Mulai sekarang, pihak moderator / admin akan mengemaskini dan menambah kod etika ber-forum. Juga, beberapa tindakan tegas akan dilakukan tanpa amaran terlebih dahulu. So, sila baca semua peraturan forum di sini dahulu sebelum melakukan apa-apa posting terutama yang baru join forum ini.
KOD ETIKA / PERATURAN & TINDAKAN
==========================
1. Mana-mana posting yang salah tempat akan di-alih tanpa diberitahu terlebih dahulu oleh pihak moderator.
2. Jika anda salah posting berkali-kali, kami berhak delete sahaja posting anda itu kerana kami letih nak layan anda sorang.
3. Mana-mana IKLAN yang tidak bagus untuk manfaat bersama, kami akan delete terus. So, kalau iklan anda hilang, maksudnya iklan anda tu mungkin tak baik untuk manfaat bersama.
4. IKLAN yang dilarang adalah skim piramid, skim binari, derma-menderma, autosurf, pelaburan entah apa-apa, HYIP dan Forex. Anda perlu sedar, kita di forum ini hanya fokus kepada PERNIAGAAN INTERNET sahaja.
5. SILA CARI & BACA persoalan yg ingin anda tanya
SEBELUM bertanya, melainkan anda urgent dan betul2 memerlukan jawapan dengan cepat. Ingat!! Nak berjaya kena rajin.
6. Sebelum buka topik baru, sila cari adakah topik anda tu dah ada orang buka atau belum.. hehe, kena rajin sikit. Jangan malas..
* Gunakan fungsi search di forum ni. Menunya kat atas sekali bersebelahan dengan menu FAQ.
Lain-lain kod etika dan peraturan akan ditambah dari semasa ke sama.
TINDAKAN TEGAS ADALAH MUKTAMAD UNTUK KEBAIKAN SEMUA.
Moderators.