View Single Post
  #1 (permalink)  
Old 05-03-2008, 02:58 PM
smartusaha's Avatar
smartusaha smartusaha is offline
Moderator
 
Join Date: Dec 2005
Location: Skudai, JB
Posts: 3,126
smartusaha is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to smartusaha Send a message via Skype™ to smartusaha
iTrader: (17)
Default Teknik Tarik Trafik Ke Blog

Since forum ni dah semakin kekurangan artikel, so saya rasa better saya kongsi sedikit tip yang saya tahu. Bagi up sikit 'kemeriahan' forum ni.

Bagi anda seorang usahawan internet, blog adalah salah satu nadi promosi dan pemasaran perniagaan anda. Begitu juga dengan saya yg mana saya telah mula berblog secara serius sejak 2005 lagi.

Siapa yang tiada blog, mungkin anda perlu berfikir sekali lagi akan keperluannya. Namun jika ia tidak sesuai untuk anda, maka jangan lakukannya. Ini adalah pesan pakar blog. If you can't, don't do it. Sebab once anda berblog, anda perlu berblog untuk jangka masa yg panjang at least setahun dua.

Ok, itu hanya mukadimah.

Di sini, saya hanya ingin kongsikan satu tip sahaja mengenai cara mendapatkan trafik dengan cara yg mudah ke blog anda.

Caranya ialah dengan menggunakan email marketing. Selain menggunakan RSS, SEO dan sebagainya, email marketing adalah salah satu teknik yg berguna juga. Logiknya mudah iaitu:

"Tak semua pembaca blog akan selalu ke blog anda. So, anda perlu remind mereka dengan contact melalui emel".

Ada pembaca tetap walaupun mereka selalu ke blog anda, namun kadang2 disebabkan sibuk, mereka tak masuk ke blog anda tersebut. Jadi, jika ada sesuatu yg menarik di blog anda, hubungi mereka melalui emel.

Cara untuk hubungi ada dua cara:

1. Terangkan secara ringkas mengenai artikel yg menarik itu di dalam emel anda.

2. Senaraikan artikel-artikel yg menarik di blog itu ke dalam emel anda. Contohnya, "3 artikel menarik di blog SmartUsaha.com" atau, "[[firstname]], 4 Artikel Berguna Untuk Perniagaan Anda!".

Ingat kembali logik yg saya nyatakan di atas, tak semua pembaca blog kita akan selalu ke blog kita. Jadi kemungkinan untuk mereka tidak membaca artikel yg lepas adalah tinggi. Jadi dengan compile beberapa artikel dan senaraikan di emel, mereka boleh membaca artikel tersebut.

Tak Ada List..

Jika tak ada list, maka binalah. Skrg ni, jangan tunggu untuk menggunakan servis berbayar seperti Aweber dan Getresponse jika memang anda tak mampu. Gunalah skrip free yg begitu banyak di internet. Saya dulu pun mula2 guna yg free juga. So tak ada alasan di sini untuk mendekati teknik email marketing ini.

Saya rasa, itu sahaja tip yg sempat saya kongsikan pada kali ini.

Semoga bermanfaat.


Reply With Quote