View Single Post
  #1 (permalink)  
Old 05-07-2008, 01:33 PM
danbytes's Avatar
danbytes danbytes is offline
Junior Member
 
Join Date: Dec 2005
Posts: 85
danbytes is an unknown quantity at this point
iTrader: (0)
Talking Bina list dengan PHPlist (open source newsletter manager)

Ramai usahawan internet cakap list adalah aset terpenting untuk seseorang IM berbanding dengan produk mereka sekalipun. Saya rasa ianya memang betul dan kini dah banyak IM Malaysia yang membina list masing-masing.

Tetapi untuk seorang newbies menggunakan autoresponder berbayar seperti Aweber atau Getresponse mungkin diluar kemampuan kerana agak mahal. Guna autoresponder free pulak mungkin ada banyak kekurangan. Almaklumlah benda free.

Jadi apa kata korang gunakan PHPlist yang merupakan satu projek open source. Tetapi apa yang saya faham ianya merupakan perisian newsletter manager sahaja bukan autoresponder yer...

Korang leh muat turun perisian ini di laman rasmi dia di URL:

phplist.com : Homepage : home

Saya dah cuba godek-godek sket benda ni. Nampak macam sesuatu yang menarik dan power jer. Walaupun mungkin ada beberapa kekurangan ler klu nak dibandingkan dengan autoresponder berbayar. Satunya mungkin sbb tiada fungsi autoresponder. Tapi yang penting ianya memudahkan kerja-kerja menguruskan list dan dikawal sepenuhnya oleh kita sendiri.

Cuma saya tak pasti sama ada PHPlist mampu tampung klu list tu ramai subscriber sebab saya pun baru nak try jer... Masa buat ujikaji mesej yang dihantar memang masuk ke inbox tapi dengan bilangan test subscriber yang ciput jer la..

Sekiranya ada IM di sini yang biasa atau aktif menggunakan PHPlist ni, sila berikan komen anda di topik ini.

Terima kasih.
__________________
Free eBook >> Panduan Pemasangan WordPress di Local PC << Dapatkan sekarang!
Musti Tngok: SmackDown Offer!!!

Panduan Asas Drupal Edisi Pengenalan - Ebook Terkini!


Reply With Quote