Welcome to the forums
Community
Navigation
WC Navigation
Main Page
Article Directory
Affiliate Directory
IM Blog Directory
Download Directory
Forum Menu
Home
Register
FAQ
Members List
Calendar
Search
Today's Posts
Mark Forums Read
Mark Forums Read
View Forum Leaders


Sponsor
Klik Disini Untuk Menaja!.
Terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang telah sudi menaja kewujudan website ini..



Iklan Berbayar
Klik Disini Untuk Mengiklan!.


Loans
Credit Card
Cheap Magazines
Loan
Loans

 


Welcome, Unregistered.
Member Panel
Go Back   WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia > Umum & Rileks > Ada Sesiapa Yang Tahu...

Reply
 
LinkBack (1) Thread Tools Display Modes
  1 links from elsewhere to this Post. Click to view. #1 (permalink)  
Old 10-25-2006, 04:32 AM
irwan.network30's Avatar
New Member
 
Join Date: Oct 2006
Posts: 16
irwan.network30 is on a distinguished road
iTrader: (0)
Default Saya perlukan info berkenaan "Program Anggun-Bistari"...

Assalamualaikum,

Terlebih dahulu diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli komuniti WangCyber. Saya merupakan ahli baru di forum ini..sila berikan tunjuk ajar, TQ.

Okay, berbalik kepada soalan saya... Ada tak sesiapa di sini yang pernah dengar tentang Prog Anggun-Bistari anjuran Anggun Products Sdn. Bhd.? Awal minggu lepas ada seorang sahabat saya telah menceritakan tentang prog ini. Menurutnya pinjaman modal sebanyak 50k ada disediakan dalam peruntukan kepada sesiapa yang berjaya menamatkan kursus keusahawanan anjuran mereka ini. Dan sasarannya adalah kepada bumiputera... Saya perlukan info daripada sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan hal ini. T.Kasih


Reply With Quote
  #2 (permalink)  
Old 10-28-2006, 08:32 AM
Pioneer Member
 
Join Date: May 2006
Posts: 1,008
zinedine is an unknown quantity at this point
iTrader: (0)
Default

Yer, aku pun nak tau jugak maklumat pasal program sykt ni. Ada kawan aku sms aku ajak join, tapi aku tak direct join sebelum aku dpt tau dgn lebih lanjut pasal sykt ni. Kawan aku tu tak dpt memberikan penjelasan yg memuaskan hati aku. Macam ada sesuatu di sebalik tabir je program tu.


Reply With Quote
  #3 (permalink)  
Old 10-28-2006, 12:31 PM
hanimkirrana's Avatar
New Member
 
Join Date: Oct 2006
Location: Tronoh Perak
Posts: 22
hanimkirrana is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to hanimkirrana Send a message via Skype™ to hanimkirrana
iTrader: (0)
Post

Quote:
Originally Posted by irwan.network30 View Post
Assalamualaikum,

Terlebih dahulu diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli komuniti WangCyber. Saya merupakan ahli baru di forum ini..sila berikan tunjuk ajar, TQ.

Okay, berbalik kepada soalan saya... Ada tak sesiapa di sini yang pernah dengar tentang Prog Anggun-Bistari anjuran Anggun Products Sdn. Bhd.? Awal minggu lepas ada seorang sahabat saya telah menceritakan tentang prog ini. Menurutnya pinjaman modal sebanyak 50k ada disediakan dalam peruntukan kepada sesiapa yang berjaya menamatkan kursus keusahawanan anjuran mereka ini. Dan sasarannya adalah kepada bumiputera... Saya perlukan info daripada sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan hal ini. T.Kasih

Last week kwn awak beritau pada awak? prog ni dr b4 puasa lagi..diaorang nak cari hingga 12ribu org.. beberapa org member saya dah terkena... diaorg collect RM274 katanya dapat barang, tapi yg incharge benda ni pun x tau apa barangnye...then ada pulak kursus kecantikan... my fren dah call banyak kali suruh pos kan barang yg dikatakan, tapi x pos pun... then hari tu bos 'Anggun Bistari ada turun ipoh, siap bawak polis lagi pasal dia buat pengakuan yang syarikat dia tak terlibat...katanya ini semua kerja org x bertanggungjawab... pastu ada ejen yang collect RM150, ada yg RM274... camne tu? irwan.network30, lebih baik awak fikir panjang.. kalau nak modal berniaga lebih baik pergi MARA, TEKUN... x payah pakai penjamin pun... dah tentu salurannye betul...
__________________
www.kertaskerja.com - DIY Kertas Kerja Pinjaman?


Reply With Quote
  #4 (permalink)  
Old 10-30-2006, 12:37 PM
Pioneer Member
 
Join Date: May 2006
Posts: 1,008
zinedine is an unknown quantity at this point
iTrader: (0)
Default

Wah, nampaknya perbincangan pasal Anggun Bistari ni semakin panas ni. Ada berita yg kurang bagus. Baru2 ni kawan aku yg lain sms aku, tanya pasal sykt ni. Aku kata, aku tak tau. Jadi, sesapa yg tau pasal sykt & program yg diorg tawarkan ni, berilah penerangan yer. Jangan sampai ada org marah2 tak puas hati macam satu thread sebelum ni mengenai groupniaga linghzi tu pulak. Beri penerangan biar jujur yer. Mintak tolong kepada kawan2 semua di sini.


Reply With Quote
  #5 (permalink)  
Old 10-30-2006, 01:28 PM
New Member
 
Join Date: Oct 2006
Posts: 3
masterzen is on a distinguished road
iTrader: (0)
Default Tak pasti genuine or not?!

Quote:
Originally Posted by zinedine View Post
Wah, nampaknya perbincangan pasal Anggun Bistari ni semakin panas ni. Ada berita yg kurang bagus. Baru2 ni kawan aku yg lain sms aku, tanya pasal sykt ni. Aku kata, aku tak tau. Jadi, sesapa yg tau pasal sykt & program yg diorg tawarkan ni, berilah penerangan yer. Jangan sampai ada org marah2 tak puas hati macam satu thread sebelum ni mengenai groupniaga linghzi tu pulak. Beri penerangan biar jujur yer. Mintak tolong kepada kawan2 semua di sini.
Loan Anggun nie pun dah bynk dibincangkan kat Forum NoGold. Korang blh chck sendiri...

Aku dah jugak cuba bertanya kat Melayu-Trade yahoogroups. Jawapan yg aku terima ada pro and cons... ada yg cakap skim pinjaman ada ala-2 sama dgn skim yg dah wujud dulu... kena pi training pastu kat situ penganjur cakap dorang kena kencing! jadi sapa yg dah bagi yuran tu terkulat-2 kat situ...

Kawan aku ada gak pi sendiri ofis HQ Anggun kat Senawang awal puasa hari tu dan berjumpa terus dgn MD nya, En. Ridzuan kalu tak silap... Dari pemahaman aku, Dorang memang tak gerenti loan dapat RM50K, cuma dorang nak kumpul usahawan-2 bumi ni buat macam satu konsortium utk apply loan pd gomen. Dngrnya tgh NOV nie nak submit direct pd Pak Lah.. So, menda ni depends pd budi-bicara PM samada nak bagi RM30k ke, RM50k ke or tak bagiu langsung... Jadi kalau tak approve kita dapat product dia aje le yg rega RM250 tu... produk apa aku tak pasti.

Aku pun tertarik gak dgn skim nie... tapi still bnyk yg tak clear jadi aku tunggu 1st batch nie jalan dulu. Dngrnya 1st qtr 2007 nanti akan buka lagi. Jadi, aku cadangkan kpd sesapa yg berminat dgn loan nie kita tunggu dan lihat. Jgn amik keputusan tergesa-2... aku dari bulan 8 hari tu lagi dah tau, cuma belum cukup confident lagi...


Reply With Quote
  #6 (permalink)  
Old 10-30-2006, 01:40 PM
hanimkirrana's Avatar
New Member
 
Join Date: Oct 2006
Location: Tronoh Perak
Posts: 22
hanimkirrana is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to hanimkirrana Send a message via Skype™ to hanimkirrana
iTrader: (0)
Exclamation

Quote:
Originally Posted by zinedine View Post
Wah, nampaknya perbincangan pasal Anggun Bistari ni semakin panas ni. Ada berita yg kurang bagus. Baru2 ni kawan aku yg lain sms aku, tanya pasal sykt ni. Aku kata, aku tak tau. Jadi, sesapa yg tau pasal sykt & program yg diorg tawarkan ni, berilah penerangan yer. Jangan sampai ada org marah2 tak puas hati macam satu thread sebelum ni mengenai groupniaga linghzi tu pulak. Beri penerangan biar jujur yer. Mintak tolong kepada kawan2 semua di sini.

Luah perasaan tu zinedine...

Actually saya pun tahu dr kwn2... Ni diantara info nye

- Nak cari peniaga terutama bumiputera (nak cari dalam 12000 org utk memohon, kononnya kuotanya seramai tu)

- Perlu buat pembayaran proses RM274, tapi ada sesetengah tempat amountnye x sama... (cam ne tu?)... pastu siap ada kebenaran dr ADUN kononnya utk menguatkanla..

- Dr amount tu (RM274, ikut tempat la) akan dapat produk

- Buat loan 50k and then 5k tolak, ambil produk (terus jadi outlet anggun bistari) so balance tu pandai2la..

- bayar balik selepas 7 bulan, tapi kalau x mampu gak nak bayar dia leh sambung lagi 7 bulan...(loan ape mcm tu?)

- Dah dapat duit, kene ikut program diaorg (kursus kecantikan)

- Kwn saya submit form dia di kajang melalui seorang ejen dan katanya nak submit pada seorang kapten, kononya dia yg incharge ...kapten tu kata nak send produk, tapi x send pun... dah sebulan lebih... bila kwn saya tanya ttg apa produknya, kapten tu pun tergeliat lidah nak jawab...

- baru ni bos anggun bistari ada turun ipoh, siap diiringi polis... buat pengakuan yg company dia x terlibat.... ada org ambil kesempatan... (x tau la)

-setakat ni dulu info yg saya dpt...
__________________
www.kertaskerja.com - DIY Kertas Kerja Pinjaman?


Reply With Quote
  #7 (permalink)  
Old 10-30-2006, 06:35 PM
reezluv's Avatar
WC300
 
Join Date: Jun 2006
Location: ee-poh
Posts: 1,816
reezluv is an unknown quantity at this point
iTrader: (21)
Default

erm..payah tul la ramai sangat penipu kat MAlaysia ni..makan ler rezki haram tu... pe nak jadi tah


Reply With Quote
  #8 (permalink)  
Old 10-31-2006, 06:39 AM
irwan.network30's Avatar
New Member
 
Join Date: Oct 2006
Posts: 16
irwan.network30 is on a distinguished road
iTrader: (0)
Default

Itulah...saya pun pada awalnya rasa tertarik jugak nak apply loan nih lepas member inform kat saya..masa dia inform tu dah last week puasa dah..saya pun tak sempat nak research apa2 pun pasal hal ni..pastuh tup..tup..tup..dia bgtau yang tarikh tutup untuk apply adalah pada 20hb yg lepas.. So,nampaknya saya terselamatlah....(assuming kalau benda nih scam..)

Then, lepas tuh sempat la gak saya buat research sket..apa yg saya dapat adalah saling tak lari dengan apa yg kawan2 explain kat atas tuh.. cuma sebagai tambahan, menurut sorang hamba Allah ni..lebih kurang 4-5bulan yg lepas Pak Lah ada turun N.Sembilan merasmikan satu majlis..di situ dia ditanya tentang hal bangsa Melayu (layman) yg payah betul nak dapat funding dari SME Bank..lain pulak halnya dengan Cina yang memang senang nak dapat..(maybe kredit check kuat kot?).. So, PakLah pun bgtau kenapa mereka (orang Melayu) tak tubuhkan satu konsortium dan apply funding secara mass..(mungkin kebanyakan org Melayu sangkut kat bab business plan, documentation, etc.?) ..Bincang punya bincang terhasil lah misi utk cari 12k org Melayu sebagai ahli Konsortium Usahawan Baru ni dengan Anggun Products (M) Sdn. Bhd. bertindak sebagai mentor dan kesemua ahli sebagai mentee.. Namun, selepas 4 bulan kuota 12k itu tetap tak tercapai..hanya 8k saja yg dpt dikumpulkan.. dan ada group chinese under sorang leader nih (Dr.?..saya tak ingat nama dia..nanti check balik..) dapat kumpul sehingga 15k application chinese.. So, latest nih saya dengar kuota yg tak cukup tu akan diberi pada chinese.. First batch tarikh tutup pada 20 Okt lepas..dan dengarnya 2nd batch pada bulan 7 tahun depan..

Wallahualam..saya pun tak tau lah kawan2 sejauh mana kebenarannya..tapi itu saya kongsi kan apa yg saya dapat dari pihak lain.. Tapi, apa-apahal pun saya harap jangan lah berlaku scam besar2an oleh pihak yg tak bertanggungjawab.. kalau ia berlaku, bukan nama siapa yg busuk tapi nama Melayu jugak yang busuk..(menggunakan sentimen semangat bangsa untuk mengaut keuntungan mudah...) Kalau first batch nih berjalan lancar..saya tak keberatan nak apply untuk 2nd batch..hehe..
__________________
knowledge is power...


Reply With Quote
  #9 (permalink)  
Old 12-08-2006, 11:32 AM
New Member
 
Join Date: Dec 2006
Posts: 1
permaisuri_balkis is on a distinguished road
iTrader: (0)
Exclamation Pertemuan terkini (7-12-06) dgn WAKIL LOAN RM50K

Pihak kami ada berjumpa dgn wakil yg mendakwa bolih arrange loan RM50k. Cerita lebih kurang sama dgn rakan2 kita. Kalau kata SCAM dan lapuran polis dah buat, mengapa pihak2 ter****t masih menjalankan aktiviti tersebut. Dan juga kenapa ada unsur pihak2 parti tertentu melibat/dilibatkan dengan program ini.
Diharap rakan2 kita yang dah kena atau ada berita terkini di harap dapat hebah2kan agar kita membuat persedian untuk mengelak bangsa2 kita ditipu olih bangsa sendiri........BIASALAH SEBELUM MERDEKA, MASA MERDEKA DAN SELEPAS MERDEKA DAN SAMPAI HARI INI BANGSA KITA ASYIK DI TIPU DGN BANGSA SENDIRI...MELAYU AYSIK KENA BOLIH.


Reply With Quote
  #10 (permalink)  
Old 12-08-2006, 01:43 PM
MeeRoll's Avatar
New Member
 
Join Date: Oct 2006
Location: kEL eLL
Posts: 42
MeeRoll is on a distinguished road
iTrader: (0)
Default

terlanjur pasal Anggun Bistari nie saya suka nak mencelah....just nak trow my 20 cent experience dengan syarikat ini...pada peringkat awal nye saya dan rakan2 kongsi dapat tahu pasal anggun bistari nie di surat khabar...tak ingat paper mana tah..dah lama dah kes nie...sblm puasa...then kitorg call sykt nie...dari explanation wakil sykt. diorg sedang cuba kumpulkn company2 bumi untuk buat macam satu konsortium....then anggun bistari akan bertindak sebagai koperasi yang akan menguruskan pinjaman com2 bumi yg berdaftar. nak daftar kena bayar RM274 as u all mention. anggun bistari akan cuba dapatkan pinjaman dengan memohon Dana yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk sektor tertentu...masa tu diorg cakap sektor bawah skim pertanian...as pak lah mention dalam budget...sektor pertanian akan dapat peruntukan yg banyak dalam RMK9...so diorg kata...diorg ada channel untuk dapatkan some money dari budget tu...kami yg dah bergelumang dalam bidang agro nie pun memmng nak minta pinjaman untuk divesifykan business kami...dah macam2 cara pikir..as u all tau..pak lah pun sebut bank susah nak bagi loan pada business pertanian nie (walaupun com kami dah leh buat untung yg konsisten pada masa tu)...tapi diorg kata ada cara nak minta peruntukan pertanian kalau register under diorg....then, hari2lah diorg push kitorg register under diorg....bincang punya bincang dalam meeting com..kitorg tak jadi nak apply or register under anggun bistari, sebab:

1) sepengetahuan kami, segala peruntukan kerajaan akan disalurkan melalui gran yg dikeluarkan oleh Bank Pembangunan melalui proses atau sokongan dari Jabatan Kerajaan yang berkenaan;

2) "U all jangan takut, gerenti Pak Lah akan luluskan"...perghhh...senang2 jer jual nama PM...walau pun Pak Lah tu PM tapi prosedur Perbendaharaan kena ikut...(kami tahu coz kami pun org gomen); dan

3) Dia kata nak tolong tolong orang melayu/bumi...!!! tapi once loan lulus dapat RM50k...kita hanya akan diberikan RM44,+++ sahaja...ada administrative cos..kami kata ini hidden cost...dah lah kena bayar RM274 kena tolak lagi bila approve...kami buat perbandingan dengan bank2 yg kuarkan produk personal loan lagi membawa faedah berbanding tawaran anggun bistari....

Saya dan rakan2 buat kesimpulan: MUNGKIN apa yg ditawrkan oleh pihak anggun bistari tu benar...TETAPI pada kami ia tidak membawa makna ekonomi yang boleh menguntungkan dalam tempoh jangka panjang kepada kami. daripda program yg sepatutnya boleh dianggap insentif menjadi defensif....

nasihat kami: carilah alternatif lain diluar sana yg boleh dimanafaatkan dalam perniagaan anda. lebih selamat buat loan dgn bank rakyat (walau pun interest agak mahal)...lebih selamat buat loan dengan ambank...atau mana2 institusi bank yang berdaftar..TAPI bukan ngan ahlong tau....


Reply With Quote
Reply


Thread Tools
Display Modes

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off
Trackbacks are On
Pingbacks are On
Refbacks are On
Forum Jump

LinkBacks (?)
LinkBack to this Thread: http://www.wangcyber.com/forum/ada-sesiapa-yang-tahu/1619-saya-perlukan-info-berkenaan-program-anggun-bistari.html
Posted By For Type Date
Saya perlukan info berkenaan This thread Refback 01-23-2008 09:06 PM


All times are GMT +8. The time now is 12:59 PM. - Forum style by ForumMonkeys
Powered by vBulletin® Version 3.7.0
Copyright ©2000 - 2008, Jelsoft Enterprises Ltd.
Search Engine Friendly URLs by vBSEO 3.2.0