Closed Thread
Results 1 to 10 of 216
- 07-08-2007 12:24 AM #1New Member Array
- Join Date
- Jul 2007
- Posts
- 19
- Thanks
- 0
- Thanked 0 Times in 0 Posts
Boleh Ker Www.bossmailer.com Wat Camni?
:confused:
Korang ada tengok tak satu iklan dalam suratkhbar Harian Metro keluaran Sabtu, 7 Julai 2007. Satu iklan yang menjual database Email iaitu Bossmailer.com.
Pada pengetahuan aku, bukankah menjual email ataupun menghantar email pada seseorang tanpa diundang adalah satu kesalahan?
Dari apa yang aku faham tentang iklan tu ialah, syarikat tersebut menjual data email dan setiap ahli dikenakan bayaran tertentu untuk mendapatkan software mengumpul data2 email dari seluruh dunia.
Ada tak sesiapa yang lebih arif tentang ini......
HARAP ANDA SEMUA BOLEH BERIKAN PENDAPAT!!!!!
Petikan dari sebuah BLOG
JANGAN LAKUKAN SPAM!
Apa itu SPAM? Saya yakin, tidak ramai yang tahu istilah ini. Saya amat yakin. Kenapa? Apabila saya menegur orang yang melakukan e-mel spam ke emel saya, rata-rata mengatakan, “maaflah, saya tak tahu. Budak baru belajar.”. Alasan ini boleh diterima dan tidak boleh diterima. Mengapa boleh diterima? Sebab biasanya pendatang baru atau newbie ke arena perniagaan internet mengambil masa untuk mengetahui mengenai istilah seperti ini. Dan mengapa pula tidak boleh diterima? Kerana mereka mesti berusaha dan belajar dahulu perkara-perkara asas dan juga etika di internet. Mereka perlu peka. Samalah seperti memandu kenderaan di jalan raya, kalau anda melakukan kesalahan, adakah pihak berkuasa akan menerima alasan anda tidak tahu?? Tidak bukan? Bahkan anda akan tetap disaman. Jadi, begitu juga dengan dunia internet, anda perlu tahu etikanya.
Hmm, jadi apa itu SPAM? Spam adalah emel yang dihantar ke akaun emel orang lain yang anda tidak kenali atau mereka tidak mengenali anda, untuk membuat promosi bagi sesuatu program wang, mempromosi produk jualan anda atau dalam bahasa yang mudah, emel yang tidak diperlukan. Itu adalah maksud yg mudah. Tetapi, spam ini bukan hanya pada emel, bahkan pada bahagian forum atau ruangan iklan yang tidak berkaitan dengan produk tersebut. Biasanya, emel spam ini akan dihantar kepada banyak penerima dalam satu masa dan secara berulang-kali (kandungan emel yang sama).
Apakah kesannya? Si penerima emel akan memarahi anda, melainkan mereka tidak kisah. Tapi, khusus bagi program affiliate, yang akan memberi kesan mendalam adalah kepada pihak penganjur program affiliate itu sendiri. Sebenarnya, dalam mana-mana program affiliate, spam amatlah dilarang walau mereka tidak menyatakan pada terma dan syarat. Si penerima emel spam juga terganggu dengan emel spam dan membazirkan masa mereka sahaja kerana mereka tidak memerlukan pun emel itu atau info yang anda berikan. Anda juga perlu tahu, pihak syarikat hosting juga akan terlibat dalam hal ini iaitu hosting yang disewa oleh pihak produk affiliate. Syarikat hosting amat melarang keras spam kepada si pemilik hosting (penyewa - pihak produk affiliate) di dalam terma dan syarat mereka.
Jika di luar negara, sudah ada undang-undang untuk spam ini, bahkan sudah banyak kes spam yang telah dibawa ke mahkamah!! Anda yang melakukan spam bernasib baik (tapi sampai bila?), kerana di Malaysia belum ada undang2 sebegitu. Saya masih kurang pasti, adakah negara kita Malaysia sudah ada undang-undang yang khusus untuk SPAM ini. Apa yang saya tahu, belum ada, tetapi spam ini termasuk secara umum di dalam Akta Komunikadi dan Multimedia. Mereka yang melakukan spam sebenarnya boleh didakwa dengan akta tersebut yang mana kesalahan melakukan spam telah tersebut secara umum di bawah seksyen 233 (1) (b) yang melarang sebarang komunikasi menggunakan perkhidmatan aplikasi (termasuk internet dan perkhidmatan telefon selular) dengan tujuan untuk mengancam, mengganggu, menyalahgunakan dan menimbulkan kemarahan individu. Pastikan, anda tidak didakwa, hati-hati. Hehe.. Ini bukan gurauan dari saya, tapi jika anda berani mengambil risiko, teruskan amalan spam anda!
Dapat kita lihat, bahawa spam ini amat memberikan kesan buruk kepada pelbagai pihak, bukan hanya kepada anda (hilang nilai profesional) kerana dianggap tidak beretika, nama penganjur program affiliate juga mendapat kesan tersebut, dan begitu juga kepada pihak syarikat hosting.
Bagi pihak penerima, emel spam juga mengganggu produktiviti kerana jika penerima emel itu adalah pekerja di sebuah syarikat (maksudnya menggunakan akaun emel korporat), ataupun penerima itu adalah orang bisnes, proses produktiviti mereka akan terganggu kerana emel SPAM! Ya lah, mereka membazirkan masa hanya kerana emel anda spam anda, yg sepatutnya mereka gunakan untuk bekerja dan menghasilkan produktiviti. Selain itu, pihak pemilik emel terutamanya pihak korporat, terpaksa melabur wang semata-mata untuk membeli dan menyelenggara sistem penapisan emel spam. Walau sesaat, anda perlu tahu, dan anda tahu, masa sekarang amat bernilai.. Jadi, janganlah lakukan SPAM ke emel orang yang anda tidak kenali. Jangan sesekali!
Kepada pihak hosting dan juga pihak pengurusan program affiliate, jangan lupa menasihati atau ambil serius mengenai hal ini. Ia menentukan reputasi dan nilai profesional anda, di samping melancarkan perniagaan anda. Salah satu cara, hantarkan info kepada peserta affiliate anda melalui newsletter dan letakkan di dalam terma dan syarat penyertaan.
Persoalannya sekarang, apakah jalan lain untuk membuat promosi melalui emel dengan cara yang sah selain melakukan emel spam? Salah satunya, rujuk siri ke-dua tips program affiliate saya. Salah satunya adalah memungut emel bakal pelanggan anda dengan menggunakan teknik mailing list atau dikenali juga opt-in list. Saya akan sentuh mengenai teknik ini kelak.
Saya akan menyentuh lagi hal SPAM ini di lain masa nanti. Sila rujuki laman web ini untuk info mengenai spam:
http://tinyurl.com/rbonj - takrifan SPAM (carian google, define:SPAM)
http://www.niser.org.my/news/2004_10_11_02.html - Pengguna terbabit aktiviti spam boleh didakwa
11th October 2004 (Berita Harian)
http://spam.abuse.net
http://www.spamlaws.com/federal/index.shtml - contoh undang2 di Amerika
http://www.spamlaws.com/cases/index.shtml - contoh kes mahkamah *anda perlu perisian PDF untuk melihat contoh2 kes
LAMAN WEB YANG DIMAKSUDKAN: www.bossmailer.com
- 07-08-2007 12:24 AM # ADS
- 07-08-2007 01:42 AM #2Senior Member Array
- Join Date
- Feb 2007
- Posts
- 276
- Thanks
- 0
- Thanked 0 Times in 0 Posts
Letaklah kredit atas artikel yang diberi tadi. Nama blog pemilik artikel tu beserta link. Kalau tak buat camtu boleh dikira melanggar hakcipta.
dari manalah diorang dapat senarai email tu?
Email aku dah nak hari2 kena spam. Aku syak email aku dah kena jual kat orang. Yang peliknya hari-hari terima email buat duit kat internet dengan link afiliatenya terang benderang.
Kalau kat luar negara kes ini biasanya melibatkan saman menyaman denda hingga berjuta-juta dolar. Kan baru-baru ni raja spam yang telah melakukan berapa juta spam ntah tak ingat dipenjara beberapa tahun(lama tuh...(berbelas tahun rasanya)). Tak percaya cari balik berita ni kat google news.
- 07-08-2007 01:47 AM #3New Member Array
- Join Date
- Jul 2007
- Posts
- 19
- Thanks
- 0
- Thanked 0 Times in 0 Posts
Petikan dari blog ....
http://blog.smartusaha.com hehehe!!!
- 07-08-2007 01:51 AM #4
penjaga tanah jer kot..
Saya dah tak jual ebook PanduanSaham.com sebab dah lama tak update. Takde masa nak update.
- 07-08-2007 12:16 PM #5Senior Member Array
- Join Date
- Jun 2006
- Location
- Batu Pahat
- Posts
- 329
- Thanks
- 0
- Thanked 1 Time in 1 Post
yelah saya baru aje nak bawa benda ni kat wc, sebenonya iklan ni dah banyak kali keluar kat metro dll paper. selain bossmailer, diorang punya bisnes direktori sms. tapi nampak iklan tu mcm skim cepat kaya pula, contoh untung juta2.
lepas tu yg sms direktori pula lebih kpd nak cari ahli seramai mungkin bukan nak berikan servis kpd pelanggan.
bank negara skrg kena tugas lebih, isu CTOS belum selesai dan akan dtg mcm2 program lagi kerana idea manusia yg sgt kreatif nak cari duithttp://biodisctech.blogspot.com
KACA AJAIB MERAWAT PENYAKIT SECARA SEMULAJADI
BUKAN UBAT BUKAN ELEKTROSTATIK
KANSER DIEBETES STROKE BUAH PINGGANG ASMA DLL
HANYA MINUM AIR MANDI SULUH
- 07-08-2007 01:27 PM #6WC Premium Array
- Join Date
- Dec 2006
- Location
- Wangsa Melawati, KL
- Posts
- 619
- Thanks
- 0
- Thanked 0 Times in 0 Posts
Salah sorang dari kita mesti laporkan segera pada pihak atasan. Lebih2 lagi pada Utusan dan Koperal Entah Apa Nama tu..
Patutnya kesalahan BossMailer lagi teruk dari penipuan kerana mereka "menceroboh"...
- 07-08-2007 07:24 PM #7WC Premium Array
- Join Date
- Jul 2006
- Location
- Rawang, Selangor
- Posts
- 1,075
- Thanks
- 0
- Thanked 1 Time in 1 Post
aku pun hampir setiap ari dapat emel-emel sampah...
- 07-08-2007 07:48 PM #8Senior Member Array
- Join Date
- Apr 2007
- Location
- Trengganu
- Posts
- 232
- Thanks
- 2
- Thanked 0 Times in 0 Posts
aku pun.... hampir setiap hari kene SPAM. Memang benci betul pasal nie
Want Advertise Here....Plz pm me..
- 07-08-2007 08:42 PM #9WC Premium Array
- Join Date
- Jun 2007
- Location
- cyberjaya>shah alam
- Posts
- 2,108
- Thanks
- 0
- Thanked 7 Times in 3 Posts
dulu masa aku kerja dkt dkt kompeni lama aku...bos aku ada bagi aku email databases...untuk kebanyakkan kompeni dkt m'sia..
ada hampir mencecah 300 ribu lebih...email kompeni...dan siap bagi aku software untuk hantar email sekaligus kepada semua...
dan aku tanya mana dpt databses email ni...dia ckp ..dia beli...
so salah ke tak>
aku pun tak tahu
- 07-08-2007 09:16 PM #10
aku pernah tgk dalam lelong dot com ada tawaran email database dalam 100juta email.
n aku pernah dengar ada software utk extract email dari web. stress jugak dapat email spam...
banyak yg bahasa melayu pulak tuh.
Similar Threads
-
Tak boleh login id Yahoo!
By pakdi in forum Sembang UmumReplies: 6Last Post: 07-06-2007, 08:42 PM -
Boleh percaya ka?
By Badruzamani Bin Azmi in forum Ada Sesiapa Yang Tahu...Replies: 22Last Post: 04-15-2007, 04:08 PM -
Topik Tak Boleh Buka
By power in forum Cadangan & KomenReplies: 3Last Post: 04-02-2007, 04:19 PM -
Apa yg tak boleh di dedahkan dlm internet?
By onealienz in forum Ada Sesiapa Yang Tahu...Replies: 5Last Post: 03-21-2007, 12:47 PM -
TOLONG SAYA BOLEH.......?
By smartjerk in forum Teknik Pemasaran InternetReplies: 24Last Post: 10-16-2006, 05:20 PM



LinkBack URL
About LinkBacks





Bookmarks