View Single Post
  #5 (permalink)  
Old 03-15-2008, 11:15 PM
smartusaha's Avatar
smartusaha smartusaha is offline
Moderator
 
Join Date: Dec 2005
Location: Skudai, JB
Posts: 2,887
smartusaha is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to smartusaha Send a message via Skype™ to smartusaha
iTrader: (12)
Default

Dulu, kes pakar IT yg kena tipu. Kes mcm ni lah. Ribut satu malaya jadinya.

Bagi saya, pihak media tak patut dan amat tak patut tunggu ada kes mcm ni je baru nak cakap pasal e-banking. Tak ada pula artikel atau kempen penggunaan e-banking.

Hmm.. Pihak media janganlah terlalu menumpu kepada berita sensasi dan hot semata-mata. Pendidikan jangan dilupa.

Kalau asyik cerita benda ni, mcm mana lah penggunaan online banking nak meningkat. Sia-sia je lah usaha kempen kita (usahawan internet) selama ni.

Dulu masa saya diinterview oleh radio Best 104, datang 2 orang pelawat. Dua-dua hanya tanya pasal boleh cayer ke beli melalui internet? Tak kena tipu ke? Sebahagian besar soalan mereka tidak lari mengenai kepercayaan dan penipuan. Mereka takut..

Ada dua pihak yg bertanggungjawab untuk elak kes tipu ni:

1. Pihak yang kena tipu
2. Bakal kena tipu

Dua-dua ni perlu bersiap-sedia dengan ilmu. Kat laman web bank terang-terang ada panduan elak kena tipu. Tapi al-maklum, tak semua dan tak ramai orang mahu ambil tahu. Bila dah kena tipu barulah nak tergadah.

Bak kata pepatah, "dah terhatuk, baru nak tergadah". Beringatlah selalu. Berhati-hati di Internet. Hanya dengan ilmu kita boleh mengurangkan risiko untuk ditipu.


Reply With Quote