alamak... nampaknya thread ini sudah pun mula disalah anggapkan... jika boleh kiranya saya ambil 'quote' saya sebelum ini...
Quote:
Originally Posted by IM Dreamer
p/p/s: diharap, anak-anak negeri lain tidak bersangka serong kepada pengwujudan dan tujuan thread ini. ia adalah semata-mata ingin mengumpul anak-anak negeri Kelantan kepada 1 kelompok. moga-moga usaha kerdil ini sekurang-kurangnya dapat menyatukan para blogger dan IM Kelantan. itu sahaja, dan tidak lebih daripada itu, termasuklah tidak sama sekali ingin mewujudkan sebarang sentimen negatif. ah-ha! apa kata... anda juga (anak-anak negeri lain...) juga mewujudkan thread seperti ini untuk negeri anda!!! kan itu adalah lebih bagus?!!! 
|
secara umumnya, saya hormati anda semua warga WC dan para komen di thread ini. sekali lagi saya nyatakan, supaya thread ini diadakan adalah untuk lebih mengukuhkan lagi kesetiakawanan kami, anak-anak Kelantan.
mungkin, ada di antara kami yang mahu mengambil inisiatif untuk mengadakan bengkel blog, ataupun bengkel perniagaan internet di Kelantan, maka seterusnya bolehlah mereka memaklumkannya di sini. mungkin juga untuk berinteraksi sesama mereka untuk lebih mendalami dan memajukan diri dalam IM sekaligus akan dapat memajukan industri IM negara.
sama sekali thread ini tidak mahu menimbulkan sebarang apa jua sensitiviti atas tujuan apa-apa sekalipun. secaera khususnya, tidak daripada saya sekalipun.
oleh itu, akhirnya, saya serahkan kepada para moderator WC untuk membuat keputusan, samada thread ini relevankah untuk ditutup atau diteruskan... saya sayang WC, dan saya hormati kesemua warga WC. saya akur jika salah, saya terima jika saya lemah... maafkan saya... ...