Tak usahlah join benda ni. Mengarut!
Kenapa ye ramai sangat orang nak jalan mudah? Susah ke nak berniaga sendiri? Atau join program yg terbukti betul? Kenapa lubang ular jugak yg nak masuk? Kalau tengok list peserta yg join tu, hampir 90% adalah MELAYU. So sad..
Program ni ajar buat spam kat forum kan? Dia suruh 'bantai' habis2 mana2 forum. Kepada yg join, sila sahkan benda ni. Kalau ya, betullah. Kalau tak, maybe sekarang dia dah up to date dia punya teknik.
Malah dia juga ada ajar teknik emel spam. Kutip emel kat mana2 laman web & guna software email spider ada diajarkan. Ada lagi beberapa teknik spam yg diajar.. Apa semua ini? Kalau di laman dia, dia kata Spam Free. Tapi adalah teknik yg dia ajar untuk peserta tu bukan spam? Dan adakah spam ini diizinkan oleh Agama kalau tidak di sisi undang2? Ada sape boleh jawab?
Then, dia buat kira2 pendapatan RM1 juta untuk ahli yg join. Kalau kira logik, mana boleh semua orang dapat 1 juta. Program ni dah lah untuk pasaran Malaysia je, malah program ni dah lama kat online. Ada sesiapa yg dah jadi jutawan ke dgn program ni? Atau admin je yg buat duit banyak?
Aku harap pihak penganjur program meneliti semula program mereka ini. Malah teliti semula penggunaan2 ayat2 keAgamaan untuk menarik orang join program ini. Ingat, jangan jual beli Agama untuk dunia. Itu satu dosa yg sangat hina.
Produk: Dan aku tak nampak apa produk di wanglebih.com. Kita sedia maklum, kalau guna duit untuk dapat duit tanpa ada transaksi apa2 produk, hukumnya haram di sisi Islam. Sistem affiliate dia tu bukan produk. Itu hanya sistem.
Then dia kata "Zon Bebas SCAM Bukan MLM,kutu rakyat atau skim piramid/pelaburan haram". Betul ke bukan skim piramid? Cuba tengok plan pendapatan dia:
10 nama = RM100.00
100 nama = RM1,000.00
1,000 nama =RM10,000.00
10,000 nama = RM100,00.00
100,000 nama = RM 1,000,000.00
Ini apa? Bukan piramid ke? You bayar RM100, then cari 10 orang, you dapat sekian2. Then 10 orang tu cari 10 orang dan cari dan cari dan cari.. Inilah modus operandi sistem piramid. Dan kalau kat Malaysia nak buat sistem berlevel mcm ni, kena dapat kelulusan KPDNHEP dulu. Kalau diaorang apply lesen, confirm tak lulus. Ya lah, dah takde produk.
Note: Komisen untuk dapat 1 orang RM10 kan? Kalau ya, kiranya si admin dapat RM90.00 lah. Haha.. Padan muka yg join, bulat2 kena tipu dgn bangsa sendiri.
Yg tu kita tak kisah lah sebab dah jelas salahnya. Tapi yg kisahnya program ni guna ayat2 keAgamaan. Yg ni lagi jelas salah lah guna Agama untuk kepentingan dunia.
Sebelum aku habis taip, aku ada satu soalan cepu emas kepada mereka yg join benda ni:
Kalau program ni betul, mana muka si pengurus program? Kenapa menyorok? Apa yg nak ditakut kalau benda ni betul?
Soal privasi ke apa, itu bukan alasan sebab kalau ambil deposit (duit) dari orang ni, ia salah di sisi undang2 kalau tak de kebenaran. Harap2 si admin ni tak jadi Pak Man Telo yang kedua lah. Tunggu masa kena tangkap je. Hati2 admin!
Banyak lagi nak dipersoalkan. Apa nama company yg sebenar? Betul ke dia nak buat kerjasama dgn UUM? Betul ke nak dapat status MSC? Laman web pun... Ermm, entahlah. No komen. Aku tak tau la nak kata apa kalau program mcm ni dapat status MSC. Apa kata yg join tu try contact si penganjur. Tanya la sikit pasal projek dgn UUM tu ke.
Satu lagi. Mana yg tertipu tu, buat la report polis. Jangan segan silu. Buat report polis, free je. Tak kena bayar RM100 pun.
~Gunakanlah akal yg ada. Berniagalah wahai bangsa Melayu!~
Adioss..