Quote:
Originally Posted by 7FiguresGuy
p/s:ebook wordpress smartzul puluh ribu untung tu  ..sapa beli pun puas hati termasuk la aku...
|
Yang jual bukan hanya saya. Tapi reseller jual juga. Ada 100 orang reseller.
Sales keseluruhan termasuk jualan reseller ada lah dalam 5 angka. Tak banyak pun. Lagipun target pasaran Malaysia sahaja. Orang yang nak guna blog dot com tak lah ramai sangat, tapi setiap hari akan tetap ada yang berminat. Saya buat ebook ni bukan hanya untuk keuntungan, tapi nak dapatkan senarai customer juga. So, boleh promote ebook lain kelak (back-end).
Tip Ebook: Dalam penulisan buku, ada satu istilah iaitu Evergreen. Maksudnya buku tu tak lapuk dek zaman. Contohnya macam buku Napolleon Hill. Kalau anda berjaya tulis buku macam ni, memang akan laku sampai bila-bila hatta anda sudah tak ada kat dunia. Selain tulis ebook, saya galakkan anda tulis buku. Sebab walaupun kita dah tak ada kat dunia ni, ahli keluarga kita tetap akan dapat royalti buku tersebut. Kiranya buku tu pun salah satu harta yang bermanfaat untuk kita.