PDA

View Full Version : Sijil SPM Hilang, Apa perlu buat?

mat
03-23-2009, 03:10 AM
Saya nak tanya kawan2 disini yang pernah kehilangan atau kecurian sijil spm asal,
apa yang perlu dilakukan untuk dapat semula sijil tu?

adakah kita perlu pergi ke sekolah lama atau rujuk kepada pejabat pendidikan?

Harap ada yang dapat membantu.

mumtahanah
03-23-2009, 03:15 AM
dulu sijil muet saya hilang just apply throgh website kementerian pendidikan..ada dorg sediakan borg bg sijil2 hilang..download then fill the form utk dorg sediakan balik sijil sekian2..then dorg akan post balik..tp itu kisah 3-4 tahun yg lalu..boleh godek2 website kementerian tue balik..:)

zyan
03-23-2009, 03:22 AM
nampak gayanya kene amik spm semula :p

sori2 gurau jer :D

mcm ni.. bro jumpa jer cikgu atau pihak sekolah mintak setel masalah ni.. nanti diorang akan hubungi kementerian tapi mungkin kene amik masa sikit la nak process.. :)

khairilz
03-23-2009, 03:35 AM
ambil je sijil spm orang lain pastu scan dan edit pakai photoshop, hoho
buat banyak sikit A1

olskool
03-23-2009, 03:54 AM
ambil je sijil spm orang lain pastu scan dan edit pakai photoshop, hoho
buat banyak sikit A1
hebat skill ko
ko xbuat untuk diri sendiri ke
bleh la aply JPA....hik3:D

yoji
03-23-2009, 04:01 AM
ambil je sijil spm orang lain pastu scan dan edit pakai photoshop, hoho
buat banyak sikit A1

style gak cara khairilz nie.. apelagi bt la.. :D

xdela gurau je... btul ape yg diorg ckp tu... try jumpa cikgu2

JaMaL
03-23-2009, 04:23 AM
bukan jmpa cikgu..pegi kementerian pelajaran..aku pernah ada mslh camtu

ironhide
03-23-2009, 04:25 AM
senang je g kat PPD( pejabat pendidikan daerah) pas2 minta borang kat kerani tu cakap sijil spm hilang.. isi borang tu g minta cop kat mahkamah.. pas2 anta blk beserta duit bape ringgit ntah aku pn lupa.. dlm ms 2 bulan dpt la ko blk sijil spm ko tu...

Amirul Hafiz
03-23-2009, 04:32 AM
alamak aii..
camner lak kalu macam aku?
sijil spm
sijil pmr
sijil upsr
tak pernah amik pon salinan asal?

spritzer
03-23-2009, 04:35 AM
pegi PPD. diaorang kasik borang. isi.
pegi jumpa pesuruhjaya sumpah. sign dan cop. ada kos kat sini. hantar borang tersebut ke ... (lupa plak ke mana) kementerian rasanya.
dalam masa beberapa minggu diaorang akan hantar sijil tu ke rumah. tapi sijil tak sama mcm sijil asal lah.

* seperti mana yg pernah diceritakan. :)

zyan
03-23-2009, 04:48 AM
ambil je sijil spm orang lain pastu scan dan edit pakai photoshop, hoho
buat banyak sikit A1

nanti aku suruh anak2 buah aku buat jugak mcm ni :D haha!

Amirul Hafiz
03-23-2009, 08:30 AM
boleh la aku wat sijil baru nie
memandangkan sijil aku tak pernah amik pon..
aku rasa dah di hilangkan oleh sekolah kot!

mat
03-23-2009, 10:53 AM
ok, terima kasih semua yang sudi memberikan pendapat :)

Muaz Hadi
03-26-2009, 12:26 PM
wah.. aku mmg tau sijil spm aku ilang, tapi tak amik apa2 tindakan lagik. bagus juga isu ni dibagkitkan di sini. tQ2

mohdkamarul
03-26-2009, 12:48 PM
tringat dulu amik sijil spm yg betul lepas dah 5 tahun amik spm.itu pun suh adik amik.ade lg diorg simpan kat sekolah.

amin_baithost
03-27-2009, 11:28 AM
hahahaha..
bgoz..
abang aq pon pernah ilang sijil spm dye..
n dye baru je mintak balik kat jabatan pelajaran 2 minggu lepas..
kene pergi kesana dan kene bwat beberapa bayaran sebagai denda..
tu saja

amin_baithost
03-27-2009, 11:29 AM
hahahaha..
bgoz..
abang aq pon pernah ilang sijil spm dye..
n dye baru je mintak balik kat jabatan pelajaran 2 minggu lepas..
kene pergi kesana dan kene bwat beberapa bayaran sebagai denda..
tu saja

interfada
03-27-2009, 11:59 AM
kalo mau ganti sijil UPSR,SPM or PMR yang ori atas alasan hilang sekarang diaorg ada cara baru :
1. pegi PPD atau JPN negeri masing2...pegi ke Bahagian Peperiksaan
2. Dapatkan borang mohon sijil baru..(free jer) atau dwld kat sinihttp://www.moe.gov.my/lpm/files/BorangPermohonanSalinanKeputusan.pdf
3. Buat laporan polis ttg kehilangan atau pegi buat surat sumpah kat mana2 pejabat majestrit negeri
4. Isi borang dan sertakan dengan bayaran denda RM10 dlm bentuk wang pos
5. Hantar borang tersebut ke alamat Lembaga Peperiksaan KPM Putra Jaya
6. Dalam masa 2-3 minggu dapat la sijil baru yang rasmi tu

Maklumat lanjut boleh di dapati di www.emoe.gov.my atau www.moe.gov.my/lpm atau klik sinihttp://www.moe.gov.my/lpm/index.php?option=com_content&task=view&id=95&Itemid=200

Muaz Hadi
03-27-2009, 02:49 PM

bagus. rep added!

Joe Flizo
03-26-2010, 01:08 AM
Untuk pengetahuan, kalau sijil SPM hilang...pihak Lembaga Peperiksaan tidak akan mengeluarkan sijil original dah...setiap warganegara malaysia hanya berpeluang memperolehi sekali sahaja sijil original tu...apa yang akan diberikan adalah salinan sijil...tapi salinan sijil tu masih valid untuk digunakan dimana2..

Berikut adalah maklumat berkaitan memohon salinan keputusan peperiksaan..

PANDUAN MENDAPATKAN SALINAN KEPUTUSAN (boleh buat e-books nih...apa lagi...sapa2 yg sangap nak buat ebook tuh amik la pluang nih...:-P)

* Sijil atau pernyataan asal hanya dicetak sekali sahaja bagi semua jenis peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Salinan keputusan peperiksaan dikeluarkan bagi menggantikan sijil atau pernyataan yang hilang atau rosak.

* Surat sumpah atau laporan polis yang asal perlu dikemukakan sekiranya permohonan dibuat melalui pos atau mewakilkan kepada orang lain untuk membuat permohonan. Walaubagaimana pun surat sumpah atau laporan polis tidak diperlukan sekiranya pemohon datang sendiri. Pemohon hanya perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti.

* Surat sumpah atau laporan polis hendaklah mengandungi maklumat berikut:

1. Nama penuh yang digunakan semasa mengambil peperiksaan
2. Nombor kad pengenalan lama dan baru
3. Tarikh lahir
4. Nombor pusat mengambil peperiksaan dan angka gilliran
5. Nama peperiksaan
6. Nama sekolah dan tahun mengambil peperiksaan.

* Sertakan bersama salinan pernyataan atau sijil (sekiranya ada) untuk rujukan.

* Bayaran proses RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) dikenakan bagi setiap helaian salinan keputusan yang dipohon. Bayaran boleh dibuat menggunakan Wang Pos (Postal Order) atau Kiriman Wang Pos (Money Order) atas nama ‘PENGARAH PEPERIKSAAN'. Cek persendirian tidak diterima.

* Lembaga Peperiksaan tidak akan mengeluarkan salinan keputusan jika didapati mana-mana peraturan di atas tidak dipatuhi atau butir-butir yang dikemukakan tidak benar. Wang proses permohonan tidak akan dikembalikan.

untuk muat turun borang boleh la layari laman web LPM di

www [dot] moe [dot] gov [dot] my/lpm

pegi pada link muat turun then pilih menu sijil dan muat turun link PERMOHONAN MENDAPATKAN SALINAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN.

Untuk pergi sendiri ke Lembaga Peperiksaan, dia bertempat di Blok E11, Parcel E, Komplek Pentadbiran Kerajaan, Putrajaya

Colgate
03-26-2010, 01:57 PM
ala.. mcm dh x diperlukan je lagi.. Employer lgi nk tngk dip2 n deg je.. huhu