opinion:

rajin dan malas menentukan taraf kehidupan seseorang itu.

aswill
06-26-2009, 04:32 PM
apa yg bezakan kita dgn bangsa cina dan sekutunya.
salah satu sebabnya bangsa cina klu berniaga tak kenal apa itu halal/haram.semua lantaklah,janji duit masuk.
Kita ni beragama Islam,haram/halal mesti dijaga takut duit yg masuk tu dari sumber yg haram,dunia akhirat tak berkat.
Cuba fikirkan.

Ufuk Timur
06-27-2009, 03:41 AM
pe yg pnting kesatuan n xde P.H.D

mamatpenang
06-27-2009, 03:44 AM
secara logiknya di Malaysia sesiapa pun boleh kaya ikut individu nak rebut peluang atau tidak

Cuma faktor utama Cina kaya raya sebab sebab tak pernah jemu untuk rebut peluang manakala Melayu majoriti hanya duduk di takuk lama dan tak nak ke peluang baru

Torie.G
06-27-2009, 04:24 AM
Sy rasa tersinggung dgn statement bro.
rasanya bro perlu perhati tajuk dulu baru quote post org.
thread ni tak menyentuh soal agama.

Terima Kasih En. POTREY, Saya hormati En. POTREY sbg senior member. Saya baru kat sini, salah silap harap maafkan.
Terima Kasih kerana memperbetulkan ejaan Allahuakbar yang saya tulis.

Tapi saya pasti, Islam ada ajar kita ILMU PERNIAGAAAN dan apa yang saya katakan adalah betul. Saya cuma mengingatkan supaya kita kembali kepada ISLAM.

Jika, En. POTREY tersinggung dengan sentimen agama yang yang saya postkan. Bagaimana pula saya yang tersinggung dengan Orang Melayu Yang Menghina Bangsanya Sendiri??

Maafkan saya, tidak salah untuk kita saling mengingati bukan?

P/S: Maaf sbb panggil Cik Kak, Saya ingat pompuan..Hehe

ZaRul
06-27-2009, 05:35 AM
saya rasa jadikan lah ini satu iktibar buat kita melayu untuk terus bersaing..kena ada sikap cemburu kat dorang ... cemburu yg mendorong kita utk lebih maju dalam apa jua bidang yg kita ceburi....dorang manusia kita pun manusia takder bezanya;kalau dorang boleh buat kenapa kita tidak

shukor76
06-27-2009, 07:13 AM
maafkan sy..tp saya rasa topik thread ni kurang membantu...sy faham niat tu suci...tp diskusi ini x berfaedah...

semua bangsa adalah sama...x kira melayu atau cina..sama2 cari makan...bangsa cina pun byk merempat dan mengemis di negara China...bangsa melayu pun byk merempat dan mengemis di Malaysia...bangsa cina yg kaya diluar negara China ramai...bangsa melayu yg berjaya diluar negara pun ramai...tp tidak dihighlightkan..

drpd bertanyakan soalan 'kenapa Bangsa Cina kaya di Malaysia?', lebih baik klu kita discuss ttg 'Bagaimana kita nak kaya dgn cara yg halal?'...dan ada 1001 macam cara utk kaya...

Kaya atau tidak bangsa melayu, bermula dgn setiap individu melayu berusaha memajukn dirinya sendiri dan seterusnya membuka jalan kpd org lain...

...sekadar pendapat :)

mamatpenang
06-27-2009, 08:40 AM
Apapun kita kena tahu bangsa melayu adalah tunjang bangsa Malaysia namun kita harus bangkit dari segi ekonomi memandangkan KDNK negara menunjukkan majoriti orang melayu paling kurang dapat RM1200 sebulan manakala Cina hampir RM6000 sebulan anda boleh pergi sendiri ke perangkaan negara

Orang melayu yang kaya di Malaysia terlalu jauh boleh dinisbahkan seorang melayu jutawan bersamaan 26 jutawan Cina

Anas Asarani
06-28-2009, 07:46 AM
mentaliti org melayu.....pkl 7 pg dh lepak kedai kopi, pkl 4.30 ptg dh lepak balik kt kedai kopi. sembang2 buang masa. cmne nak maju?

aswill
06-28-2009, 07:56 AM
aku tengok ramai gak org cina ni lepak kedai kopi,bukan Melayu je.Tak pernah duduk kedai kopi kot.Jgn cakap kampung la,kat bandar tengok je kedai kopi melambak org cina minum duduk sembang2,kita je tak tau apa yg mereka cakapkan( tak paham bahasa)

mamatpenang
06-28-2009, 02:29 PM
Bangsa Melayu wajib kaya di Malaysia wajib berusaha jangan pernah berhenti berusaha

adilah manaf celikvitamin
01-14-2014, 08:14 PM
Perkongsian yang menarik.

Petua Awet Muda Dan Cantik Macam Ayu Raudhah (http://www.celikvitamin.com/blog/petua-awet-muda-dan-cantik-macam-ayu-raudhah)/

AzriO
01-22-2014, 06:28 AM
mentaliti melayu. nak cepat kaya & nak bisnes yg senang je

Thalib
01-22-2014, 09:45 PM
Berani bertindak dan tak takut gagal, itu yg saya nampak pada org cina nie. Selain support antara satu sama lain.

rafidah79
01-23-2014, 05:31 AM
Apa yang saya boleh kongsi di sini segala kuncinya 'Ilmu'. Yang saya nampak orang melayu pun ingin berjaya dan kaya tetapi mereka tiada ilmu untuk berjaya. Buat apa sahaja ada je yang gagal. Tapi bukan semua la.

contohnya kalau nak berjaya dengan biz online, carilah guru atau otai internet, kalau nak berjaya jadi cikgu, carilah cikgu yang betul-betul berjaya. InsyaAllah, org melayu pun boleh berjaya dengan gemilang dan terbilang. :)

aida8080
05-18-2014, 08:49 AM
yelah kan kan... PHD di kalangan kita melebihi usaha baik..huhu

azeri
05-25-2014, 04:39 PM
Yang baik kita ikut.

Yang tak baik tolak tepi.

Kan senang !

zvlzvkrie
05-26-2014, 02:13 AM
Ya betul... kunci kejayaan ialah ilmu

OCIMS
06-02-2014, 07:41 AM
perkongsian yg menarik, sama2 kita berusaha utk berjaya

Taufan
06-03-2014, 01:04 AM
tak..sebenarnya cina di malaysia hanya mewarisi kekayaan daripada datok nenek mereka. Ini juga dipengaruhi oleh sistempecah dan perintah oleh zaman british dulu..ini lah punca segala galanya dan kita perlu ubah sedikit demi sedikit supaya bangsa melayu meningkat dalam perniagaan. Lihat di negara cina, rakyat mereka merempat tinggal di bukit, tinggal dalam tandas. Mewarisi berbeza dengan memulakan.

erysam
06-13-2014, 03:46 AM
Orang cina rajin sebab tu diorg berjaya

aida8080
06-17-2014, 06:20 AM
tapi mereka juga boleh berniaga/buat pelaburan apa juga jenis halal mahupun haram..janji wang pd mereka..

Faizara Groups
06-24-2014, 01:58 PM
>jgn tamak dlm perniagaan
>rajin berusaha
>bersaing dgn peniaga lain dgn aman dan sihat
>jgn cepat berputus asa
>banyakkn berdoa
>banyakkn bersedekah
>solat jgn tggal
Tu yg penting...

Mr.Best
06-27-2014, 06:25 AM
tak boleh bandingkan..sebab percentage of malay is highest ethnic in malaysia..ada juga case dalam kaum melayu :)