View Single Post
  #1 (permalink)  
Old 04-14-2008, 06:02 PM
smartusaha's Avatar
smartusaha smartusaha is offline
Moderator
 
Join Date: Dec 2005
Location: Skudai, JB
Posts: 3,126
smartusaha is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to smartusaha Send a message via Skype™ to smartusaha
iTrader: (17)
Default Bisnes Ebook Dah Tak Relevan!

Hajat nak letak tajuk "The Death Of Ebooks", tapi guna je lah tajuk yang sedang diguna oleh Team Flarebiz. Mudah sikit anda semua nak faham apa 'isu' sekarang.

Adakah ebook masih relevan di masa kini?

Bagi saya, soalan ini tidak patut ditanya, tapi amat bagus untuk diperbincangkan, disenaraikan idea dan pandangan oleh para usahawan ebook.

Konsep asas bisnes ebook adalah bukan "i jual you beli". Itu bukan bisnes. Ramai yang kata dia buat bisnes internet, tapi yg dia buat hanyalah make money iaitu jual ebook.

Bisnes ebook yg sebenar ialah:

1. Kita ada ebook sendiri (unik). Bukan ebook MRR, RR atau PLR. Kita tulis dan hasilkan sendiri. Ini baru boleh dikatakan sebagai produk sebenar. MRR apa semua tu hanyalah sebagai side product sahaja, bukan main products.

2. Ada senarai pelanggan dan prospek (List of buyers & prospects). Bila-bila masa sahaja kita boleh call atau hubungi mereka untuk promosi ebook kita. Senarai pelanggan inilah sebenarnya nadi kepada sesebuah perniagaan. Cuba tengok perniagaan offline. Kebanyakan pelanggan mereka adalah pelanggan yg sama. Mereka jaga betul2 pelanggan sedia ada mereka.

3. Ada banyak produk terutama yang sama bidang. Kalau dah ada ebook pasal resepi satay, apa lagi resepi masakan yg lain yg boleh dijual? Ini dipanggil sebagai 'product positioning'. Sebagai contoh, saya tahu banyak pasal blogging. So selepas ini, saya akan banyak keluarkan ebook mengenai blogging. Tunggu dan lihat.

4. Ada back-end. Ini rahsia besar dalam ebiz. Ada orang pertikai jual ebook murah tak bagus. Tapi hakikatnya tujuannya ialah untuk dapatkan list of buyers. Then lepas tu boleh follow up dengan produk yang mahal sikit.

5. Ada produk high ticket (harga tinggi). Contohnya coaching program, seminar, bengkel, talk dan sebagainya.

Perkara 3, 4 dan 5 di atas dipanggil sebagai marketing funnel.

Saya senaraikan 5 perkara tu sahaja dulu. Saya tak kata ia lengkap. Banyak lagi aspek lain yg perlu diambil kira untuk mengatakan anda benar-benar buat bisnes.

Kesimpulan yang dapat saya katakan ialah, ebook akan tetap relevan sampai bila-bila (sampai kiamat). Mereka yang mengatakan ebook ini sudah tak relevan sebenarnya mereka yang tak faham apa itu bisnes ebook. Sorry to say, tapi ini hakikatnya. Mereka bermain dengan bayang-bayang sendiri.

Mereka tak faham konsep marketing funnel. Maka sebab itu mereka tak yakin dengan ebook. Ebook itu selain dapat jana duit, ia juga dapat dijadikan sebagai platform untuk membina jenama dan juga membawa customer untuk servis atau produk lain yang lebih tinggi bayarannya.

Malah, mereka juga tak ada keyakinan di dalam bisnes ebook. Takut takut dan ragu ragu. Semuanya bermain dengan fikiran sendiri. Jual je lah. Kalau tak ada orang beli, buat kajian kenapa takde orang beli. Kat situ bertambah lagi pengetahuan kita.

Banyak lagi sebab ebook tak laku dan tak dapat saya senaraikan di sini satu persatu. Cuma tiga perkara untuk pastikan ebook laku ialah:

1. Topik itu tu ada permintaan - Ini wajib
2. Laman web yang kadar conversion rate tinggi
3. Trafik mesti tinggi

Di luar sana, ramai yang mahukan bantuan anda. Dan dengan ebook lah salah satu cara untuk membantu mereka. Saya banyak terima emel dan SMS pasal ebiz dan perkara teknikal. Dari dulu sampai sekarang, tetap ada orang baru dalam market yg anda ceburi. Market ebiz ke, market masakan ke, market hosting ke, permintaan tetap ada..

Tapi, anda perlu faham konsep supply & demand. Kalau permintaan sedikit, tapi persaingan banyak, maybe tak profitable nak masuk bidang tu. Tapi tak semestinya tak boleh sebab nak seribu daya. Di sinilah peri pentingnya keunikan produk anda dan jenama (brand) perniagaan dan diri anda.

Soal marketing pun salah satu sebab ebook tak laku. Ebook tu bagus, tapi cara marketing salah dan tak begitu bagus. Itu belum lagi nak cerita mengenai keusahawan si usahawan tersebut. Macam mana hubungan dia dengan bakal pelanggan dan pelanggan sedia ada? Anda menjual atau anda buat bisnes dengan mereka? Jangan jual, tapi buat bisnes. Bisnes ni means, wujudkan hubungan dengan mereka. Bukan takat aku jual kau beli then habis. Itu bukan bisnes. Once ada hubungan, mereka tak anggap anda sebagai seorang penjual atau salesman. Tapi mereka anggap anda seperti seorang kawan.

Akhir kata, ebook akan tetap laku sampai bila-bila. Kalau anda usahawan internet atau usahawan informasi yang serius, jangan sesekali mengatakan ebook sudah mati, tak laku, tepu atau dah tak relevan. Kalau anda kata begitu kepada pakar infopreneur, anda akan malu besar dan mereka akan ketawa besar kepada anda.

Industri informasi akan terus berkembang maju selari dengan permintaan setiap masa dan zaman. Kita sebagai usahawan hanya perlu mengikut permintaan pada masa tersebut. Sebab tu kena buat market research.

Ini adalah pandangan peribadi saya dan saya tetap yakin ebook tetap laku bak pisang goreng panas jika kena caranya. Ingat, manusia mahukan kesenangan, kekayaan, ketenangan, keselesaan, sihat, cergas, mudah dan sebagainya. ANDA sebagai usahawanlah yang boleh memenuhi kehendak mereka itu. Salah satunya melalui ebook.

Semoga anda terus bermotivasi untuk berbisnes ebook!

Wassalam.

- smartzul

Last edited by smartusaha; 04-14-2008 at 06:09 PM.


Reply With Quote