View Single Post
  #23 (permalink)  
Old 05-22-2008, 02:50 PM
Phoenixwunin's Avatar
Phoenixwunin Phoenixwunin is offline
Junior Member
 
Join Date: Feb 2008
Posts: 85
Phoenixwunin is on a distinguished road
iTrader: (1)
Default

Quote:
Originally Posted by izzatg View Post
askum semua,,saya ni berminat la untuk buat bisnes internet..tp,masalhnye mcm mn permulaan sebagai seorang beginer untuk memulakannya?saya ni nk cakap ***** it xla sgt,tp, laman web xreti buat la..adakah untuk memulakan perniagaan internet ni memerlukan laman web sendiri?apa yang di internet ni boleh diniagakan?
dan cadangkanlah apa2 yg sesuai yg boleh memikat pelanggan?contoh barang yg perlu diniagakan?dan bagaimana nak dipromote kan?adakah mendapat sambutan jika saya mejual jersi2,baju2,n pakaian lain2..
k,thanx beb..
xsalah kan buka topik nih!!

Banyak benda kena belajar bila nak buat duit kat internet nih. First time buat.. susah nak berjaya (but ada yg berjaya buat first time.. but mostly dey all nie ada mentor).


First sekali.. ko nak buat apa?? Setakat pemerhatian aku di tenet nih.. ada tiga bentuk cara buat duit yg aku paham.

1. 1-up Program / MLM

Program cam Cruise to Cash, Abunza, Passport to Wealth dan seumpama. Nasihat aku.. toksah dok bother dgn program camnih. Bankrup ko karang LOL.

2. Google Adsense

Best gak nih. But aku tak venture dalam nih lagi so tak tau apa sangat. Especially semenjak kes google slap dulu.. aku makin tak minat nak buat adsense. But memang boleh buat duit. Maybe ko nak belajar?

3. Business Internet

Ko boleh buat produk ko sendiri dan jual kat orang lain.. or.. just jadi tukang promote barang orang lain kat tenet.

Yang ni pun best. Banyak duit boleh buat. Nak jadi jutawan pun boleh. Masalahnya.. as usual.. learning curve dia steep nak ******. But once ko dah berjaya dengan campaign yang berjaya.. just repeat and rinse.. repeat again. Kaya la ko.



Aku elaborate pasal no. 3 tuh.. pasal itu adalah apa yang aku buat sekarang. Ada kitaran dia nak buat benda nih.

First of all.. bila masuk bisnes nombor 3 tuh.. ko berada dalam niche marketing. Apa kebendanya niche tuh?? Niche nih adalah sekumpulan makhluk allah yang mencari solution kepada problem yang diorang ada. Selalunya niche nih adalah kumpulan kecil dari industri yang lebih besar. Cth niche aku kasik, "How to train a pug to heel", "How to farm gold in WOW" atau maybe, "How to make money online".

Most of the time ramai orang beli e-book pasal buat duit kat internet. Haa... orang yang buat produk buat duit kat internet tuh buat bisnes dalam niche "Make Money Online"

Virtually.. ada berjuta-juta lemon niche yang wujud kat muka bumi ni untuk ko terokai. But ofcourse ada teknik ko kena tahu untuk pilih niche apa yang ko nak focus. Kalau tidak.. ko takkan kaya buat bisnes nih.. silap haribulan habis duit lagi ada.

And then bila dah ada niche.. ko nak cari produk pulak. Ada dua cara pulak disini. First.. ko mungkin nak cari produk orang yang relevent dengan niche ko.. untuk ko jual. Ko akan dapat komisyen la. Dari 25% ke 75% depend on tuan punya produk. So assume ko jual produk harga USD100 dalam niche "How to be a magician". Produk punya komisyen 50%. Ko akan dapat USD50. And melalui kempen ko.. ko berjaya dapat dalam 3 sale jer sehari. Meaning $50 x 3 = $150. Then sebulan.. 30 x $150 = $4500. Convert duit Malaysia.. dalam RM13500 kot. Kan best tuh??

Masalah dgn produk nih adalah.. kengkadang produk tuh tak bagus.. dan kengkadang pulak.. ia tak releven pun dengan kita punya niche. Cth ko jual pasal "How to lose weight for soon to be married couple". Tapi produk cakap pasal kurangkan berat badan untuk gadis remaja. Konfirm produk refund rate ko tinggi. So dalam hal ni.. ko takde produk yang releven untuk dijual. Solution nya?? Ko buat produk sendiri. Cth paling best adalah dalam niche "Acne Scarring". Niche nie mempunyai market yang cukup hungry giler tuhan saja yang tahu. Apa yang bestnya.. produk dalam niche nih almost tak wujud langsung. Ada dua produk dalam Clickbank.. but semua mempunyai refund rate tinggi.. meaning ia tak efektif. But niche nie mmg boleh buat duit punya.. so solutionnya ko buat ko punya produk sendiri. Camner nak buat produk sendiri?? Research.. research and research.


So assuming ko dah ada produk tahap dewa 100 Petala Langit punya best. Ko takkan buat duit kalau takde orang beli produk ko pulak. LOL


So ko kena drive traffic ke website ko.. atau website tuan punya produk tuh. Dalam niche marketing.. kita gelar website business nih sebagai landing page (definisi lari sikit.. but aku nak ko faham konsep.. so lantaklah :LOL.

Ada banyak cara nak drive traffic sebenarnya. Iaitu.. teknik berbayar dan teknik free. Teknik free camner???


Teknik free.. a.k.a BUM Marketing.. tak susah.. ko boleh guna web 2.0 cam youtube.. atau favourite aku.. buat artikel dan hantar ke ezinearticles, squidoo dan berpuluh-puluh artikel diretory kat muka bumi nih. Google is in love with ezinearticles.. so given the right keyword.. ko boleh duduk tangga pertama dalam Google untuk keyword ko.. which means.. beratus-ratus orang akan nampak artikel ko dan baca. Dari 1000 orang.. let say ko nyer conversion rate 1%.. which means 10 orang. Maknanya 10 orang akan beli dan ko akan buat duit USD 500 hanya melalui artikel sahaja.

Teknik berbayar.. hehehe.. Google Adwords lah. Perasan tak iklan bertulis Google Ads kat tepi setiap kali ko research something kat google. Dgn Adwords.. ko punya iklan akan muncul kat situ.

Teknik nih hampeh skit.. but kalau kena cara pulangan dia boleh buat ko pakai sebijik Evo 9 dalam tempoh masa setahun. :lol:

Kenapa hampeh?? Pasal banyak ko kena belajar.. pasal keywords, quality score algorithm, common keyword technique.. dan dua tiga perkara yang hampir buat kepala aku meletup suatu ketika dahulu (masa aku baru start belajar). Kalau ko tak praktikkan benda nie semua.. ko nyer quality score akan turun.. dan Google akan kasi denda.. denda apa?? Dendanya.. ko kena bid keyword ko dgn nilai lebih tinggi.. ad ko akan berada di kedudukan lebih bawah dan bermacam perkara yang.. well.. buruklah. So kena spend lots of time belajar mende alah nih.

And then website. Huhuhu. Masalah dunia bagi orang yang nak start buat bisnes internet nih. Ada dua cara. Ko boleh directkan traffic ke laman web tuan punya produk. But masalahnya disini.. ia akan bergantung kepada tuan punya produk la untuk memastikan produk dibeli dan ko dapat duit. Rugi. Sebab almost 90% tuan produk kat luar forum nih.. tak tahu cara yang betul untuk buat copywriting. So benda ni affect ko nyer pendapatan. So cara yang betul?? Buat website ko sendiri. Then dari website ko tuh ko buat link ke website tuan punya produk. Ujikaji membuktikan cara ni buat conversion aku jauh lebih tinggi tak kira niche apa pun aku promote.

Haa... biar aku teka... ko tak reti buat website kan???

kohkohkohkho...

Ko masuk Google.. ko type: Myfreewebsitebuilder

Program tuh milik Ewen Chia (dia coding kan dari program percuma NVU site builder) dan infact lebih best dari Microsoft Frontpage (but takleh lawan Dreamweaver la...). Ko download menatang tuh.. dalam tuh ada 5 video 4 jam ajar ko buat website. Mmg best.. aku dulu belajar dari situ la. jgn bother dgn HTML sangat.. pecah kepala lutut ko karang. Masa ko download program nih.. Ewen akan kasi beberapa offer untuk ko.. jgn beli.. buang masa jer. Teruskan download.. and learn.

Quote:
Originally Posted by izzatg View Post
bosan la ebook2 nih..

Hohohohoho... ebook ek. Yg nie takleh buat apa la bang. Ko terpaksa spend some money beli gak.

But let me give you some advice.


Terlalu banyak ebook ko baca tak bagus. Kenapa?? Sebab lebih banyak ebook means lebih banyak pengaliran duit kuar.. so kena tumpu pada certain ebook jer.

Nasihat aku yg pertama.. jgn beli produk Ewen Chia. Ngarut jer. Pesal?? sebab banyak produk dia yang rehash info dari produk yang lama. Dari superaffiliate cloning sampai la latest Workfromhome (lucky betul dia dapat keyword nih).

Ko nak produk best.. Patric Chan kasi banyak produk yg best-best dan value for money (aku tak nafi la.. aku salah seorang customer dia yang sentiasa tersenyum riang mengeluarkan kredit kad beli barang dia). Lots of benefit and value. Dan bila Patric Chan cakap something.. dia tak tipu. Then cuba luangkan masa dengan Gobala Krishnan dan apa yang dia buat di internet.. banyak gak tips ko bleh belajar.

Kalau ada masa.. pegi hadir Irfan Khairi punya bengkel.. aku personally tak pernah hadir.. but aku suka attitude mamat tuh dalam tv.. aku rasa dia deliver apa yang dia janjikan.


Oh well.. tu jer kot. Aku rasa aku terlalu banyak merepek la hari nie. sorry ya fellas... LOL

Janji aku tak buat dah lepas nie..

So.. have a good day learning.
__________________
Jarang online.. kalau ada apa-apa harap PM saja terus sebab posting di thread mungkin ada yg saya terlepas pandang.


Reply With Quote