Alfatihah, semoga tuhan mencucuri rahmat ke atas roh arwah. Saya memang mengenali beliau hanya melalui internet, beliau seorang yang rajin bertanya terutamanya mengenai perniagaan internet dan blog.
Sejak beberapa bulan terakhir memang kami dah kurang komunikasi kerana beliau semakin aktif dengan forex dan insuran yang mana bukan bidang saya, Blog
Motivasi Bersama Taqiyuddin Dan Nadia: Bersama Mencipta Kejayaan Diri Menerusi Motivasi tu saya yang setupkan pada 15 Dec 2007. Belum pun setahun lagi.
Domain & hostingnya saya beli dari Shuth, saya tak ada akses lagi ke blog tu kecuali ke akaun hostingnya. Mungkin sesuatu perlu dilakukan setidak-tidaknya post terakhir memaklumkan kepada pengunjung blog bahawa pemilik blog tersebut telah kembali ke rahmatullah.