Jom baca apa yg dia tulis di bahagian tepi web dia:
---------------------
Pengiktirafan Internasional WL (06/03/2008 10:15 PM)
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah sbw,kini Wanglebih.com telah mendapat
pengiktirafan tahap international dimana Wanglebih.com tersenarai didalam rangking dunia oleh Alexa dunia sebagai
Website yang tercanggih dan sahih kemajuan dan sambutannya dari seluruh dunia dengan teknologi automatic money machine dan sistem pembayaran keahlian yang pantas dan tepat tanpa keraguan.
Dengan pengiktirafan tersebut pihak Wl telah
dianugerahkan juga sijil SSL keselamatan transaksi dan ketulenan program tanpa sebarang penipuan dan SCAM seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Pihak godaddy iaitu host kepada server kepada jutaan webhosting seluruh dunia juga telah
menganugerahkan WangLebih.com sijil pegesahan WL sebagai "secure site" Website yang tulen dan selamat DARI SEGALA AKITIVITI SCAM dan SPAM.
Tahniah juga diucapkan kepada ribuan ahli yang memberi sokongan padu kepada WL beberapa tahun kebelakangan ini,i nsyaAllah pihak admin akan sentiasa memantau software-software berteknologi tinggi yang akan sentiasa memantau software-software berteknologi tinggi yang akan dibekalkan bersama ebook panduan yang amat mudah untuk anda semua terus menjana pendapatan lumayan tanpa henti 24/7 sehari tanpa henti
Kini pihak WL sedang menyiapkan ebook v7 serta dwi bahasa english-malay seperti saranan membina para ahli sekalian.Sekiranya anda mempunyai sebarang pandangan dan komen sila hubungi pihak admin melalui email dan juga chat.
InsyaAllah pihak didalam perbincangan WL juga sedang ditawarkan
status MSC dalam usahasama bersama pihak labrotory penyelidikan
UUM - Universiti Utara Malaysia dalam pembinaan sistem yang lebih canggih dan mesra pengguna khas untuk rakyat Malaysia!Kepada ahli yang masih belum membuat pendaftaran dan pembayaran sila berbuat demikian sebelum pihak WL menaikkan yuran keahlian kepada dolar,inilah peluang yang perlu anda rebut tanpa sangsi.
Kepada ahli yang sudah mendapat id sila kemaskan persediaan anda diindustri tempatan dan mari kita bersedia untuk pasaran dunia tanpa sempadan. MALAYSIA BOLEH!
-----------------------
Haha.. Nak tergelak aku baca.
Cuba baca part Alexa tu. Yg tu tak perlu apply. Kalau trafik tinggi, memang la dapat ranking. SSL? Hmm, saper2 pun boleh beli!
Anugerah? Dianugerahkan? Atau abang admin program ni yang
beli sijil SSL tu?
Tengoklah, yg join program ni bulat2 kena tipu.
Siapa la admin program ni yer. Insaflah. Cukup2lah makan duit haram.