Results 81 to 90 of 101
- 10-14-2008, 06:30 PM #81New Member
- Join Date
- Apr 2008
- Posts
- 1
- Thanks
- 0
- Thanked 0 Times in 0 Posts
BNM serbu 4 syarikat
Oleh MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK dan TAN MING WAI
KUALA LUMPUR 13 Okt. – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menyerbu empat buah syarikat skim cepat kaya melalui Internet yang mempunyai rangkaian beratus-ratus ribu pelabur dengan nilai pelaburan dipercayai mencecah ratusan juta ringgit.
Serbuan tersebut dilakukan di beberapa lokasi di Lembah Klang setelah syarikat-syarikat ter****t disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit tanpa lesen dan membuat pelaburan haram di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.
Mengikut maklumat daripada laman web, secara umumnya syarikat-syarikat tersebut menetapkan bayaran minimum RM1,000 sebagai deposit untuk pendeposit menyertai bidang perniagaan seperti pengiklanan, pelancongan dan perkhidmatan.
BNM dalam satu kenyataan di sini memberitahu, syarikat terlibat ialah Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd.[/B][/B], Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd.
Buluhmas yang beribu pejabat di Tanjung Karang, Selangor dalam laman webnya mendakwa ia memiliki 700,000 ahli sebagai pembayar deposit di seluruh negara.
Kaedah perniagaannya menggunakan promoter untuk mengiklankan aktiviti syarikat dengan menampal pelekat yang tertera logo syarikat atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pendeposit.
Sekitar pukul 9.30 malam ini, laman web Buluhmas masih boleh dilayari yang menunjukkan sejak April lalu ia telah menerima hampir 250,000 pengunjung.
Sementara itu, Jazmeen dalam laman webnya mendakwa dengan permulaan modal sebanyak RM1,000, pendeposit mampu mendapat pulangan 120 peratus dalam tempoh 12 bulan pertama dan jumlah itu terus bertambah pada tahun-tahun berikutnya.
BNM dalam kenyataannya menambah, tindakan ke atas keempat-empat syarikat itu diambil setelah Unit Penyiasatan Khas BNM menjalankan siasatan terhadap aktiviti syarikat berkenaan.
“Kesemua penganjur skim pelaburan itu akan ditahan selepas BNM merekodkan kenyataan mereka kerana disyaki mengambil deposit secara haram dan menjalankan aktiviti penggubahan wang haram,” jelas kenyataan itu.
Seorang jurucakap BNM ketika dihubungi memberitahu, jumlah sebenar ahli terlibat dan nilai deposit yang dikumpulkan oleh keempat-empat syarikat itu hanya akan diketahui apabila kes mereka dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh terdekat.
Aktiviti syarikat-syarikat itu disiasat mengikut Seksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang melarang mana-mana individu yang tidak mempunyai lesen daripada menerima dan mengambil deposit.
Katanya, jika sabit kesalahan pegawai dan pemilik syarikat-syarikat terlibat boleh didenda tidak melebihi RM10 juta atau dipenjara untuk tempoh 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
Syarikat-syarikat itu juga disiasat di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA 2001) yang melarang mana-mana individu daripada terlibat atau cuba untuk mem****tkan diri atau bersubahat melakukan kegiatan penggubahan wang haram.
Jika disabitkan kesalahan, mereka yang didakwa boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Menurut kenyataan BNM, skim pelaburan yang dianjurkan oleh keempat-empat syarikat yang diserbu hari ini menyatakan kononnya ia berasaskan perdagangan mata wang, pasaran hadapan komoditi, pelaburan luar persisiran dan saham-saham lain.
Dakwaan itu, kata BNM, hanya rekaan semata-mata.
“Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan skim yang ditawarkan melalui Internet, panggilan telefon atau seminar yang dianjurkan oleh individu atau syarikat yang tidak dilesenkan oleh BNM,’’ jelas kenyataan itu.
Orang ramai boleh mengetahui senarai syarikat dan institusi berlesen yang menerima deposit dengan melawat laman web BNM di Bank Negara Malaysia | Central Bank of Malaysia.
- 10-14-2008 06:30 PM # ADS
- 10-14-2008, 08:45 PM #82
sori nk mencelah sket..kesian betul...budak2 ofis aku hri ni kecoh cite pasal buluhmas kene ambush....nasib baik aku dh serik dengan program mcm ni...mengajar lagi baik...huhhu
Mencari Guru Tuisyen Di Gombak,W.Maju,Ampang?Call Cikgu Amer 0194548606
Rahsia KPLI RM30 Je |BreastPump Medela Harmony RM195! Dropshipper,PM Sy| TShirt Dr RM12|Rahsia Sy Bt RM70-RM100,1-2 Jam|Dh Bt RM20K Dlm FB!
- 10-14-2008, 08:54 PM #83
Aku ada buat sket review pasal Buluhmas ni. Jika ada sesaper yang nak membaca dan bagi komen, silalah berbuat demikian dengan perasan yang rasional.
rohaizad dot com BuluhMas, Jazmeen, Noradz dan Eastana diserbu Bank Negara Malaysia.
- 10-14-2008, 11:09 PM #84WC Premium

- Join Date
- Dec 2005
- Location
- On WorkStation
- Posts
- 1,846
- Thanks
- 6
- Thanked 23 Times in 10 Posts
kita tunggu dulu.. stkt ni belum ada apa2 dakwaan secara rasmi.. kesian jugala sapa yg dah masuk tu..
- 10-14-2008, 11:17 PM #85Normal Member
- Join Date
- Sep 2007
- Posts
- 224
- Thanks
- 0
- Thanked 0 Times in 0 Posts
ramai jugak rakan2 aku yg jadik cikgu ni join buluh emas ni...
diorg kata MLN yg termurah dan terhebat masa kini.
Tapi malang la nasib diorg.
awal2 lagi aku dah agak.. heh
- 10-14-2008, 11:23 PM #86
nasib la tak jadi masuk... 2/3 hari lepas ada juga rasa2 nak masuk.
- 10-15-2008, 12:27 AM #87
- 10-15-2008, 12:30 AM #88
Aku dah masuk dah tapi masalahnya sekarang bank negara ngah siasat bisnes dia jadi susah nak dapat payment dlam 90 hari nih...pas 90 hari kalau ok bisnes ni dapat diteruskan la..kalau x habis la...tapi mmg byk org dapat payment sebelum nihh
- 10-15-2008, 12:57 AM #89Normal Member
- Join Date
- May 2008
- Location
- Inovattic Solution
- Posts
- 698
- Thanks
- 3
- Thanked 93 Times in 28 Posts
pergh
aku nyaris2 join buluh mas..nasib baik pk panjang
lgpun aku x minat join2 yg kene melabur dulu..
tp diorang x gitaw kat mane pelaburan tu pergi
sedar2 dapat duit banyak
ntah halal, ntah tidak
- 10-15-2008, 03:17 AM #90
Similar Threads
-
Sapa tahu atau pernah guna Escrow?
By gmos in forum Ada Sesiapa Yang Tahu...Replies: 0Last Post: 01-07-2008, 02:43 AM



LinkBack URL
About LinkBacks
Reply With Quote









Bookmarks