+ Reply to Thread
Results 91 to 100 of 101
- 10-15-2008 03:37 AM #91WC Premium Array
- Join Date
- Dec 2006
- Location
- Parit Bunga, Muar
- Posts
- 266
- Thanks
- 1
- Thanked 0 Times in 0 Posts
menarik dialog ni din!
..nok buat guano doh nok jadi lagu tu...
.....sabar je la sapa-sapa yg terba bit...
- 10-15-2008 03:37 AM # ADS
- 10-15-2008 10:31 AM #92
- 10-26-2008 11:54 AM #93
BuluhMas kena sebu dek BNM (Bank Negara Malaysia)
Pemberitahuan :
Ingin dimaklumkan, pada 13hb Oktober 2008 Buluhmas telah didatangi oleh pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) dan sekarang Buluhmas dalam siasatan (paling lewat selama 90 hari). Oleh yang demikian, pendaftaran promoter baru dan pembayaran upah terpaksa dihentikan buat sementara waktu sehingga selesai siasatan oleh pihak BNM. Lain-lain urusan akan berjalan seperti biasa. Diminta semua promoter sentiasa layari website rasmi Buluhmas sahaja untuk maklumat yang terkini. Promoter juga disarankan sentiasa berhubung dengan wakil yang terpilih sahaja iaitu En. Veloo (wakil Sg. Petani), En. Ghazali (wakil Ipoh) dan En. Samuri (wakil KL).
Semasa BNM menjalankan siasatan, diminta para promoter mengabaikan khabar-khabar angin mengenai Buluhmas yang disebarkan melalui SMS, website dan apa jua media kecuali website rasmi Buluhmas sahaja. :: Agensi Pengiklanan Bergerak :: . Diharapkan semua pihak dapat memberikan kerjasama agar proses siasatan dapat berjalan dengan lancar dan cepat.
- 10-26-2008 12:11 PM #94
RE : Buluhmas kena serbu dek Bank Negara Malaysia (BNM)
Syarikat nafi anjur skim cepat kaya
KUALA LUMPUR 14 Okt. – Salah sebuah syarikat yang diserbu Bank Negara Malaysia (BNM) semalam mendakwa pihaknya tidak terlibat dalam perniagaan skim cepat kaya yang dikatakan memperdaya pelabur, pendeposit dan ahli-ahlinya.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Noradz, Datuk Adzhar Sulaiman mengakui sekumpulan pegawai daripada BNM hadir ke pejabatnya untuk membuat siasatan berhubung bentuk perniagaan yang dijalankan.
Katanya, pihaknya memberi kerjasama sepenuhnya berhubung semua maklumat yang diperlukan oleh BNM.
Namun beliau menafikan bentuk perniagaan Kumpulan Noradz terlibat dengan skim cepat kaya seperti dilaporkan, sebaliknya ia mungkin dilakukan oleh beberapa ejen syarikat tersebut bagi memperdayakan ahli-ahli baru dengan melarikan duit deposit yang dibayar.
Jelasnya, sikap segelintir ejen yang tidak bertanggungjawab itu dilihat merosakkan nama syarikat tersebut yang telah beroperasi selama 26 tahun.
“Kita tidak nafikan beberapa ejen kita yang tidak bertanggungjawab sehingga memperdayakan pengguna mahupun ahli.
“Selaku syarikat yang bertanggungjawab, kita membantu mangsa dari segi pembayaran balik jumlah kerugian dan melaporkan kepada pihak polis,’’ katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di pejabatnya di sini hari ini.
Semalam, Noradz Travel & Services Sdn. Bhd., adalah antara empat buah syarikat mencari pelanggan melalui Internet yang mempunyai rangkaian beratus-ratus ribu pelabur dengan nilai pelaburan dipercayai mencecah ratusan juta ringgit yang diserbu oleh pegawai BNM.
Menurut Adzhar, pihaknya menerima banyak panggilan daripada rakan kongsi dan ahli-ahli berhubung berita yang disiarkan di Utusan Malaysia hari ini, sejak awal pagi lagi.
Syarikat tak boleh bayar upah, terima ahli baru
TANJUNG KARANG: Syarikat Buluhmas Sdn Bhd (Buluhmas) yang disiasat Bank Negara Malaysia (BNM) kerana didakwa mengambil deposit secara haram dan mirip kepada skim cepat kaya sudah diarah menghentikan sementara operasi selama tiga bulan.
Setiausaha syarikat itu, Abu Bakar Abu Hassan, berkata arahan itu berkuat kuasa kelmarin dan dalam tempoh itu Buluhmas tidak boleh membayar upah kepada promoter dan tidak boleh menerima keahlian baru hingga siasatan selesai.
Beliau berkata, langkah itu untuk membolehkan akaun syarikat dikemas kini dan memudahkan BNM menyiasat dakwaan melanggar Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 yang melarang individu tanpa lesen menerima dan mengambil deposit.
Buluhmas dan tiga lagi syarikat diserbu kelmarin, Jazmeen (M) Sdn Bhd, Noradz Travel and Services Sdn Bhd dan Eastana Farm Industries Sdn Bhd turut disiasat mengikut Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA 2001).
“Dalam tempoh tiga bulan ini, kita menghentikan operasi membayar upah dan pengambilan ahli baru hingga siasatan selesai, manakala operasi lain berjalan seperti biasa.
“Kita berharap siasatan diselesaikan lebih awal kerana 700 pemilik syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bergantung kepada Buluhmas,” katanya ketika ditemui di luar ibu pejabat Buluhmas di Taman Raden Jaya di sini, semalam.
Buluhmas mempunyai kira-kira 700,000 ahli di seluruh negara serta lima kedai runcit.
Syarikat yang ditubuhkan pada 2006 itu pernah disiasat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna kerana didakwa menjalankan perniagaan sistem piramid.
Abu Bakar berkata, syarikat itu mengamalkan sistem upah kepada promoter berkonsepkan ’siapa kerja lebih akan mendapat lebih bayaran’ dan sama sekali tidak mengamalkan skim cepat kaya atau mengambil deposit.
Beliau berkata, setiap ahli hanya perlu membayar RM15 yuran seumur hidup dan akan mendapat RM1 untuk membeli produk PKS, tetapi boleh menambah pendapatan menerusi pakej lain disediakan.
“Buluhmas membantu lebih 700 PKS mengembangkan perniagaan, membuka lebih 150 peluang pekerjaan dan membantu pekerja menambah pendapatan sampingan setiap bulan,” katanya.
Perbincangan
Seperti yang anda semua dapat lihat, buluh emas dikatakan membantu industri kecil dan sederhana IKS. Ini saya boleh katakan benar kerana terdapat rakan dan kenalan saya yang menjalankan bisnes IKS menampal poster tertera buluh emas ni. Tapi tidak lah bertanya apa sebenarnya Stiker tersebut. Kerana terlampau sibuk semasa balik balik beraya terdahulu. Saya hanya menyangka sticker biasa sahaja. Tapi saya tahu perkara ini semenjak raya juga kerana ada antara keluarga rapat yang hampir masuk tetapi alhamdullilah mengkin kerana proses pembekuaan ahli baru diatas, tidak dapat menyertai.
Apa yang saya ingin tekankan disini saya nampak dari segi membantu memperkembagkan industri IKS ada kebaikannya. Kerana, kita sedia maklum, IKS ni kurang promosi, terutama dalam negara. Banyak produk IKS lebih tertumpu kepada eksport daripada pengedaran dalam negara sendiri. Ini kerana sikap masyarakat itu sendiri terutama Melayu yang memang susah untuk menerima produkk tempatan kerana kurang kualitiah katanya, pakai ubat gigi keras lah dan bermacam2 lagi kemuskilan perhal produk tempatan.
Oleh itu mereka lebih gemar menggunakan produk luar . Tetapi cuma beberapa tahun kebelakangan ini sahaja kita celik mata dan sedikit2 bertukar kepada prduk tempatan. Itu pun tidak ramai, dikalangan pelajar yang tak tahu menilai halal haram tahu nak enjoy jer masih suka menggunakan produk luar. Maaf cakaplah.
Berbalik kembali, sehubungan dengan itu, satu diskusi atau persefahaman antara BNM dan Buluh Mas patut dilakukan. Sayang seribu kali sayang jika satu syarikat pengiklanan yang membantu IKS terkubur begitu shaja. BNM perlu mengkaji baik buruk perkara ini sedalam-dalamnya tanpa asyik memikirkan keuntungan kerana tidak mendapat deposit daripadanya.
Berlainan dengan Genting Group, yang memang jelas haram dari segi syarak, tapi oleh sebab BNM mendapat keuntungan dibiarkan. Jika BNM tidak mengubah pendirian dengan mengharamkan sesuatu bisnes semata-mata kerana tidak mendapat perkongsian deposit, punahlah masyarakat Melayu. Tapi jika benar skim cepat kaya tidak mengapa. Tapi jika membantu IKS, BNM lakukan begini, anda memakan bangsa baangsa sendiri.
Anda sendiri lah yang tahu kebenaran kerana anda orang atasan. Buatlah fikiran yang bijak dalam mengnani situasi sebegini sebelum terlambat. Serangan kita banyak dizaman akhir ni. Jangan membantu serangan tersebut. selagi mana kita mampu untuk ubah walaupun sedikit demi sedikit cara perlaksanaan ekonomi Islam, cubalah ubah. Banyak sangat manfaatnya jika dapat diubah.
Semoga Allah bagi kesedaran kepada kita semua atas baik buruk sesuatu perkara.
Dari site : BNM arah Buluhmas henti operasi 3 bulan, Diskusi Produk IKS dan Buluh Mas - Radiniz Site
Sila lawati :
1.http://www.bharian.com.my/Wednesday/Nasional/20081015094649/Article/index_html%20-
2.PERAKAN MALAYSIA - Forum - Bincang Pelaburan dan Pengurusan Kewangan - Melabur dalam syarikat sewa kereta3.http://www.pakdi.my/blog/4-syarikat-diserbu-bank-negara/
- 10-26-2008 01:31 PM #95
yea yea kita tengok apa perkembangannya selepas ini..
- 10-27-2008 03:43 AM #96
Ya saya pun setuju. Bab membantu IKS tu memang betul, bab lain tu tak tahu le.
- 10-27-2008 04:42 AM #97
hm..kdg2..kena r tunggu hasil nya..mayb bnm btol mayb tak..diorg pon btindak bkn sbarangan
- 10-27-2008 05:11 AM #98
Bukanyer buluh mas tak bayar... Kat Malaysia memang tak boleh men fix deposit..
nak men.. men kat oversea..
- 11-23-2008 10:13 PM #99Junior Member Array
- Join Date
- Jun 2008
- Location
- LoQ StaQ
- Posts
- 102
- Thanks
- 24
- Thanked 9 Times in 3 Posts
- 11-24-2008 12:40 AM #100Junior Member Array
- Join Date
- Jul 2006
- Location
- selangor malaysia
- Posts
- 78
- Thanks
- 0
- Thanked 0 Times in 0 Posts
kurang nampak stiker buluhmas skrg ni kt kereta
kerja sambilan bukan kerja sembilan
Similar Threads
-
Sapa tahu atau pernah guna Escrow?
By gmos in forum Ada Sesiapa Yang Tahu...Replies: 0Last Post: 01-07-2008, 02:43 AM



LinkBack URL
About LinkBacks
Reply With Quote




Bookmarks