View Single Post
  #49 (permalink)  
Old 05-15-2008, 07:00 AM
brownknight's Avatar
brownknight brownknight is offline
New Member
 
Join Date: Apr 2008
Location: Kuantan
Posts: 21
brownknight is on a distinguished road
Send a message via AIM to brownknight Send a message via Yahoo to brownknight Send a message via Skype™ to brownknight
iTrader: (10)
Default

Quote:
Originally Posted by shuth View Post
Dari rekod, kali terakhir dia login ke dalam forum ini ialah pada 9 May 2008.
Menunjukkan dia masih boleh online dan ada memasuki forum ini. Tapi disebabkan tindakan beliau yang hanya berdiam diri, maka pada hari ini, saya setkan status beliau sebagai "Scammers".

Sekian, terima kasih.
Assalaamualaikum, baru malam semalam Brown perasan ID saudara kadafi dah kena cop scammer...

Disebabkan tiada penjelasan, Brown googlekan pg td lpas solat Subuh, dan jumpa thread ni...

Saudara Kadafi pernah berurusan dengan Brown sebanyak tiga kali dalam tempoh 9 hari 22 April - 30 April 2008. Brown membeli Paypal.

Pada 22 hb, Saudara Kadafi menawarkan harga yang agak murah dan mencurigakan, tetapi urusniaga berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

22/4 = $270 @ RM780

Pada 28 hb, Saudara Kadafi menawarkan harga standard, dan urusniaga berjalan lancar juga.

28/4 = $500 @ RM1500

Pada 30 hb, Saudara Kadafi menawarkan harga yang lebih tinggi dari biasa dan meminta tolong Brown agar membeli stoknya kerana beliau memerlukan duit dengan segera disebabkan nak pakai duit pada hari itu. Beliau berjanji akan menawarkan harga yang lebih murah lain kali.

30/4 = $210 @ RM651

Dalam ketiga-tiga transaksi, duit dibayar ke akaun Maybank 114281072139 ( MUHAMMED KADAFI BIN ) [kemungkinannya Bin Razip, memandangkan itulah nama yang tertera pada YM beliau]

Pada 5/5/2008, Brown ada berurusan dengan Saudara Kadafi untuk pembelian $55 Paypal @ RM 165 untuk seorang klien Brown.

Brown membayar RM165 ke akaun yang sama, akan tetapi Brown tertendang keluar dari M2u sebaik melakukan transaksi itu. (M2u memang tengah mengong pada hari itu)

Apabila Brown login semula, duit itu masih berada dalam akaun Brown, so Brown menghantar semula RM165, dan mendapati baki Brown berkurang sebanyak RM330 kerana dah terbayar dua kali pada Saudara Kadafi.

Atas dasar percaya pada Ahli WC300, Brown memintanya teruskan dahulu dengan urusniaga. Permintaan klien adalah untuk memasuki akaun ebay beliau dengan password sementara dan melakukan pembayaran untuk belian barangan tertentu.

Setelah berulang kali mencuba, Saudara Kadafi tetap tidak dapat menyempurnakan transaksi tersebut, dan akhirnya beliau membatalkan urusniaga tersebut. Wang RM 330 dipulangkan sepenuhnya ke akaun Brown.

Sekarang Brown ingin mengajukan satu persoalan:
Seandainya memang benar saudara Kadafi ini seorang scammer, adakah beliau akan memulangkan wang Brown?

Kenapa beliau tidak bawak pelari jer duit tu kalau niat beliau memang nak scam orang sehari dua selepas itu?

Oleh hal yang demikian, Brown berasa saudara Kadafi bukan seorang scammer dan mungkin berada dalam kemusykilan tertentu (kematian / kemalangan / darurat)

Brown harap beliau dapat segera kembali membersihkan nama beliau dan perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

Jika seandainya Brown salah menilai kejujuran Saudara Kadafi, maka Brown sedia membantu dalam apa jua bentuk siasatan terhadap beliau. Akaun M2u dan nama beliau telahpun tertera di atas buat rujukan kalian semua.

Pada mangsa, harap bersabar menghadapi ujian Allah <s.w.t> dan sila hubungi Brown seandainya anda rasa Brown dapat membantu dalam apa jua cara sekalipun.

Sekian

Wassalaam

Last edited by brownknight; 05-15-2008 at 07:02 AM.