View Single Post
  #24 (permalink)  
Old 06-13-2008, 11:55 PM
ubi's Avatar
ubi ubi is offline
Junior Member
 
Join Date: Oct 2007
Location: KL
Posts: 69
ubi is on a distinguished road
iTrader: (12)
Default

blog cartoon ni pada pendapat dan pengalaman saya memang ramai org akan suka... boleh kata trafik akan tinggi terutamanya kalau kita update setiap hari dengan katun baru...

blog kartun ni bagus kalau pelukis kartun tu nak promote karya dia kat satu dunia. Mula-mula tu mungkin sakit sikit pasal kena lukis free tapi bagi org baca free aje. Tapi bila dah ramai org suka katun kita tu, kemungkinan nak buat duit yg byk tu adalah sgt besar

Cara nak generate income yg saya nampak adalah:

1) Advertising - Boleh tarik advertiser produk berkaitan remaja atau kanak-kanak terutamanya kalau katun tu berkaitan komik atau manga yg bebudak tgh giler skarang ni. Kalau utk adsense rasanya tak byk sgt pasal keywordnya tak berapa mahal , lebih kurang 0.10 - $2 per click (0.01 pun ada). Tapi kerana trafik tinggi kemungkinan akan dapat byk click - tapi byk click tak semestinya masyuk... rekod saya pernah dpt 80 click sehari tapi earning dia cuma $9 jer - kalau keyword lain mungkin dah dpt beratus

2) Servis - Kalau katun tu kita lukis sendiri mungkin kita boleh tawarkan servis lukis kartun utk sesapa yg minat nak pakai artwork katun. Untungnya dgn servis katun ni, competition tak berapa byk dan kita boleh caj mahal

3) Syndication - Katun kita kemungkinan boleh dpt perhatian suratkaba atau majalah dan diorang sanggup bayar hanya utk mintak kebenaran nak siarkan. Contoh macam garfield & peanuts tu satu dunia pakai katun diorang setiap hari. Satu katun harga minima USD100 tapi kalau popular boleh cecah sampai USD500. Cuba bayangkan dalam sehari 100 suratkaba... mau cecah USD10,000! Tu pasallah yg lukis garfield ngan snoopy tu kaya!

4) Licensing - Ni kalau ada mana2 syarikat buat produk pengguna cam t-shirt, mug, cap pakai katun kita kat barang keluaran diorang. Dan kita akan dpt royalti atas setiap barang yg terjual. Rasanya ni yg paling masyuk pasal design tu kita buat sekali jer tapi makan sampai bertahun-tahun...

Ada byk lg rasanya... ini bergantung kpd kreativiti kita untuk mengkomersilkan katun kita tu... tp kalau web/blog kita tu pakai katun karya org lain, terbatas sikitler... silap-silap kena saman!

Last edited by ubi; 06-14-2008 at 12:01 AM.


Reply With Quote