Quote:
Originally Posted by Labanon
Yang sentiasa masuk SPAM box biasanya menggunakan autoresponder free...
|
Guna yg berbayar memang risiko nak masuk spam box tu rendah, tapi boleh masuk juga. Walaupun bagus, tapi yg akan menentukan adalah filter email si penerima tu.
Sebab tu dalam tulis emel, kena betul. Salah satunya jangan letak banyak link dalam emel. Emel anda perlu pendek seboleh yang mungkin dan direct to the point. Ada juga kajian simple dapati, penggunaan tanda seru (!) pada tajuk emel juga boleh mendatangkan risiko emel akan masuk spambox. Tak silap saya, team aweber yg buat kajian ni.
Actually dalam aweber atau getresponse, dia ada satu function 'pengukur' tahap emel kita tu. Fungsi tu akan berikan nilai kepada emel anda adakah emel tu akan dianggap sebagai spam tu ada atau tak? Kalau ada, berapa banyak? Biasanya skala dia 0 hingga 5. Kalau rendah, biasanya tak akan masuk spambox melainkan si penerima tu masukkan sendiri emel kita tu ke dalam spambox.
Kelebihan aweber ni dia banyak fungsi. Macam2 ada. Tapi kalau anda masih baru, saya galakkan guna getresponse sebab dia mudah nak digunakan.
Kalau aweber, susunan navigasi dia sedikit mengelirukan. Tidak untuk getresponse, menu dia memang straight forward.
Bagi saya, kedua-duanya bagus. Cuma lebihnya aweber ialah, lepas anda send emel, anda boleh tahu kadar deliveribality dia. Tak silap saya, anda boleh tahu berapa emel yg tak sampai (kalau tak salah saya).
Dan yg bestnya, aweber akan senaraikan emel (termasuk nama) mereka yg tak verify pendaftaran list. Dalam getresponse kalau tak silap saya, tak ada. Namun, walaupun dia paparkan benda tu, anda tak boleh contact balik sebab ia melanggar spam punya undang2. Nak tak nak, mereka kena verify sendiri (subscriber tu lah). So fungsi ni hanya senarai, anda tak dapat buat apa2. Ia hanya sebagai report sahaja.
Then kelebihan aweber yg lain ialah, anda boleh hasilkan pelbagai jenis report (graf). Saya sukakan fungsi ni.
Saya pernah guna aweber, tapi yg kawan saya punya masa bantu dia buat projek dia. Skrg, saya hanya guna getresponse. Kelak, saya akan beli juga aweber ni. Nak guna kedua-duanya sekali.
Apa pun, kedua-duanya tetap bagus. Tahap kadar penghantaran kedua2 servis ni kita tak dapat bgtahu mana yg terbaik sebab tak ada FAKTA atau statistik. Semuanya hanya marketing dan mulut ke mulut sahaja. Kalau ditanya kepada mereka apa bukti aweber terbaik, mereka tak akan dapat bagitahu bukti dan faktanya.
Kalau ada pun, ia hanya statistik bagi pihak masing-masing. Aweber buat test mereka sendiri dan getresponse buat kajian mereka sendiri. Lastly, resultnya masing2 berpihak pada pihak masing2. Tak kan nak mengaku kekurangan sendiri kot.
Begitu juga soal mana yg terbaik. Bagi saya, selain mendengar pendapat orang, kita mesti guna kedua-duanya dan rasa sendiri. Dari situ baru kita akan tahu, mana yg terbaik untuk diri kita sendiri. Hatta si guru IM pun, walau mereka kata aweber terbaik, apa bukti dan faktanya?
Dalam IM, semuanya baik. Kalau si A sukakan Aweber, dia akan promote habis2 Aweber. Tapi di sudut yg lain, walaupun dia kurang suka getresponse, dia akan turut promote juga (link affiliate). Hehe.. Inilah dunia IM. Penuh 'sandiwara'.
Saranan Saya?
Kalau anda masih baru dalam IM dan soal teknikalnya pula kurang sikit, saya galakkan mula dengan getresponse. Sebab ia mudah digunakan dan step by step.
Tapi kalau anda seorang yg mudah menyesuaikan diri dengan aplikasi yg 'kompleks', gunalah aweber. Ia adalah yg terbaik untuk anda.
Itu sahaja yg dapat saya kongsikan buat masa skrg.