PDA

View Full Version : Kad Bisnes



Badruzamani Bin Azmi
08-23-2006, 01:22 PM
Salam bahagia,

Rasanya dah hampir berpinau mata saya nak cari sama ada dah ada orang buka topik fasal kad bisnes. Jadi pada sesiapa yang terjumpa thread mana dah bincang pasal topik ni sila maklumkan kepada saya.

Kalau di alam maya, kita menggunakan sigfile sebagai pengenalan bisnes kita. Namun begitu, kad bisnes juga tidak kurang penting sebagai satu cara untuk menarik pelanggan/client.

Dengan kepesatan teknologi IT, terdapat pelbagai software membuat kad nama/kad bisnes. Dari segi keperluan, ia mampu untuk menjimatkan kos bagi mereka-mereka yang baru berjinak dengan bisnes online.

Jadi, mungkin ada yang bertanya :

Bagaimana standard untuk membuat kad nama bisnes secara persendirian/buat sendiri?
Kertas macam mana yang sesuai untuk membuat kad nama ini?
Berapa kadar semasa jika mengupah syarikat perkhidmatan membuat kad nama/kad bisnes?


Jadi, jika sesiapa yang berpengalaman, tolong la jawab pertanyaan orang baru ini. Segala jawapan, saya dahulukan denga ucapan TERIMA KASIH. :)

mysticmind
08-23-2006, 01:52 PM
saiz standard = 2 X 3 inci.

design sendiri then antar kedai2 yang cetak..
selalu 100 or 200 pcs (lupe dah) dalam 30inggit
tgk tempat juga.

kalau diorang design selalupun hodoh template default sotware jer..

fai
08-23-2006, 02:10 PM
design sndiri puas hati..

:D

Badruzamani Bin Azmi
08-23-2006, 02:22 PM
Ya, betul. Memang puas hati kalau design sendiri. Tetapi, masalah saya kalau nak buat dalam kuantiti banyak. Hantar fotostat kat kedai, dia bagi kertas A4 lembut. Kalau hantar kat kedai yang buat kad ni, nak bagi dalam bentuk apa? Dalam bentuk kertas A4 yang sudah siap design ka atau dalam bentuk digital? Sebab takut nanti, bila saya save dalam pen drive, mereka tidak dapat open pula fail tu sebab tak ada software yang saya guna :? Ada yang kata save dalam bentuk grafik (jpg) tapi macam mana nak tentukan saiz dan pixel yang sesuai. :?

mysticmind
08-23-2006, 02:26 PM
dlm bentuk kad 2X3 inchi.. ada siap kotak lg.
aku dulu buat skit2 print kt kertas tebal or glossy paper tuh jer.. then potong potong.. potong2 tu leceh..

last2 aku pi kedai jer senang...

slalu save .psd jer
kalau rasa2 ada mslh camtuh . save jpg.
300 pxl / inch.. or paling kurang 150/inch .. set document saiz tuh penting.

Badruzamani Bin Azmi
08-23-2006, 02:40 PM
:D :D :D Ya, memang nak potong-potong sangat melecehkan. Walaupun dah beli, papan pemotong kertas tu tapi masih lagi tak mampu nak potong dengan betul. Kena ada skil sikit. Leceh la nak belajar. Ingat nak buat gaya 'square-circle', tapi tak menjadi. Ia kena pakai kertas khas (macam bonjol-bonjol sikit tu, saya tak tau nama ia tapi pernah tengok). Jadi senang sikit bila nak potong guna papan pemotong tu. Saya ada beli kertas A4 80gm. Bila pakai kertas ni masa print memang sebab ia 'keras' sikit. Tapi, sakit hati bila suruh adik pi fotostat hari tu, pekerja cina kat kedai tu buat 'hala-balai' sahaja. Memang tak puas hati dengan kualitinya. ******* kertas saya tu.

p/s - Sekarang ni tengah tengok pelbagai contoh design kad bisnes yang saya dapat. Macam-macam gaya. Kadang-kadang orang ambil simpan/buang sahaja. Jadi, berbaloi kah kita buat kad nama mahal-mahal? Design tak elok pun, orang tak minat nak tengok. :?

linn
08-25-2006, 02:35 PM
berapa range harga untuk satu set kad nama kalau kita tempah?

hasrul
08-25-2006, 04:56 PM
Harga bergantung.. kalau ada promotion kat tempat saya haritu RM20.00 (order 100 dapat free 100 lagi = 200)

Biasanya dalam range RM25-40.

Kalau nak print sendiri... gunakan kertas tebal (saya biasanya pakai "ivory paper". Boleh dapat kat stationary. untuk 100 helai dalam RM30. satu helai kertas boleh cetak 10 keping namecard.

Cara memotong : gunakan pembaris besi(pembaris plastik tak boleh). Pastikan pisau sentiasa tajam. tekan kuat² tangan jangan goyang. biasanya bila potong, dalam 5 helai pisau tu akan tumpul. Jadi kena patahkan mata dia.

Software : biasanya dia orang pakai illustrator atau coreldraw. tapi kena tanya dulu ler kedai printing tu. Saya print sendiri pakai laser jet printer. walaupun black and white, cuba design seolah² nampak macam warna.

Design : Ringkas tak berbelit² dan kemas. Warna, sedap mata memandang.

linn
08-30-2006, 07:50 AM
Berpatutan juga harga kalau range seperti yang Hasrul cakap tu..saya buat kat one utama , dalam rm70. Lepas ni kena suruh member design

iskandar
08-30-2006, 04:06 PM
Huh?

Ngape nak buat sendiri. Drpd buang masa 4-5 jam baik pergi ke the Mall/Yoahan kat depan PWTC. Naik ke tingkat atas .. berlambak tukang buat kad. Diorang kasi design, kita kasi arah saja hehe ..

Tak ingat dah berapa charge .. tapi dlm lingkungan RM20 -40 utk 1 set kalau tak silap. Mmg macam ckp Hasrul tu .. lingkungan tu je harganya.

Badruzamani Bin Azmi
08-31-2006, 03:32 AM
Kat KL lain lah. Macam-macam ada. Kalau belah luar bandar ni kena lah bergantung pada usaha sendiri. Lagipun, bila buat sendiri ni kita boleh belajar design. Mula-mula memang payah sikit tetapi bila dah kenal tool, faham effect dia dan belajar dari majalah / buku, nanti pandai lah. Tak boleh nak harap orang sangat. Bagi seorang yang tiada pendapatan, RM20 sangat berharga bagi mereka. Terpaksa fikir berkali-kali untuk membuat perbelanjaan yang tidak pasti mampu memberi pulangan balik.

iskandar
08-31-2006, 04:56 AM
Alamak bro'

Minta maaf sangat2. Tak perasan yg you kat Bukit Mertajam.
Saya faham .. masa saya duduk kat Perak dulu pun mmg susah nak buat benda2 macam tu.

Maaf silap saya. Ingatkan org KL.

b1naryc0de
08-31-2006, 02:00 PM
Kalau nak saya buat:

1 set (100 keping)
design sendiri = RM37
saya designkan = +RM8 = RM45

kalau design sendiri standard size 9cm x 5.5 cm.. boleh hantar dalam bentuk fail photoshop/illustrator (saya pakai photoshop dan illustrator CS2)/*.png.. jpg pon boleh tapi pastikan clear..

nih contoh name card saya..

depan (http://i6.photobucket.com/albums/y201/b1naryc0de/PIC_0024.jpg)

belakang (http://i6.photobucket.com/albums/y201/b1naryc0de/PIC_0025.jpg)

Badruzamani Bin Azmi
08-31-2006, 02:24 PM
Ya, program tu mungkin hanya sesuai kepada mereka yang sudah mahir menggunakan perisian grafik sebegitu dan kepada mereka yang ingin buat design sendiri :). Sebenarnya sekarang dah ada program di pasaran yang boleh buat kad nama tanpa memerlukan pengetahuan merekacipta grafik yang tinggi. Dengan program seperti ini ramai dah boleh merekacipta kad nama sendiri.

Kad nama ialah salah satu cara nak promosi perniagaan dan perkhidmatan kita. Tetapi, kita tidak boleh nak harapkan pada satu cara ini sahaja untuk melariskan perniagaan kita. Ada kalanya, ada di kalangan masyarakat yang hanya terima kad nama individu lain lalu di simpan sahaja. Kadang-kadang ia di buang sahaja waktu mengemas. Tidak kiralah sama ada kad itu di buat dengan kos yang tinggi atau tidak, ada individu yang tidak ambil kisah kalau 'kehadiran' kad itu hanya 'menyemak mata', ia akan dibuang sahaja ke tong sampah.

Jadi, bagaimanakah kita nak jadikan kad itu simpan (tidak semestinya menarik) oleh penerimanya? Ini satu persoalan yang kita semua perlu cari jawapan. Ada sesiapa yang tahu jalan penyelesaian. Silalah kongsi...

b1naryc0de
08-31-2006, 02:45 PM
Sebenarnya name card nie bukan untuk dibagi kepada semua orang macam pamplet.. Hanya kepada mereka yang kita baru kenal dan berminat dengan servis kita..

Macam saya kalau jumpa dengan orang tertentu dan berbual tentang apa bisnes atau nak buat apa2 urusan dengan orang tu baru saya bagi name card.. Sebab apa?? Sebab kalo kita bagi pada semua orang, bukan semua yang perlukan servis kita jadi for sure dia akan buang name card tue.. But bagi orang yang deal dengan kita dia akan simpan untuk rujukan dia di masa akan datang.. Saya pon simpan banyak name card orang lain kalau2 saya perlukan khidmat diorang lagi..

Lagi satu ianya untuk jaga kita punya reputasi.. Bayangkan kita jumpa dengan orang besar2.. Then kita nak bagi contact kita.. Err kalo takde name card nak bagi camner?? Simpan dalam hs dia?? Tulis atas kertas?? Apa persepsi orang tu pada kita??

Untuk promosi lebih sesuai gunakan pamplet ataupon gunakan name card berkos rendah (hitam putih dan print/photostat atas kertas biasa).. Lebih cost efective.. Tapi janganlah cincai sangat.. Biar simple janji padat dengan informasi..

joerzoe
09-04-2006, 10:11 AM
rasenye kat internet pun banyak template untuk design business card ni.Cari je yang free then edit ikut selera kita.Tak payah nak susah2.

galadriel
09-04-2006, 11:30 PM
huhu...

bagus gak buat bisnes kad... time saya gi cuti hari tu ada 2-3 orang berminat nak tahu tentang membina website...aku ni lak takde bisnes kad, so main tulis atas kertas je...lain kali memang kena buat bisnes kadlah.... baru nampak professional sikit...

mohdsufian
09-05-2006, 01:22 AM
Betul tu kak galadriel. Kalau ada bisness card lagi nampak menarik dan profesional. Lepas tu Bisness card tu design bagi cantik dan menarik.

Badrul,

Apa nama software tu? Tak pernah dengarlah pulak. Biasa guna Photoshop jer. Kalau nak template bisness card nie pun memang banyak.

Ada dalam photohshop, ada pulak dalam illustrator.

code7
09-05-2006, 04:03 AM
a'a.. aku pun buat kat the mall jer.. leh dapat rm28 dgn 100 keping bizcard.. kalo buat byk maybe dpt murah.. aku dgr ada satu kedai melayu tu kalo kita design sendiri leh dapat murah rm20.. guna illustrator... kalo guna photoshop kene dpi 300 ke atas...

Badruzamani Bin Azmi
09-08-2006, 01:00 AM
Maaf Sufian, sebab tunggu lama (tak perasan sebelum ni).

Pasal program buat kad ni, dulu pernah guna photoshop dan printshop deluxe.

Sekarang saya lebih suka guna program My Professional Business Card. Selain banyak pilihan font, design dan warna, ia senang digunakan dan tidak perlu banyak setting sangat.

Cuma perlu pilih sahaja pilihan yang ada. Sesuai untuk yang masih baru yang buat kad nama.

Tapi, ia juga bagi pilihan untuk design sendiri bagi yang dah expert.

mysticmind
09-08-2006, 03:19 AM
untuk user advanced cam aku..
photoshop is everything in graphic. (kecuali 3d) .
bleh buat ape2 saje..

nanti aku cari balik design kad kompeni aku yang lama tuh...

mohdsufian
09-08-2006, 09:18 AM
Yer ker. eerrrmm...

Saya nie dari dulu dah guna photoshop. Sejak2 kenal komputer memang dah guna photoshop. Susah nak tukar software lain nie.

Shortcut key pun dah dalam kepala... :D

mftwck69
09-08-2006, 10:47 AM
Er.. maaf menganggu perbincangan. Kalau minat bolehlah tempah bisnes kad dari saya. Ni url utk tgk contoh kad www.usaha-pasti.cjb.net/bizkad.html

Er.. ni kira hijack topik ke tak ni ye...

Badruzamani Bin Azmi
09-09-2006, 12:06 AM
Tak mengapa, ikut pada kesesuaian masing - masing.

Bagi seseorang yang dah expert, tentu tidak susah untuk design sendiri supaya ia nampak kelainan daripada biasa. Ada yang lebih suka, membuat guna kad bermutu tinggi dengan salutan emas untuk di beri pada VVIP dan ada lebih suka buat simple sahaja. Ikut kesesuaian masing-masing.

Tetapi, bagi seorang yang masih baru nak belajar buat kad nama dan tak pernah belajar photoshop dan illustrator, tentu agak susah bagi mereka untuk design kad nama sendiri. Lagipun untuk memerlukan perniagaan yang belum tentu stabil, eloklah mereka ini 'bermula dari bawah'. Bila dah stabil nanti, barulah tempah kad nama yang bermutu tinggi dengan design yang profesional.

Kita semua sedia maklum bahawa kad nama ni penting jika serius secara full time / part time dalam perniagaan. Ada sesetengah golongan pembeli / pengguna memang suka melihat terlebih dahulu pada design pada kad nama untuk menilai tahap 'profesional' seseorang penjual itu.

mftwck69
09-09-2006, 08:56 PM
Heh.. saya biasa design pakai MS paint jer....

AlHaqeem
09-13-2006, 05:32 PM
Er.. maaf menganggu perbincangan. Kalau minat bolehlah tempah bisnes kad dari saya. Ni url utk tgk contoh kad www.usaha-pasti.cjb.net/bizkad.html

Er.. ni kira hijack topik ke tak ni ye...


Cari la domain + hosting yang berbayar , yg cjb tu tak leh nak tengok la sample kad nyer.. memacam iklan yang kacau kat depan tu , walaupun design sangat menarik... tapi pelanggan tak nampak design nyer... camno nak tompah tu ....

Murah jer sekarang ni , tak sampai rm 100 dah boleh dapat satu...

kalu tak silap mercumaya tengah wat offer sekarang ni...pegi la lawat.

batagolek
09-22-2006, 01:42 PM
cuba ke www.good-tutorials.com , sangat baguih kat situ dia ajar mcm2, kalo tak silap dia siap ajar camner nak buat ID card ala2 myCard guna potocop aje...saya dulu dari buta grafik, skang ni minat terus lepas lepak kat situ...mcm2 dia ajar kat situ, download mana2 tutorial yg menarik dan practice kat PC, seronok..

ada sesiapa kat sini yg berminat utk tempah e-business card ? boleh letak kat emel/ web site, ada gambo kita pastu details perniagaan...

mftwck69
09-25-2006, 05:05 AM
Cari la domain + hosting yang berbayar , yg cjb tu tak leh nak tengok la sample kad nyer.. memacam iklan yang kacau kat depan tu , walaupun design sangat menarik... tapi pelanggan tak nampak design nyer... camno nak tompah tu ....

Murah jer sekarang ni , tak sampai rm 100 dah boleh dapat satu...

kalu tak silap mercumaya tengah wat offer sekarang ni...pegi la lawat.

Hehe... tak sempat nak beli lagi le bro.. budget lari sbb dah terbeli untuk projek web lain. Mungkin lepas ni kot nak rembat satu... :)

Taufiq
10-02-2006, 04:07 AM
Adobe Phostoshop is a no no dalam offset dan digital printing..

Kalau guna jugak, semua perkataan yang akan diprint akan jadi samar. Sebab photoshop akan convert semua wording ke image sebelum di print. Kalau nak jugak pakai phostohop, pasti convertkan design ke adobe acrobat (.pdf) sebelum di print.

Biasanya utk design business card yang elok, better gunakan adobe ilustrator sepenuhnya atau corel draw. Tu pun output yang kuar akan berbeza utk setiap printer. Contohnya kalau guna fuji xerox, Better guna adobe ilustrator sebab dier ada script sendiri yang sync dengan printer2 fuji xerox.

Well, sape yang nak buat business card tu samada print secara digital, offset dengan matte atau gloss lamination, UV spot lamination dengan apa apa saja saiz (takde deafult saiz) sila la pm saya. Penghantaran percuma ke seluruh Malaysia. (hehe sorry la mod saya terbuat iklan plak :p )

cetakbaju
10-10-2006, 03:35 AM
saya ada buat name card:
lokasi:shah alam(sec 3)
harga:RM20 je sekotak(promosi bulan ramadhan)
amacam? setuju dengan harga sya....ape lagi..tempah lah>>>

Badruzamani Bin Azmi
10-10-2006, 03:52 AM
Wow, menarik tu! Saya nak tempah kad bisnes juga.

Tapi, saya ada di Bukit Mertajam. Berapa kos yang perlu saya bayar sempenan promosi bulan Ramadan ni?

Tapi, tak jumpa borang pesanan la pulak :(?

p/s - Kenapa ebook kuih raya.pdf tak boleh nak run / download?

reezluv
11-09-2006, 12:54 PM
erm...nampaknya kena banyak belajar lagi dari mereka yang expert.....

amanz
11-09-2006, 01:58 PM
ade lagi ke promo ramadhan tue...skrang dah syawal dah..
takkan takde special price for wangcyber...

wawa
11-14-2007, 10:50 PM
nak tanya sket..
ada sesiapa tahu website yang buat bisnes kad nama ni?
dulu saya ada terjumpa website tu dari sini, tapi x ingat lah pula dari topik yang dibukakah atau signature.
yang saya ingat la kan, website tu penah buat kad nama utk pensyarah kat uia.
saya tgk design dia cun2 semua. tu berminat tu.
ok thanx.

uzairubiah
11-15-2007, 04:54 AM
saya ada buat bisnes kad..Kalau nak tengok contoh boleh jugak..

reezluv
11-15-2007, 06:49 AM
dekat ngan area kolej saya ni ade kedai buat bisnes kad..200 keping harga RM23 lau tak silap..murah tu:)

dobit127
11-16-2007, 02:03 AM
Pasai kad bsinis ni, aku selalu buat sendiri je, design lebih kurang, janji nampak standard, pastu p kedai beli kertas putih A4 140 gram, print atas kertas tu, potong canttik2. ok dan siap. tu kalau nak murah la x sampai pun kos dia rm5 untuk 100 keping. Tapi kalau nak pro, aku selalu tempah online je. Ada sebuah sykt yang jual kad bisnis murah gak,lupa dah berapa harga dia, tapi harga dealer la. nanti aku check balik harga dia. kot2 lebih murah, ada can buat bisnis baru.heeeeeeeeee.


____________________________---------------__________
DAri Semua Untuk Semua Kepada Semua,
www.adrianiamri.blogspot.com
Duit...duit..mana oi... (www.nasihatkewangna.blogspot.com)

zoulsham
06-20-2011, 03:25 PM
Potong guna pembaris dan pisau pun biasanya tak begitu perfect. Tepi card akan menyerpih walaupun pisau tajam. Yang terbaik guna roller cutter (harga dekat RM200) atau beli Business Card Cutter (harga RM580). Cuma bab nak cari kotak tu... satu masalah lagi ...

ikadesca
06-23-2011, 02:59 PM
:D :D :D Ya, memang nak potong-potong sangat melecehkan. Walaupun dah beli, papan pemotong kertas tu tapi masih lagi tak mampu nak potong dengan betul. Kena ada skil sikit. Leceh la nak belajar. Ingat nak buat gaya 'square-circle', tapi tak menjadi. Ia kena pakai kertas khas (macam bonjol-bonjol sikit tu, saya tak tau nama ia tapi pernah tengok). Jadi senang sikit bila nak potong guna papan pemotong tu. Saya ada beli kertas A4 80gm. Bila pakai kertas ni masa print memang sebab ia 'keras' sikit. Tapi, sakit hati bila suruh adik pi fotostat hari tu, pekerja cina kat kedai tu buat 'hala-balai' sahaja. Memang tak puas hati dengan kualitinya. ******* kertas saya tu.

p/s - Sekarang ni tengah tengok pelbagai contoh design kad bisnes yang saya dapat. Macam-macam gaya. Kadang-kadang orang ambil simpan/buang sahaja. Jadi, berbaloi kah kita buat kad nama mahal-mahal? Design tak elok pun, orang tak minat nak tengok. :?





laa..kenapala nk susah2..tempah jer kt kedai printing, diorg kt sana ada pakar dlm design..finishing kertas bleh buat mcm2 yg canggih2...jgan pegi kt kedai photostat
kalu print 1 kotak biasa dlm rm 28-35..kalu buat 10 kotk bleh dpt sekotk rm 10 je...tu la pendapt sy as a designer..