Betul kata naem,
Asasnya adalah fokus pada sesuatu kepakaran kemudian sambil-sambil tu cubalaa diversify income dengan cara dan kaedah lain. Selalunya masalah kita ni adalah overload dengan info dan juga hype di internet sehinggakan apa yang ada depan mata kita tak perasan.
RM 1000 sebulan tidaklah sesukar mana tetapi bagi newbie memanglah nampak seperti susah nak dicapai. Ikut perkiraan 350 usd dah melepasi target Khairil sebab sekiranya di "convert" ke RM ( katalah rate 3.0 ) dah jadi RM 1050.
Agak-agak $350 susah tak? Rasanya kalau awak terus fokus pada apa yang awak mahir tu angka ni dah tentu dapat dicapai. Selalunya kita ni.. fikir macam dah "all out" pada apa yang kita buat tetapi sebenarnya tidak. Cuba tambah extra 10% lagi dari apa yang dilakukan sekarang dan kita tgk hasilnya..
