View Single Post
  #40  
Old 06-12-2008, 10:14 PM
copernicus's Avatar
copernicus copernicus is offline
WC300
 
Join Date: Jun 2008
Location: " MALAYSIA i love... "
Posts: 845
copernicus is on a distinguished road
iTrader: (16)
Smile terpanggil...

tertarik pula saya kepada thread ini. walaupun isu ini boleh dikategorikan sebagai lapok, namun, ia tiada penyelesaian yang total dan konkrit. asalkan tidak jemuh mencari jalan penamat dan pengurang, biarlah sahaja walau ia dianggap isu lapok. yang pasti, dulu, kini dan selamanya, ia adalah berpunca daripada beberapa pe'el manusia itu sendiri...

Quote:
Originally Posted by fazdlie View Post
masih ada lagi? dan masih ada lagi yg pecaye ke?
inilah masalah utamanya...! dalam apa sekalipun, jika ada permintaan, maka adalah pengwujudan! yang teramat peliknya, permintaan di sini adalah untuk ditipu! maka, wujudlah sejumlah binatang bertopeng manusia merakus kepada permintaan yang wujud itu!!! sedih!!!

Quote:
Originally Posted by smartusaha View Post
Dulu, kes pakar IT yg kena tipu. Kes mcm ni lah. Ribut satu malaya jadinya.

Bagi saya, pihak media tak patut dan amat tak patut tunggu ada kes mcm ni je baru nak cakap pasal e-banking. Tak ada pula artikel atau kempen penggunaan e-banking.

Hmm.. Pihak media janganlah terlalu menumpu kepada berita sensasi dan hot semata-mata. Pendidikan jangan dilupa.

Kalau asyik cerita benda ni, mcm mana lah penggunaan online banking nak meningkat. Sia-sia je lah usaha kempen kita (usahawan internet) selama ni.

Dulu masa saya diinterview oleh radio Best 104, datang 2 orang pelawat. Dua-dua hanya tanya pasal boleh cayer ke beli melalui internet? Tak kena tipu ke? Sebahagian besar soalan mereka tidak lari mengenai kepercayaan dan penipuan. Mereka takut..

Ada dua pihak yg bertanggungjawab untuk elak kes tipu ni:

1. Pihak yang kena tipu
2. Bakal kena tipu

Dua-dua ni perlu bersiap-sedia dengan ilmu. Kat laman web bank terang-terang ada panduan elak kena tipu. Tapi al-maklum, tak semua dan tak ramai orang mahu ambil tahu. Bila dah kena tipu barulah nak tergadah.

Bak kata pepatah, "dah terhatuk, baru nak tergadah". Beringatlah selalu. Berhati-hati di Internet. Hanya dengan ilmu kita boleh mengurangkan risiko untuk ditipu.
benar sekali apa yang diutarakan Zul. sesetengah pihak di kalangan kita sedang (dan mungkin selamanya...?) tidak berlaku adil kepada kebanyakan pihak. dan, sudah semestinya, ilmu itu jugalah pelindung segala durjana... asalkan adanya, hanya praktik sahaja dinanti...

Quote:
Originally Posted by RinggitHit View Post
Yg pasti:

1) ia berlaku bukan sbb kesilapan/kelemahan e-banking

2) ia berlaku sbb mangsa tu tak tahu apa itu e-banking

3) kita kena akui bhw tiada wang yg akan dtg bergolek spt itu kerana semuanya adlh tipu belaka!!!

Jadi, sama2 lah kita didik semua masyarakat ttg e-banking!

Bagaimana caranya? Slh satu nya ialah medium blog yg amat popular skrg nih....
ada benarnya, akan apa segala yang dinyata oleh RinggitHit. maka, usahlah kita yang positif ini, jemu dan lelah kepada terus mendidik rakan-rakan kita yang masih lagi kepeningan di luar sana...

Quote:
Originally Posted by RizalHardy View Post
akhirnya berita sebenar dicetak...
yg kes2 sebelum nih pun yg kena tipu mcm tu selalunya suratkhabar kata
kena pukau la, kena ilmu hitam la, tapi sebenarnya mangsa tu sendiri
tak tau apa yg terjadi, sedar2 duit dah kurang, tu yg rase mcm diri
kena pukau. padahal kerana kurangnya sikap nak ambil tau pasal
benda2 cam gini.

aku penah masuk area pinggir bandar jek, ajar org kampung guna
internet, org kampung tu tanya, camne nak bayor bill kat internet
tu, kena antor bill tu dulu ke bank ke?...aku cakap tak payah, trus
masuk website, online banking...bley dia tanya lagi, kalau camtu kena
scan je la ek? kire advance la gak org kampung ni, tau scan2...hehe...

itu menunjukkan yg mmg diorang nih tatau apa2 pasal online banking...
bkn tak pandai...tapi takde yg mengajar....
nah! ini adalah kes yang benar di kacamata masyarakat kita kini. adalah juga jelas, masih banyak lagi yang perlu, kita, para penggiat minda positif, usahakan sesuatu ke arah mencapai kebaikan.

Quote:
Originally Posted by MiMikO View Post
aku pun pernah dpt gak sms camni,same la,dari org indon gak,no tipon ntah ape2 tah panjang nombornye,die ckp aku menang rm15000 dari maxis,yg kelakarnye kat bwh sms tu ade suruh cek website for further info tapi addressnye www.mexis.com.my,hahahaha...m'e'xis,bukan m'a'xis...nak menipu pun agak2 ar,lol.
hmmm... jika seperti inilah kita tertipu... tiada apa lagi mahu diperkata. hanyanya, jadilah waras. maxis yang gah berdiri, tidak akan sama sekali jatuh menjadi mexis. sekali lagi, jadilah waras, duhai tertipu...

Quote:
Originally Posted by pintoo View Post
apa-apapun disini persoalannya bagaimana nk memBIJAKan masyarakat kita dari terTIPU dan diTIPU juga tidak berEMOSI hendak CEPAT KAYA
ya! ini adalah yang terutama sekali perlu dibongkar dan dijumpai 'blueprint'nya agar khalayak sekurang-kurangnya boleh menjaga diri yang ditanggung sendiri...!

rumusnya, sentiasalah berwaspada.

jangan mudah terpedaya dengan seruan para binatang ini.

bentengkan diri dengan doa, dan pastinya ilmu. janganlah pula lupai apa yang seterusnya, iaitulah, praktikkannya dengan sebaik mungkin...

terbaik... bersamalah kepada para penggiat pemikir minda positif.

semoga isu ini, sekurang-kurangnya tidak menjadi isu, tetapi masalah kepada setiap diri kita semua...

p/s: terima kasih kerana masih memberi perhatian kepada post saya ini. ajarilah, sekiranya terdapat lopongan yang perlu ditutup. maaf, jika ia mencuri sedikit masa dan penumpuan anda...
__________________
Quote:
" copernicus. anak muda yang sangat bersemangat untuk berjaya. semoga dengan doa kalian, copernicus capai impian. di dunia maya, copernicus aktif (DI SINI) (DI SINI); antara jalan yang dilalui (selamanya insyaALLAH) motto: IDEA EKSTREM = JUTAWAN EKSTREM " >>> RAHSIA SEBENAR Usahawan Internet <<<


Reply With Quote